WASIAT RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHIWASSALAM KEPADA SAIDINA ALI R.A.

 

Bismillahirahman ni Rahim..

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia...

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Sedih.. bila ambe muhasabah diri dgn wasiat Rasulullah kpd Saidina Ali.. :’( , takde 1 pn tanda2 pd diri.. Akhir kate dari ambe.. ambe terapkn beberape reality diri manusia yg mungkin bukan pd sahabat2 d luar sne.. tp pd diri ambe sndiri.. :’(

* Wang RM50 kelihatan begitu besar bile dibawe ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bile kita bawe ke supermarket.

*45 minit terase terlalu lame untuk berzikir tapi betape pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.

* Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicare tentang bagaimane untuk memasukinye.

Wassalam.. (Semangat seseorang sahabat terletak pd bakaran semangat sahabat yg lain, utk memperjuangankn @ memperingtkn amal makruf nahi mungkar)



Comments

Popular posts from this blog