Adab Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Cara Islam

Posted by puanbee | Posted in ISU AGAMA |


Dalam ajaran agama Islam,seseorang ibu yang sudah melahirkan anak dan kemudiannya baru sahaja menimang cahaya mata adalah amat disarankan untuk menyambut kelahiran bayi baharunya.Namun begitu tidak banyak perbezaan dalam melaksanakan adab menyambut kelahiran bayi dalam Islam sesuai dengan sifat agama Islam itu yang mudah dan praktikal.

Panggilan bagi menyambut anak lelaki adalah disebut “Salamun Zakrun” yang bererti: Salam sejahtera anak lelaki.Manakala panggilan untuk menyambut anak perempuan adalah disebut sebagai “Salamun An-Nisaa” yang bererti: Salam sejahtera anak perempuan.

Langkah menyambut anak yang baru dilahirkan

Sesudah sahaja anak yang baru dilahirkan dari rahim ibu,maka adalah diperlukan untuk membersihkan/dimandikan anak itu dengan betul dan baik agar posisi anak itu bersih dan sihat.

Selalunya amanah membersihkan anak yang baru lahir itu adalah dibawah tanggungjawab jururawat,bidan,bapa anak atau mereka yang penyayang serta pengasih kepada bayi serta berkebolehan meyempurnakan tugasan itu.

Bayi yang sudah dibesihkan perlulah dililit/dipakaikan dengan kain tuala yang bersih dan lembut sebaiknya berwarna putih.

Sunat/Sunnah memberi ucapan tahniah dan mengembirakan mereka yang baru sahaja mendapat anak.Tujuannya adalan untuk menghulurkan rasa kegembiraan bersama kepada siibu dan keluarga yang baru sahaja memperolehi cahaya mata selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim dikalangan mereka.

Adalah disarankan bagi pengucap khabar gembira untuk menghulurkan buah tangan tahniah berupa hadiah,hamper,bunga-bungaan ataupun wang saguhati kepada penimang anak.

Sunat untuk diazankan di telinga kanan bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya.

Dan juga disunatkan untuk diiqamatkan di telinga kiri bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya.

Serta disunatkan juga membaca ayat-ayat suci Al-Quran pada bayi tersebut.Bacaan tidak perlulah dibaca terlalu kuat cukup sekadar memperdengarkan bacaan pada bayi sahaja.

Salah satu hikmah(kelebihan)melakukannya adalah supaya kalimat seruan tersebut tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang bayi dengar.

Sunat ‘Tahnik’ atau belah mulut yang dilakukan selepas anak dilahirkan.

Tahnik ialah mengunyah buah kurma(tamar)(selalunya dilakukan oleh orang yang dianggap soleh dan bertaqwa kepada Allah seperti Imam, Bilal(Muazzin), Ulama, Syeikh dan sebagainya), dan seterusnya diletakkan sedikit pada lidah bayi yang baru dilahirkan.

Selain daripada Kurma, manisan lain seperti titisan madu, nira nipah atau kelapa juga boleh digunakan. Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapatkan ganjaran benda manis.


Amalan ini membuatkan bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan bayi tersebut kerana sentuhan di lidah mempunyai kesan manis dan bukan kesan yang tidak menyelesakan. Selain itu, tujuan lain adalah untuk melancarkan percakapan anak kecil selain mengetengahkan anak kecil itu agar kelak selalu berkata manis dan benar.

Sunat menggunting rambut (tahallul kecil) bagi anak yang baru dilahirkan.Menggunting sedikit rambut anak kecil pada hari ke-7 adalah sunat. Maka oleh itu setiap anak yang dilahirkan perlu menjalani perbuatan ini.Etika perguntingan rambut adalah dengan cara menggunting sedikit jambul hadapan di kepala anak kecil.Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba disisi Allah selain merancakkan pemikiran dan menggalakkan pertumbuhan rambut baharu.

