Berharga Kepada Negara Tetapi Mati Sia-Sia

Tiga tentera maut rempuh lori
KEADAAN kereta Proton Wira selepas bertembung dengan sebuah lori tangki dan mengorbankan tiga anggota tentera di Batu 7, Jalan Seremban-Port Dickson semalam.


SEREMBAN – Tiga anggota tentera maut dan seorang wanita cedera parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh sebuah lori tangki di Batu 7, Jalan Seremban-Port Dickson di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi itu, ketiga-tiga mangsa, Mohd. Zulhelmi Ismail, 24, Muhammad Afdhaluddin Azhari, 22, dan Izat Badry Baddarudin, 22, mati di tempat kejadian.
Seorang rakan mereka, Nik Norhashimah Abu Kassim, 19, cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.
Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira yang dipandu Mohd. Zulhelmi dari arah Seremban menghala ke Port Dickson terbabas di satu selekoh lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori tangki yang membawa kira-kira 18,000 liter diesel.
“Akibat pelanggaran itu, kenderaan yang dinaiki mangsa terperosok ke bawah lori terbabit menyebabkan tiga mangsa yang tersempit maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi wanita cedera parah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Comments

Popular posts from this blog