Bisnes Jual Tudung Tapi Taukeh Free Hair ?

 



Boikot ! Boikot !

Menyampah rasa bila melihat peniaga wanita Melayu Islam yang hanya tahu mengejar untung di atas kehangatan fenomena fesyen tudung, tetapi pada masa yang sama tidak mempedulikan seruan agama tersebut. Sedangkan dirinya lah yang paling hampir dengan seruan menutup aurat itu. Dia menjual tudung dalam erti kata menggalakkan wanita lain agar bertudung, tetapi dirinya sendiri main-main di dalam bab bertudung, sekejap pakai sekejap buka tudung.

Pereka fesyen Muslimah dan pengusaha butik Muslimah seharusnya bersikap selari dan sepadan dengan falsafah di sebalik produk yang dijual oleh mereka. Maksudnya, mereka sendiri perlu mengamalkan sepenuhnya pakaian memelihara aurat sebelum bertindak menjual kepada wanita-wanita lain.

Pereka dan pengusaha butik Muslimah ibarat guru. Mereka bukan sekadar menjual tudung atau jubah untuk mendapat untung tetapi juga untuk mendidik dan mendakwah melalui produk. Bagaimana untuk mendakwah orang sekiranya mereka sendiri tidak mengamalkan dan menghayati seruan memelihara aurat.

Mereka wajar diboikot !

Kempen: DELETE Gambar Dedah Aurat Anda Dari Facebook

  • Kempen: DELETE Gambar Dedah Aurat Anda Dari Facebook
  • Penganjur: http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/
  • Sasaran: Wanita-Wanita Islam Khususnya Melayu Yang Lalai Mendedah Aurat Di Facebook
  • Tempoh Kempen: Selagi Facebook Wujud
  • Objektif: Menyedarkan Mereka Bahawa Lagi Lama Membiarkan Gambar Tidak Menutup Aurat Mereka Tersiar Di Facebook, Dosa Akan Bertambah Dalam Buku Amalan.
  • Penyertaan: Bloggers, Pemilik Laman Web
  • Ganjaran: Pahala Dari Allah Kerana Usaha Menyebar Kesedaran
Cara Berkempen:
  1. Letakkan Banner Kempen di bawah di dalam blog atau laman web anda.

"MARI BERDAKWAH"

Check Suami Anda DAYUS Atau Tidak !



DAYUS menurut seorang Ustaz, dipetik dari sebuah kuliah agamanya dari Youtube (video link).

" Tidak akan masuk syurga lelaki yang Dayus....Apa yang dikatakan Dayus ialah seorang lelaki yang membiarkan (kecantikan) tubuh badan anak isterinya dinikmati oleh lelaki-lelaki bukan muhrim. Bahawasanya, 'dinikmati' itu ada 2 iaitu pertama dinikmati menerusi farajnya dan yang kedua dinikmati menerusi mata (lelaki-lelaki itu)...apabila lelaki-lelaki bukan muhrim itu berasa seronok (seksual) melihat kecantikan tubuhnya, maka si isteri telah jatuh berdosa kerana sengaja berpakaian sedemikian dan si suaminya telah menjadi seorang yang Dayus kerana membiarkan.."

Ramai wanita di Malaysia bangga memiliki suami yang berwajah tampan dan bergaya segak. Ramai wanita juga bangga suami mereka kononnya macho, berbadan tegap dan gagah perkasa. Namun, walau segagah mana pun suami mereka itu, sedangkan si isteri di bawah jagaannya ke hulu ke hilir tidak bertudung malah berpakaian sendat dan ketat atas dan bawah. Dari sudut Islam suami sebegitu adalah LEMBIK dan TIDAK BERCIRI KHALIFAH kerana tidak mampu untuk bertegas menegur isterinya supaya menutup aurat mengikut syariat Islam...

