Kitab Jihazul Madihah-
Bab: "Hukum pijak kubur"




FITNAH KUBUR
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
 Assalamualaikum...sedikit perkongsian nota Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Surau Ladang,Kuala Terengganu. (27/03/12)

-Kitab Jihazul Madihah-
Bab: "Hukum pijak kubur"

1. Makruh tahrim duduk atas kubur,bertelekang tapak tgn diatasnya dan menyandar dibenteng kubur.Perbuatan ini menganggu penghuni didalam kubur.


2. Ahli kubur mempunyai pendengaran yg melebihi org hidup.Ketika perang Badar Rasulullah s.a.w pernah bertanya pd mayat-mayat musyrikin,dan ditanya oleh sahabat "adakah mayat2 itu mendengar p'tanyaan mu ya Rasulullah? "ya,mereka mendengar p'tanyaanku,pendengaran mereka lbh kuat dari org hidup".


3. Dan ada hadis lg yg mengatakan mayat dlm kubur mendengar gesekan tapak kaki org hidup slepas pengebumian mereka..


4. Rasulullah s.a.w menyuruh kita sentiasa memberi salam kpd penghuni kubur,mereka dgr salam kita..


5. Kawasan p'kuburan merupakan perkampungan,taman dan tmpat istirehat bg org yg telah mati,jgn main redah je kalau memasuki tanah p'kuburan,bg salam dulu kalau pergi tmpat org!.


6. Dimaafkan pada syarak jika memijak kubur bg penggali kubur yg mengali lubang kubur yg baru ditempat yg sempit..


7. Jgn pijak dgn kaki utk kemaskan tanah kubur yg baru,gunakan alatan seperti kayu dan sbgainya utk padatkan tanah.


8. Haram membuat binaan seperti kubah,rumah,wakaf dan sbagainya diatas kubur pd tanah perkuburan yg diwakafkan.


9. Binaan yg ringkas,ringan dan mudah dialihkan tidak haram dibuat,hanya binaan kekal dan berat yg diharamkan.


10. Buat pagar kubur asalnya adalah haram,tetapi jika utk elakkan dari gangguan binatang buas serta bencana alam tidaklah haram,asalkan ada tujuan..


11. Haram menyimpan dan menanda tanah kubur utk org yg masih hidup,mati ni bkn ikut tua atau muda usia seseorang..


12. Kebanyakkan tanah kubur yg ada adalah tanah wakaf,maka jgnlah m'buat atau menggunakan tanah wakaf kubur sewenangnya..haram sama sekali!


13. Kita ni masa mok ayoh hidup payoh nok baiki umoh mok ayoh..sampai papang lantai t'cabut pun kita payoh nok tukor,sapa jatoh debok ayoh kita dlm air chor..bila dang tak dok gop sibukla duk wat comey kubur mok ayoh!!base bodo!.


14. Apapun binaan diatas tanah sendiri tidaklah haram,mcm makam para ulama..kubur mereka dibuat binaan sbb tanah mereka sendiri.


15. Binaan atas kubur kerana darurah juga dibenarkan seperti tujuan utk lindungi mayat dari pencuri kain kapan,serta yg b'kaitan dgn darurah dibenarkan syarak.


16. Darurah ning macang doktor nok cocok jarung kat punggong la,cocok itu dibenarkan utk penyakit yg mudarat,buleh je tak kire la doktor tu laki atau puang nk cocok..kalu mung takat nok cocok vitamin je kat punggong barula haram!


17. Muslimat yg pakai juboh kena hati-hati kalu gi klinik tika sakit,kalu doktor nok cucuk jarum kat punggong jeng boh!kena angkat kain dari bowoh!!pkailah baju kurung atau sluor,blh selak dari atas..


18. Org zaman sekarang ramai yg mensyirikkan Allah,ragu pada rezeki,ambiklah iktibar dari kisah pencuri kain kapan,rmai mayat2 yg b'paling muka tidak ke arah kiblat kerana masa hidup mereka ragu pada rezeki Allah.

================================

:: Soal jawab ::


1. Boleh tak puasa ganti dan nazar sekaligus?

-tidak boleh,hanya dgn puasa sunat sahaja yg boleh.


2. Saya telah beli moto curi,saya tau itu adalah moto curi tp saya tetap beli jugak..skrg dh taubat,nk pulang blk moto tu tak tahu tuan dia sape,ape harus saya buat ustaz?

