Ujian Darah Boleh Buktikan Jangka Hayat



Satu ujian darah yang boleh menunjukkan berapa pantas seseorang berusia dan menawarkan kemungkinan anggaran berapa lama masa yang tinggal untuk hidup – dijangka dijual kepada orang ramai di Britain hujung tahun ini.

Kaedah ujian kontroversi itu mengukur struktur penting hujung kromosom seseorang digelar telomere, yang mana saintis percaya adalah satu petunjuk paling penting dan tepat kepantasan di mana seseorang itu berusia.

Saintis berpendapat di sebalik ujian berharga £435 (RM2,145) itu berkata tidak mustahil memberitahu sama ada ‘usia biologi’ seseorang, seperti diukur oleh panjang telomere, lebih tua atau muda berbanding usia kronologi sebenar mereka.

Penyelidik perubatan percaya ujian telomere akan menjadi popular dalam tempoh lima atau 10 tahun, namun ada sesetengah saintis yang mempersoalkan nilainya dan sama ada perlu ada kawalan etika lebih kuat berhubung peluasan penggunaannya.

Sebagai tambahan terhadap kebimbangan bagaimana penduduk akan memberi reaksi untuk satu ujian berapa ‘tua’ mereka sebenarnya, sesetengah saintis bimbang bahawa ujian telomere mungkin dirampas organisasi tidak bertanggungjawab cuba untuk menjaja ramuan anti-penuaan dan bahan kimia palsu memanjangkan usia.

Keputusan ujian mungkin juga menjadi daya tarikan baru kepada syarikat menawarkan polisi insurans hayat atau perubatan yang lebih banyak bergantung kepada risiko hayat seseorang untuk jatuh sakit atau mati lebih awal.


sumber: delano.com, dailymail
copy http://billyinfo.blogspot.com/2011/06/ujian-darah-boleh-buktikan-jangka-hayat.html?utm_source=BP_recent
 

Comments

Popular posts from this blog