Hukum Hudud Allah ~ Bilakah akan sesuai untuk mentadbir Malaysia?
Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang |
Transliteration
Waanzalna ilayka alkitaba bilhaqqimusaddiqan lima bayna yadayhi mina alkitabiwamuhayminan AAalayhi fahkum baynahum bimaanzala Allahu wala tattabiAA ahwaahum AAammajaaka mina alhaqqi likullin jaAAalna minkumshirAAatan waminhajan walaw shaa AllahulajaAAalakum ommatan wahidatan walakin liyabluwakumfeema atakum fastabiqoo alkhayratiila Allahi marjiAAukum jameeAAan fayunabbi-okum bimakuntum feehi takhtalifoonMalay
Transliteration
Waani ohkum baynahum bimaanzala Allahu wala tattabiAA ahwaahum wahtharhuman yaftinooka AAan baAAdi ma anzala Allahuilayka fa-in tawallaw faAAlam annama yureedu Allahuan yuseebahum bibaAAdi thunoobihim wa-innakatheeran mina annasi lafasiqoonMalay
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.Demikian adalah firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala keatas Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam dan seterusnya kepada sekelian kita manusia yang mahu beriman denganNya, Rabbul Alamin.
Saudara saudari seIslam denganku,
Kita ini hidup di Akhirul Zaman. Kita ini umat Rasul dan Nabi yang Terakhir sekali dari 124,000 para nabi dan rasul Allahu Ta'ala.
Khataman Nabiyyi Muhammad al Mustafa Sallalahu Alaihi Wassallam sudah wafat meninggalkan kita semua ini lebih dari seribu empat ratus tahun.
Segala tanda tanda Kiamat Kecil yang disabda Nabi Sayyidul Mursalin sudah pun berlaku namun kebanyakan kita manusia tidak mengambil iktibar atau berusaha untuk memperkemaskan iman dan amal ibadah kita kerana kita selalunya leka dengan menjalani kehidupan duniawi yang serba mencabar dan melalaikan kita dari akur terhadap perintah2 dan suruhan2 Allahu Ta'ala.
Jika adapun yang beringat hanya segelintir cuma kerana keadaan itu pun sudah dimaklumkan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassalatuwassalam dengan begitu terperinci dan tepat sekali.
Maha Suci Allah Tuhan Semesta Alam yang Maha Penyabar dengan segala macam kerenah dari angkara kebanyakan kita dipenghujung sejarah peradaban manusia di Akhir Zaman ini.
Sungguh! Bagi saya selaku seorang hamba Allahu Subhanahu Wa Ta'ala ini, tak terhenti amat kagum dengan lautan Rahmat Allah, Malikul Mulk Dzul Jalali Wal Ikram, Sang Maha Pencipta yang Teramat Amat Sabar dengan ragam manusia manusia ciptaan Nya yang tak habis habis membuat segala macam onar dan keterlampauan namun Ia tetap memberikan kita ruang dan peluang untuk menentukan masa depan masing masing?
Namun ruang dan peluang yang Allahu Ta'ala berikan kita disalah guna oleh kesekelian mereka yang mengaku berkuasa dan mempunyai hak ke atas hal ehwal kehidupan kita di dalam tanahair ini!
Baik dari pihak yang duduk bersemayam di atas takhta singgahsana didalam Istana Negara mahupun menteri perdana yang turut sama hidup di istana Seri Perdana di Putrajaya.
Kesekelian para menteri turut bersekongkol dengan puak puak penghina Agama Islam ini dengan mengeluarkan pendapat dan alasan masing masing bahawa Hukum Hudud Allah TIDAK SESUAI dijalankan didalam negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan kefahaman masing masing? " Kita belum sedia???"
Hairan saya dengan sikap kesekelian mereka yang mengaku sebagai 'Ulul Amri' ini berkata begitu?
Apakah mereka ini berkepercayaan bahawa ada agama lain yang melebihi apa yang diperturunkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada kita?
