JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN










Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku. Malam yang mulia ini saya ingin berkongsi satu entry yang menarik.  entry kali ini saya petik dari kiriman emel 2 tahun lepas. Sempena bulan Ramadhan ini saya rasa amat sesuai untuk kita kongsikan bersama-sama.  Sungguh menarik dan sesuai juga kalau digunakan untuk jadual seharian kita. 




JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

4.00 pagi Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA 
mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 pagi Solat Sunat Taubat
  
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat 

kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, 

rakaat kedua
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas 

sembahyang, angkatlah
tangan memohon ampun kepada ALLAH.

Menangislah menyesali dosa-dosa.


Solat Sunat Tahajjud


Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud

2 rakaat kerana ALLAHTaala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud
terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat Sunat Witir



Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana

ALLAH Taala.

Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir

1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh

rasa kehambaan, rendah diri,meminta-minta, merintih

-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita,

terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca
Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran

hingga terbit matahari.


7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah

dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawa

t kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.


Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja 
dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. 
Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati 
kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan 
membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha

Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat
kerana ALLAH Taala.

Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau
membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan
dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang
menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat 
seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara
yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat.
Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat
Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang
sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada
ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat
menyembahNYA.

4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan
wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi
kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
 Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
 masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga",
 merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk waktu magrib.
Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada
Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. 



Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan
meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah,
setelah itu barulah makan makanan berat.



8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan
solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau 
bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat 
besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, 
seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan 
bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya),
cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang 
satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam
besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali
sebulan Ramadhan)

11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa 

hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , 
tahun ini kerana ALLAH Taala. (JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.


Bacalah doa sebelum tidur :Dengan namaMU Ya ALLAH! 
Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara,
kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur


Saya bukanlah pakar bab agama, cuma berkongsi pandangan dan
bacaan sebagai seorang insan. Semoga kita semua dapat keredhaan Allah 
dengan amalan kita sepanjang hayat.



bacaan hariankuhttp://bacaanharianku.blogspot.com/2010/08/jadual-harian-seorang-muslim-di-bulan.html

Comments

Popular posts from this blog