Facebook Digunakan Untuk Berdakwah Atau Mengaibkan Orang


dakwah facebook
Perkembangan dunia teknologi sekarang memang boleh dikatakan amat pesat, terutama dalam bidang media sosial seperti Facebook, Twitter, Google Plus, blog dan sebagainya. Perkembangan ini juga memberi peluang kepada umat Islam untuk terus berdakwah melalui media sosial ini terutama Facebook. Tetapi yang amat menyedihkan cara berdakwah yang digunakan tidak jauh mengaibkan orang lain.

Tanggal 15 November 2011 bersamaan hari Selasa, boleh dikatakan amat mengejutkan kepada saya apabila boleh dikatakan hampir setiap jam ada sahaja gambar yang tidak sepatutnya dikongsikan melalui Facebook. Tidak kira gambar berunsur lucah, pasangan sonsang dan sebagainya.

Lebih menyedihkan lagi ada sebuah page yang diberi nama ISLAM dengan misi yang boleh dikatakan hebat untuk mendekatkan diri kepada Allah, mempertahankan maruah dan Islam daripada ditindas, dan menyampaikan dakwah melalui laman siber tetapi apa yang dikongsikan seperti mengaibkan orang lain.

Anda boleh lihat sendiri gambar yang dikongsikan di page ISLAM sendiri (jika masih ada), anda boleh nilaikan ianya sendiri. Lebih menyedihkan lagi, ramai pula tekan butang LIKE dan SHARE. Maka semakin aiblah pemilik gambar tersebut. Apa yang saya ingin ingatkan kepada anda semua bahawa dosa dengan Allah kita boleh minta ampun, di mana Allah itu maha pengampun. Tetapi dosa sesama manusia, perlu meminta ampun sesama manusia.

Tidak kurang juga gambar artis terbaru Malaysia yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif dengan Greyson Chance dikaitkan dengan simbol jari yang dianggap satu pemujaan. Adakah perlu untuk melakukan sedemikian rupa? Jika beliau salah, apakah salahnya jika terus menasihati beliau. Ini tidak, mengaibkan terus dengan memuatnaik gambar tersebut di Facebook.

Bab gambar lucah usah dikiralah, rasanya sudah tiga keping terpampang di news feed Facebook saya, memang amat mengejutkan. Lebih sedih lagi, saya sendiri tidak tahu menghilangkannya dari pandangan news feed saya. Dikongsi, disukai dan dikomen. Saya sendiri tidak mengerti, apakah motifnya.

Semoga anda semua dapat renung-renungkan dan berhati-hati jika ingin berdakwah di Facebook mahupun rangkaian sosial yang lain, pastikan diri anda tidak mengaibkan orang lain. Sudahlah empunya gambar itu berdosa, janganlah pula kita turut sama mengumpul dosa. Maafkan saya jika saya tersalah kata dan silap.


http://blog.mohdisa.com

Comments

Popular posts from this blog