http://ceramahmelayu.multiply.com/video/item/9/ph-ust-fathulbari-sahihmuslim-005_Sejarah_perkembangan_ilmu_Hadith
Santunnya menyentuh perasaan
Santunnya menyentuh perasaan
Posted by noraini on Aug 23, '07 4:10 AM for everyone
Pagi tadi seolah-olah merubah suasana perasaan hati. Masa berlari kecil mengejar bas dan menaiki anak tangganya, aku senyum tersipu sendiri dan juga tanda terimakasih kepada pemandu bas 945 itu. Ketika menghampiri sebuah tempat duduk kosong pula seorang lelaki cina tua yang bertimpuh kakinya, tersenyum dan menganggukkan kepala tanda sapaan sambil meletakkan kembali kakinya ke bawah seolah-olah memberi laluan. Padahal aku duduk di hadapannya. Kemudian semasa hendak turun pula, sekali lagi dia yang kelihatan berusia sekitar 60 tahun, memberi laluan padaku dengan tangannya dan aku disilakan turun dulu. Merasa tersanjung, ku ucapkan terimakasih padanya lalu meneruskan perjalanan. Dek terpesona, rasanya hendak menoleh ke belakang lagi melihat orang yang berbudi tadi. Di kala itu ku rasa tersentuh dengan kesantunannya. Dan...cuba teka? Ia langsung membuatku rasa lebih ceria dan berani menghadapi cabaran hari ini, esok dan lusa. Masakan tidak? Semalam aku rasa macam lemah longlai selepas pulang kerja, ditambah dengan kegagalan dalam ujian menunggang. Aku yakin betul bahawa lelaki tersebut memang mengamalkan budi bahasa dengan ikhlas sebagai cara hidupnya.
Comments
Post a Comment