Bangunan Tertinggi di Dunia Yang Dibuat Daripada Kayu




Dikenali dengan nama Barents House, bangunan ini bakal menjadi bangunan kayu tertinggi di dunia apabila siap kelak.


Info Ringkas:
  • Bangunan ini dijangka akan dibangunkan di bandar Kirkenes Norway. Meskipun hanya mempunyai ketinggian 16-17 tingkat tetapi bangunan ini akan menjadi bangunan tertinggi di dunia yang menggunakan struktur daripada kayu.  
  • Bangunan tertinggi di dunia yang menggunakan struktur kayu ketika ini berada di Arkhangelsk, Rusia dengan ketinggian 13 tingkat.
 
 Bangunan kayu tertinggi di dunia ketika ini, di Rusia
  • Ia bakal dibangunkan oleh Syarikat Reiulf Ramstad Architects dan akan menjadi sebuah contoh bangunan yang mesra alam kerana selain menggunakan kayu, bahan lainnya juga akan menggunakan bahan yang dikitar semula (recycled materials). 
  • Bangunan ini apabila siap nanti bakal mempunyai sebuah perpusatakaan, panggung teater serta kemudahan untuk para artis/ seniman, mahasiswa dan juga ahli seni.

Comments

Popular posts from this blog