Gejala buang bayi, meriahnya di Malaysia ku!!
Assalamualaikum wbh saudara seagamaku dan laknat iblis terhadap iblis dan tenteranya.Pagi tadi saya terbaca reply seorang pembaca Laman Emjay yang saya hormati iaitu sdr wacanai seperti berikut:wacanai wrote Assalamualaikum..
Selepas ini saya cadangkan sdr MJ menulis article berkenaan isu pembuangan janin yg semakin menjadi-jadi dan jalan penyelesaiannya juga isu menamakan anak luar nikah untuk bin / binti yang sepatutnya mengikut syarak.
Jika mengikut penelitian saya isu ini ada kaitanya dengan institusi perkahwinan yang menyukarkan laluan untuk bernikah,berpoligami,rujuk dan cerai.Isu ini amat mengerikan dan lebih teruk drpd arab jahiliyah.Alahamdulillah syukur, berikut adalah tulisan yang saya mampu lakarkan.Menurut pandangan saya, punca permasalahan ini ialah :1. Islam semakin diperlekehkan. Ramai pemimpin tidak segan silu mengutuk Islam. Mufti pun macam sekadar jaga periuk nasi mereka dan bukan menjadi panglima Allah SWT. Islam dielakkan dari menjadi panduan dalam setiap aspek kehidupan. Yang wajib tetap wajib, ianya tidak boleh dipersoalkan lagi. Hukum dalam Islam tidak boleh diubah-ubah apabila ianya telah nyata / muhkam. Semoga kita tidak menjadi seperti umat Yahudi dan Nasrani dahulu yang suka mengubah hukum agama mengikut selera dan keadaan semasa.
2. Beromen dan zina diajarkan secara bebas dan meluas.Pendidikan seks semakin merebak di media massa yang mengajar generasi muda bagaimana nak beromen dan melakukan seks. Antara juara panglima iblis ini ialah:a. TV. Berlumba-lumba stesen TV mengajarkan kurikulum beromen dan melakukan seks. Lihatlah stesen ASTRO melalui movie mereka dan tidak ketinggalan stesen TV lain.b. Panggung wayang yang menayangkan cerita dari barat atau Asia kini juga turut serta mengajarkan pelajaran beromen dan melakukan seks. Pendek kata segala movie yang ada kaitan dengan seks, larislah.c. Novel-novel remaja turut tidak ketinggalan mengajarkan ilmu beromen dan melakukan seks
3. Aurat wanita tidak lagi perlu dijaga. Nafsu lelaki dijolok habis-habisan. Wanita setiap saat diajarkan untuk mendedahkan aurat mereka. Antara panglima iblis di sini ialah:a. Pemimpin mendidik rakyat terutama wanita bagaimana mendedahkan aurat.b. TV paling juara mendidik wanita untuk mendedah aurat c. Suratkhabar dan majalah macam dijuarai oleh kaki seks untuk mengajar para pembaca bagaimana kaedah untuk mendedahkan aurat.d. Artis adalah antara hulubalang iblis menjadi model untk mendedahkan aurat. Bukan sekadar lelaki yang terangsang malahan kanak-kanak lelaki dan orang lelaki tua pun terangsang.e. Pejabat agama hanya sekadar mengajar orang untuk menutup aurat apabila mereka berurusan dengan pegawai dipejabat agama Islam sahaja. Ditempat awam lain biarkanlah mereka. Membiarkan samalah dengan menggalakkan.
4. Wanita berhias, memakai bauan (spt minyak wangi). Wanita kalau keluar rumah berhias di muka, badan melalui barang kemas dan pakaian, memanglah rosak habis kehidupan. Janji Allah sebagaimana dalam surah Al Ahzab ayat 59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dari ayat tersebut bolehlah dibuat rumusan bahawa seandainya wanita keluar dari rumah tanpa melabuhkan pakaiannya untuk menutup aurat, sudah pasti mereka akan diganggu oleh orang lelaki seperti yang dinyatakan Allah dalam surah tersebut.
