Seni Menjaga Hati Ibu Bapa (Siri 1)
Disertakan oleh ad
Hati ibu bapa bagaikan kaca – untuk menjaganya perlu berhalus.
“Saya tidak pernah suka ibu berkahwin lain. Saya tak boleh terima ada orang ketiga di antara ibu dan saya adikberadik.&
rdquo; Demikian antara luahan rasa seorang gadis kepada Dr. Robiah K.Hamzah, kolumnis ruangan Intan
Payung (Anis, Oktober 2006).
Dia juga mengadu ayahnya (yang telah bercerai dengan ibunya) tidak restui dia berkahwin dengan tunangnya. Gadis ini
dalam dilema. Dia tidak ‘restui’ perkahwinan ibunya, manakala perkahwinannya sendiri tidak direstui
ayahnya.
Dr. Robiah dalam jawapan panjang lebarnya telah mengaitkannya dengan persoalan redha. Antara lain, katanya,
“…tiada keberkahan dalam kehidupan jika hubungan dengan ibu bapa tidak ikhlas, telus, tulus dan tidak
akan ada redha Allah jika tiada redha ibu bapa. Oleh itu sokonglah usaha ibu bapa yang baik buat diri mereka dan anakanak
seharusnya mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita. Tanpa mereka kita tidak melihat dunia. Menentang hasrat
yang membahagiakan mereka sama jugalah seperti menempah tiket sebagai anak yang tidak mengenang jasa orang
tua.”
Tentang perkahwinan si gadis, Dr. Robiah menulis, “...perkahwinan yang tidak mendapat restu dari orang tua sulit
untuk mengekalkan kebahagiaan terutama di pertengahan dan hujung perkahwinan. Bahagia mungkin muncul di awal
perkahwinan, tapi bila kita jatuh, tidak ada tempat lain untuk kita menangis selain dari ibu bapa dan keluarga terdekat.
”Memang redha ibu bapa adalah persoalan yang amat penting. Setiap orang ada ibu ayah yang hatinya perlu
dijaga kerana pada sekeping hati itulah letaknya keredhaan atau kemarahan, rasa senang atau tak senang. Ibu bapa
pula lebih mudah sensitif dengan anak berbanding dengan orang lain, jadi menjaga hati mereka perlu berhalus atau
berseni.
Berikut antara perkara-perkara yang perlu diperhatikan:
1. Ibu bapa suka jika anak berbakti kepadanya. Sahut panggilannya, penuhi suruhannya, ringankan kerjanya, membantu
tanggungan sara hidupnya, jaga dia ketika sakit, hidangkan makan, bertanya khabar dan ambil tahu kehidupannya jika
tinggal berjauhan dan sebagainya.
2. Ibu bapa ada hati dan perasaan. Walaupun umpamanya mereka sudah nyanyuk dan lanjut usia tapi hati mereka
masih boleh merasa dan terkesan dengan kata-kata serta tindak-tanduk anak.
3. Ibu bapa pantang ditegur. Umumnya ibu bapa sentiasa rasa diri mereka lebih betul dari anak sebab mereka lebih dulu
makan garam. Jadi pantang kalau anak tegur ibu bapa dalam satu-satu perkara secara semberono.
4. Ibu bapa mudah terkesan dengan pandangan mata anaknya. Kalau anak pandang dengan kasih sayang, ibu bapa
akan tahu. Begitu juga jika sebaliknya.
5. Ibu bapa tidak suka digula-gulakan oleh anak. Mereka sukakan pemberian dari anak tapi hati kecil mereka menolak
pemberian yang bukan dari hati atau sekadar untuk ambil hati.
6. Ibu bapa tidak suka anak campuri urusan peribadi mereka. Misalnya jika ayah seorang duda dan berhasrat kahwin
lagi, dia tidak akan senang jika anak tunjuk sikap membangkang atau membuat komen yang sakitkan hati.
7. Ibu bapa suka dijadikan tempat rujuk. Kalau anak tak pernah minta pandangan, tak pernah minta restu dan doa, hati
mereka boleh terguris.
8. Diam ibu bapa biasanya tanda tak setuju. Ini anak perlu faham. Kalau anak meminta persetujuan ibu bapa dalam
sesuatu perkara tapi mereka diam saja, maka diam itu berkemungkinan besar tanda tidak setuju.
9. Semakin lanjut usia, ibu bapa semakin sensitif. Kalau seseorang itu ada ibu atau ayah yang sudah lanjut usia, ada
baiknya dia lebih berhalus untuk jaga hati mereka. Tersilap sedikit pun boleh lukakan hati dan mengundang rajuk
mereka.
10. Ibu bapa umumnya suka manjakan cucu dan tidak senang jika cucunya diapa-apakan. Jadi kalau hendak marah
atau rotan anak, ia tidak boleh dibuat di depan mata nenek atau datuknya untuk jaga perasaan mereka. Jadi banyak
sudut yang boleh ditengok untuk menjaga hati dan perasaan ibu bapa. Bolehlah dikatakan, menjaga hati mereka
bagaikan menjaga kaca yang mudah pecah.
Galeri Ilmu SB
http://www.galeriilmu.com.my/www Dikuasai oleh Joomla! Dijanakan : 12 October, 2008, 06:59
(Koleksi ANIS / Oleh: Zakaria Sungib)

Comments
Post a Comment