(GAMBAR) - Cara Orang Afrika Menangkap Ular Sawa



Apa yang pada mulanya mungkin kelihatan seperti idea yang kurang bijak sebenarnya adalah sesuatu yang dilakukan secara terancang. Di selatan Afrika, pemburu tradisi ular sawa Afrika memaparkan teknik mereka yang tersendiri untuk menangkap dan membunuh reptilia yang besar. 
 

Ular sawa Afrika (python sabae) merupakan antara beberapa spesies ular terbesar di dunia, mencapai panjang melebihi  6 meter panjang. Jika ular sawa Burma dikenali kerana kejinakan mereka, ular sawa Afrika pula adalah sebaliknya
 

Teknik: 

Teknik yang digunakan adalah mudah, tetapi amat bahaya lagi menakutkan. Pemburu akan membalut sebelah tangannya dengan sehelai kain tebal (kain guni) ke lengan dan hanya bersenjatakan obor kecil api untuk masuk kedalam lubang bawah tanah di mana ular sawa tersebut berada. Dalam gambar-gambar di bawah ini, pemburu itu menemui ular besar yang sedang mengawal telurnya. Pada ketika ini, seseorang yang waras akan keluar secepat mungkin tetapi pemburu ini mempunyai rancangan yang lain.
 
 Pemburu akan membalut sebelah tangannya dengan sejenis kain tebal

 Mula merangkak masuk ke dalam sarang ular

 Hanya bersenjatakan obor api

 dah jumpa ular...
Beliau melambai/mengibaskan tangan (yang telah dibalut itu) secukupnya untuk mengalih perhatian ular itu daripada menggigit mukanya. Ular itu membuka mulut, menggigit tangannya dan mula menelan. Dengan sebelah tangan yang lagi satu, pemburu ini mencekik ular itu dan pasangannya yang sudah bersedia di luar lubang akan menarik beliau keluar dari lubang itu...

 ular ini membuka mulut dan mula menyerang tangan pemburu yang sudah berbalut

  sebelah tangan pemburu yang tidak ditelan digunakan untuk mencekik ular ini

 rakan pemburu yang sudah bersedia di luar lubang mula menarik rakannya keluar..

 akhirnya berjaya...


 So, hebat tak? Kecut perut tak? Giler berani mati diorang ni...


Comments

Popular posts from this blog