(Video) Proses Kuda Laut Melahirkan Anak-Anaknya

Kuda Laut Lahirkan Anak
Assalamualaikum, korang pernah tak tengok kuda laut melahirkan anak2'nya?, tak kiralah sama ada secara langsung, dalam tv ataupun video. First time aku tengok kuda laut melahirkan anak2'nya, tu pun melalui Youtube. Jakun siottt bila tengok video tu, bagi korang yang tak pernah tengok kuda laut beranak, sila klik readmore untuk melihat video tersebut.


Info tentang pembiakan kuda laut.
Sebenarnya kuda laut betina telah menempatkan lebih 100 telur ke dalam kantung yang terdapat dalam abdomen kuda laut jantan.Kuda laut jantan kemudian mengeluarkan sperma ke dalam kantung itu untuk persenyawaan telur berkenaan. Embrio akan membesar di dalam kantung itu dan mendapat makanan daripada pundi-pundi di dalam kuning telur masing-masing.Proses pengeraman akan berlangsung selama dua sehingga enam minggu bergantung kepada spesies kuda laut tersebut.

Selepas cukup sifat, kuda laut jantan itu akan melahirkan anaknya yang kecil berukuran satu sentimeter panjang.Terdapat 35 spesies kuda laut di seluruh dunia dan ukurannya pelbagai iaitu antara lima hingga 36 sentimeter. Kuda laut terkenal sebagai penyamar yang cekap di dalam air kerana ia mampu bersembunyi di celah-celah rumpair dan batu karang. Ia makan dengan menyedut plankton yang kecil dan larva ikan.

Comments