Bismillahirrahmaanirrahiim *~
Assalamu'alaikum~~ / اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم
Esok AprilFool sudah . . Astagafirullahuazim...
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, S epanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.
Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
sedekahkanlah...
Al fatihah ..
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم...
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين...
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ...
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
ikhlas,
" tidak kira apa pun yang berlaku pada masa lalu kita. kita adalah Hamba Allah yang lemah.. jangan pernah jadikan perayaan agama lain mempengaruhi perasaan dan kehinaan terhadap kita. kita sama2 manusia. sama2 mendiami bumi.. rosaklah kita rosaklah seluruh keturunan kita. jadikan perkara di atas sebagai pengajaran. Allah swt Maha Pengampun. kita hidup sbagai manusia harus berkerjasama jangan pernah bermusuh sesama sendiri. Ikhtibarkan lah sejarah.. tingkatkan usaha tuk terus maju.. sentosalha hidup kita baik di bumi baik jua di akhirat kelak"
Comments
Post a Comment