Apakah mereka ini ~ baik yang mengaku diri sebagai 'Ketua Agama Islam' mahupun yang berkuasa ke atas 'Jabatan Kemajuan Agama Islam' mahu mendiamkan diri dan mengelakkan diri dari terpaksa memilih diantara sistem kehakiman manusia manusia biasa dimuka bumi tanahair ini dari menegakkan Hukum Hudud dan ketentuan Syariah Allahu Rabbi, Tuhan yang Maha Mengetahui dan Maha Adil, Adil dari segala gala makhluk ciptaanNya sendiri?
Apakejadahnya yang mereka dok buat sekian lama ini? Dakwah syok sendiri ke? Jika ada pun para pendakwah nak buat kerja menerangkan tentang hakikat Islam, maka sibuklah pula puak puak ni bertanya tentang tauliah dan segala persijilan belaka!
Yang dok pegang sijil beratus ribu tetapi kerja dakwah tak buat sungguh sungguh.
Yang dok keluar fatwa gitu gini tak ada nya yang turun padang, menyampaikan risalah Islam pada seluruh masyarakat.
Macam manalah warga Malaysia bukan Islam nak faham? Korang jadikan Islam sebagai hak eksklusif golongan yang gila berhibur sepanjang masa!!!
Orang lain menyampaikan kefahaman dan kepercayaan mereka dengan penuh kasih sayang dan bantuan kewangan serta lain lain bahan dengan mesra. Namun pihak yang kononnya pihak berkuasa agama, muka masing masing kelat nak mampos ; seolah dah seminggu tak buang air besar???
Nak memikat hati manusia macam mana? Jika senyum pun teramatlah susah dan merasakan diri masing masing bagaikan maksum, sesuci embun pagi???
Hablum minallah satu perkara ; hablum minannas jauh panggang dari api!!!
Tak adanya mengikut sunnah Nabi langsong lepas tu eksyen gila babi cuma pandai berfatwa sahaja tetapi memikat hati sesama manusia ~ kosong!
Tengok airmuka pun, ramai yang ca alif but!
Apakah perlu seorang hamba Allah seperti diri saya ini yang cuma bagaikan debu dunia menghabiskan sisa sisa hidup saya di atas muka bumi ini menulis menegur tak sudah sudah akan sekelian para penguasa dan pemerintah Kerajaan Persekutuan Mamluk al Malaisie ini?
HELLO!!!!!
Kemanakah menghilangnya akan sekelian mereka yang mengaku mempunyai ijazah demi ijazah bergulung gulung, memenuhi ruang dinding pejabat masing masing dan tanpa segan silu mendabik dada mengaku diri sebagai ULAMAK diam membisu, menikus bagai cencurut tanah, tak berani keluar dari sarang masing masing menangani keceluparan, kebiadapan dan keterlampauan yang sudah semakin menjadi jadi di Malaysia kini?
Saya amat kecewa membaca satu demi satu kenyataan para pemerintah negara ini memberi alasan bacul bahawa Syariah dan Hudud Allah Azza Wa Jalla belum sesuai untuk dijalankan di-Malaysia ini!
- Sadarkah mereka ini bahawa setiap dari kita ini hidup menumpang di bumi Allah?
- Sadarkah mereka ini bahawa Malaikatul Maut senantiasa datang memantau akan kita 70 kali didalam sehari?
- Sadarkah mereka ini bahawa jantung kita akan berhenti bila bila masa diantara 5 waktu solat wajib seharian kita?
- Sadarkah mereka ini bahawa nyawa mereka juga pasti akan melayang pada bila bila masa dan walau mereka dikelilingi pasukan pengawal peribadi lengkap bersenjata hebat tara mana dan disebalik tembok tembok kukuh tinggi istana dan kota yang canggih mana sekalipun?
Transliteration
Kullu nafsin tha-iqatu almawti thummailayna turjaAAoonTiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).
Apakah mampu mana mana sultan, raja atau menteri perdana sekalipun berbuat sesuatu untuk memanjangkan usia jika sudah tiba saat dan ajal masing masing?
Bawalah pergi berubat diseantero pelusuk dunia ini sekalipun ; Maut tetap akan menjejakimu!
