sudah AKIL BALIGH kah anda?????????????


asalamualaikum
sudah lama saya ingin membangkitkan tajuk ini, kadang kadang kita menganggap ianya mudah
sebab kita mentafsirkan hanya dari apa yang kita belajar dahulu sewaktu di sekolah rendah,
sewaktu itu kita masih lagi ada yang berhingus,
mungkin ada lagi pada waktu itu kita yang masih tidur di celah ketiak ibu bapa kita

mari kita merefreshkan minda, merememberkan jiwa

dari wikipedia

"Baligh ( Bahasa Arab: بالغ ) secara harfiah atau bahasanya bermaksud telah mencapai. Dari segi istilah, ia bermaksud seseorang yang telah mencapai tahap kematangan seksual, iaitu dewasa dari segi jasad.
Bagi kanak-kanak lelaki, usia baligh ialah lazimnya antara 11-15 tahun, manakala bagi kanak-kanak perempuan, usia baligh adalah antara 9-12 tahun. Walau bagaimanapun, usia baligh berbeza mengikut tahap keseimbangan hormon dalam badan. Tanda baligh untuk lelaki ialah apabila telah bermimpi sehingga keluar air mani. Tanda untuk perempuan pula ialah apabila mereka telah mendapat haid yang pertama."

itu yang majoriti daripada kita faham, tapi bagaimana pula dari sudut yang perlu kepada kita sebagai umat islam untuk fahami, dari sudut kita sebagai mukmin untuk jiwai, sebagai khalifah diri yang perlu kita ambil panduan dan pedoman

andai kata kita mentafsir pun dari sudut bahasa  akil baligh  bermaksud, "akal capai" yang boleh dilanjutkan definisinya sebagai orang yang tahu membezakan baik buruk, orang yang tahu apa itu dosa apa itu pahala, yang tahu mana itu baik, mana itu salah mana itu betul, mana yang haq mana yang batil

tapi cuba menilai diri sendiri dengan beberapa persoalan, adakah kita tidak meninggalkan ibadah wajib  atau lebih tepat menyempurnakan ibadah wajib seperti solat, kita tambah dengan ibadah sunat, kita cuba khusyuk dalam solat, bukannya solat ekspress mengalahkan bullet train hanya berkain pelikat(bagi lelaki)

adakah kita tidak mencuri, bukan hanya mencuri harta benda, hatta mencuri masa bagi pelajar atau pekerja, menyiapkan tugasan dengan kualiti terbaik, bukannya sambil bekerja kita mengumpat, bukannya curi-tidur ketika bekerja, bukannya menyiapkan kerja mengalahkan mat luncai

adakah kita mematuhi arahan ibu bapa ( hatta mengatakan ah atau uh), meninggalkan perkara yang dilarang Allah swt, bagi yang perempuan menjaga aurat sebaiknya {menutup dada, berlengan panjang, berseluar labuh},bukannya ketat macam baju adik, berseluar jin ketat sampai menunjukkan lurah, 

bagi yang bercinta bercouple bagai nak rak berpegang tangan tanpa mengira halal haram, padahal sudahkah tanya pada diri adakah aku bersedia membina keluarga? apakah ilmu agama yang akan aku serapkan dalam keluarga? mampukah akau menjadi ibu bapa yang soleh solehah, mampukah aku nanti mendidik anak-anak seimbang dunia akhirat?

jikalau kita sebagai pemimpin hatta kepada diri sendiri, adakah kita menjaga amanah? adakah kita menjenguk rakyat dalam kesusahan, adakah kita tidak makan rasuah, adakah kita menolong rakan pelajar bagi kepimpinan pelajar.

kebanyakan kita cuma baligh dari sudut fizikal, tetapi dari sudut rohaniah ramai yang gagal, kita cuma baligh, tetapi bukan akil baligh, sama tak kita dengan budak2, atau orang yg tanpa akal? tepuk dada tanya iman.....

ingatlah akil baligh bukanlah dinilai sekadar dari physical tetapi juga rohaniah

ya! kita bukan nabi, tetapi kita akan cuba menjadi mukmin yang terbaik dengan melakukan perubahan

artikel ini bukanlah untuk menjatuhkan sesiapa tetapi untuk muhasabah diri termasuklah diri ini sendiri, saya berharap kita semua mampu memperbaiki diri ke arah muslim sejati.... wallahualam

"muhasabah bukanlah muhasabah andai hati tidak terjentik"
copy http://pelayarilmu.blogspot.com/2010/12/sudah-akil-baligh-kah-anda.html

Comments

Popular posts from this blog