SBPA- Adakah kesempatan untuk ambil mana yang sempat


Najib diperdaya?
UMUM mengetahui bahawa PMNajib telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam menangguhkan perlaksanaanSkim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan memberikan masa tiga bulan kepada pihakterbabit untuk membuat semakan serta penilaian semula dan dalam masa yang sama PM menjelaskanagar Penjawat Awam (PA) jangan bimbang dengan gaji yang didakwa tidak adil dimanakumpulan JUSA dan premier mendapat gaji yang terlalu tinggi dan tidak sepertidalam pembentangan bajet 2012 lalu.

Walaupun SBPA yang sepatutnya berkuatkuasa 1Jan 2012 ditangguhkan sebagaimana pengumuman PM, namun kenyataan KetuaSetiausaha Negara (KSN) disini menimbulkan persoalan  banyak tandatanya dan apakah apakah sebenaryang dimaksudkan dengan para 1 dan 10 kenyataan media KSN tersebut. Siapakahyang dimaksudkan tidak terjejas dan tidak menjadi kurang baik itu?

PM Najib mengumumkanpenangguhan tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui termasuk PM Najib sendiribahawa berdasarkan `khabar baik' yang bertiup kencang bahawa pegawa-pegawai tinggiseperti Ketua-Ketua Perkhidmatan seperti  Pelajaran, Kerjaraya, Kesihatan, Peguam Negaradan Ketua-Ketua Setiausaha (KSU-KSU)  yang dengar ceritanya seramai 36orang telah menandandatangani opsyen terima SBPA 1 Jan 2012 lalu gaji merekatelahpun dinaikkan hampir 100% berbanding SSM. Mereka langgar arahan PM?Jadi apa ertinya penangguhan yang PM Najib maksudkan itu sedangkan sudah ada perompak yang menyamun di siang hari?

Contohnya,jika dulunya mereka yang gaji hakiki SSM tidak termasuk elaun-elaun RM12 ribumenjadi RM19 ribu sebulan.  Mereka ini kemudiannnya dibersarakan (exitpolicy) atas skim SBPA dan dimasukkan dalam skim Premier dengan gaji pokokRM35-RM65 ribu sebulan mulai 2 Jan 2012.

Dalam keadaan diarah bersara'paksa'pun bawah SBPA walaupun berkhidmat hanya satu hari sahaja mereka ini layakuntuk dibersarakan umpama mereka berkhidmat sehingga 60 tahun dan pencen merekaakan dikira mengikut mata gaji akhir pada umur 60 tahun. 

Contohnyajika mereka berumur 56 tahun, mereka dianggap bersara umpama bekerja sampai 60tahun.Jika gaji mereka kini hanya RM19 ribu dan pada umur 60 tahun adalah RM25ribu.. Mereka akan pencen dengan gaji akhir RM25 ribu,lebih kurang pencensebulan RM12 ribu jika kita andaikan kiraan 50% daripada gaji akhir..

Itu belum diambil kiragratuiti yang melebihi RM500 ribu dan goldenhand shake iaitu ganjaran gantian cuti rehat yg tidak diambil sepanjangperkhidmatan awam. Jika ini betul, makasatu penjelasan atas kewajaran ini perlu dibuat kerajaan.

Dengan pencen dan gaji baruskim premier antara RM35-65 ribu sebulan belum termasuk elaun-elaun tetap,betapa sungguh bertuahnya mereka!Dalam keadaan ramai pakar ekonomi mengandaikanbahawa Malaysia bakal bankrap 2019 jika trend perbelanjaan kerajaan kekalseperti sekarang dan bilangan kakitangan awam tidak dikurangkan, kita pulamembuat tindakan yang sebaliknya. Kerajaan kurangkan (istilah jumud dipakaidalam PA) kakitangan awam untuk kurangkan belanja tetapi menaikkan gajisegelintir yang kemudiannya menyebabkan belanja lebih tinggi daripada sebelumnyapula jadinya. Kelakar kan!

Dalam keadaan rakyat selalumengeluh terhadap kelemahan sistem penyampaian kerajaan yang diketuai oleh'premier' ini namun kerajaan tetap memberikan habuan tinggi pula kepada mereka.Bagi JUSA pula yang dianggarkan dalam 2 ribu orang, kenaikan mereka jika betulditeruskan juga akan mendapatkan kenaikkan gaji hampir 100%.

