Selamat Datang ke BondaMama.com

BondaMama Kids Center merupakan satu konsep terkini bagi menyediakan perkhidmatan setempat (one-stop centre) untuk kanak-kanak dari seawal bayi . BondaMama Kids Centre yang kini mempunyai lebih 60 cawangan diseluruh negara merupakan pilihan utama ibu bapa . Setiap kanak-kanak yang di amanahkan kepada kami akan kami jaga dan didik dengan penuh kasih sayang. Itulah janji kami untuk para ibubapa/ penjaga. Dengan perkhidmatan cemerlang kami ibu bapa boleh dengan tenang melakukan tugas mereka kerana anak-anak mereka selamat dan terjamin bersama BondaMama. BondaMama Kids Center mengandungi 8 komponen utama.

Asuhan
Pusat penjagaan bayi dan kanak-kanak ini adalah untuk anak-anak di bawah umur 4 tahun. Penjagaan dan asuhan yang teliti serta penuh kasih sayang adalah amalan kami. Setiap anak akan di dedahkan dengan pengalaman yang menyeronokkan serta menjadi tauladan untuk menuju kematangan fikiran.


Pra Sekolah
Pusat Pendidikan Pra-Sekolah dengan silibus yang maju dan bertepatan dengan Dasar Pendidikan Negara. Tambahan modul-modul pembelajaran yang interaktif bagi menjadi pembelajaran sebagai satu pengalaman yang mengembirakan.

Montessori


Kaedah pembelajaran montessori dilaksanakan di BondaMama yang terpilih bagi memberi pengalaman serta pendidikan yang berbeza kaedahnya. Kanak-kanak seawal usia 2 tahun didedahkan kepada sistem pembelajaran semulajadi.

Kelas KAFA

Menyediakan kelas-kelas KAFA yang dikendalikan oleh guru-guru yang berkelayakan dan mendapat pengiktirafan dari jabatan agama negeri-negeri untuk kanak-kanak dari tahun 1 hingga tahun 5.

Genius Kids Centre


Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari seawal usia 2 tahun. Menggunakan modul pembelajaran yang khusus bagi mencungkil potensi dikalangan kanak-kanak yang terpilih untuk pembentukan kanak-kanak cemerlang dari awal usia.

Kelas Iqra
Kelas Iqra’ dan Al-quran merupakan salah satu media pendidikan kanak-kanak berusia pra sekolah yang berlandaskan pada konsep Tarbiyatul Awlad.


Transit
Menyediakan kemudahan kepada pelajar tadika, pelajar sekolah rendah dan menengah yang memerlukan jagaan dan bimbingan selepas waktu persekolahan harian sehingga petang. Pelbagai aktiviti masa lapang seperti tayangan video, komputer dan internet di sediakan.

Tuisyen
Kelas tuisyen yang dikendalikan oleh guru-guru yang berpengalaman. Sistem e-learning bersepadu secara on-line adalah kelebihan kami. Kami juga menyediakan guru-guru bagi membantu kanak-kanak membuat kerja sekolah mereka (homework coaching).
.....


INGIN MEMILIKI BONDAMAMA ANDA SENDIRI ?
BondaMama Sdn Bhd menyediakan peluang kepada para usahawan yang ingin memiliki dan menguruskan BondaMama Kids Centre . Kami mempunyai pengalaman terkumpul lebih 30 tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kan
BondaMama Sdn. Bhd.
Level 14-11 , G Tower,
199 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Malaysia.
  • Hotline : 03-87402326
  • Fax : (+6)03 87332967
  • Email : info@bondamama.com
ak menyediakan berbagai perkhidmatan bagi merealisasikan impian anda. Kami akan membantu anda memahami tentang peluang-peluang didalam bidang asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. Dengan modal permulaan yang rendah serta skim bayaran yang fleksible anda pastinya mampu untuk mencapai impian anda untuk menceburi perkhidmatan dalam bidang asuhan , penjagaan dan pendidikan kanak-kanak. Daftarkan diri anda dengan mengisi BORANG PROGRAM LATIHAN DAN BIMBINGAN BondaMama.
Khidmat Nasihat
Kami mempunyai pakar-pakar yang berpengalaman untuk membantu anda mengenali potensi pasaran setempat. Kami akan mehttp://www.bondamama.com/01/lakukan tinjauan pasaran (market survey) secara menyeluruh di lokasi yang anda berminat untuk membuka BondaMama Kids Center. Kakitangan kami kemudiannya akan mencadangkan kepada anda tentang bagaimana anda harus memulakan BondaMama Kids Center anda sendiri.
Kursus dan Latihan
Dibawah skim pra franchise BondaMama kami telah menyediakan satu modul yang intensif bagi kursus dan latihan yang berterusan untuk pemilik dan pengurus BondaMama. BondaMama dari masa kesemasa akan menganjurkan bengkel-bengkel pengurusan dan pentadbiran taska & tadika. BondaMama juga menganjurkan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) dengan kerjasama agensi-agensi yang terpilih serta dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Latihan yang berterusan bagi guru-guru dan pembantu BondaMama adalah sebahagian dari komitmen kami.
Ubahsuai premis (make over)
Dengan kepakaran yang ada didalam pasukan kami premis anda akan bertukar wajah dalam masa 2 hari untuk menjadikan ianya sebuah bangunan yang menarik dan sesuai untuk kanak-kanak. Kami kemudiannya akan membimbing anda bagi memperolehi kelulusan bagi premis BondaMama Kids Center anda dari agensi-agensi yang terlibat.

Comments

Popular posts from this blog