BIla hati sudah mati

 

 

Setiapa yang beriman dengan syahadah Allah hendaklah insaf bahawa pengisian hatinya hendaklah lebih diutamakan dari segala-galanya.Kalau jasad dan akalnya diberi habuan dan ubatan untuk menjadi lebih brfungsi dengan sempurna maka demikianlah juga hati.Ia patut meningkatkan dan menjaga hatinya sebagaimana menjaga perasaan kekasihnya yang amat dikasihi


Begitulah hendaknya setiap yang islam itu hendaklah menjaga fungsi hatinya agar tidak terus mati dan sunyi dari zikrullah.jika hati mati,maka sunyilah kamar-kamar iman dan gelaplah suasana istana jasad yang diberi ubat dan dijaga dengan berjoging setiap hari


kerana dengan hati juga ia boleh menjadi RABBANI ,Jika tidak bersifat abid juga tak bersifat rabbani maka tidak ada ertinya sama sekali ubat-ubatan dan bersenam setiap hari,kerana hal sedemikian itu tidak mampu menahan diri dari dijilat oleh api neraka

kerana sepertimana yang diketahui umum bahawa manusia itu dua matanya ,kebanyakan dari manusia sendiri lebih menjaga mata jasad manakala mata hati dibiarkan kabur dan terus kabur menuju kearah hati mati


maka apabila disebut nama Allah mereka tidak peduli ,jika kaki maksiat mereka teruskan tampa peduli apa-apa musibah yang akan berlaku
Golongan sebegini adalah mereka yang bukan tergolong dari firman Allah al-Anfal Ayat 2
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut ALLAH gementarlah hati mereka,dan apabila dibacakan kepada mereka ayat=ayat Allah.bertambahlah imannya dan kepada Allah mereka bertawakal

BIla hati sudah mati/2010/03/bila-hati-sudah-mati.html

Comments

Popular posts from this blog