-wajib pulangkan,serah pada pihak yg berkuasa jika tak jumpa tuannya.


3. Dalam ucapan salam boleh tak kita tambah "hi ta'ala"?

-disebut oleh imam Nawawi,yg afdhal adalah salam yg di ucapkan oleh Rasulullah,setengah ulama b'kata harus kalu menyebutnya.


4. Arah mana kita nak hadapkan muka masa tidur?

-arah kiblat,yg afdhal tidur seperti mayat dlm liang kubur.


5. Saya menang nombor ekor,blh tak kalau saya gunakan duit t'sebut buat byr saman?

-duit judi tak boleh digunakan utk kegunaan peribadi,hanya boleh digunakan utk maslahat awam,seperti buat jalan atau tandas.


6. Ada sisik ikan melekat kat tgn lepas solat,masa wuduk dah cek mmg tak ada,perlukah saya solat smula!

-dlm hukum fekah,sisik itu dikira dtg selepas sembahyang jika dah diperiksa mmg takde ketika b'wuduk,x perlu ulang sembahyang..


7. Mak saya nak masuk p'tandingan b'zanji,saya larang la sbb akan ada org lelaki akan dgr,mak saya kata,"aku mak,aku tau la" apa hukumnya ustaz?

-suara wanita menarik perhatian lelaki,hukum syarak melarang maka jgn pandai2,hanya dibenarkan utk mahram dan kaum sejenis sahaja.


8. Jika b'nazar hanya niat dlm hati perlu tunai tak?

-tak perlu,nazar hanya sah dgn b'lafaz.


9. 14 tahun lepas saya menyusukan anak saudara saya,tp saya tak pasti brapa kali saya bg..apa status anak saya dgn anak saudara saya ni?

-tidak sah jd anak susuan jika tidak yakin berapa kali anak org yg disusukan itu berapa kali kenyang.


10. Abis solat isyak terus buat solat witir 1 rakaat bimbang tak t'kejut utk solat malam,boleh tak ustaz?

-dlm Mazhab Shafie,lps solat witir boleh solat sunat yg lain,yg kata tak boleh tu bknlah dtg dari Mazhab Syafei.


11. Ape bacaan dlm solat sunat taubat?

-tiada bacaan yg dikhaskan,sebaiknya bykkan beristighfar.


12. PTPTN riba tak?

-ada pendapat yg kata dah tak riba lg stelah ditukar kpd sistem Ujrah.


13. Saya baru kehilangan bayi 3 bulan lps,bagaimana saya nak hadapinye?

-kita ni milik Allah,jika Allah ambik kita kne redha,Dia boleh ambik kita tak kira masa kerana kita milik Dia..fitrah manusia,mmg syg pd zuriat..tak salah sedih tp jgn keterlaluan,sebenarnya Allah dah bagi kelebihan bg org yg kehilangan anak kecil,anak-anak ini akan menunggu ibubapa mereka di Syurga,aset yg sgt besar di akhirat,tp mung jgn la blk kulioh gi cekik pulok anok mung!


14. Tgh solat,imam baca surah dan saya tak tumpu p'hatian..fikir perkara yg bukan2 dlm solat,batal tak solat saya..?

-tak batal,istighfar lah dlm hati..jika dlm fatihah,wajib baca smula jika kita t'tinggal ayat kerana tak khusyuk kerana dikira putus mualat.


15. Suami dayus tak masuk Syurga,kalu suami nak keluar tp isteri tak bg dan suami t'sebut tak keluar dikira dayus ke?

-tak dayus,yg dayus jika suami yg benarkan isteri ke lembah zina dan dedahkan aurat..jika aurat kecil seperti isteri tak pkai stokin tak dikira dayus lg.


16. Bangunan saya ada org nak sewa buat markas pilihanraya,blh tak?

-jgn b'tolongan dlm perkara mungkar..jika yg dibg sewa itu golongan yg tidak mahu tgk hukum Islam tertegak dlm negara,haram bg sewa.


17. Pasangan yg b'zina dan telah b'kahwin serta b'taubat,adakah Allah menerima taubat mereka?

-ya, Tuhan itu Maha Pengampun..Dia mengampun semua dosa jika kita b'taubat..Allah dah janjikanya..
 


Comments

Popular posts from this blog