Yang menjadi persoalannya, jika PM telah buat keputusan tangguh mengapa gajiyang dibayar pada 16 Jan masih gaji SSM dan baki beza akibat kenaikan gajidalam skim SBPA dibayar pada 31 Jan? Adakah bermakna SBPA ini  sebenarnya tidak ditangguhkan? Adakah penangguhanini hanya `ayat wayang’ untuk menjagakepentingan 'premier' yang telah berkuatkuasa mulai 2 jan 2012 dan jika SBPAbetul-betul ditangguhkan, maka hilanglah semua habuan yang mereka idam-idamkanitu. Dan jika ini keadaannya,siapa sebenarnya yang ingin kerajaan jaga?

PRU 13 adalah kritikal bagiKerajaan BN. Kalau sebelum ini, KSN, KPPA dan KSU-KSU yang bersara berpeluanguntuk dilantik menjadi Pengerusi mana-mana GLC atau badan-badan berkanunsebagai pengiktirafan Kerajaan kepada mereka dan sebab itulah  itu mereka tidak ambil kisah dengan pencenyang kecil.Tetapi senario kini berubah, jika PR yang memerintah, adakah merekaberpeluang?

Maafcakaplah. Bodoh sangatlah, jika PR hendak lantik mereka yang telah gagallaksanakan tugas hingga menyebabkan BN tumbang. Persoalannya, adakah SBPA inipelan 'menguruskan kekalahan' setelah mereka gagal 'menguruskan kemenangan'??Jika PR memerintah nanti dan ingin memecat mereka, rasanya mereka dengan senanghati akan bersara kerana 'persediaan awal' bernama exit policy SBPA telahdisediakan.

Kita bukan menghalang transformasikerajaan malah kita amat menyokong apa yang PM ingin laksanakan namun perkarayang baik mesti kelihatan baik dan tidak mempunyai muslihat terselindung. 

KSN sabotaj penangguhan SBPA?
Jika pegawai bentang pada cabinet semestinya semua mempunyai objekitf yang baik dan begitu juga SBPA. agaknya jika ditanya PM, SBPA ini akan membolehkan mereka yang tidak berprestasi tinggi dikeluarkan melalui - exit policy, tentulah PM setuju.

Jika pegawai kata SBPA inimembolehkan bakat terbaik memasuki perkhidmatan awam melalui skim gaji baru,tentulah PM setuju. 

Jika pegawai beritahu  pada kabinet, bahawa kesihatan rakyat Malayisatelah meningkat dan boleh bekerja hingga umur 60 tahun dengan dibentangkandata-data untuk menyokongnya, tentulah kabinet setuju. Tetapi adakah PM dankabinet tahu  atau diberitahu semua perinciannya?

SBPA yang dikatakanditangguhkan akan dikaji oleh satu task force diketuai bekas KPPA,Ismail Adam. Ada jugapihak berkata SBPA ini berdasarkan kajian perunding swasta luarnegara dan dikatakan pula, bekas KPPA adalahpenasihat kepada firma perunding berkenaan. Setakat ini tidak dapat dipastikankebenarannya namun jika betul, tentulah ada isu conflict of interest disitu dan sudah tentu juga penasihat akan memastikanatau menyokong hasil kajian firma berkenaan.

Mengapa tidak dilantik KPPA,Abu Bakar untuk mengetuai task force itu?Mengapa disingkirkan beliau? Adakah KPPA sudah tidak boleh diperrcayai ataupun gagal?Apa agendaKSN dalam isu ini?Kita pun ingin tahu SBPA ini dkaji mula bila?Zaman bekas KPPA Ismail Adam atau Abu Bakar?Atau ini satu tindakan sabotaj KSN terhadap KPPA sekarang untuk memberikan imej buruk kepada KPPA dan kerajaan?

Semua orang tahu antara KSN dan KPPA mereka ini tidak `sekepala',tidak sehaluan.Masalah penjawat awam akan selesai sekiranya kedua-dua mereka ini letak jawatan! KSN cukup marah dengan KPPA bila PM sebut tentang isu pool@cold storage pegawai-pegawai kerajaan kononnya itu datang daripada KPPA yang berpakat dengan salah seorang pegawai PM dan sebagai membunuh kepercayaan PM terhadap KPPA,SBPA dijadikan alat membalas dendam.Hasilnya difahamkan PM cukup kecewa dengan Abu Bakar sedangkan ada lagi orang lain mengkhianati PM.Barangkali ini juga antara punca Abu Bakar tidak dilantik mengetuai Jawatan Kuasa untuk buat semakan SBPA itu?

Dan siapa  sebenarnya yang mendapat manfaat sebenarnya drpd SBPA ini?Sama-sama kita fikirkan atau ada pihak yang berpegang pada"Jangan ambil kesempatan tetapi ambil mana yang sempat" sebelum PRU13 akan datang.

Comments

Popular posts from this blog