Perbuatan ini biasanya dilakukan bermula pada umur bayi iaitu hari ketujuh sehingga umurnya setahun.Selalunya majlis keramaian diadadakan untuk menyambut kelahiran bayi dan menjalankan aktiviti ini.Sesiapa sahaja dibenarkan untuk menggunting rambut bayi tetapi yang lebih baik penggunting itu adalah dari kalangan orang yang soleh dan keluarga terdekat.

Sunat menamakan anak yang baru dilahirkan dengan dengan nama-nama yang baik.Menamakan anak boleh dilakukan pada hari pertama kelahiran anak tersebut sesudah bayi itu diazan dan diiqamatkan atau pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai.Nama yang kotor buruk serta menjatuhkan maruah perlulah dielakkan sama sekali.

Sunat “Aqiqah” bagi anak baru lahir.Aqiqah yang membawa maksud penyembelihan binatang ternakan seperti lembu,kerbau,unta ataupun kambing yang dilakukan selepas kelahiran bayi(lebih afdhal(yang lebih baik)dilakukan pada hari ketujuh)sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Taala.

Kurban yang dilaksanakan ini dapat mendekatkan anak kepada Allah dan pelbagai faedah yang lain.Kurban Aqiqah dapat meninggalkan kesan psikologi pada anak kecil yang baru lahir agar dia dapat merasakan dirinya dihargai oleh keluarga dan masyarakat selain menggembleng perasaan kecil agar mampu berkorban dan redha dengan ketentuan Allah.

Atucara ini biasanya dilakukan pada majlis kesyukuran yang biasanya turut diselitkan dengan aktiviti mengunting rambut bayi,Nasyid, selawat,bacaan Al-Quran, solat sunat syukur,bacaan Yassin dan Tahlil Kesyukuran.

Perbuatan menyembelih binatang selalunya tidak dilakukan dihadapan mata bayi yang hendak diraikan tetapi dilakukan sebelum majlis berlangsung.Makanan dan minuman turut diberikan pada hadirin dan anak fakir miskin dan yatim piatu.

Sunat (berkhatan/berkhitan/bersunat).Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan merupakan suatu kewajipan bagi lelaki.

Namun begitu sesetengah Ulama menafsirkan berkhatan bagi lelaki adalah hanya dikategorikan sebagai Sunat Muakkat(Sunat yang amat dituntut oleh syariat Islamiah).

Tujuan berkhatan adalah untuk menjaga kesucian zahir dan batin umat manusia selain untuk menguatkan minda dan badan dan mencantikkan paras rupa dan wajah.

Para saintis moden telah menggalakkan khata kepada semua umat manusia bagi membendung masalah jangkitan penyakit kelamin yang merbahaya seperti HIV dan AIDS.

Bagi kanak-kanak lelaki yang berumur antara umur 8 hingga 12 tahun boleh disunatkan oleh Tok Mudim manakala kanak-kanak lelaki dibawah umur itu serta kanak-kanak perempuan boleh disunatkan oleh Doktor dan Bidan yang berkebolehan.

Bagi kes kanak-kanak dan orang dewasa Muslim yang mencecah umur 13 tahun dan keatas pilihan melaksanakan kewajipan berkhatan boleh ditentukan untuk dilaksanakan oleh Doktor atau Mudim mengikut kehendak dirinya dengan syarat tidak menimbulkan syahwat dan pelaksana pembedahan adalah mereka yang sama jantina atau muhrim.

Sesetengah Ulama juga menafsirkan hukuman bagi lelaki Muslim yang tidak berkhatan adalah dihukum bunuh.Bagi melaksanakan ibadah berkhatan ini,pengetahuan dalam bidang perubatan perlu ada pada pelaksana pembedahan serta Ibadah khatan boleh dilakukan selepas diadakan majlis kesyukuran.
sumber wikipedia

Haa cam mana ? bersedia jadi bapa dan ibu ??


http://puanbee.com/adab-menyambut-kelahiran-bayi-menurut-cara-islam/

Comments

Popular posts from this blog