masuk neraka walau qiam tiap malam?



Bismillaahirrahmaanirraheem
Ada sebuah hadith yang menceritakan tentang seorang wanita di mana solat malamnya tak pernah tinggal dan siangnya berpuasa, tetapi malang sekali wanita ini dihumban ke dalam neraka. Kerana apa? Hanya kerana wanita ini seringkali menyakiti hati jirannya.
Na’uzubillaahiminzaalik.
Kisah ni sejak dua menjak ni asyik menghantui hati. Takut.
Betapa bila segala solat malam dan puasa yang kita kerjakan itu tak berbekas dalam amal seharian, semuanya jadi sia-sia.

Ibadah harus seiring dengan amal, akhlak, percakapan dan semuanya.
Dan ‘sekecil-kecil’ ibadah yang kita selalu terlepas pandang adalah solat.
Allah kata, “…sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar…” (29:45)
Kalau benar solat itu kita lakukan dengan penghayatan dan khusyu’, maka akan terzahirlah dalam amal perbuatan kita.

Macam dalam kisah tadi. Habis segala qiamullail dia, puasa dia, Allah tak terima langsung. Sebab qiam dan puasanya tak terkesan dalam kehidupan seharian.
Kita boleh kata tahap iman dia melangit la sebab boleh bangun qiam tiap-tiap hari. Tapi lupakah kita bahawa ‘iman’ itu terkandung 3 isi: hati, lisan dan amal.

Allahumma taqabbal minnaa solaatana wa siyaamana wa rukuu’ana wa sujuudana wa qiyaamana.
Moga Allah terima amal kita. Perih dan jerih kita di bulan tarbiah ini.

Rabbi, jangan Kau jadikan nasib kami seperti nasib wanita tersebut. Jangan ya Allah.
Kau bantulah kami untuk menjadi hambaMu yang menjaga iman, amal seharian dan hati kami untuk 11 bulan yang akan datang ini.

Moga bekal ‘makanan’ cukup untuk setahun.
ibadah <=> amal, akhlak, etc
Wallahua’lam
http://fluffymiz.blogspot.com/?expref=next-blog

Comments

Popular posts from this blog