panduan hukum korban
siri 1
siri 2
siri 3
siri 4
siri 5
siri 6
siri 7
siri 8
siri 9
siri 10
Hukum Hakam Korban (1)
Posted by mohd masri di November 10, 2010
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman yang ertinya, Maka solatlah untuk Rabbmu dan sembelihlah haiwan.” (Qs. Al Kautsar: 2) Syaikh Abdullah Alu Bassaam menyatakan, “Sebahagian ulama ahli tafsir menyatakan; yang dimaksud dengan menyembelih haiwan adalah menyembelih haiwan korban setelah solat Ied.” Pendapat ini dinukil daripada Qatadah, Atha’ dan Ikrimah (Taisirul ‘Allaam, 534, Taudhihul Ahkaam IV/450, & Shahih Fiqih Sunnah II/366). Dalam istilah ilmu fiqih haiwan korban biasa disebut dengan nama Al Udh-hiyah yang bentuk jamaknya Al Adhaahi (dengan huruf ha’ tipis).
Pengertian Udh-hiyah
Udh-hiyah adalah haiwan ternak yang disembelih pada hari Iedul Adha dan hari Tasyriq dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah kerana datangnya hari raya tersebut (lihat Al Wajiz, 405 dan Shahih Fiqih Sunnah II/366)
Keutamaan Korban
Menyembelih korban termasuk amal salih yang paling utama. ‘Aisyah radhiyallahu’anha menceritakan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah anak Adam melakukan suatu amalan pada hari Nahr (Iedul Adha) yang lebih dicintai oleh Allah melebihi mengalirkan darah (korban), maka hendaknya kalian merasa senang kerananya.” (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al Hakim dengan sanad sahih, lihat Taudhihul Ahkam, IV/450)
Hadis di atas didhaifkan oleh Syaikh Al Albani (Dhaif Ibn Majah, 671). Namun kegoncangan hadis di atas tidaklah menyebabkan hilangnya keutamaan berkorban. Banyak ulama menjelaskan bahawa menyembelih haiwan korban pada hari idul Adlha lebih utama daripada sedekah yang senilai atau seharga dengan haiwan korban, atau bahkan lebih utama daripada sedekah yang lebih banyak daripada nilai haiwan korban. Ini kerana maksud terpenting dalam berkorban adalah mendekatkan diri kepada Allah. Bukan semata-mata nilai binatangnya. Disamping itu, menyembelih korban lebih menampakkan syi’ar islam dan lebih sesuai dengan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. (lihat Shahih Fiqh Sunnah 2/379 & Syarhul Mumthi’ 7/521)
Dalam hal ini para ulama terbahagi dalam dua pendapat:
Pertama: Wajib bagi orang yang berkelapangan. Ulama yang berpendapat demikian adalah Rabi’ah (guru Imam Malik), Al Auza’i, Abu Hanifah, Imam Ahmad dalam salah satu pendapatnya, Laits bin Sa’ad beserta beberapa ulama pengikut Imam Malik, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, dan Syaikh Ibnu ‘Uthaimin rahimahumullah. Syaikh Ibn Uthaimin menyatakan: “Pendapat yang menyatakan wajib itu nampak lebih kuat daripada pendapat yang menyatakan tidak wajib. Akan tetapi hal itu hanya diwajibkan bagi yang mampu…” (lih. Syarhul Mumti’, III/408)Di antara dalilnya adalah hadis Abu Hurairah yang menyatakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang berkelapangan (harta) namun tidak mahu berkorban maka jangan sekali-kali mendekati tempat solat kami.” (HR. Ibnu Majah 3123, Al Hakim 7672 dan dihasankan oleh Syaikh Al Albani)
Pendapat kedua menyatakan Sunnah Mu’akkadah (ditekankan). Dan ini adalah pendapat majoriti ulama iaitu Malik, Syafi’i, Ahmad, Ibnu Hazm dan lain-lain. Ulama yang mengambil pendapat ini berdalil dengan riwayat dari Abu Mas’ud Al Anshari radhiyallahu ‘anhu. Beliau menyatakan, “Sesungguhnya aku sedang tidak berkorban. Padahal aku adalah orang yang berkelapangan. Itu kulakukan kerana aku khuatir kalau tetanggaku menyangka korban itu adalah wajib bagiku.” (HR. Abdur Razzaq dan Baihaqi dengan sanad shahih).
