HASSAN ALI BARU NAK DEDAH BARU NAK NGAKU D SELANGOR ADA GERAKAN TERANCANG MURTADKAN MELAYU ISLAM ?



 
Menurut Dr.Hasan “pendakwah kristian” kini menjadikan Malaysia khususnya Selangor dan Perak sebagai fokus ‘serangan” dengan menampilkan tokoh-tokoh berpelajaran dalam misi mereka.


Katanya sesetengah berkelulusan PhD yang datang khas dari Amerika Syarikat, Australia, UK, Belanda, German malah juga dari Indonesia dengan matlamat memurtadkan umat lslam di sini.


“Di Selangor mereka ada unit khas untuk umat Melayu saja. Mereka kita anggap seperti tentera pemesong akidah . . .mereka dilatih boleh hidup dalam semua keadaan untuk menjalankan tugas tersebut.


“Mereka sanggup duduk dengan masyarakat orang asli, sanggup bergaul dengan orang-orang kaya serta golongan sederhana (middle class).


“Mereka sudah boleh membaca pemikiran kita dan menggunakan cara psikologi sehingaa berjaya memukau orang-orang Melayu menjadi murtad.



“Ada majlis di Genting Highland di mana pendakwah berbangsa melayu memakai jubah datang berceramah mengenai kristian . . .tidakkah ini menakutkan kita”

Beliau juga mendedahkan paderi-paderi kristian sudah memasuki masjid-masjid menunaikan solat (contoh solat zohor) macam orang lslam lain.

Tujuan mereka ialah untuk menyerap masuk ke dalam masyarakat lslam sebelum mereka menjalankan jarum menghasut orang Melayu meninggalkan lslam dan menyertai kumpulan mereka. 


Dr.Hasan berkata hasil Unit Selamat Akidah yang beliau tubuhkan baru-baru ini mendapati 51 orang Melayu (yang datang menemuinya) mengalami pembaptisan menjadi kristian manakala 40 lagi sudah minum holy water.



Cerita orang-orang Melayu murtad di Selangor yang menggemparkan rakyat Malaysia suatu masa dulu kini sudahpun menjalar ke negeri Perak dalam kadar yang agak membimbangkan.

Ya... anda mungkin sukar mempercayainya bahawa terdapat orang-orang Melayu terpesong akidah dan menganut agama kristian namun hakikat ini didedahkan dalam satu program di Kuala Kangsar pagi Sabtu.

Di Selangor sejak kerajaan negeri mewujudkan USA atau Unit Selamat Akidah. seramai 51 orang sudahpun dibaptiskan atau dengan lain kata sudah menganut agama kristian.

Manakala 40 orang Melayu lain pula didakwa sudahpun meminum holy water (holy water atau air suci ialah air disucikan paderi untuk pembaptisan dan ia diletak di pintu masuk gereja untuk penganut mencalit ke lidah sebelum dibuat tanda salib).

Berlainan pula ceritanya di Perak kerana kini terdapat 43 kes melayu murtad (aduan permohonan murtad ke mahkamah syariah) manakala 58 orang pula ‘diberi peluang bertaubat.’

Kini orang-orang Melayu ini walaupun dilahirkan Melayu dan asalnya beragama lslam tetapi menukar nama sesuai dengan agama baru dengan tidak lagi menggunapakai nama asal.

Demikianlah pendedahan dibuat Pengerusi Hal Ehwal Agama lslam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr.Hasan Ali mengenai kes orang melayu murtad di Selangor pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) peringkat negeri Perak di dewan jubli Perak di Kuala Kangsar.

Kira-kira 3,000 orang hadir majlis bermula jam 10 pagi sehingga tamat sebelum azan zuhur dilaungkan di masjid berdepan dengan dewan tersebut.

Lima pemidato berucap terdiri daripada Dr. Hasan, Timbalan Mufti Perak Ustaz Zamri Hashim, Pengerusi Himpun Azmi Hamid, timbalanya Abdullah Zaik, dan Dr. Asri Mohamed.

Selain daripada itu turut menaikkan bulu roma ialah angka yang didedahkan Ustaz Zamri Hashim berhubung isu murtad yang kini turut sama merebak ke negeri ini dan kadarnya sangat membimbangkan.

Selaku panel ketiga dari lima pemidato, beliau berucap dengan penuh emosi serta pada masa sama berjaya menggamit hadirin dengan tepukan gemuruh.

