SUDUT RENUNGAN

1. Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan bertemu landasan yang tepat. Charles Cahier

2. Kejayaan tidak datang kepada orang yang leka. Charles Cahier

3. Menyimpang seinci, rugi seribu batu. Peribahasa Cina

4. Rahsia kejayaan adalah kecekalan tujuan. Benjamin Disraeli

5. Tingkatkan diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain. I. Salanter Lipkin

6. Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti mengharunginya. Albert Camus

7. Sesiapa yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah. Jose Joaquin Olmedo

8. Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. William J. Siegel

9. Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang payah. Philip Massinger

10. Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. Lao Tze

11. Kegagalan adalah asas kejayaan, dan kaedah bagaimana kejayaan dicapai. Lao Tze

12. Jika matlamat anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah. Lao Tze

13. Kurang semangat menyebabkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kebolehan. Flower A. Newhouse

14. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. Samuel Johnson

15. Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak matlamatnya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. Cecil B. DeMille

16. Jika anda mahu melakukan sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu melakukan sesuatu, anda akan cari alasan. Peribahasa Arab

17. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Peribahasa Melayu

18. Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya. Confucius

19. Seseorang yang melakukan kesilapan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesilapan lagi. Confucius

Comments

Popular posts from this blog