Di sana sini, amalan Free hair (tidak bertudung) apabila keluar rumah dan ke tempat awam seringkali dipandang kecil dan remeh oleh ramai wanita Melayu yang bergelar isteri hari ini. Ingatlah bahawa dosa tidak bertudung (tidak menutup aurat) itu akan terus-menerus ditanggung oleh si suami selagi mana si suami tidak bertegas dengan isterinya.

Ada wanita di Malaysia beranggapan suaminya relax sahaja bila isterinya keluar tidak bertudung atau bertudung tetapi berpakaian sendat adalah seorang suami yang sangat understanding dan sporting. Baginya, itu adalah tanda si suami sangat 'sayang' pada dirinya. Sebenarnya, itu bukannya tanda sayang. Jika suami benar sayang, dia akan memarahi isterinya bila isterinya degil tidak mahu memelihara aurat.

Pakai Leggings Ketat Di Shopping Complex, Nak Goda Siapa ?



Suatu hari seorang wanita datang kepada seorang ustazah membawa kemusykilan. Dia ingin bertanyakan berkenaan hukum berpakaian tidak memelihara aurat dengan sempurna.
Setibanya dia di hadapan ustazah tersebut dia mengajukan soalan.

Wanita: Assakamualaikum, ustazah. Saya ingin bertanya sesuatu boleh ya ustazah ?

Ustazah: Ingin bertanya ? Ya, silakan.

Wanita: Begini permasalahannya, saya wanita yang suka berfesyen. Saya suka memakai pakaian yang sendat-sendat setiap kali keluar rumah. Saya ada banyak koleksi T-shirt yang sendat-sendat, seluar jeans sendat dan leggings ketat yang saya gemar pakai bila ingin keluar membeli belah. Bagi saya, fesyen sendat ni memang nampak bergaya dan cantik dipakai.

Ustazah: (Hmm..)

Wanita: Tetapi ustazah...seminggu lepas saya terdengar satu tazkirah agama di Youtube, mengatakan bahawa HARAM hukumnya seorang wanita Islam sengaja memakai pakaian sendat yang boleh menampakkan susuk tubuh badannya, dan jatuh berdosa besar...betul ke ustazah ?

Ustazah: Ya, itu betul. Memelihara aurat adalah wajib bagi setiap wanita Islam. Aurat wanita bukan sahaja kulit yang nyata, tetapi kita juga wajib menutupi bentuk susuk tubuh kita terutama sekali di bahagian boleh mendatangkan nafsu kepada kaum lelaki. Sebab itu Islam mensyariatkan Muslimah supaya memelihara aurat secara sempurna dengan memakai pakaian yang lapang dan labuh. Fesyen yang sendat dan ketat mengikut bentuk tubuh adalah ditegah oleh Islam. HARAM dan berdosa hukumya jika kita dalam keadaan berpakaian sendat dilihat oleh lelaki-lelaki bukan muhrim.

Wanita: Takutlah saya ustazah, berdosa besar. Nanti, kenalah saya buang semua koleksi pakaian sendat saya di rumah tu.

Ustazah: Sabar. Tak perlu dibuang semua pakaian yang kamu ada tu. Segala apa yang kamu cakapkan tadi, T-shirt sendat, jeans sendat, leggings ketat tu kamu pakailah untuk tatapan suami kamu di rumah. Tidak menjadi masalah jika ingin bergaya dan berpakaian SEKSI khusus untuk menarik minat suami kita, hukumnya HARUS. Hukumya jadi HARAM jika ia dipakai dan dibiar dilihat dan dinikmati oleh lelaki-lelaki selain suami kita.

Wanita: Hehe..bakal suami saya pasti suka.

Awek Terjojol Pilihan Tidak Bijak !

DIALOG  #1
Wanita Chubby:
"Perempuan kalau pakai macam mana sekalipun mesti akan nampak bentuk punya ! Contohnya, orang macam saya ni, badan chubby (berisi), pakai baju labuh pun masih nampak bentuk punggung. Habis tu...?"

