Blog menghina Islam



Assalamualaikum dan salam 1Dunia, menghina Islam ini sudah ada sejak Islam itu ada di atas muka bumi. Menghina Nabi Muhamad SAW sudah ada sejak Nabi diangkat sebagai Rasulullah. Blog menghina Islam adalah satu dari jutaan penghinaan yang berterusan yang akan berlaku sehingga hari kiamat. Lihat sahaja bagaimana Benjamin Stephen mengina Islam melalui ceramahnya.
jendelanabawi Blog menghina Islam
Di bawah kubah hijau Masjid Nabawi inilah Nabi Muhamad SAW disemadikan

Banyak blog yang mengulas isu ini terus link kan ke blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang mencerca ALLAH SWT, menghina Nabi Muhamad SAW dan mempesenda Islam tetapi tidak untuk aku kerana ini sudah pasti memberi laluan trafik dan menambah popularkan dan menjadikan penulis lebih mengila. Penulis ini adalah antara manusia psiko yang cuba mencari publisiti murahan melalui aktiviti ekstrim yang tidak adalah dalam kamus mana-mana agama.

Menghina Islam terjadi apabila umat Islam lemah tidak mampu merapatkan shaf berganding bahu walaupun ada perbezaan pendapat. Kelemahan in menjadi senjata pihak yang ingin melihat Islam jadi semakin lemah dengan diadu domba sesama Islam.

Kita sedang menunggu IMAM MAHDI yang bila-bila masa sahaja akan muncul menyelamatkan umat Islam kerana pemimpin Islam yang ada kini sudah tidak mampu lagi.


Comments

Popular posts from this blog