73 KATA HIKMAH IMAM ALI BIN ABU THALIB ~ "SETIAP SESUATU ADA PERUSAKNYA..." ~~✿
 
ܓ Wahai teman-temanku..Di antara sekian banyak sahabat Nabi..hanya Ali bin Abi Thalib lah yang diberikan sebutan karamallahu wajhah; sebuah sebutan yang juga bererti doa “Semoga ALLAH memuliakan wajahnya” atau “ALLAH telah memuliakan wajahnya.”

Semua ulama sepakat bahawa doa itu hanya dikhususkan untuk Imam Ali sahaja seperti halnya sebutan shalallahu ‘alaihi wa alihi wassalam untuk Nabi Muhammad atau do’a Radhiyallahu’anhu bagi sahabat-sahabat yang lain dan juga untuk Ali Bin Abu Thalib..

Ada beberapa riwayat yang menjelaskan mengapa Imam Ali diberi sebutan kawamallahu wajhah...salah satu riwayat di antaranya menjelaskan alasan tentang doa itu..ia adalah..:

✿ ܓ Pertama..di antara semua sahabat Nabi SAW.. hanya Ali bin Abi Thalib yang tidak pernah menyembah berhala. Dia masuk Islam dalam usia yang masih kecil sehingga tak sempat beribadat kepada berhala. Ertinya..wajah beliau tidak pernah disujudkan kepada berhala manapun. Ali sejak kecil terus sujud kepada ALLAH SWT..

✿ ܓ Alasan kedua...Imam Ali adalah orang yang dikenali tidak pernah melihat aurat..baik aurat dirinya sendiri mahupun aurat orang lain...sehingga wajahnya terjaga dari hal-hal yang tidak patut dilihat..

Dari sekian banyak sahabat Nabi SAW juga..Imam Ali bin Abi Thalib kw adalah sahabat yang paling banyak memberi kata-kata hikmah bagi ummat Islam. Kitab Nahjul Bhalagah adalah satu Kitab yang berisi Kumpulan Khutbah-Khutbah beliau yang banyak memuatkan kata-kata hikmah. Oleh kerana itu..Imam Ali Bin Abi Thalib kw juga disebut Penghulu kaum sufi.

✿ ܓ Teman-temanku sekalian..Nah! di bawah ini adalah 73 yang ada perusaknya..yang merupakan kata-kata hikmah dari Imam Ali Bin Abi Thalib kw yang diambil dari Kitab Mizanul-hikmah sebagai berikut :

Imam Ali Bin Abi Thalib kw. berkata:” Setiap sesuatu ada perusaknya, ……

1. Rusaknya keahlian kerana pujian yang berlebihan
2. Rusaknya keberanian kerana kebrutalan
3. Rusaknya kebaikan kerana diungkit-ungkit
4. Rusaknya keindahan kerana kesombongan
5. Rusaknya ibadah kerana santai
6. Rusaknya ilmu kerana lupa
7. Rusaknya kelembutan kerana kebodohan
8. Rusaknya kebangsawanan kerana kebanggaan
9. Rusaknya kedermawanan kerana keborosan
10. Rusaknya agama kerana hawa nafsu
11. Rusaknya ibadah kerana riya’
12. Rusaknya akal murni kerana ujub (bangga diri)
13. Rusaknya kemurahan hati kerana keangkuhan
14. Rusaknya malu kerana kelemahan
15. Rusaknya lemah-lembut karena kerendahan akhlak
16. Rusaknya keuletan kerana kekejian
17. Pengecut adalah kerusakan
18. Hawa nafsu adalah kerusakan bagi akal
19. Rusaknya iman kerana kemusyrikan
20. Rusaknya keyakinan kerana keraguan
21. Rusaknya nikmat kerana pengingkaran
22. Rusaknya ketaatan kerana maksiat
23. Rusaknya kemuliaan kerana kesombongan
24. Rusaknya kecerdikan kerana tipudaya
25. Rusaknya kedermawanan kerana diungkit-ungkit
26. Rusaknya agama kerana buruk sangka
27. Rusaknya akal kerana hawa nafsu
28. Rusaknya kemuliaan kerana halangan taqdir (ketentuan)
29. Rusaknya diri kerana terlalu memberikan kecintaan pada dunia
30. Rusaknya musyawarah kerana idea-idea yang bertentangan
31. Rusaknya para raja kerana buruk sepak terjang
32. Rusaknya kabinet kerana niat jahat
33. Rusaknya ulama kerana cinta kekuasaan
34. Rusaknya para pemimpin kerana lemah taktiknya
35. Rusaknya pasukan kerana menyalahi komando
36. Rusaknya latihan kerana dikalahkan oleh kebiasaan
37. Rusaknya rakyat kerana meyalahi ketaatan
38. Rusaknya penjagaan kerana kurangnya rasa kecukupan
39. Rusaknya pengadilan kerana kerakusan
40. Rusaknya para pelaku keadilan kerana kurang hati-hatinya pengawasan
41. Rusaknya keberanian kerana mengabaikan tekad
42. Rusaknya orangkuat kerana menganggap lemah musuh
43. Rusaknya kelembutan kerana kehinaan
44. Rusaknya pemberian kerana mengulur-ulur
45. Rusaknya ekonomi kerana pelit
46. Rusaknya wibawa kerana senda gurau
47. Rusaknya pencarian kerana tidak sukses
48. Rusaknya kerajaan kerana lemahnya penjagaan
49. Rusaknya perjanjian kerana kurangnya perhatian
50. Rusaknya kepemimpinan kerana kebanggaan
51. Rusaknya penukilan kerana sumber berita yang bohong
52. Rusaknya ilmu kerana meninggalkan praktiknya
53. Rusaknya perbuatan kerana tidak ada keikhlasan
54. Rusaknya kemurahan kerana kebanggaan
55. Rusaknya masyarakat umum kerana orang alim yang licik
56. Rusaknya keadilan kerana orang zalim yang menyimpang
57. Rusaknya pembangunan kerana penyimpangan para penguasa
58. Rusaknya kekuatan kerana menghalangi untuk berbuat baik
59. Rusaknya pembicaraan kerana dusta
60. Rusaknya amal-amal kerana kelemahan para pelakunya
61. Rusaknya angan-angan kerana tibanya ajal
62. Rusaknya kesetiaan kerana penipuan
63. Rusaknya tekad kerana kadaluarsanya perkara
64. Rusaknya amanat kerana pengkhianatan
65. Rusaknya ahli fiqih kerana tidak menjaga diri
66. Rusaknya kemurahan kerana berlebihan
67. Rusaknya kehidupan kerana buruknya pengaturan
68. Rusaknya pembicaraan kerana terlalu panjang
69. Rusaknya kekayaan kerana kikir
70. Rusaknya kebaikan kerana teman yang buruk
71. Rusaknya kemampuan kerana kesombongan dan keangkuhan
72. Pangkal berbagai kerusakan adalah cinta pada kelazatan
73. Kerusakan yang paling jelek pada akal adalah kesombongan

( Mizanul-hikmah Juz I: 110-113 )

Comments

Popular posts from this blog