sunnah harian 004: puji Allah bila bersin, tahan diri dari menguap, dan tutup mulut bila menguap
By y.mercury

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعُطَاسَ وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ فَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَحَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ سَمِعَهُ أَنْ يُشَمِّتَهُ وَأَمَّا التَّثَاؤُبُ فَإِنَّمَا هُوَ مِنْ الشَّيْطَانِ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ فَإِذَا قَالَ هَا ضَحِكَ مِنْهُ الشَّيْطَانُ

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci menguap. Maka apabila seseorang itu bersin, lalu dia memujilah Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”) maka bagi setiap Muslim yang mendengarnya adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadamu)). Manakala menguap, ia adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang daripada kamu menguap, tahanlah ia dengan sedaya upaya. jika dia menguap sampai berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, 19/223, no. 5755)

Dalam riwayat yang lain, juga daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَلْيَقُلْ لَهُ أَخُوهُ أَوْ صَاحِبُهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ فَإِذَا قَالَ لَهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ فَلْيَقُلْ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

“Apabila seseorang itu bersin, maka hendaklah ia mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”. dan hendaklah saudaranya atau sahabatnya menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadamu). Dan jika disebut kepadanya “يَرْحَمُكَ اللهُ”, maka hendaklah dia mengucapkan “يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 243)

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

الْعُطَاسُ مِنْ اللَّهِ وَالتَّثَاؤُبُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فِيهِ وَإِذَا قَالَ آهْ آه…ْ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْفِهِ وَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعُطَاسَ وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ
“Bersin itu daripada Allah, manakala menguap itu dari syaitan. Sekiranya salah seorang daripada kamu menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya dan jika ia mengeluarkan bunyi “aahh… aahhh…” maka syaitan ketawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Kitab al-Adab, 9/402, no. 2670. Beliau berkata: Hadis ini Hasan sahih)

*diambil dari FB saudara nawawi subandi dgn ubai suai pada terjemahannya.

faedah:

1. puij Allah bila bersin

2. kalau dgr org bersin puji Allah, sebut “yarhamukallah” padanya (wajib bagi setiap yg dgr org tu sebut alhamdulillah)

3. kemudian org bersin tadi jawab balik “yahdeekumullah wa yuslih baalakaum”

4. tahan diri ketika nk menguap, terutama dlm solat

5. kalau menguap tutup mulut, dan jgn sampai keluar bunyi

Comments

Popular posts from this blog