Jika dibuat perbandingan nampaknya Ustaz Zamri berjaya membuatkan beberapa orang dari tetamu yang hadir terutama di kalangan wanita dilihat mengesat air mata serta ada yang tidak segan silu menitiskan air.


Seperti dijangka Dr.Hasan yang kini berdepan dengan kritikan hebat daripada tokoh-tokoh dalam PAS yang didakwa beliau “agen UMNO” diberi keistimewaan dengan bercakap di akhir majlis.

Sebelum majlis berakhir beliau mengajak para hadirian berzikir dan berselawat serta disudahi dengan doa—ketika itu sekali lagi ramai yang menitiskan air mata.

Menurut Dr.Hasan “pendakwah kristian” kini menjadikan Malaysia khususnya Selangor dan Perak sebagai fokus ‘serangan” dengan menampilkan tokoh-tokoh berpelajaran dalam misi mereka.

Katanya sesetengah berkelulusan PhD yang datang khas dari Amerika Syarikat, Australia, UK, Belanda, German malah juga dari Indonesia dengan matlamat memurtadkan umat lslam di sini.

“Di Selangor mereka ada unit khas untuk umat Melayu saja. Mereka kita anggap seperti tentera pemesong akidah . . .mereka dilatih boleh hidup dalam semua keadaan untuk menjalankan tugas tersebut.


“Mereka sanggup duduk dengan masyarakat orang asli, sanggup bergaul dengan orang-orang kaya serta golongan sederhana (middle class).


“Mereka sudah boleh membaca pemikiran kita dan menggunakan cara psikologi sehingaa berjaya memukau orang-orang Melayu menjadi murtad.

Dr.Hasan berkata hasil Unit Selamat Akidah yang beliau tubuhkan baru-baru ini mendapati 51 orang Melayu (yang datang menemuinya) mengalami pembaptisan menjadi kristian manakala 40 lagi sudah minum holy water.

Sekaligus katanya mereka kini menukar nama kepada nama lain dengan membuang dan tidak lagi memakai nama-nama asal.

“Ada majlis di Genting Highland di mana pendakwah berbangsa melayu memakai jubah datang berceramah mengenai kristian . . .tidakkah ini menakutkan kita”

Beliau juga mendedahkan paderi-paderi kristian sudah memasuki masjid-masjid menunaikan solat (contoh solat zohor) macam orang lslam lain.

Tujuan mereka ialah untuk menyerap masuk ke dalam masyarakat lslam sebelum mereka menjalankan jarum menghasut orang Melayu meninggalkan lslam dan menyertai kumpulan mereka.

Dr.Hasan mengingatkan umat lslam di negara ini bahawa puak-puak ini bukanlah calang-calang orang kerana mereka berpelajaran tinggi serta dilatih khusus untuk tujuan ini malah selain mereka boleh bertutur pelbagai bahasa “mereka boleh mengalahkan kita bila kita berbahas dengan mereka.”

Dengan suara separuh sedih Dr.Hasan berkata, “saya percaya apa yang berlaku di Selangor berlaku di Perak.justeru tugas kita ialah memerangi kumpulan ini dan memastikan umat lslam kekal keislaman mereka sehingga ke akhir hayat.


Ustaz Zamri baru 40 tahun dan menganggap dia mewakili golongan muda bimbang penularan isu murtad dikalangan umat lslam di negeri Perak. Waktu membuat kajian sebelum ke majlis Himpun, beliau terkejut mendapati ada orang Melayu menjadi murtad seperti yang pernah didedahkan Mufti Perak.

"Kes berdaftar murtad di Perak saja setakat ini ialah 43 orang manakala 58 orang (berbangsa Melayu ini) diberi peluang bertaubat”katanya.

Malah gelombang murtad disini dahsat dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Himpun kerana membantu pihaknya memerangi gejala ini.

Sebelum berteriak kepada umum supaya “selamatkan negeri perak dari murtad” kerana proses mengkristiankan orang Melayu terus dilaksanakan pihak tertentu beliau berharap kesedaran akan bahayanya gejala ini dikalangan umat lslam.

Untuk rekod pengerusi majlis mendakwa gerakan mengkristiankan orang-orang Melayu bermula sejak tahun 1511 dengan kemasukan Portugis ke Melaka. Ramai Melayu dipaksa menganut agama kristian. Dalam tahun 1950an, meletus isu Natrah di Singapura mengorbankan 18 nyawa bila meletus perbalahan membantah ‘pemulangan Natrah’ dan tidak lama dulu Mufti Perak mendedahkan 100,000 orang Melayu menjadi murtad.

