Bible menyebut bahawa Yesus datang bukan untuk membawa damai tetapi pedang
Dari sekecil makhluk hingga sebesar makhluk semuanya bertasbih memuji Allah
September 22, 2009
AlQuran dan sains, Bicaraku Allah, atom, galaksi, makhluk, matahari, nama Allah, sistem suria, tasbih 12 Komen
Assalaamu’alaikum w.b.t……. Saya sudah lama menulis tentang perkara ini, tetapi saya tulis dalam Bahasa Inggeris di blog lain. Saya ingatkan telah menulisnya dalam Bahasa Melayu, rupa2nya belum. Saya cari2 tidak jumpa2 huhu. Maka saya cuba lah tulis kembali tentang semua mahkluk bertasbih memuji Allah S.w.t. Semoga saudara2 agama lain pun mendapat pengajaran darinya insyaAllah
Allah telah menunjukkan kepada kita semua terlalu banyak bukti tentang kewujudannya termasuklah Nama-nama Allah pada bermacam makhluk. Kebanyakan bukti tersebut hanya dapat dilihat dengan menggunakan akal yang dianugerahkan terhadap ciptaanNya yang terbaik iaitu manusia.
Dari alam mikro hinggalah ke alam makro, daripada sekecil2 makhluk iaitu ATOM, hingga sebesar2 makhluk seperti matahari dan bintang2 lain yang lebih besar seperti Antares dan sebagainya, semuanya membuktikan kewujudan Allah dan bertasbih memujiNya.
“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hadid : Ayat 1
Konsep ATOM, di mana Elektron dikelilingi oleh Neukleus (Proton dan Neutron) adalah sama dengan konsep planet2 mengelilingi matahari dalam sistem suria kita, begitu juga dengan sistem suria kita pula beredar mengelilingi Galaksi Bima Sakti dan begitulah seterusnya. Sungguh amat luas alam semesta ini, tiada siapa yang dapat menjangkaunya melainkan Allah S.w.t.
Bagaimana semua itu dapat beredar di dalam paksi dengan elok sekali, tanpa lari dari garisan orbitnya dan melencong ke arah lain? Sudah tentu lah ada yang mengawalnya.
Konsep ATOM, planet2 dan sistem suria tadi sama lah konsepnya dengan umat Islam tawaf di Kaabah di Kota Mekah Al Mukarramah. Umat Islam tawaf mengelilingi Kaabah sambil memuji2 Allah , maka begitu juga lah Atom, planet2 dan sistem suria tadi, semuanya beredar di atas paksi (tawaf) sambil memuji2 Allah.
Maka sekaligus sains sendiri telah membuktikan kebenaran ayat2 dalam AlQuran tersebut. Sesungguhnya segala makhluk di dunia ini bertasbih memuji Allah, hanya kita sahaja yang tidak tahu bahasa mereka. Dan yang lagi sedihnya, hanya MANUSIA sahaja yang ramai tidak suka malah langsung tidak memuji Allah, terutamanya orang2 yang tidak beriman.
“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” Surah Al Israa’ : Ayat 44
Kaabah letaknya bersetentangan / selari dengan masjid para malaikat di langit iaitu Baitul Ma’mur dan bersetentangan dengan Arasy Allah di langit ke tujuh. Maka umat Islam bukan mengelilingi Kaabah kerana menyembah Kaabah , tetapi penyatuan segala HATI menuju ALLAH. Mengadap ke arah Kaabah hanya lah mengadap kiblat, yang mana kiblat itu secara terus menuju kepada Allah S.w.t.
Walaubagaimana pun manusia sendiri tidak sedari betapa tubuh mereka sendiri sebenarnya BERTASBIH memuji Allah. Kerana apa? Kerana setiap makhluk termasuk manusia terdiri dari susunan ATOM. Gabungan dari ATOM2 lah yang membentuk pelbagai makhluk termasuk kita manusia. Bermakna ATOM2 pada tubuh kita sentiasa bergetaran , tetapi pada ukuran yang sangat halus yang kita tidak nampak dengan mata kasar.
Proton dan neutron sentiasa mengelilingi ATOM, dan dengan ini lah disabitkan bahawa mereka itu tawaf sambil memuji2 Allah S.w.t.
Begitu juga dengan kicauan dan siulan burung, ombak menghempas pantai, bunyi deruman air terjun, suara2 serangga dan sebagainya, tidakkah semua itu menenangkan jiwa jika mendengarnya? Itulah kerana mereka semua itu sedang berzikir (zikrullah), bertasbih memuji Allah, kerana itu jika kita mendengarnya maka jiwa kita pun turut merasa ketenangannya insyaAllah.
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (ingat Allah)”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” Surah Ar Ra’d : Ayat 28
“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hasyr : Ayat 1
“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Jumu’ah : Ayat 1
“Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa), sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.” Surah An Nuur : Ayat 41
Sehinggakan guruh dan petir juga adalah memuji Allah;
“Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.” Surah Ar Ra’d : Ayat 13
Dan banyak lagi ayat2 AlQuran yang menyebut tentang segala makhluk bertasbih memuji Allah. Maka adakah kamu masih tidak mahu bertasbih memuji Allah dan masih memuji makhluk2 lain? Bukti telah jelas diberikan sama ada secara rohani mahupun saintifik, adakah kamu masih ragu-ragu?
“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.” Surah As Sajdah : Ayat 15
Semoga kita kembali mentauhidkan Allah dengan sebenar2nya. Cintai Allah, cintai Rasul, cintai kedua orang tua, sayangi manusia dan segala makhluk. Peace, love and justice for all

Comments
Post a Comment