Bacalah artikel saya bertajuk Perhiasan bagi perempuan – satu kisah dan tauladan. di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/13 dan juga artikel bertajuk Bolehkah bersolek nipis ke tempat kerja? Sekadar bedak dan sedikit gincu? Di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/14
Bila wanita memakai bauan / minyak wangi lagilah menggila kaum lelaki. Lelaki ini antara kelemahannya adalah bila mencium bauan dari wanita, cair iman. 5. Video / bahan Lucah.Bahan lucah sudah menjadi sinonim dengan Malaysia. Bahan lucah mudah diperolehi sama ada dalam bentuk CD, DVD, majalah, buku atau internet. Kanak-kanak kecil tahap sekolah rendah sudah mahir melayari internet lucah. Ada kanak-kanak ini yang sudah mahir melayari bahan lucah di cyber café. Kalau kanak-kanak seusia ini sudah kerap disajikan dengan bahan lucah seperti ini, berapa lama mereka dapat bertahan dari melakukan adegan lucah sebenar? Paling lama setahun! Waktu saya di Sekolah Alam Shah tahun 1970an dahulu, terdapat seorang rakan saya yang kerapa melakukan seks dengan pelajar perempuan berusia 15 tahun dan 12 tahun. Itu tahun 1970an, tahun 2010 ini bertambah lagi parahnya. Apabila lelaki atau wanita sudah naik gian untuk melakukan seks akibat terdedah dengan bahan lucah ini, mereka tidak akan memikirkan kesan dan akibat dari perbuatan mereka. Apa yang penting adalah hajat mereka kesampaian.
6. Lagu / nyanyianKalau kita perhatikan setiap lagu yang dikumandangkan di radio, lebih 75% mengandungi perkataan seperti cinta, rindu, kasih, sayang, peluk, cium, belai dan kucup. Kanak-kanak semuda 2 tahun ditanamkan nilai-nilai cinta, kasih, sayang, peluk dan cium. Berapa lama mereka boleh bertahan dengan serangan nilai-nilai yang membawa kepada kerosakan akhlak seperti ini?7. Pergaulan bebas lelaki perempuanKerajaan seolah-olah menggalakkan pergaulan bebas bermula dari sistem sekolah yang bercampur antara pelajar lelaki dan perempuan. Dalam bab ini saya lebih memandang mulia orang Ingeris kafir yang menubuhkan sekolah satu jantina seperti Methodist girl’s school dan Bukit Bintang Boys school. Kini budaya sekolah satu jantina seperti Sekolah Alam Shah dan Sekolah Tun Fatimah hanya menunggu saat entah bila berkuburnya. Sekolah satu jantina seperti yang diamalkan di Arab Saudi dipandang ketinggalan zaman dan diperlekeh.
Akibat dari percampuran bebas pelajar lelaki dan perempuan di sekolah ini, gejala pelajar bercium dan melakukan seks sudah semakin kerap kini. Jikalau di sekolah sudah berlaku gejala seks ini, di luar sekolah lagilah dahsyat perlakuan seks.
Kini lelaki dan wanita digalakkan bercampur gaul di tempat kerja, di kompleks beli belah, di tepi pantai dan hampir setiap tempat. Kerajaan melalui agensi-agensinya turut serta menggalakkan percampuran bebas ini melalui program seperti Sure Heboh dan berbagai pesta lagi yang digemari muda mudi Islam seperti konsert nyanyian.
8. Orang perempuan bebas bermusafir tanpa mahramIslam tidak membenarkan wanita Islam bebas bermusafir tanpa mahramnya. Itulahsebabnya Arab Saudi tidak membenarkan wanita mengerjakan haji atau umrah tanpa mahramnya. Oleh kerana ramai pemimpin dan rakyat yang beragama Islam sendiri jahil dengan undang-undang Islam ini, maka kini berjuta wanita dari Indonesia, Filipina dan Sri Lanka bekerja di Malaysia dengan bebas. Kini minah indon cukup mengancam keimanan lelaki. Mereka yang jauh dari ibu bapa atau suami bergaya mengalakan wanita kafir Cina menggayakan pelbagai fesyen mendedah aurat. Gaya seluar ketat baju pendek mendedahkan seluar dalam seakan-akan menjadi kegilaan mereka. Lelaki kalau lemah imannya, berapa lamalah mereka boleh bertahan. Apatah lagi minah indon ini memang daring. Tanyalah lelaki yang bekerja dikilang terutama yang berpangkat, hampir setiap hari dicabar oleh wanita indon ini agar melakukan maksiat.
Wanita Islam yang bekerja dibandar-bandar besar juga tidak ketinggalan termasuk dalam golongan ini. Apabila wanita ini berduit, jauh dari ibu bapa bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Maksiat menjadi permainan harian. Bukan ada yang nak menegur. Inilah bahana apabila Islam tidak dipraktikkan dengan sebenar-benarnya.
