Hukum mahkamah sivil Singapore mengatasi fatwa



Kesnya begini: Mr O dan isteri mempunyai sebuah kondominium di atas nama bersama.
Mr O meninggal tanpa meninggalkan wasiat. Maka kondo itu tinggal atas nama isterinya.
Cerita dan latar belakang di sini dan sini.

Tapi estet Mr O - iaitu kaum keluarganya yang lain - membuat permohonan kepada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bahawa sebenarnya setengah daripada kondo itu mesti diberi kepada mereka.
Maknanya harta itu harus dikongsi dengan keluarga Mr O.

Muis bersetuju, menurut fatwa yang ada dikeluarkan di websitenya (wooi, website dalam bahasa orang putih, you. Donch playplay).
Fatwa itu menyatakan bahawa apabila seseorang meninggal dunia tanpa wasiat, dan ada 50:50 joint ownership (milik bersama), maka harta itu (wang atau harta lain) dibahagi dua.
Setengah untuk joint owner. Manakala yang setengah lagi untuk waris lain.




Tetapi minggu lalu, Ketua Hakim Temasek, Chan Sek Keong melalui Court of Appeal (Mahkamah Rayuan) berkata bahawa fatwa hanyalah "moral guidance" untuk umat Islam, dan undang-undang sivil perlu diikuti di Singapore.
Ini bermakna, kondo itu menjadi milik sepenuhnya untuk isteri Mr O.

Muis pula, dalam jawapannya, menerima apa yang telah diunjurkan oleh Ketua Hakim. Baca di sini di mana Muis berkata fatwa sebenarnya telahpun di update agar tidak membebankan umat.
Dan Menteri bertanggungjawab hal ehwal Islam di Singapore (kau ingat Malaysia saja ke yang ada menteri jaga Muslim!?), Yaacob Ibrahim, berkata fatwa akan terus diupdate dan setiap kes akan dikaji dengan teliti. Juga di sini (ada gambar pak menteri ni).

Sebab problem brader, kalau suami dah mati, lepas tu isteri kena kongsi flat 50:50 dengan ahli keluarga lain.
Yang keluarga lain ni mungkin paksa flat dijual agar mereka untung dapat wang.
Tapi kat mana si isteri ni nak tinggal lepas itu? Laki dia dah mati, anak ramai, rumah dah kena jual.
Ini kan zalim namanya. Maka adakah ia masih dipanggil fatwa yang munasabah dan membantu Muslim?
Atau sesuatu yang membebankan?
Seorang lawyer Muslim Singapore buat komen sikit, menyatakan fatwa terbaru Muis ini - iaitu isteri dapat 100 peratus rumah itu, adalah baik.


Menarik benar apa yang berlaku ni.
Bayangkan jika kita orang kaya, dan meninggal tanpa wasiat. Tiba-tiba nama banglo yang di atas nama isteri dan kita sebagai suami, tapi diclaim oleh keluarga lain.
Bagaimana agaknya.
Apa pula dengan Ferrari kita yang hanya atas nama kita saja. Isteri kena kongsi dengan ahli keluarga lain?

Kalau mereka semua bersefahaman tak apa. Boleh tolak ansur - "Tak apalah, ibu/makcik. Ibu/makcik boleh simpan semua, kami tak akan tuntut apa-apa".
Tapi kalau banglo tu berharga RM1 juta (apa lagi kalau RM10 juta!) dan Ferrari baru dibeli, tak berebut semua!!!



MENGENAI isu ini, saya tak tahu langsung tentang undang-undang ni - baik di Singapore mahupun Malaysia, dan juga tak tahu menahu mengenai fatwa Islam tentang perkara ini.
Jadi nak komen pun tak pandai.
Cuma saya teringat - jika isu ni berlaku di Malaysia, kecoh jugak.

Dan saudara dan Datin,
Jika ada harta, lekas-lekas ya, tanya ulama dan peguam, cara nak bahagikan kepada orang yang tersayang sebelum terlambat.
Dan jangan lupa juga wang kita di CPF (di Singapore) dan/atau EPF (di Malaysia). Pergi ke pejabat mereka dan letakkan dalam tulisan - kalau aku kojol besok, wang ini nak dibahagikan kepada siapa.

Tak manis jika kita meninggal kelak, anak-bini gaduh tentang harta. Kalau gaduh sebab ada tiga banglo, empat kondo dan lima kereta mewah tak apa juga.
Yang pernah saya dengar, pergaduhan hanyalah kerana berebut setakat S$5,000 atau S$10,000.
Malulah.

GAMBAR ATAS: Mahkamah lama Singapore binaan British. Di celah tu, bangunan yang berbentuk seperti spaceship itu ialah Supreme Court yang baru! (Kalau sesiapa didapati bersalah, mungkin terus diterbangkan ke Mars kena jail kat sana! Hahaha)
GAMBAR BAWAH: Supreme Court dari sudut lain, pada siang hari, dengan dome mahkamah lama di sebelah kanannya.


Comments

Popular posts from this blog