Penulis:
"Kalau anda sudah tahu punggung anda sangat besar bentuknya, jangan pula mengada-ngada sengaja pakai baju yang singkat pendek dan seluar yang sendat. Usahalah..cari baju yang cukup lapang dan cukup  labuhnya menutup ke bawah paras punggung anda. Setelah itu, jika masih ada kelihatan sedikit bentuk punggung anda, kira dimaafkan, sebab memang sudah begitu rupa kejadian anda. Yang penting, mula-mula anda mesti ada niat dan usaha memilih pakaian yang sesuai demi menjaga maruah diri anda."

Bahaya: Ramai Awek Melayu Tudung Telah Jadi FLASHER !




Dengan sekali klik di butang carian imej google melalui gabungan kata carian "awek + melayu + ( dot..dot..dot..), dengan mudahnya gambar-gambar gadis Melayu separuh lucah dan sepenuh lucah terpampang di hadapan skrin komputer anda. Muka Melayu amat mudah dikenali, apatah lagi jika bertudung. Trend merakam aksi lucah sendiri di hadapan camera di kalangan gadis dan wanita Melayu Islam di Malaysia semakin kronik.

Tiada alat berteknologi canggih diperlukan untuk mereka melakukan perbuatan memalukan ini, cukup dengan sebuah telefon bimbit berkamera 2.0 megapixel di tangan sendiri atau di tangan si photographer. Ya, kadangkala ada pihak kedua yang bersubahat mengambil mengambil foto lucah itu, mungkin sahabat atau teman lelaki. Apabila kamera sudah sedia, posisi-posisi menggoda dilakonkan dan pakaian mula ditanggalkan.

Ini bukannya tentang orang India, orang Cina atau orang puteh, ini semua cerita benar tentang gadis dan wanita Melayu kita. Ada yang berposing di hadapan kamera bertudung sambil menayang coli, bertudung sambil meramas buah dada. Ada yang mengambil gambar sendiri ketika memakai coli dan seluar dalam di dalam bilik tidur dan ada juga yang berani menunjukkan vagina mereka sendiri di hadapan kamera. Ini bukan lagi fantasi, inilah pornografi Melayu kita.

Timbul persoalan di dalam kepala kita yang waras ini - Mengapa mereka sanggup melakukan semua aksi ini ?". Kata orang tua-tua, gadis-gadis Melayu itu terkenal dengan sifat pemalu dan sopan santun.

Ada beberapa sebab gadis dan wanita Melayu sanggup beraksi lucah dan bogel di hadapan kamera.
  1. Sebagai hadiah tanda sayang kepada teman lelakinya. 
  2. Sebagai bukti bahawa dia percaya kepada teman lelakinya yang suatu hari pasti akan setia dan  menikahinya setelah melihat gambar-gambar bogelnya.
  3. Mendapatkan kepuasan seksual secara visual dengan melihat diri masing-masing berkeadaan bogel keranan tidak dapat bersetubuh secara realiti.
  4. Tidak mempunyai teman lelaki, lalu mencuba amalan FLASHER iaitu mendapat suatu keseronokan seksual jika ada lelaki-lelaki di luar dapat menonton gambar bogelnya.
Tidak kira mana-mana pun antara 4 sebab di atas, semuanya adalah sebab-sebab yang keji serta tidak bermaruah dan sangat memalukan bangsa Melayu dan agama Islam.

Satu kesilapan besar yang dilakukan oleh gadis dan wanita ini ialah mereka menganggap harga pasaran diri mereka akan semakin mahal setelah berseksi-seksi dan berbogel di hadapan kamera. Sebenarnya, mereka telah menjatuhkan nilai harga diri mereka sebagai wanita  ke tahap PELACUR dan WANITA MURAHAN.

Jangan tiru perbuatan ini !

Baguskah Bila Tudung Semakin Pelik ?

some_text

Adakah anda perasan bahawa fesyen tudung Muslimah kini semakin complex rekaannya. Namun, apakah tujuan sebenar inovasi fesyen tudung sebegini ? Anda harus berbalik kepada mengapa Allah mensyariatkan Muslimah agar menutup aurat rambut mereka. Adakah Allah menyuruh mereka berTabarruj ?

