AWAS!!!!!!!BERCERAI KERANA FACEBOOK
1
2
3
4
5
CONTOH
(Gossip) Rumahtangga Zul Huzaimy Hancur Kerana Cinta Facebook?
Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.
Dunia sekarang makin aneh jadinya. Kerana cinta yang tidak tahu hujung pangkal, apa yang di’miliki hilang begitu sahaja.
Ini kisah Zul Huzaimy sebagaimana yang di’ceritakan melalui sebuah forum hiburan hari ini. Jadikan teladan & sempadan.
Al-kisahnya Zul Huziamy mula menyertai Facebook kerana ingin mendekati peminat & mengenali mereka dengan lebih rapat.
Namun satu tragedi cinta berlaku selepas Zul Huzaimy berkenalan dengan sorang gadis yang menggunakan nama Aleesya Sofea dalam Facebook tersebut.
Dek kerana terpikat akan rupa paras melalui gambar Facebook sahaja, Zul Huzaimy sudah jatuh hati & sanggup bergayut berjam-jam melalui telefon setiap hari.
Gadis Facebook ini mendakwa yang beliau merupakan seorang doktor bertugas shift yang ada kaitan dengan kerabat Johor. Masih, mempunyai masa untuk melayan Facebook 24 jam.
Lebih menambahkan sadis, mereka berdua ini tidak pernah berjumpa namun Zul Huzaimy di’katakan tidak teragak-agak melepaskan lafaz cerai kepada isteri kerana mahu mulakan hidup baru dengan gadis Facebook tersebut.
Isteri Zul Huzaimy tanpa berlengah cuba mencari siapa gerangan sebenar gadis ‘fantasi’ yang telah meruntuhkan rumahtangga beliau. Hasil kerjasama rakan-rakan, satu nama timbul dalam database sebuah syarikat telekomunikasi.
Gadis Facebook idaman Zul Huzaimy itu rupa-rupanya bernama Azlina Jahagir Khan yang sekarang ini menetap di Kota Bharu, Kelantan. Sedih bukan?
Gadis Facebook ini juga tanpa segan silu meminjam gambar anak Zul Huzaimy, Awal Haziq untuk di’letakkan dalam profile Facebook beliau.
Berita terbaru yang di’terima menyatakan isteir Zul Huzaimy telah membuat satu laporan polis berkenaan kelakuan bekas suami yang suka merosakkan & mencuri harta benda milik beliau.
Berita kehancuran rumahtangga Zul Huzaimy ini bakal di’kutip krew Terjah!, Fuhh!, Melodi & apa-apa rancangan yang seangkatan dengan’nya tidak lama lagi.
Kita tunggu sahaja apa jawapan dari mulut si empunya badan & lebih menarik jika mereka boleh jejak gadis Facebook ini sendiri.
CONTOH 2
Bercerai Kerana Facebook
Pengguna Facebook bagaikan tidak menghadkan umur kepada pelanggannya. Facebook diakui berguna untuk menemukan teman-teman baru dan lama. Facebook nyata banyak membantu penggunanya bertemu semula dengan rakan lama secara online.Kejayaan ini telah meningkatkan nilai tambah Facebook. Fungsi Foto dan tagging juga menjadi faktor utama orang ramai mengemari Facebook.
Penyediaan ruang komen telah merancakkan lagi pengguna Facebook untuk bersembang atau mengetahui perkembangan sesuatu tempat dan sebagainya. Gahnya Facebook apabila menjadi laman pertama yang dibuka setiap hari oleh penggunanya. Kejayaan Facebook menambat hati pengguna internet terserlah apabila mampu mengenepikan Jaringan Sosial senior iaitu Friendster. Tidak hanya dimanfaatkan untuk mencari teman baru atau lama , Facebook juga dijadikan ruang pengiklanan dan kempen. Sebagai contoh Presiden Amerika Barrack Obama yang memanfaatkan Facebook sebagai tempat berkempen via internet, dan kini mula menjadi ikutan ramai pemimpin lain khususnya di negara kita.
Namun dibalik keunggulannya, perlu diingat untuk kepentingan diri dan persekitaran.Facebook juga mungkin ada bahayanya. Beberapa syntom yang boleh mencapai tahap bahaya Facebook :- 1. Pembaziran masa.Dengan teknologi sekarang selain komputer ,handphone dan sebagainya yang boleh mengakses internet,masa yang digunakan untuk berhadapan dengan Facebook akan berlarutan lama berjam-jam .Pengawalan dan perancangan masa penting untuk mengelak tahap bahaya Facebook ini. 2. Profil pengguna .
Sebaik-baiknya informasi diri tidak diperincikan sangat.Cukuplah setakat yang membolehkan rakan-rakan lama atau baru mengenali kita.Awas! satu keruntuhan rumahtangga telah dilaporkan akibat si isteri telah meletakkan statusnya sebagai "single".Si suami mungkin rasa tersinggung atau dikhianati. 3. Waspada gambar anda.Gambar-gambar yang dimuat naik mungkin akan menjadi bahan mainan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dengan tujuan memalukan atau menghina. 4. Gangguan daripada orang yang tidak dikenali.Awas jangan mudah terpedaya atau lemas dengan ayat-ayat perangkap.Ini mungkin amat sedikit namun sebagai ingatan kepada remaja-remaja yang bersemangat mencari teman "online" .Anda berhak untuk menolak pelawaan atau ajakan orang yang hanya anda kenali melalui Facebook. Apa-apa sekalipun manafaatkan lah Facebook untuk kebaikan dan sikap berhati-hati perlu diamalkan demi kesejahteraan diri,keluarga dan komuniti dalam facebook itu sendiri.
NASIHAT SAYA
Comments
Post a Comment