Bilakah agaknya akan datang saat dan ketika yang sesuai untuk ditegakkan panji panji Allah Subhanahu Wa Ta'ala dibumi bekas Tanah Melayu ini?
Ada mana mana sultan, raja atau dato menteri boleh kabarkan pada kita?
Tahun depan, 2020, bila?????
Semakin ramai pembaca blog yang mengirim komen meluahkan perasaan tetapi diwaktu yang sama tidak pula berani mendedahkan identiti masing masing ; tak macam orang tua ini yang memegang teguh pada prinsip bahawa hidup dan matiku hanya demi Allahu Ta'ala!
Ada yang bertanya saya apakah cukup setakat saya bersuara didalam blog ini membantah akan tindakan mereka ini yang memperleceh dan menghina Agama Allah sesuka hati walaupun diwaktu yang sama berkokok heboh seantero alam bagaikan merekalah juara bangsa dan agama?
Saya ingin bertanya balik pada si-penyoal.
Apakah dia kuasa memerintah yang ada pada diri hamba Allah ini?
Saya juga seperti diri anda yang bertanya. Cuma seorang hamba Allah semata mata.
Saya tidak mempunyai sebarang daya melainkan apa yang Ia kurniakan pada saya.
Kebolehan menulis, menyampaikan kata dan berkongsi ilmu pengetahuan setakat yang mampu saya sendiri mempelajari dan mengkaji.
Ada lautan ilmu diluar sana yang masih belum sempat saya ketahui namun dengan sekelumit apa yang telah sempat saya pelajari, saya menyebarkannya melalui laman blog ini.
Saya tidak mempunyai harta atau kaya raya mampu membeli tanah, membina perkampongan Islami yang diredhai Allah.
Saya cuma seorang warganegara yang miskin harta dunia tetapi Alhamdulillah, masih mampu berusaha memperingatkan semua akan apa dia yang perlu kita lakukan bersama yakni menegakkan Syiar Islam sedaya upaya kita?
Saya tidak mempunyai pengikut berjuta juta untuk menggerakkan massa ke arah sistem hidup Khilafah Islamiyyah.
Yang saya ada hanya nafas dan akal kurniaan Ar Rahman dan kemudahan berkomunikasi secara maya.
Jika terpulang kepada kita dengan mempunyai walau sekelumit kuasa 'Kun Faya Kun' maka saya percaya sudah ramai yang hangus, hilang tak berkesan lagi andainya kita dikurniakan Allah Rabbi dengan daya kuasa sebegitu?
Ada yang buat salah pada kita? ZZZZZZTTTTTTT!!!! Kapowww!!! Terpancar halilintar membakar hangus rentung mana mana malaon yang membuatkan kita murka?
Namun, Maha Suci Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang membiarkan kita hidup ikut suka namun keatas bahu sang pemerintah dan mereka yang diberi kuasa, diletakkan tanggungjawab untuk memastikan bahawa kehidupan manusia dibawah jajahan takluk masing masing, diperintah menurut hukum hakam yang diwahyukan secara terus dari Rabbul Alamin didalam bentuk ayat2 suci dan firman Allahu Ta'ala didalam Kalam Allah, Al Quran Al Karim.
Usaha agama ini bukan boleh dilakukan secara infiradi.
Harus secara berjamaah. Tetapi jamaah Muslimin na wal Muslimat hari ini sebegitu banyak dan berpuak puak. Bagaikan enau didalam belukar. Cuma hendak melepaskan pucuk masing masing.
Tak ada ukhuwwah Islamiyyah. Engkau kata aku ; aku mengata engkau!
Sampai bila???
Hanya mereka yang diberi kuasa keatas kita mampu untuk menentukan tarikhnya namun melihat kepada cara dan gaya masing masing cuba mengelepiaqkan* diri dari mengambil keputusan yang pasti akan merubah arah tuju negara yang sedang cacamarba ini, nampaknya sampai tiba Hari Kiamat juga lah gamaknya???
Wallahu'alam bissawab.
http://mahaguru58.blogspot.com
Comments
Post a Comment