Baru-baru ini JAIS terpaksa memasuki gereja di Petaling Jaya untuk menyelamatkan akidah umat lslam setelah mendapati terdapat ibu-ibu tunggal dan fakir miskin diraikan pihak gereja dalam majlis berbuka puasa.

Dr.Asri pula ketika berceramah keciwa ada media tidak prihatin malah sekadar menyebut 5,000 hadir di majlis anjuran Himpun di Shah Alam tempoh hari sedangkan maklumat yang didapati kehadiran 20,000 orang.

"Bayangkan perbezaan 5,000 dengan 20,000 . . .apa maknanya tu”tanyanya.

Dalam konteks lain beliau keciwa kerana hari ini Raja-raja mendahului kita dalam usaha memerangi murtad tapi . . .”kita (merujuk kepda orang ramai) masih belum berbuat demikian.” Beliau menyebut usaha ini dijuruterai sebagai contoh oleh Raja Muda Perak malah Sultan Perak sendiri sering menunjukkan komitmen dalam mendaulatkan lslam.

Ustaz Abdullah pula berkata kita dilalaikan ratusan tahun oleh musuh-musuh lslam sehingga elemen-elemen meruntuhkan lslam dapat dilihat.

Beliau berkata umat lslam dirancang oleh pihak tertentu supaya meninggalkan agama anutan mereka malah katanya pula dalam banyak aspek umat lslam tewas seperti dalam bidang teknologi angkasa, ekonomi global (dengan dasar dunia tanpa sempadan) serta politik juga dikuasai oleh bukan lslam.

“Kita kini berdepan dengan peperangan budaya . . .kita bimbang Malaysia akan dijadikan sebuah negara bukan berentitikan lslam.


“Kemasukan Portugis dimulakan dengan pemusnahan kubur-kubur orang lslam supaya tidak ada bukti lslam adalah agama awal di sini.

Beliau mendedahkan di Palestinpun pemusnahan kubur-kubur dibuat agar bukti-bukti kemasukan lslam dihapuskan.

Malah yang mengeciwakannya ialah tentera portugis, belanda dan inggeris yang menjajah dan datang ke bumi nusantara dan Melayu ini dulu adalah tentera salib yang berperang di Palestin tetapi sejarah tidak menyebutnya.

“Hari ini budak-budak muda mengadu kepada badan-badan antarabangsa bahawa mereka disekat pilih agama ( di negara ini) . . .ini adalah cabaran terbesar kita untuk menghalang kemaraan pihak musuh.


Beliau kemudian menyebut ada perancangan gerakan kristian antarabangsa untuk mengkristiankan umat lslam di rantau Asia termasuklah di Malaysia kerana matlamat mereka ialah “akhirnya mereka nak ambil alih dari lslam.”

Ustaz Azmi dalam pidatonya berkata pihaknya menunggu peluang mengadap Yang diPertuan Agong serta Sultan-sultan bagi menyerahkan deklarasi Himpun serta mahu memaklumkan tentang isu murtad dikalangan umat lslam di negara ini.

Beliau juga menafkan Himpun ditunjangi oleh parti politik tertentu tetapi berkata “Himpun muncul bertujuan memerangi gejala murtad yang berlaku di kalangan umat lslam”.

Beliau mengingatkan bukan lslam mereka mendapat pelbagai nikmat di negara ini serta dapat menjalankan agama anutan di kuil-kuil, gereja serta tokong tetapi pada masa sama “mengapa nak menggugat umat lslam.”

Beliau juga berkata lslam didominasi umat lslam ratusan tahun dan orang bukan lslam diterima hidup bersama maka mereka tidak sewajarnya cuba berbuat sesuatu seperti terlibat didalam memurtadkan orang-orang lslam.

Ustaz Azmi kemudian membaca 10 tuntutan deklarasi Himpun yang antaranya menyeru umat lslam bersatu padu dengan melupakan fahaman politik masing-masing.

Beliau memberi amaran jika ada pemimpin lslam tidak prihatin dan tidak menyokong Himpun dalam konteksl membela umat lslam yang dipesongkan akidah “kita tidak akan menyokong mereka.”

Himpun kedua peringkat negeri Perak berakhir dengan doa dari Dr. Hasan dan sebelum itu hadirin diminta berderma untuk program Himpun seterusnya yang bakal diadakan di Negeri Sembilan dan Johor tidak lama lagi.

Anda suka artikel ini ?? 
( Sila LIKE dan anda boleh juga SEND di dalam GRUOP atau kepada RAKAN )
 

Comments