Demikian pula dikatakan oleh Abu Sarihah, “Aku melihat Abu Bakar dan Umar sementara mereka berdua tidak berkorban.” (HR. Abdur Razzaaq dan Baihaqi, sanadnya shahih) Ibnu Hazm berkata, “Tidak ada riwayat sahih dari seorang sahabatpun yang menyatakan bahawa korban itu wajib.” (lihat Al Muhalla 5/295, dinukil dari Shahih Fiqih Sunnah II/367-368, dan Taudhihul Ahkaam, IV/454).
Dalil-dalil di atas merupakan dalil pokok yang digunakan masing-masing pendapat. Jika digabungkan semuanya menunjukkan masing-masing pendapat sama kuat. Sebahagian ulama memberikan jalan keluar dari perselisihan dengan menasihatkan: “…selayaknya bagi mereka yang mampu, tidak meninggalkan berkorban. Ini kerana dengan berkorban akan lebih menenangkan hati dan melepaskan tanggungan, wallahu a’lam. (Tafsir Adwa’ul Bayan, 1120).
Haiwan yang Boleh Digunakan untuk Korban
Haiwan korban hanya boleh dari jenis Bahiimatul Al An’aam (haiwan ternak). Dalilnya adalah firman Allah yang ertinya, “Dan bagi setiap umat Kami berikan tuntutan berkorban agar kalian mengingat nama Allah atas rezeki yang dilimpahkan kepada kalian berupa haiwan-haiwan ternak (bahiimatul an’aam).” (Qs. Al Hajj: 34).
Dalam bahasa arab, yang dimaksud Bahiimatul Al An’aam hanya merangkumi tiga binatang iaitu unta, lembu atau kambing. Oleh kerana itu, berkorban hanya sah dengan tiga haiwan tersebut dan tidak boleh selain itu. Bahkan sekelompok ulama menukilkan adanya ijma’ (kesepakatan) bahawasanya korban tidak sah kecuali dengan haiwan-haiwan tersebut (lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/369 dan Al Wajiz 406) Syaikh Ibnu ‘Uthaimin menyatakan, “Bahkan jika seandainya ada orang yang berkorban dengan jenis haiwan lain yang lebih mahal daripada jenis ternak tersebut maka korbannya tidak sah. Andaikan dia lebih memilih untuk berkorban seekor kuda seharga 10.000 rial sedangkan seekor kambing harganya hanya 300 rial maka korbannya (dengan kuda) itu tidak sah…” (Syarhul Mumti’ III/409)
Seekor Kambing untuk Satu Keluarga
Seekor kambing cukup untuk korban satu keluarga, dan pahalanya mencakupi seluruh anggota keluarga meskipun jumlah ahli keluarganya ramai, baik yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal. Sebagaimana hadis Abu Ayyub radhiyallahu’anhu yang menyatakan, “Pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam seseorang (suami) menyembelih seekor kambing sebagai korban bagi dirinya dan keluarganya.” (HR. at-Tirmidzi dan beliau menilainya shahih, lihat Minhaajul Muslim, 264 dan 266)
Oleh kerana itu, tidak selayaknya seseorang mengkhususkan korban untuk salah satu anggota keluarganya tertentu, misalnya korban tahun ini untuk bapanya, tahun depan untuk ibunya, tahun berikutnya untuk anak pertama, dan seterusnya. Sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah sangat luas maka tidak perlu dibatasi.
Bahkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkorban untuk dirinya dan seluruh umatnya. Suatu ketika beliau hendak menyembelih kambing korban, sebelum menyembelih beliau menyatakan: “Yaa Allah ini – korban – dariku dan dari umatku yang tidak berkorban.” (HR. Abu Daud 2810 & Al Hakim 4/229 dan dishahihkan Syaikh Al Albani dalam Al Irwa’ 4/349).
Berdasarkan hadis ini, Syaikh Ali bin Hasan Al Halaby menyatakan: “Kaum muslimin yang tidak mampu berkorban, mendapatkan pahala sebagaimana orang berkorban daripada umat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.”
