Hindarilah dari berburuk sangka





Intisari kehidupan manusia tidak lari dari paksi ketentuan Ilahi baik ujian dari kesenangan mahupun kepayahan di segenap sudut dan arah selagi nyawa dibadan
Sebagai manusia kerdil, kita pasti tidak akan terlepas dari diduga perbagai masalah dan ujian yang mana ketentuan ini sabanhari meletakkan hubungan antara manusia dalam kedudukan yang amat goyah

Pelbagai senario ujian yang boleh di ungkapkan – Anak ditangkap hisap atau pemgedar dadah, anak kawin lari, suami atau isteri ada skandal atau main kayu tiga di luar rumah, kematian anak yang di sayangi, anak lahir kurang sempurna, anak kandung atau menantu sisih keluarga atas pelbagai alasan, perebutan harta, jatuh sakit, suami atau isteri gila kerjaya terabai rumah tangga, kakak duduk serumah dengan bangla, kena buang kerja, bisnes tak menjadi, suami tak mahu keluar kerja, pasangan kurang siuman dan macam –macam lagi masalah unik yang telah dan akan melanda setiap individu Selagi nyawa dikandung badan

Dalam keadaan sedemikian rupa: ramai diantara kita yang suka menuding jari mencari salah orang lain diatas kesusahan diri sendiri lain dan yang lebih berat lagi menyalahkan Allah swt kerana mengujinya sedemikian rupa. Apakah kita sedar bahawa tindakan kita tersebut tidak tepat dan bakal mengundang murka Allah?

Sedangkan masa senang ramai yang menjadi tuhan maka masa susah pula ramai yang salahkan tuhan
Allah berfirman, yang bermaksud:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.”
[Surah al-Ankabut ayat 2-3]

Ada ramai yang kembali menoleh kebelakang dengan mencari punca keselipan lalu namun tak ramai yang meletakkan bahawa segala ujian yang berlaku ini adalah dubawah pengawasan ilmu Allah,tak kira ia merupakan kesalahan lalu mahupun kesalah yang akan datang ,kerana setiap yang hidup ini pasti akan merasai alam kegelapan yang pasti padah jika iman tidak disertai amal perbuatan yang diredhai

Bila sudah terhantuk !!! macam-macamlah dengan perkiraan yang daif yang tak mungkin akan dapat menyelesaikan masalah jika tidak bertaubat dan memohon maaf antara sesame manusia
Selalunya manusia akan berkira-dengan lebih kurang begini
Mungkin aku nazar dulu terlupa nak bayar”
“Mungkin aku makan nasi lemak di gerai tapi terlupa nak bayar”
“Mungkin aku tak keluar zakat”
“Adakah kerana aku belum buat kenduri kesyukuran”
“Mungkin pasal aku tak jadi pergi umrah baru-baru ni”
“Mungkin aku teraniaya rakan sepejabat” dan pelbagai kemungkinan lain yang bermain di fikiran…namun ia hanyalah sebagai manusia takut bila ia kesesatan dirimba belentara

Jika direnung dengan ceremat bahawa mempersoalkan kemungkinan begitu begini atau berbagai yang sedemikian rupa adalah lebih menjurus kearah berburuk sangka pada Allah

Islam perlu bersabar dan bersangka baik terhadap Allah kerana setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya di sisi Allah. Apabila kita di landa musibah, janganlah terus menerus berpeluk tubuh. Lakukan sesuatu, iktiar jalan keluar, berdoa mohon Allah berikan kita hidayah dan kekuatan.

Orang melayu secara amnya perlu berfikiran terbuka sekiranya melihat jiran, ahli masjid, sanak saudara, adik beradik di timpa kesusahan atau ujian. Janganlah terus menghukum mereka dengan mengatakan:

Orang melayu secara amnya perlu berfikiran terbuka sekiranya melihat jiran, ahli masjid, sanak saudara, adik beradik di timpa kesusahan atau ujian. Janganlah terus menghukum mereka dengan mengatakan:

“Sipolan tu, dia tak pernah solat, kat masjid pun tak pernah nampak batang hidung. Sebab tu dia sekarang sakit kuat!”
“Kau tahu, dia tu dulu kat office selalu aniaya staff, nah sekarang terima balasan Allah!”
“Bang Aji yang duduk kat tepi selekoh tu rumah dia baru masuk pencuri. Hah, terima balasan Tuhan. Tulah bakhil sangat!”

Jika itu semua menjadi kayu ukur untuk nilai perbuatan oranglain,,bagaimana nabi Muhammad yang dijamin tidak disentuh dosa pun terus mnerus ditimpa ujian dariAllah,adakah orang islam ingin mengatakan ini semua adalah dugaan Allah keatas Nabi diatas perbuatan Jahatnya. sedang kan para nabi adalah maksum,,sikap sebegitu rupa sudah diamal oleh kaum jahiliah sebelum kedatangan para pembawa wahyu kebenaran Allah lagi

“Boss kita tu tegas sangat, sebab tu dia kena buatan orang!”
Kata spt itu kebiasanya mereka yang tidak suka kepada ketua kerana sering ambil tindakan keatas sebarang kesalahan yang dilakukan keatas dirinya,,orang sebegini adalah mereka yang bolehlah dimasukan dalam jajaran orang-orang yang sentiasa tidak puas hati,, sedangkan mereka tetap mengambil gaji dari bos yang mereka benci itu
Dan pelbagai senario lain yang memang kebiasaan kita dengar. Jangan pandang serong kerana hikmah ujian tersebut hanya Allah sahaja yang mengetahui dan Allah tidak menguji hambanya dengan ujian yang tidak tertanggung olehnya. Janganlah kita membudayakan “Karma” seperti yang dipercayai oleh mereka yang belum beragama Islam. Janganlah terikut-ikut pepatah Mat Salleh “What Goes Around Comes Around“, tapi cukuplah dengan mengucapkan “Subhanallah”.

Biasakan juga ucapkan kepada mereka yang ditimpa ujian atau musibah kerana ungkapan ini bukan hanya sebagai takziah kematian semata-mata bahkan mempunyai barakah yang lebih mendalam.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya dipikul olehnya. Manusia akan mendapat pahala atas kebaikan yang diusahakannya, dan manusia juga akan menanggung dosa atas kejahatan yang diusahakannya.

(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”
[Surah al-Baqarah ayat 286]

Saya ingin menasihati diri saya dan pembaca semua agar tidak buruk sangka terhadap Allah dan kepada pembaca yang dirundung masalah atau ujian, bersabarlah dan carilah penawar atau jalan keluar yang baik sesungguhnya tiada penyakit tanpa penawar, tiada masalah tanpa penyelesaian.

Sekiranya musibah tersebut telah mengeruhkan hubungan kekeluargaan atau suami isteri, kembalilah kepada asas bahawa hakikat kehidupan manusia itu pasti akan diuji oleh Allah dan keluarga atau suami/isteri adalah tiang sokongan untuk kita bangkit semula dan bukannya bahan untuk dijadikan mangsa keadaan. Kita sesama Islam itu bersaudara, apatah lagi sesama ahli keluarga. Berbaiklah kerana kita saling memerlukan antara satu dengan yang lain.

Saya tinggalkan anda dengan sepotong kalam Al-Quran dan hadis Sabda Rasulullah SAW untuk difikirkan sejenak:

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila di timpa musibah, mereka mengucapkan : ‘Innaa lillahi wa inna ilaihi raaji’uun’. Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
[Surah al- Baqarah ayat 155 - 157]

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.”
http://sendirifikirlah.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog