Shah Alam, Selangor Nov. 26 22:24
4 Lelaki Ditarik Ke Neraka
Salam Jumaat untuk semua..
Suri mengharapkan agar sahabat dalam
keadaan sihat sejahtera hendaknya. Pagi
yang indah ini ingin Suri kongsikan satu
tazkirah yang dikira sebagai peringatan
buat kita semua.
Semoga sedikit ilmu yang tidak seberapa ini
membuatkan kita berfikir sejenak
dimanakah kuasa anda sebagai seorang
lelaki yang di muliakan Allah.. Wanita
sebagai pengikut ketua sebuah keluarga.
Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah
tidak memperdulikan anak-anak
tidak memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak
memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji dan
sebagainya. Dia membiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat.. tidak
cukup kalau dengan hanya memberi
kemewahan dunia sahaja maka dia akan
ditarik oleh anaknya.
Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan
tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di
pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk
suami tapi untuk pandangan kaum lelaki
yang bukan mahram, apabila suami
mendiam diri.. walaupun dia seorang alim
(solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)
maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,
tanggungjawab menjaga maruah wanita
jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau
mereka hanya mementing keluarganya
sahaja dan adik perempuannya dibiar
melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah
tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati
seorang ibu perihal kelakuan yang haram
dari islam, maka anak itu akan disoal dan
dipertangungjawabkan di akhirat kelak..
nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan
wanita bukan sahaja di dunia malah di
akhirat pun tarikannya begitu hebat…
maka kaum lelaki yang bergelar ayah /
suami / abang atau anak harus
memainkan peranan mereka yang sebenar
tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu
“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu
serta ahli kamu dari api neraka, di mana
bahan pembakarnya ialah manusia dan
batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami
anda, abang-abang anda serta anak-anak
lelaki anda…kesiankanlah mereka dan diri
kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH
S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan
dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita
semua terselamat dari ditarik dan
tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga
seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim
dengan SYURGA.. semua kaum muslim
masuk syurga.. janganlah kita membuang
atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T

Comments

Popular posts from this blog