Apa yang lagi menyedihkan ialah apabila wanita tanpa mahram ini bekerja menjadi pembantu rumah tak kiralah majikan beragama Islam atau bukan Islam. Situasi sebegini adalah keadaan yang amat dinantikan oleh iblis. Apabila seorang lelaki duduk sebumbung dengan wanita bukan mahram, auratnya pula tidak dijaga, wanita ini pula pandai mengambil hati sang suami, lelaki mana yang tidak cair imannya. Inikan pula kalau majikan adalah bukan Islam.
9. Amar makruf nahi mungkar ditiadakan, jangan sibuk dengan tepi kain orang dimakmurkan.Amar makruf nahi mungkar ini amat ditekan dalam Islam. Bacalah artikel yang menarik berkenaan perkara ini di http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/amarmaruf.htm
Memadai saya letakkan hadis seperti berikut:Abu-Dardaa r.a. berkata: "Kamu harus melakukan amar maruf nahi mungkar, kalau tidak Allah s.w.t. akan mengguasakan (menjadikan pemimpin) diatas kamu seorang yang zalim, yang tidak menghargai orang tua dan tidak kasih kepada anak-anak, kemudian pada saat itu orang-orang yang baik diantara kamu berdoa, maka tidak diterima doa mereka, minta pertolongan juga tidak ditolong minta ampun tidak diampun." Huszaifah ra.a berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) Demi Allah yang jiwaku ada ditangaNya, kamu harus melakukan amar maruf dan nahi mungkar atau jika tidak melakukan itu bererti sudah hampir Allah akan menurunkan siksa kepadamu, kemudian kamu berdoa maka tidak diterima oleh." Ali r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) Jika ummatku telah takut berkata kepada orang yang zalim itu: "Engkau zalim!", maka ucapkan selamat tinggal pada ummat itu (mereka akan binasa dan hina)." Abul Said Alkhudi r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) Jika kamu melihat perbuatan mungkar maka kamu harus roboh (tentang) dengan kekuatan kekuasaan (tangan), jika tidak dapat maka dengan nasihat lidahnya, jika tidak dapat maka dibenci dengan hatinya dan ini menunjukkan selemah-lemah iman. Menggunakan kekuatan kekerasan itu bagi orang yang berkuasa dan dengan lisan bagi para ulama (cerdik pandai) dan denganb hati bagi umum. Masing-masing orang menggunakan menurut kedudukannya, kekuatannya dan kekuasaannya."Sudahlah konsep amar makruf nahi mungkar tidak lagi diutamakan, kini umat slam diajarkan pula konsep baru iaitu “jangan jaga tepi kain orang”. Inilah ajaran penting dari tok nenek iblis untuk menjahanamkan manusia.
10. Perkahwinan dipersulitkanPerkahwinan kini semakin dipersulitkan. Lelaki perlu bertunang lama sehingga 4 tahun untuk mengumpul duit bagi segala urusan berkaitan perkahwinannya. Bertunang diberikan lesen untuk pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram. Semua ini menjadi pemangkin untuk seks bebas sebelum berkahwin. Apabila wanita sudah mengandung sedangkan untuk berkahwin masih belum cukup duit, buang sajalah bayi, ini lebih selamat dari orang kampong semua tahu.
11. Poligami dibenci, diperlekeh dan dipersulitkanDi Malaysia hari ini, sesiapa yang ingin mengalami perang dunia ketiga dalam rumah tangga mereka, kahwinlah satu lagi. Mereka yang berpoligami dilihat sinis macam penjenayah. Disebaliknya kalau melihat orang berzina, ianya dianggap sebagai biasa. Memang Malaysia macam ulangan masyarakat jahiliyah kafir Quraish dahulu. Bila isi borang untuk poligami, kalau gaji suami tidak cukup besar, permohonan untuk poligami ditolak. Yang peliknya apabila wanita kahwin bujang bergaji kecil sebagai perkahwinan pertama diluluskan pula. Islam tidak melarang suami yang miskin dari berpoligami berdasarkan hadis. Jadi mengapa poligami dipersulitkan??Dibuat pula peraturan kalau nak tambah isteri kena dapatkan izin isteri. Adakah peraturan ini terdapat dalam Islam. Adakah dalam Islam kalau nak tambah anak pun kena minta izin dari anak pertama?? Beristeri adalah hak suami. Permudahkanlah menurut Islam.Dari peraturan yang bertentangan dengan Islam inilah maka timbul ayat “daripada engkau tambah isteri, lebih baik engkau simpan perempuan”. Di Malaysia, perkara ini mudah untuk dilakukan. Kalau perempuan simpanan termengandung, boleh campak kat tong sampah!!!
