perbezaan al quran dengan hadis

 

Al Quran Hadis Nabawi Hadis Qudsi
al quran.
-Lafaz dan makna daripada Allah Taala
-Wahyu disampaikan melelui malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW
-Sumber hukum pertama
-Disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya
-Tidak boleh membaca ketika berhadas besar
-Ayat Al Quran dibaca dalam solat
hadis nabawi
-Lafaz dan makna daripada Rasulullah SAW
-Perbuatan, perkataan dan pengakuan Rasulullah SAW
-Sumber hukum kedua
-Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya
-Boleh membaca ketika berhadas besar
-Tidak boleh dibaca dalam solat
hadis qudsi
-Lafaz daripada Rasulullah SAW dan maknanya daripada Allah Taala
-Wahyu Allah yang diungkapkan kembali oleh Rasulullah SAW
-Sumber hukum kedua
-Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya
-Boleh membaca ketika berhadas besar
-Tidak boleh dibaca dalam solat

Perawi hadis
* Pengertian
o Seorang yang menerima dan menyampaikan hadith daripada Rasulullah SAW
Syarat-syarat perawi hadis
  •  Islam
  •  Ber'akal
  •  Baligh
  •  'Adil
  •  Kuat hafazan
  •  Menjada Tulisan
  •  Waspada
    Jumlah Hadith Tidak diketahui sebenarnya. Golongan sunnah mengambil hadith-hadith daripada imam-imam seperti Bukhari, Muslim, Tarmizi, Nasai dan Ibnu Majjah. Golongan Syiah pula cenderung mengambil hadith-hadith daripada Saidina Ali.   Nilai kitab hadis Kitab-kitab hadis yang terkumpul daripada kegiatan ulama-ulama berabad-abad lamanya terciptalah ratusan ataupun ribuan kitab hadis. Namun yang sampai kepada kita adalah sesikit sahaja. Hasil penyelidikan ulama dan ahli hadis mereka sepakat mengakui Kitab hadis Bukhari dan Muslim adalah lebih kuat, sudah pasti sahih dan tidal dapat dibantah lagi. Barang siapa yang meremehkan hadis-hadis yang terkandung dalam kedua-dua kitab itu dianggap bid'ah atau menyeleweng.    
IMAM-IMAM HADITH

Imam Al Bukhari
Nama beliau ialah Muhammad , anaknya bernama Abdullah. Oleh itu ia digelar Abu Abdullah. Ayah beliau Ismail yang digelar Abul Hasan. Tempat kelahiran beliau ialah disebuah desa Bukhara yang dahulunya ditakluki oleh Soviet. Sejak kecil beliau hafal Quran dan suka mendengar hadith. Belum sampai umur baligh beliau dapat menghafal dengan lancar puluhan ribu hadith. Setelah beliau matang dan memiliki ilmu dan kemampuan yang diperlukan ,beliau mula menyaringkan hadith. Beliau kemudian mengumpulkan hadith yang telah disaringkan dalam sebuah kitab yang dinamakan "Al Jaami'ush Shahih" yang membuatkan 600,000 hadith Beliau meninggal dunia di Madinah pada 1138 dan dikebumikan di Baqi. Imam Bukhari pernah berkata : "Kutulis kitab ini dari 1080 orang dan diantara mereka itu sama sekali tiada seorangpun, melainkan ia adalah ahkli hadis dan semuanya mengatakan bahawa iman itu adalah kata dan perbuatan, dapat bertambah dan dapat pula berkurang. Kalu aku hendak meletakkan atu menulis sebuah hadith sahaja dalam kitab 'Sahih', maka sebelum aku memegang pena aku mandi dulu , kemudian bersembahyang dua rakaat".  

Comments

Popular posts from this blog