Posts

Showing posts from November, 2010

Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam

Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 - 25 Jun 2009 telah membincangkan Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa: 1. Apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak dibawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam. 2. Oleh yang demikian apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan adalah secara langsung beragama Islam. 3. Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa penjaganya tidak perlu dipinda. Keterangan/Hujah: 1. Jumhur Ulama’ (al-Hanafiyyah, al-Syafi’iyyah dan al-Hanabilah) berpandangan, anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam itu ...

Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah

Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Keterangan/Hujah: 1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh...

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Keterangan/Hujah: Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam. Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang. Islam menolak ...

Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram

Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram. Muzakarah berpandangan bahawa mencegah penularan wabak yang boleh membahayakan nyawa dan kesihatan semasa menunaikan ibadah haji atau umrah amat dituntut oleh Islam. Oleh itu, dalam keadaan di mana sesuatu penyakit itu telah menjadi wabak, Islam memberi pengecualian dan kelonggaran kepada para jemaah untuk menutup sebahagian muka walaupun ia merupakan perkara yang dilarang semasa menunaikan ibadah haji atau umrah. Oleh yang demikian, Muzakarah memutuskan bahawa jemaah haji dan umrah ketika di dalam ihram diharuskan menutup sebahagian muka dengan memakai mask (penutup mulut dan hidung) serta tidak perlu membayar dam. Keterangan/Hujah: 1. Menjaga kesihatan badan lebih-lebih lagi ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah di Makkah adalah sangat...

Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil

Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa: 1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam. 2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam. Keterangan/Hujah: 1. Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, ...

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa: 1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah. 2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang. 3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada ...

Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid

Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang. Keterangan/Hujah: 1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam. 2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersik...

E- Fatwa

Hukum Penggunaan Bulu Binatang Yang Halal Dimakan Sebagai Ramuan Makanan Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Penggunaan Bulu Binatang Yang Halal Dimakan Sebagai Ramuan Makanan. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vitamin D3 yang terhasil daripada bulu binatang yang halal dimakan adalah harus sama ada ia diambil semasa hidup atau selepas disembelih mengikut hukum syarak. Keterangan/Hujah: 1. Bulu kambing yang diambil untuk dijadikan vitamin D3 adalah diperolehi dengan cara bercukur atau memotong bulu binatang tersebut ketika ia masih hidup. 2. Bulu kambing adalah satu-satunya sumber untuk mendapatkan vitamin D3. Sehingga kini belum ditemui sumber yang lain selain kambing biri-biri untuk mendapatkan vitamin D3. 3. Proses penghasilan vitamin D3 dimulakan daripada pengekstrakan bahan dinamakan lanolin, sejenis bahan berlemak (wax) daripada bulu ...

My Life & Love: Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain

My Life & Love: Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam
PENGENALAN Terjemahan dari surah Al-Ankabut:45 "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." Sembahyang hanya akan "mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar" sesuai dengan ayat Quran diatas seandainya ibadah sembahyang kita diterima oleh Allah. Perlakuan sembahyang yang tidak menurut yang dicontohkan oleh Nabi saw tidak akan diterima Allah. Jikalau sembahyang memang dapat "mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar" seperti ayat diatas, sudah pasti orang Yahudi dan Nasrani menjadi umat terpuji disisi Allah selain umat Islam kerana mereka juga bersembahyang. Orang Yahudi dan Nasrani serta umat Islam yang bersembahyang tetapi terus menerus mengerja...

My Life & Love: Ulangkaji Bacaan Dalam Ruku' Dan Sujud

My Life & Love: Ulangkaji Bacaan Dalam Ruku' Dan Sujud : "Bismillah. Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah. Post kali ini ringkas je (ringkas la sangat) yang akan men..."

MusLiMah OpTiMis: PENGEMBARAAN BERSAMA MUSLIMAH OPTIMIS (MO)

MusLiMah OpTiMis: PENGEMBARAAN BERSAMA MUSLIMAH OPTIMIS (MO) : "

Pertemuan Agung: Keutamaan Berjabat Tangan

Pertemuan Agung: Keutamaan Berjabat Tangan : "Segala sunnah Rasulullah s.a.w. termasuk 'amalan berjabat tangan adalah sangat berguna untuk kita selaku umat-Nya. Tanamkan kesungguhan dala..."