Hikmah tersirat disebalik arahan bertudung ke atas para Muslimah adalah agar setiap Muslimah mengamalkan sifat kewanitaan Islamiah yang berpaksikan kesederhanaan personaliti. Islam berkehendakkan umatnya agar bersifat sederhana dan tidak melampau di dalam semua urusan hidup termasuklah dalam cara berfesyen.

Sederhana di dalam amalan bertudung merangkumi aspek rekaan tudung yang dipakai dan cara memakai tudung tersebut. Dahulu, wujud rekaan tudung yang dinamakan tudung bawal atau tudung biasa di Malaysia. Ramai Muslimah Malaysia dilihat memakai tudung sedemikian ke sana ke mari. Ia nampak biasa dan rekaannya sangat mudah, namun, wanita yang memakainya masih nampak feminin serta manis walaupun di dalam kesederhanaan.

Pada masa kini, wujud pelbagai jenis fesyen tudung terkini dengan rekaan yang semakin pelik dan rumit. Ada yang berlilit-lilit, berselendang, ber-awning, berpintu gerbang, bersanggul-sanggul dan diletakkan bermacam aksessori. Tudung pelbagai fesyen sebegini mudah dibeli di merata tempat. Namun, adakah  trend ini telah membuatkan kaum Muslimah di Malaysia benar-benar menghayati hikmah amalan bertudung itu ?

Obsesi terhadap fesyen tudung dan kemudian diikuti dengan amalan memperagakan fesyen tudung tersebut boleh menyesatkan kaum Muslimah Malaysia dari niat dan tujuan asal memakai tudung. Perlu diingatkan, bahawa tujuan utama bertudung adalah untuk melindungi aurat dan mendapatkan pahala serta redha Allah, tetapi sebaliknya kini ramai Muslimah telah terdorong untuk bersikap menunjuk-nunjuk aset kecantikan mereka melalui amalan bertudung. Pakar-pakar fesyen semasa pula telah meyakinkan mereka bahawa walau bertudung Muslimah masih boleh nampak funky, stylish, retro, cute dan juga seksi. Untuk tatapan siapakah penampilan ini semua ?

Betulkah kata orang bahawa segala keindahan hasil daripada inovasi fesyen ini sekadar untuk kepuasan diri pemakai sahaja ? Itu adalah mustahil. Sudah pasti, di dalam diri mereka lambat-laun akan timbul niat dan usaha mahu menunjuk-nunjuk kecantikan itu kepada orang luar yang akhirnya akan membawa mereka kepada Tabarruj.

Bila sudah Tabarruj, maka tiada lagi hikmah asal bertudung.

Muslimah yang benar-benar ikhlas dan fokus untuk menutup aurat kerana syariat Islam lazimnya akan memilih serta memakai pakaian dan tudung yang nampak SEDERHANA yang tidak melampau-lampau rekaan dan gayanya.

##SEBARKAN##

Tudung Style UNTA !



Soalan:
Betul ke lawa pakai tudung style UNTA ni.....?
Lawa ke......gedik..??
Tudung biasa yang old-skool lagi lawa dan sopan !
Betul tak ?

Kata Tahu Hukum Agama, Tapi Tutup Aurat Main-Main.

some_text

Bila Suami Sendiri OK Bini Dia Pakai Leggings...

some_text

Andai aku seorang suami yang ada isteri yang cantik dan body yang gebu..
Akan aku ketatkan peraturan berpakaian baginya bila keluar rumah..
Supaya tak ada mata-mata lelaki asing merenung gatal pada isteriku..
Body isteriku, keseksian isteriku..
Hanya untuk mata aku seorang...

Tapi..
Ada juga jenis suami yang tak kisah lelaki luar cuci mata melihat isterinya..

Adakah anda suami anda sebegitu ?
http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog