Berdakwah Melalui Facebook
“Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi beliau.” (Riwayat al-Bukhari)
Apa yang dapat diambil daripada hadis di atas adalah boleh berurusan dengan orang Yahudi, boleh berhutang dengan orang Yahudi dengan cara cagaran, dan boleh mengguna pakai produk Yahudi. Hukum berurusan dengan orang Yahudi pada asasnya adalah halal.
Timbul persoalan di sini berkaitan isu boikot. Adakah semua syarikat yang dimiliki oleh orang Yahudi perlu kita boikot walaupun mereka tidak menyokong sebarang bentuk keganasan?
Syeikh Yusuf Qaradhawi mengatakan kempen boikot bertujuan untuk memberi tekanan kepada bisnesman yang mempunyai sangkut paut dengan keganasan Israel agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka agar menamatkan peperangan.
Minggu lepas sempat saya meletak hadis ini di status Facebook saya dan menerima beberapa komen menarik. Ini sebenarnya bersangkutan dengan beberapa emel yang di’forward’ kepada saya tentang pemilik sebenar Facebook yang merupakan seorang Yahudi.
Jadi, apa salahnya kalau beliau seorang Yahudi?
Islam itu sifatnya adil
Dalam menjatuhkan sebarang hukuman, kita perlu mempunyai hujah yang cukup kuat. Tidak cukup kalau hanya kita katakan pemilik syarikat tersebut orang Yahudi atau dia mungkin ada kaitan dengan salah sebuah organisasi Israel.
Mungkin-mungkin atau rasa-rasa tidak boleh dijadikan hujah. Contoh ada seorang wanita membuat laporan polis yang dia dirogol.
Mungkin-mungkin atau rasa-rasa tidak boleh dijadikan hujah. Contoh ada seorang wanita membuat laporan polis yang dia dirogol.
“Saya rasa mungkin orang itu yang merogol saya semalam.”
Polis akan melakukan siasatan terhadap orang tersebut tetapi tidak boleh terus menjatuhkan hukuman hanya dengan hujah rasa-rasa wanita tersebut. Kita bukannya orang liar yang terus menumbuk dan menerajang, menjatuhkan hukuman tanpa periksa.
Dalam isu facebook pula, adakah sudah ditemui sebarang bukti yang mengatakan Mark Zuckerberg, pemilik Facebook, menyumbang kepada keganasan Israel?
Pemilik Google pun adalah orang Yahudi. Adilkah kalau hanya Facebook yang diboikot tanpa hujah yang kuat, sedangkan tidak pula kita mengajak orang lain boikot(tanpa usul periksa juga) website lain?
Apa bezanya menggunakan blogspot(milik Google) dengan menggunakan facebook? Kedua-duanya milik Yahudi.
Pada pendapat saya selagi tiada sebarang pengumuman atau kajian terperinci untuk mengesahkannya, tidak salah untuk kita gunakannya dahulu.
Pada pendapat saya selagi tiada sebarang pengumuman atau kajian terperinci untuk mengesahkannya, tidak salah untuk kita gunakannya dahulu.
Berdakwah melalui facebook
“Betulkah dia gunakan untuk dakwah? Saya tengok lebih banyak tulis tentang diri sendiri sahaja.” atau “Dia ini lebih banyak main game dalam Facebook sahaja.”
Adakah kalau kita ingin berdakwah kepada seseorang, kita pergi kepadanya dan kata, “Saya ingin berdakwah kepadamu.”
Perlu ada langkah demi langkah. Perlu ada sesi berkenal-kenalan, kemudian dirapatkan lagi dengan perkongsian pendapat dan pandangan. Kalau dalam dunia realiti, salah satu cara untuk mudah mesra adalah melalui permainan.
Pernah sekali saya dan seorang rakan serumah ingin bermain futsal. Lalu diajak beberapa orang kawan lain dengan harapan mereka pun mengajak kawan mereka juga.
“Kau ajak sekali kawan-kawan kau yang lain, lepas itu suruh mereka ajak kawan-kawan mereka pula.”
Maka ramailah yang kami tidak kenal turut bermain bersama pada ketika itu. Tetapi dari situlah timbulnya rasa ingin kenal-mengenali. Tiada salah bermain asalkan jangan sampai terleka.
Adakah kalau ingin berdakwah, kita perlu masukkan perkataan-perkataan Arab di dalamnya dan barulah kelihatan, “Wah, islamiknya budak ini.”
Biarlah kita berdakwah sampai orang itu tidak tahu pun yang kita ingin berdakwah kepadanya. Tepuk dada, tanyalah Iman.
Entri ini ditulis oleh seorang pelajar jurusan Perhubungan Awam. Mohon diperbetulkan sekiranya ada kesilapan dalam sebarang pandangan berkaitan hal agama.- Azree Hanifiah
Comments
Post a Comment