Renungkanlah sedalam-dalamnya...


 
 
♥♫♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥♫♥

Siapa cakap jodoh ada kaitan dengan keturunan..?
Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke
seberang.
Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita.
Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat.
Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia
itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa lewat sembahyang.
Allah Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik,
sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right.
Biar seorang diri dahulu daripada menjadi mangsa
lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Biar sendiri mengharungi hidup daripada
Mengharungi hidup dengan lelaki yang suka mengambil kesempatan pada diri.
Biar keseorangan menghadapi dugaan hidup
Asalkan tidak keseorangan bertahan bahagia walaupun bersuami kemudian nanti.
Biar terluka kerana perbuatan sendiri
Asalkan tidak terluka dengan perbuatan lelaki yang tidak beriman selepas kahwin nanti.
Biar berhenti mencari cinta
Kerana cinta takkan berhenti bergetar didalam hati
Kerana DIA ada jawapannya.

Memang kita mudah tersilap mentafsir
kehidupan ini.
Kita selalu sangka,
“Aku pasti bahagia kalau mendapat ini.”
Hakikatnya,
Apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan
itu,
Ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta
mewah dan terdetiklah di hati
kita,
“Bahagianya org itu.”
Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.
Tidak mustahil pula org yang memandu kereta
mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa,
Dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan
jalan raya,
Motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh
di hadapan.
Anda pun mengeluh,
Alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang
dituju.
Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan
Bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka
membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada
Tapi deritanya juga datang sama.
Semua benda,
Pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebab
Ia dibenarkan oleh agama,
Sunnah Nabi,
Saluran yang betul untuk melepaskan syahwat
Di samping membina sahsiah dan sebagainya,
Tapi ia juga buruk sebab ramai
Orang yang berkahwin hidupnya semakin
tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik
Sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.
Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin,
Tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya,
anda membina dosa
Seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali
perkahwinan masing-masing padahal dahulunya
Mereka bermati-matian membina janji,
Memupuk cinta kasih malah ada
Yang sanggup berkorban apa sahaja
asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri
Tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu
Untuk bergelar ibu ataupun ayah,
Belajarlah dulu.
Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah
anak-anak,
Carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab
Kenyataannya ramai yang tidak bersedia
untuk melangkah tetapi telah
melompat,
Akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang
Benar-benar mengerti tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak
Putus-putus bagi yang menjadikannya
Selanggang untuk mengukuhkan iman,
Mencintai Tuhan dan menjadikan
Syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu
Sempadan dari ketidaksempurnaan
Insan kepada kesempurnaan insan - bagi
Yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan
Nabi-Nya,
Bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan,
Tiba masanya ia akan datang menjemput,
Namun perlu juga anda membuka
lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah
sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa-rupanya..Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Sesungguhnya yang baik dan mulia itu adalah hak Allah jua dan yang serba kekurangan serta daif itu dari diri saya yang berdosa ini. Amin.
Muhasabah diri saya sendiri.
Semoga dapat membawa manfaat untuk kita semua.
Hijrah Mawar Ungu

Comments

Popular posts from this blog