Adapun yang dimaksud: “…kambing hanya boleh untuk satu orang, lembu untuk tujuh orang, dan unta 10 orang…” adalah belanja pembeliannya. Belanja pembelian kambing hanya boleh daripada satu orang, belanja pembelian lembu hanya boleh dari maksimum tujuh orang dan korban unta hanya boleh dari maksimum 10 orang.
Namun seandainya ada orang yang hendak membantu shohibul korban (orang yang melakukan korban) yang kekurangan belanja untuk membeli haiwan, maka diperbolehkan dan tidak mempengaruhi status korbannya. Dan status bantuan di sini adalah hadiah bagi shohibul korban. Apakah mesti izin terlebih dahulu kepada pemilik haiwan? Jawab: Tidak mesti, kerana dalam transaksi pemberian sedekah mahupun hadiah tidak disyaratkan memberitahu kepada orang yang diberi sedekah mahupun hadiah.
Ketentuan Untuk Lembu & Unta
Seekor Lembu dijadikan korban untuk 7 orang. Sedangkan seekor unta untuk 10 orang. Dari Ibnu Abbas radhiyallahu’anhu beliau menyatakan, “Dahulu kami penah bersafar bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu tibalah hari raya Iedul Adha maka kami pun bergabung sepuluh orang untuk korban seekor unta. Sedangkan untuk seekor lembu kami bergabung sebanyak tujuh orang.” (Shahih Sunan Ibnu Majah 2536, Al Wajiz, hal. 406).
Dalam masalah pahala, korban lembu sama dengan korban kambing. Ertinya perkongsian 7 orang untuk korban seekor lembu, pahalanya mencakupi seluruh anggota keluarga daripada 7 orang yang ikut berkongsi itu.
Hutang Untuk Melakukan Korban
Sebahagian ulama menganjurkan untuk berkorban meskipun mesti hutang. Di antaranya adalah Imam Abu Hatim sebagaimana dikatakan oleh Sufyan Ats Tsauri dan disebutkan oleh Ibnu Katsir dalam tafsirnya (Tafsir Ibn Katsir, surat Al Hajj: 36)[1]. Demikian pula Imam Ahmad dalam masalah aqiqah. Beliau menyarankan agar orang yang tidak memiliki belanja aqiqah agar berhutang dalam rangka menghidupkan sunnah aqiqah di hari ketujuh setelah kelahiran.
Sebahagian ulama lain menyarankan untuk mendahulukan pelunasan hutang daripada berkorban. Di antaranya adalah Syaikh Ibn Uthaimin dan ulama kumpulan fatwa islamweb.net dibawah bimbingan Dr. Abdullah Al Faqih (lih. Fatwa Syabakah Islamiyah no. 7198 & 28826).
Syaikh Ibn Uthaimin menyatakan: “Jika orang mempunyai hutang maka selayaknya mendahulukan pembayaran hutang daripada berkorban.” (Syarhul Mumti’ 7/455).
Bahkan beliau pernah ditanya tentang hukum orang yang tidak jadi korban kerana wangnya diserahkan kepada temannya yang sedang terlilit hutang, dan beliau jawab: “Jika di hadapkan dua permasalahan antara berkorban atau melunaskan hutang orang faqir maka lebih utama melunasi hutang, lebih-lebih jika orang yang sedang dibelenggu hutang tersebut adalah kerabat dekat.” (lih. Majmu’ Fatawa & Risalah Ibn Uthaimin 18/144).
Namun pernyataan-pernyataan ulama
di atas tidaklah saling bertentangan. Ini kerana perbezaan ini didasari oleh perbezaan dalam memandang keadaan orang yang berhutang. Sikap ulama yang menyarankan untuk berhutang ketika korban terikat dengan orang yang keadaanya mudah dalam membayar hutang atau hutang yang jatuh temponya masih panjang. Sedangkan anjuran sebahagian ulama untuk mendahulukan pembayaran hutang daripada korban terkait dengan orang yang kesulitan membayar hutang atau orang yang memiliki hutang dan pemiliknya meminta agar segera dibayar hutang tersebut.
