3 tertib bersukan untuk wanita


ISLAM tidak menolak sebarang bentuk kegiatan sukan malah sentiasa menggalakkan umatnya bersukan sebagai kegiatan riadah yang menyihatkan kerana Islam mengambil berat hal ehwal umatnya.

Bagaimanapun, keseronokan bersukan dan melakukan kegiatan jasmani tidak sepatutnya menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawab terhadap Allah seperti mengerjakan sembahyang atau mengambil mudah soal aurat.

Oleh itu, Islam menggariskan kaedah terbaik untuk menutup pintu kerosakan dengan menyesuaikan kegiatan sukan mengikut syariat seperti mengasingkan tempat serta waktu bersukan bagi lelaki dan perempuan.

Syarat dan peraturan yang perlu diguna pakai sebagai rujukan dalam menjana kegiatan riadah bertujuan agar apa yang dilakukan tidak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Pembabitan wanita khususnya dalam kegiatan riadah atau sukan turut dibatasi dengan tata cara dan tertib yang telah digariskan Islam bertujuan menseimbangkan keperluan mereka dan pada masa sama memelihara kedudukan sebagai seorang Muslim.

Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam mengenai penyertaannya di dalam kegiatan sukan adalah menjaga auratnya. Aurat bagi seorang wanita Islam ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan telapak tangannya.

Selagi syarat dan peraturan penutupan aurat ini tidak dilanggar, maka tidak menjadi suatu kesalahan atau halangan bagi wanita membabitkan diri dalam kegiatan sukan.

Justeru, perkara yang perlu diberi perhatian oleh wanita yang ingin terbabit dalam kegaitan sukan ialah:

  • Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian kaum lelaki;
  • Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka; dan

  • Wanita dilarang bergaul dengan lelaki sehingga melanggar batas pergaulan.

FAKTA
Bentuk rekreasi dan riadah

Memanah
Hadis diriwayatkan al-Bukhari yang bermaksud: “Sabda Rasulullah SAW: Lemparlah kamu (memanah) dan aku bersama kamu semua memanah.”

Memburu dan memancing
Firman Allah yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu buruan laut dan makanannya sebagai kesenangan bagi kamu, dan bagi orang yang dalam perjalanan, dan diharamkan atas kamu buruan darat selama mana kamu dalam berihram....” (Surah al-Maidah, ayat 96)

Firman Allah yang bermaksud: “Dan Dialah (Allah) yang memudahkan laut supaya kamu dapat makan darinya daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya....” (Surah an-Nabi, ayat 14)

Kegiatan pertanian
Firman Allah ayat bermaksud: “Dialah (Allah ) yang telah menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya...” (Surah Hud, ayat 61)

Kegiatan ternakan
Firman Allah bermaksud: “Dan di antara binatang-binatang ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan disembelih....” (Surah al-An’am, ayat 142)

Faedah bersenam
  • Individu yang kerap bersenam biasanya lebih bertenaga dan banyak stamina. Mereka tidak akan cepat penat apabila bekerja. Individu ini juga umumnya bersikap lebih positif dan optimistik.
  • Secara tidak sedar, senaman adalah cara terbaik untuk anda merehatkan badan. Jika anda letih bekerja, carilah masa untuk bersenam sebagai cara mudah merehatkan badan dan fikiran.






  • Mulakan kegiatan cergas anda dengan senaman yang mudah dan digemari. Jika anda malu bersendirian, lakukannya bersama rakan.

















  • Lakukan senaman sekurang-kurangnya 20 minit dan tiga kali seminggu. Kajian menunjukkan bagi wanita, senaman yang dilakukan kurang daripada 20 minit tidak akan memecahkan lemak dan ia tidak memberi kesan kepada kesihatan secara menyeluruh.

















  • Ubah senaman setiap hari. Maksudnya anda tidak perlu terikat dengan satu jenis senaman kerana ia akan membuatkan anda bosan dan berhenti bersenam.

















  • Berhenti bersenam jika anda tidak sihat. Jangan paksa diri. Bersenam ketika sakit hanya akan memburukkan keadaan. Sambung apabila anda benar-benar sembuh.












  • Rabitah Hati....

    hati ini telah bersatu,
    berkumpul di perut bumiMu,
    hati ini telah berpadu,
    bersatu memikul beban da'wahMu,
    hati ini telah mengikat setia,
    untuk mendaulat,untuk mendokong syari'atMu,
    di alam maya,
    maka ya Allah
    eratkanlah ikatan yang ada,
    kekalkan kemesraan yang ada,
    tunjukkanlah jalan yang benar,
    tunjukkanlah dengan cahayaMu yang tiada malap,
    terangi alamMu,
    hidup suburkanlah dengan ma'rifahMu,
    tapi,
    jika ingin mematikannya,
    matikanlah sebagai syuhada',
    dalam perjuangan,
    menegakkan agama yang mulia...

    "Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"
    اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ (٢٥٥
    surah al-baqarah ; 255
    maksudnya :
    Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya)

    Bismillahirahmaanirrahim



    "Wahai Tuhan kami! Lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah urusanku dan bukalah simpulan lidahku supaya mereka faham ucapanku.""Bila pena menari, tinta yang bisu akan berkata-kata"

    TUJUH PAHALA TETAP KEKAL SELEPAS MATI

    Assalamualiakum warahmatuLLAH..

    Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda: “Apabila telah mati anakAdam itu, maka terhenti amalnya melainkan tiga macam.” Amalan ini ialahsedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dandiamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan perkara baik baginya.(Imam Bukhari)

    Apakah pahala yang dapat diterima seseorang selepas kematiannya?

    Dalam hal ini, diriwayatkan daripada Anas bahawa ada tujuh pahala yang dapatditerima seseorang selepas mati, iaitu:

    1. Sesiapa yang mendirikan masjid, maka tetap pahalanyaselagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat dalamnya.

    2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orangyang minum daripadanya.

    3. Sesiapa yang menulis mushaf, dia akan mendapat pahalaselagi ada orang yang membacanya.

    4. Orang yang menggali perigi, selagi ada orang yangmenggunakannya.

    5. Sesiapa yang menanam tanaman, selagi ada yangmemakannya sama ada manusia atau burung.

    6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selamadiamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

    7. Orang yang meninggalkan anak soleh yang dia selalumendoakan kedua-dua orang tuanya dan beristighfar baginya. Selain itu,anak yang selalu diajar ilmu Al-Quran, maka orang yang mengajarnyamendapat pahala, selagi anak itu mengamalkan ajaran tanpa mengurangi pahala anak itu.

    Sekian, Wallahu a’lam.
    Adab berpakaian menurut Islam
    Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.

    ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

    Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu:

    1. Menutup aurat
    AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Bukhari)

    2. Tidak menampakkan tubuhPAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.
    Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim)
    3. Pakaian tidak ketat
    TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan

    4. Tidak menimbulkan riakRASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

    5. Lelaki, wanita berbezaMAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Bukhari dan Muslim)
    Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." ・(Abu Daud dan Al-Hakim).

    6. Larangan pakai suteraISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Muttafaq 'alaih)

    7. Melabuhkan pakaianCONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." ・(al-Ahzab:59)

    8. Memilih warna sesuaiCONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa'ie dan al-Hakim)

    9. Larangan memakai emasTERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.
    Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.
    Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

    10. Mulakan sebelah kananAPABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.
    Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Riwayat Muslim).

    11. Selepas beli pakaianAPABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:
    "Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah".

    12. BerdoaKETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.
    "Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.
    ・Sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

    Comments

    Popular posts from this blog