Elakkan Menyebar Blog Menghina Islam
Pernahkah anda terbaca atau memasuki blog yang dibina berunsur atau bertujuan untuk menghina Islam? Atau pun anda pernah menyertai atau menjumpai Facebook fan page yang dibuka atas nama Islam, tetapi adalah bertujuan mencerca Islam, Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.Jika anda tidak pernah menjumpai atau memasuki blog atau Facebook fan page tersebut, memang elok benarlah. Kerana ianya tiada faedah kepada anda, malah ianya memudaratkan diri anda. Bagi saya ianya dibina adalah dasar ingin meruntuhkan aqidah dan menaikkan kemarahan umat Islam.
Tertarik dengan artikel terbaru daripada blog Denaihati mengenai Blog Menghina Islam yang menyebut mengenai penyebaran blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang mencerca Allah s.w.t. dan menghina Rasulullah s.a.w. serta mempersendakan agama Islam. Wajarkah blog sebegitu disebarkan?
Secara teorinya, jika anda menyebarkan blog tersebut. Seolah-olah anda sedang membantu penulis dan pemilik blog tersebut untuk meningkatkan trafik dan pembaca. Jika anda seorang blogger mungkin anda mengerti mengapa blog dibina dan bagaimana sesebuah blog itu boleh hidup dan bertahan dengan lebih lama.
Bagaimana pula dengan Facebook fan page yang menghina Islam? Jangan LIKE sama sekali, kemudian jangan sesekali meninggalkan komen atau memberi sebarang pendapat mengenainya. Ianya seperti anda mencurah minyak kedalam api yang sedang menyala.
Anda juga boleh membaca artikel daripada rakan saya, Ariff Shah mengenai Langkah Berhadapan Blog Provokasi. Dalam artikel tersebut ada menerangkan bagaimana hendak mematikan sesebuah blog dan Facebook fan page yang menghina Islam.
Diharap dengan artikel ini dapat membuka mata anda agar tidak sesekali menulis atau menyebarkan mengenai blog atau Facebook fan page yang menghina Islam. Kerana perbuatan tersebut seolah-olah anda sedang membantu menyebarkan satu buruk dengan kata lagi anda sendiri sedang menghina Islam.
Comments
Post a Comment