12. Kalau di hulu sungai airnya keruh, di kuala lagilah keruh. Kalau kepala ikan dah busuk, dagingnya lagi busuk.
Saya ada menulis artikel yang berkaitan dengan perkara ini bertajuk IKTIBAR DARI KEPIMPINAN FAM DI MALAYSIA di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/38.
Sekiranya seorang bapa yang merokok, anak-anak insyaAllah bukan sekadar merokok tetapi mungkin sehingga menghisap ganja atau mengambil pil kuda.
Sekiranya seorang bapa gemar seks bebas, anak-anak insyaAllah jadi bohsia atau bohjan.
Kalau suatu Negara dipimpin oleh orang yang gemar seks bebas, insyaAllah rakyatnya memang mahirlah dengan seks bebas. Buang bayi soal kedua, yang pentingnya nafsu serakah perlu dilampiaskan.
Itulah sebabnya Singapura jauh lebih maju berbanding Negara kita kerana mereka dipimpin oleh pemimpin yang mementingkan tanggung jawab, amanah dan integriti, namun di Malaysia………..
Kalau di Gombak dan Ulu Klang air sungainya sudah kotor, di kualanya iaitu di Klang, air sungai sangatlah kotor.
Banyak perkara perlu diubah sekiranya gejala buang bayi ingin diatasi, namun sekiranya pak menteri berfikir menurut kepala masing-masing dan menolak perintah dari Allah SWT, cadangan dan langkah mengatasi masalah dari mereka lebih banyak merosak dari membaiki, bagaikan tikus membaiki labu.
Masalah buang bayi insyaAllah dapat diatasi apabila Islam dilaksanakan sepenuhnya ditanah airku Malaysia. Islam dijadikan cara hidup. Merotan dan merejam pasangan zina dilaksanakan.
Bagi mereka yang ingin menambahkan bahan perbincangan di sini, kecil tapak tangan nyiru saya sediakan.
Tentang bab menamakan anak tu, saya copy paste dari http://www.islamgrid.gov.my/qna/index.php?page=346
Soalan.3453. SALAM, Mereka bernikah setelah kandungan isterinya mencecah 3 bulan.Selepas 6 bulan kemudian, anak itupun dilahirkan (lelaki). Bolehkah dibinkan kepada ayahnya?
JawapanJika wanita tersebut mengandung sebelum nikah maka anak itu adalah anak tak sah taraf dan tidak boleh dibinkan kepada ayah tersebut"
Soalan3454. salam, semasa anak berusia 12 tahun si ibu baru menyedari yang anak itu anak luar nikah tetapi telah dibinkan kepada ayahnya sejak lahir lagi. Perlukah menukar binnya skarang? Apakah kesan yang mungkin dialami oleh anak itu? ingin tahu
Jawapan Anak luar nikah adalah anak yang dilahirkan akibat perzinaan oleh ibunya atau anak yang lahir kurang dari tempoh 6 bulan satu lahzah dari tarikh perkahwinan sah kedua ibu bapanya, maka dia hendaklah dibin/bintikan kepada Abdullah atau Asmaul Husna dan tidak boleh mewarisi harta pusaka suami tetapi dia boleh mewarisi harta ibunya. Sebaliknya anak yang lahir selepas 6 bulan satu lahzah, adalah dianggap anak sah taraf yang boleh dibin/bintikan dengan bapa asalnya. Oleh itu jika ia anak tak sah taraf, maka hendaklah ditukarkan binnya kepada nama Abdullah atau nama Asma' al-Husna yang lain. Kesannya ialah anak tersebut perlu memahami bahawa setiap manusia dilahirkan bersih, termasuklah anak luar nikah. Yang kotor dan berdosa adalah kedua ibu bapanya. Anak itu adalah suci dan perlu diberi pendidikan, kehidupan dan kasih sayang. Dari sudut Islam, kedudukan anak yang dilahirkan adalah sama seperti kanak-kanak lain, tidak menanggung dosa kedua ibu bapanya. ."
"
Sekian wallahuaqlam
Emjay http://emjayjb.multiply.com
Selepas ini saya cadangkan sdr MJ menulis article berkenaan isu pembuangan janin yg semakin menjadi-jadi dan jalan penyelesaiannya juga isu menamakan anak luar nikah untuk bin / binti yang sepatutnya mengikut syarak.
Jika mengikut penelitian saya isu ini ada kaitanya dengan institusi perkahwinan yang menyukarkan laluan untuk bernikah,berpoligami,rujuk dan cerai.Isu ini amat mengerikan dan lebih teruk drpd arab jahiliyah.
"
Comments
Post a Comment