Pertemuan Agung: 4 Pertanyaan yang Mesti Dijawab

Pertemuan Agung: 4 Pertanyaan yang Mesti Dijawab : "Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan, Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat d..."

SETIAP BID’AH MENYESATKAN

Bid’ah-Definasi menurut bahasa ialah "mencipta atau mengada-ngadakan sesuatu perkara yang tiada contoh sebelumnya". Ia juga boleh dipanggil sebagai "setiap amalan yang tiada contoh sebelumnya" Bid’ah-Definasi menurut syarak pula ialah "Mencipta (mengada-angadakan atau mereka-reka) sesuatu yang sama sekali tidak ada contohnya pada zaman Nabi SAW atau tiada dalilnya dari syarak". (Merangkumi mereka-reka, mencipta yang baru, mengubah, menambah dan menyembunyikan) Beragama Islam adalah mudah kerana ikut sahaja contoh yang dibawa oleh Nabi SAW. Agama lain seperti Kristian dan Yahudi sentiasa berubah-ubah kerana bijak pandai mereka sentiasa mengubah/meminda/menambah agama mereka agar sesuai dengan penghidupan zaman mereka. Orang Cina sembahyang dulu pakai lampu pelita sekarang pakai lampu lektrik, dulu pakai epal sebenar kini guna epal plastik. Islam telah sempurna/lengkap dan telah dicontohkan melalui amalan Nabi SAW yang sesuai dengan firman AL...

Bagaimana Menyadarkan Diri Kita Agar Mau Bertaubat?

Mengingat pentingnya taubat. Maka pada kesempatan kali ini saya akan memaparkan point penting yang dapat mempengaruhi seseorang agar ia mau bertaubat. Seseorang yang berbuat dosa bisa saja malas untuk melakukan taubat. Apakah sebabnya dia malas untuk melakukan taubat? Apakah karena dia sibuk tentang pekerjaannya, sekolahnya, kuliahnya? Atau ia masih sibuk karena harus mengerjakan dosa-dosa lain? Atau karena ia menganggap bahwa jumlah dosanya masih tanggung dan ingin bertaubat nanti sekalian kalau dosanya sudah sangat besar? Atau mereka tidak ingin melakukan taubat karena belum membaca artikel ini? :) Apapun alasannya coba baca artikel berikut ini. Semoga artikel ini bisa membangkitkan keinginan seseorang dalam bertaubat. Khususnya pada diri saya sendiri, yang taubatnya masih belum tentu diterima. Okay…, Sebagian besar dari isi artikel ini diambil dari buku berjudul IHYA’ ULUMUDDIN IV “Mengingat Kematian” (terjemahan). Penerbit Pustaka Amani (Jakarta) Tanggal Penerbitan: R...
Ingat Beringat Budaya Kita Dalam surah Al-Asr, Allah yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim memperingatkan kita tentang perlunya kita memenuhkan jiwa kita dengan iman, dan kemudian diikuti dengan amal soleh. Iman dan amal soleh adalah gandingan sifat yang berdaya maju untuk memberi motivasi dan sekaligus mengubah diri kita menjadi manusia berakhlak mulia. Sekadar memperbaiki diri sendiri belum mencukupi. Kita mempunyai misi seterusnya iaitu menunaikan tanggungjawab kepada anak-anak, isteri, keluarga, jiran dan manusia keseluruhannya. Dalam Surah Al-Asr, Allah seterusnya mengingatkan kita supaya memberikan nasihat dan ingat-beringat sesama muslim dan juga non-muslim. Sebagaimana misi para Rasul dan Nabi untuk menyelamatkan umat, kita juga perlu menanamkan tekad yang sama sebab mereka adalah contoh teladan yang terbaik untuk kita ikuti. Dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada yang mungkar, pastinya kita akan menerima cemuhan dan tentangan, kerana untuk mendapatkan yang baik...