- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Thursday, June 30, 2011







:: JERUK MAMAN IKAN BAKAR ::






















Untuk menambahkan tempoh masa dan ketahanan jeruk maman, buang nasi dan simpan semula di dalam jeruk dengan air yang digunakan sebelum ini.

:: JERUK MAMAN IKAN BAKAR ::


Bahan A (Jeruk):
1 ikat daun mamam
1 genggam nasi
Garam dan gula secukup rasa
Air masak secukupnya
1 botol kaca

Bahan B:
1 ekor ikan selayang atau kembung | dibakar
5 biji cili padi
Belacan secukupnya | dibakar

Cara memasak:
1. Untuk menyediakan jeruk mamam, basuh dan toskan daun mamam. Kemudian masukkan ke dalam botol kaca bersama garam, gula dan air masak secukupnya.
2. Kemudian barulah dimasukkan segenggam nasi yang diletakkan di bahagian atas. Tutup dengan ketat dan perapkan selama sehari.
3. Setelah itu, tolak nasi ke bahagian bawah dan tutup semula. Perap selama tiga hari dan ia tahan lama.
4. Akhir sekali, apabila ingin menjamu selera, keluarkan jeruk mamam dari dalam botol dan nikmati dengan cili padi, belacan bakar serta isi ikan selayang bakar.

No comments:

Post a Comment