Hukum Korban Kerbau
Para ulama’ menyamakan kerbau dengan lembu dalam berbagai hukum dan keduanya dianggap sebagai satu jenis (Mausu’ah Fiqhiyah Quwaithiyah 2/2975). Ada beberapa ulama yang secara tegas membolehkan berkorban dengan kerbau. Baik dari kalangan Syafi’iyah (lih. Hasyiyah Al Bajirami) mahupun daripada mazhab Hanafiyah (lih. Al ‘Inayah Syarh Hidayah 14/192 dan Fathul Qodir 22/106). Mereka menganggap keduanya satu jenis.
Syaikh Ibn Al Utasimin pernah ditanya tentang hukum korban dengan kerbau.
“Kerbau dan lembu memiliki perbezaan dalam banyak sifat sebagaimana kambing dengan domba. Namun Allah telah merinci penyebutan kambing dengan domba tetapi tidak merinci penyebutan kerbau dengan lembu, sebagaimana disebutkan dalam surat Al An’am 143. Apakah boleh berkorban dengan kerbau?”
Beliau menjawab:
“Jika kerbau termasuk (jenis) lembu maka kerbau sebagaimana lembu namun jika tidak maka (jenis haiwan) yang Allah sebut dalam alqur’an adalah jenis haiwan yang dikenal orang arab, sedangkan kerbau tidak termasuk haiwan yang dikenal orang arab.” (Liqa’ Babil Maftuh 200/27)
“Jika kerbau termasuk (jenis) lembu maka kerbau sebagaimana lembu namun jika tidak maka (jenis haiwan) yang Allah sebut dalam alqur’an adalah jenis haiwan yang dikenal orang arab, sedangkan kerbau tidak termasuk haiwan yang dikenal orang arab.” (Liqa’ Babil Maftuh 200/27)
Jika pernyataan Syaikh Ibn Uthaimin kita bawa pada penjelasan ulama di atas maka boleh disimpulkan bahawa korban kerbau hukumnya sah, kerana kerbau sejenis dengan lembu. Wallahu a’lam.
Kongsi Korban Untuk Satu Organisasi
Terdapat satu tradisi di beberapa lembaga pendidikan di daerah kita, ketika idul adha tiba sebahagian universiti menggalakkan kegiatan latihan korban bagi siswa. Masing-masing siswa dikehendaki membayar sejumlah wang tertentu. Hasilnya digunakan untuk membeli kambing dan disembelih di hari-hari korban.
Apakah ini boleh dinilai sebagai ibadah korban?
Perlu difahami bahawa korban adalah salah satu ibadah dalam islam yang memiliki aturan tertentu sebagaimana yang digariskan oleh syari’at. Keluar daripada peraturan ini maka tidak boleh dinilai sebagai ibadah korban, atau dengan kata mudah korbannya tidak sah. Di antara peraturan tersebut adalah masalah perbelanjaan. Sebagaimana telah dibahas sebelumnya, belanja perbelanjaan untuk seekor kambing hanya boleh diambilkan dari satu orang. Oleh kerana itu kes tradisi ‘korban’ seperti di atas tidak dapat dinilai sebagai korban. Ini kerana belanja perbelanjaan kambing diambil dari sejumlah siswa
.
Berkorban Atas Nama Orang yang Sudah Meninggal?
Berkorban untuk orang yang telah meninggal dunia dapat diperinci menjadi tiga bentuk:- Orang yang meninggal bukan sebagai sasaran korban utama namun statusnya mengikuti korban keluarganya yang masih hidup. Misalnya seseorang berkorban untuk dirinya dan keluarganya sementara ada di antara keluarganya yang telah meninggal. Berkorban jenis ini dibolehkan dan pahala korbannya meliputi dirinya dan keluarganya, termasuk yang sudah meninggal.
