Posts

Showing posts from September, 2011
Image
Di Zaman Apa Kita Berada Sekarang? - Ustaz Abdul Halim Abbas                
Image
~::*19 Keistimewaan Wanita yang tidak di miliki Laki-Laki*::~ By ღSebelum Engkau Halal BagiKu IIღ Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh 1.Doa Wanita itu lebih makbul dari pada lelaki karena sifat penyayang yg lebih buat dari pada lelaki. Ketika ditanyakan kepada Rosulullah SAW akan hal trsb,jwb Baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yg penyayang tidak akan sia-sia" 2. Wanita yg Sholehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh 3.Barangsiapa yg menggembirakan anak perempuanya,derajatnya seumpama orang yg senantiasa menangis kerana takut kepada Allah, dan Orang yg takut kepada Allah SWT akan di haramkan api neraka ke atas tubuhnya. 4.Wanita yg tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rosulullah SAW) Di dalam Syurga. 5.Barang siapa membwa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu di berikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan dar...
Image
5 adab, kaedah sambut kelahiran bayi dalam Islam Azan, akikah antara amalan tanda syukuri kehadiran orang baru Allah SWT berfirman dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50: “Bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul.” Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana dikurniakan anak. Dalam Islam ada adab-adab yang perlu diikuti agar dinilai sebagai suatu ibadat. Sebagai contoh, adab menyambut kelahiran, antaranya; Hendaklah orang yang mengetahui saudaranya yang baru menerima cahaya mata untuk menunjukkan rasa gembira dengan kelahiran anak dengan ucapan tahniah. Ucapan yang terbaik adalah seperti disebut oleh Ulama’ iaitu:...
Image
BAB WASIAT
Image
Kerana Terlalu Sayang   Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. Setiap yang hitam, pasti ada putihnya. Setiap yang kabur, pasti ada jelasnya. Dan setiap yang benci, pasti ada sayangnya. Setiap yang sedih, pasti ada gembiranya. Begitulah, setiap yang hidup, pasti ada matinya. Dulu, ketika dia hidup, baktinya berbuah rasa kasih. Dia penyeri kehidupan kita. Kadang-kadang, hanya dengan memandang wajahnya, kita merasakan tenang dan senang. Seolah-olah, diwajahnya itu ada nur yang menceriakan, ada jalan keluar setiap kebuntuan. Saat kita sedih, dia datang, tanpa berkata apa-apa dia mengusap kepala kita. Hanya dengan itu, kita sudah dibumbui ketenangan. Luka bertukar suka, pahit ditelan manis, dan segala derita hilang, hanya dengan senyuman di wajahnya. Kita tahu, dia bakal pergi suatu hari nanti. Tapi, saban hari kita mendoakan, agar lebih baik jikalau kita yang pergi dahulu. Sungguh, kita tidak tegar kehilangannya, kerana kehilangan itu su...
BERCOUPLE : USAHA MENCARI JODOH IDEAL?   Bercouple, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas dibenak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan.Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak Adam? Bukankah setiap orang memerlukan penyesuaian sebelum pernikahan ? walaubagaimanapun, kegagalan ketika bercouple lebih ringan berbanding kegagalan setelah menikah. CINTA, FITRAH SETIAP MANUSIA MANUSIA diciptakan oleh Allah SWT dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan sejenisnya. Sebagaimana firmanNYA; “ Dijadikan indah pada (Pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu Wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)”, ...
Image
 Sifat-Sifat Orang Jahat
Image
Hadis 40 - Orang Jahat Bertambah Banyak            
Image
DOA MALAM JUMA'AT     Wahai Yang Selalu Memberi karunia pada makhluk-Nya Wahai yang tangan-Nya terbuka dengan pemberian-Nya Wahai Pemilik karunia yang mulia sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarganya manusia yang terbaik akhlaknya ampuni kami pada malam ini wahai Yang Maha Mulia. Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, dengan rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu dengan kekuasaan-Mu yang dengannya Engkau taklukkan segala sesuatu dan karenanya merunduk segala sesuatu dan karenanya merendahkan segala sesuatu dengan kemuliaan-Mu yang mengalahkan segala sesuatu dengan kekuatan-Mu yang tak tertahankan oleh segala sesuatu dengan kebesaran-Mu yang memenuhi segala sesuatu dengan kekuasaan-Mu yang mengatasi segala sesuatu dengan wajah-Mu yang kekal setelah punah segala sesuatu dengan asma-Mu yang memenuhi tonggak segala sesutu dengan ilmu-Mu yang mencakup segala sesuatu dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari segala sesuatu Waha...