KB Mall Tempat Keramat ?? Video Cubaan Bunuh Diri Di KB Mall Dan Hukum Bunuh Diri

Posted by puanbee | Posted in ISU AGAMA, SEMASA


 
Salam Bahagia Semua icon smile KB Mall Tempat Keramat ?? Video Cubaan Bunuh Diri Di KB Mall Dan Hukum Bunuh Diri
Hehehe dah tengok ke video tu di yout tube ? kalau belum meh lah tengok disini , kelakar jugak betul2 tekad budak ni nak bunuh diri sendiri ..wehhh fikiran tu kemana yer ? kenapa nak bunuh diri sendiri akibat kecewa ? kalau macam tu ibu bapa pun ramai lah yang akan bunuh diri kerana kecewa dek perangai anak-anak yang ntah apa-apa tu..erm minta di jauhkan lah dari kita semua yer..
Tengok komen di you tube bawah video tu ?? apa kata mereka ..weh macam-macam dan bee tertarik pada satu komen ni ,
bunuh diri KB Mall Tempat Keramat ?? Video Cubaan Bunuh Diri Di KB Mall Dan Hukum Bunuh Diri{bee print skrin di you tube!}
Jangan percaya begitu wehh…itu perbuatan syirik ermm…jauhilah perbuatan syirik yer :
Hadith ada menyebut :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.”
Unsur syirik :
i) Antara unsur syirik yang sering berlegar dalam kehidupan masyarakat Islam pada hari ini ialah keramat, perdukunan dan bertenung nasib.
ii) Bagi seseorang dukun dan tukang ramal kebiasaannya mereka mengaku tahu tentang perkara-perkara yang tersembunyi atau bersifat ghaib sehingga banyak memberitahu tentang kejadian masa lalu kepada orang yang datang kepadanya menerusi jampinya. Sedangkan hal yang diperkatakan itu berada dalam persangkaan dan ramalan yang samar atau sekadar meneka semata-mata di mana menaruh kepercayaan seratus peratus padanya hukumnya adalah berdosa besar di sisi Islam.
iii) Seharusnya sebagai seorang mukmin, kita wajib percaya sepenuhnya terhadap Rukun Iman dan Rukun Islam yang menuntut agar tidak meletakkan sesuatu yang selain daripada Allah S.W.T sebagai tempat bergantung sebaliknya hendaklah memperbanyakkan usaha dan berdoa ke hadrat Allah S.W.T agar memperkenankan segala apa yang dihajati atau mengelak dari segala kecelakaan yang mendatang.

Hukum orang bunuh diri :
Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.

Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.




Daripada Jabir bin Samurah R.A. katanya:
Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:
“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”

Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.
Wallahu a’lam.{boleh sambung baca lagi disini}

Jangan yer jangan lakukan perbuatan syirik dan bunuh diri , takutnya pembalasan TUHAN icon smile KB Mall Tempat Keramat ?? Video Cubaan Bunuh Diri Di KB Mall Dan Hukum Bunuh Diri setiap apa yang baik datang nya dari ALLAH dan yang buruk itu datang nya dari diri sendiri icon smile KB Mall Tempat Keramat ?? Video Cubaan Bunuh Diri Di KB Mall Dan Hukum Bunuh Diri

Comments

Popular posts from this blog