- Berkorban khusus untuk orang yang telah meninggal tanpa ada wasiat dari mayat. Sebahagian ulama mazhab Hanbali menganggap ini sebagai satu hal yang baik dan pahalanya boleh sampai kepada mayat, sebagaimana sedekah atas nama mayat (lih. Fatwa Majlis Ulama Saudi no. 1474 & 1765). Namun sebahagian ulama’ bersikap keras dan menilai perbuatan ini sebagai satu bentuk bid’ah, melihatkan tidak ada tuntutan daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tidak ada riwayat bahawasanya beliau berkorban atas nama Khadijah, Hamzah, atau kerabat beliau lainnya yang telah meninggal, mendahului beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Pendapat yang lebih kuat dalam masalah ini adalah pendapat yang menyatakan bahawa berkorban atas nama orang yang sudah meninggal secara khusus tanpa ada wasiat sebelumnya adalah tidak disyariatkan. Ini kerana Nabi r tidak pernah melakukan hal itu. Padahal beliau sangat mencintai keluarganya yang telah meninggal seperti isteri beliau tercinta Khadijah dan paman beliau Hamzah. - Berkorban khusus untuk orang yang meninggal kerana mayat pernah mewasiatkan agar keluarganya berkorban untuk dirinya jika dia meninggal. Berkorban untuk mayat untuk kes ini diperbolehkan jika dalam rangka menunaikan wasiat si mayat. (Dinukil dari catatan kaki Syarhul Mumti’ yang diambil dari Risalah Udl-hiyah Syaikh Ibn Uthaimin 51)
Umur Haiwan Korban
Dari Jabir bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian menyembelih (korban) kecuali musinnah. Kecuali apabila itu menyulitkan bagi kalian maka kalian boleh menyembelih domba jadza’ah.” (Muttafaq ‘alaih)
Musinnah adalah haiwan ternak yang sudah dewasa, diambil dari kata sinnun yang ertinya gigi. Haiwan tersebut dinamakan musinnah kerana haiwan tersebut sudah ganti gigi. Adapun perincian usia haiwan musinnah adalah:
No. | Haiwan | Usia minimum |
1. | Unta | 5 tahun |
2. | Lembu | 2 tahun |
3. | Kambing | 1 tahun |
4. | Domba | 6 bulan (domba Jadza’ah) |
(lihat Syarhul Mumti’, III/410, Taudhihul Ahkaam, IV/461)
Apakah yang menjadi acuan usianya ataukah ganti giginya?Yan menjadi acuan haiwan tersebut boleh digolongkan musinnah adalah usianya. Ini kerana penamaan musinnah untuk haiwan yang sudah genap usia korban adalah penamaan dengan umumnya kes yang terjadi. Ertinya, umumnya kambing yang sudah berusia 1 tahun atau lembu 2 tahun itu sudah ganti gigi. Disamping itu, ketika para ulama menjelaskan batasan haiwan musinnah dan haiwan jadza’ah, mereka menjelaskannya dengan batasan usia. Dengan demikian, andaikan ada lembu yang sudah berusia 2 tahun namun belum ganti gigi, boleh digunakan untuk berkorban. Allahu a’lam.
Berkurban dengan domba jadza’ah itu dibolehkan secara mutlak ataukah bersyarat
Ulama berselisih pendapat dalam masalah ini. An Nawawi menyebutkan ada beberapa pendapat:
Pertama, boleh berkorban dengan haiwan jadza’ah dengan syarat kesulitan untuk berkorban dengan musinnah. Pendapat ini diriwayatkan dari Ibn Umar dan Az Zuhri. Mereka berdalil dengan makna zahir hadis di atas.
Kedua, dibolehkan berkorban dengan domba jadza’ah (usia 6 bulan) secara mutlak. Meskipun shohibul korban memungkinkan untuk berkorban dengan musinnah (usia 1 tahun). Pendapat ini dipilih oleh majoriti ulama. Sedankan hadis Jabir di atas dimaknai dengan makna anjuran. Sebagaimana dianjurkannya untuk memilih haiwan terbaik ketika korban.
Insyaa Allah pendapat kedua inilah yang lebih kuat. Ini kerana pada hadis Jabir di atas tidak ada keterangan terlarangnya berkorban dengan domba jadza’ah dan tidak ada keterangan bahawa berkorban dengan jadza’ah hukumnya tidak sah. Oleh kerana itu, Jumhur ulama memaknai hadis di atas sebagai anjuran dan bukan kewajipan. Allahu a’lam. (Syarh Shahih Muslim An Nawawi 6/456)
Cacat Haiwan KorbanCacat haiwan korban dibahagi menjadi 3:
a. Cacat yang menyebabkan tidak sah untuk berkorban, ada 4 [2]:
- Buta sebelah dan jelas sekali kebutaannya
Jika butanya belum jelas – orang yang melihatnya menilai belum buta – meskipun pada hakikatnya kambing tersebut satu matanya tidak berfungsi maka boleh dikorbankan. Demikian pula haiwan yang rabun senja. Ulama’ mazhab syafi’iyah menegaskan haiwan yang rabun boleh digunakan untuk korban kerana bukan termasuk haiwan yang buta sebelah matanya.
Jika butanya belum jelas – orang yang melihatnya menilai belum buta – meskipun pada hakikatnya kambing tersebut satu matanya tidak berfungsi maka boleh dikorbankan. Demikian pula haiwan yang rabun senja. Ulama’ mazhab syafi’iyah menegaskan haiwan yang rabun boleh digunakan untuk korban kerana bukan termasuk haiwan yang buta sebelah matanya.
- Sakit dan jelas sekali sakitnya. Tetapi jika sakitnya belum jelas, misalnya, haiwan tersebut kelihatannya masih sihat maka boleh dikorbankan.
- Tempang dan nampak jelas tempangnya
Ertinya pincang dan tidak boleh berjalan normal. Akan tetapi jika baru kelihatan tempang namun boleh berjalan dengan baik maka boleh dijadikan haiwan korban.
Ertinya pincang dan tidak boleh berjalan normal. Akan tetapi jika baru kelihatan tempang namun boleh berjalan dengan baik maka boleh dijadikan haiwan korban.
- Sangat tua sampai-sampai tidak mempunyai sumsum tulang
Dan jika ada haiwan yang cacatnya lebih parah dari 4 jenis cacat di atas maka lebih tidak boleh untuk digunakan berkorban. (lih. Shahih Fiqih Sunnah, II/373 & Syarhul Mumti’ 3/294).
Dan jika ada haiwan yang cacatnya lebih parah dari 4 jenis cacat di atas maka lebih tidak boleh untuk digunakan berkorban. (lih. Shahih Fiqih Sunnah, II/373 & Syarhul Mumti’ 3/294).
b. Cacat yang menyebabkan makruh untuk berkorban, ada 2 [3]:
- Sebahagian atau keseluruhan telinganya terpotong
- Tanduknya pecah atau patah
- Tanduknya pecah atau patah
(lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/373)
c. Cacat yang tidak berpengaruh pada haiwan korban (boleh dijadikan untuk korban) namun kurang sempurna.
Selain 6 jenis cacat di atas atau cacat yang tidak lebih parah dari itu maka tidak berpengaruh pada status haiwan korban. Misalnya tidak bergigi, tidak berekor, bunting, atau tidak berhidung. Wallahu a’lam (lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/373)
Footnotes:
[1] Sufyan At Tsauri rahimahullah menyatakan: “Dulu Abu Hatim pernah berhutang untuk membeli unta korban. Beliau ditanya: “Kamu berhutang untuk beli unta korban?” beliau jawab: “Saya mendengar Allah berfirman: لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ (kamu memperoleh kebaikan yang banyak pada unta-unta korban tersebut) (Qs. Al Hajj: 36). (lih. Tafsir Ibn Katsir, surat Al Hajj: 36)
[2] Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang cacat haiwan apa yang mesti dihindari ketika berkorban. Beliau menjawab: “Ada empat cacat…dan beliau berisyarat dengan tangannya.” (HR. Ahmad 4/300 & Abu Daud 2802, dinyatakan Hasan-Shahih oleh Turmudzi). Sebahagian ulama menjelaskan bahawa isyarat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan tangannya ketika menyebutkan empat cacat tersebut menunjukkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membatasi jenis cacat yang terlarang. Sehingga yang bukan termasuk empat jenis cacat sebagaimana dalam hadis boleh digunakan sebagai korban. (Syarhul Mumthi’ 7/464)
[3] Terdapat hadis yang menyatakan larangan berkorban dengan haiwan yang memilki dua cacat, telinga terpotong atau tanduk pecah. Namun hadisnya dlo’if, sehingga sebahagian ulama menggolongkan cacat jenis kedua ini hanya menyebabkan makruh dipakai untuk korban. (Syarhul Mumthi’ 7/470)
Hukum Hakam Korban (2)
Haiwan yang disukai dan lebih utama untuk dikorbankan
Hendaknya haiwan yang dikorbankan adalah haiwan yang gemuk dan sempurna. Dalilnya adalah firman Allah ta’ala yang ertinya, “…barangsiapa yang mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah maka sesungguhnya itu adalah berasal dari ketakwaan hati.” (Qs. Al Hajj: 32)
Berdasarkan ayat ini Imam Syafi’i rahimahullah menyatakan bahawa orang yang berkorban disunnahkan untuk memilih haiwan korban yang besar dan gemuk. Abu Umamah bin Sahl menyatakan, “Dahulu kami di Madinah biasa memilih haiwan yang gemuk dalam berkorban. Dan memang kebiasaan kaum muslimin ketika itu adalah berkorban dengan haiwan yang gemuk-gemuk.” (HR. Al-Bukhari secara mu’allaq namun disampaikan dengan kalimat tegas dan disambungkan sanadnya oleh Abu Nu’aim dalam Al Mustakhraj, sanadnya hasan)
Di antara ketiga jenis haiwan korban maka menurut majoriti ulama yang paling utama adalah berkorban dengan unta, kemudian lembu kemudian kambing, jika belanja perbelanjaan masing-masing ditanggung satu orang (bukan perkongsian). Dalilnya adalah jawapan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika ditanya oleh Abu Dzar radhiallahu ‘anhu tentang hamba yang lebih utama. Beliau bersabda, “Iaitu hamba yang lebih mahal dan lebih bernilai dalam pandangan pemiliknya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim). (lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/374)
Manakah yang lebih baik, ikut bergabung korban lembu atau korban satu kambing?
Sebahagian ulama menjelaskan korban satu kambing lebih baik daripada ikut berkongsi lembu atau unta, kerana tujuh kambing manfaatnya lebih banyak daripada seekor lembu (lih. Shahih Fiqh Sunnah, 2/375, Fatwa Lajnah Daimah no. 1149 & Syarhul Mumthi’ 7/458). Disamping itu, terdapat alasan lain diantaranya:
- Korban yang dilakukan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah sentiasa satu ekor, baik kambing, lembu, mahupun unta, bukan 1/7 lembu atau 1/10 unta.
- Kegiatan menyembelihnya menjadi lebih banyak. Lebih-lebih jika hadis yang menyebutkan keutamaan korban di atas statusnya shahih (lih. Hadis pada perbahasan keutamaan berkorban). Hal ini juga sesuai dengan apa yang dinyatakan oleh penulis kitab Al Muhadzab Asy syirozi As Syafi’i. (lih. Al Muhadzab 1/74).
- Terdapat sebahagian ulama yang melarang perkongsian dalam berkorban, diantaranya adalah Mufti Negeri Saudi Syaikh Muhammad bin Ibrahim (lih. Fatwa Lajnah 11/453). Namun larangan ini didasari dengan qiyas (analogi) yang bertentangan dengan dalil sunnah, sehingga jelas salahnya. Akan tetapi, berkorban dengan satu ekor binatang, setidaknya akan mengeluarkan kita daripada perselisihan ulama.
Apakah mesti jantan?
Tidak ada ketentuan jenis jantina haiwan korban. Boleh jantan mahupun betina. Dari Ummu Kurzin radhiallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Aqiqah untuk anak lelaki dua kambing dan anak perempuan satu kambing. Tidak jadi masalah jantan mahupun betina.” (HR. Ahmad 27900 & An Nasa’i 4218 dan dishahihkan Syaikh Al Albani). Berdasarkan hadis ini, As Syirozi As Syafi’i menyatakan: “Jika dibolehkan menggunakan haiwan betina ketika aqiqah berdasarkan hadis ini, menunjukkan bahawa hal ini juga boleh untuk berkorban.” (Al Muhadzab 1/74)
Namun umumnya haiwan jantan itu lebih baik dan lebih mahal dibandingkan haiwan betina. Oleh kerana itu, tidak wajib haiwan jantan namun diutamakan jantan.
Larangan bagi yang hendak berkorban
Orang yang hendak berkorban dilarang memotong kuku dan memotong rambutnya. Yang dilarang untuk dipotong kuku dan rambutnya di sini adalah orang yang hendak korban bukan haiwan korbannya. Dari Ummu Salamah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda, “Apabila engkau telah memasuki sepuluh hari pertama (bulan Dzulhijjah) sedangkan diantara kalian ingin berkorban maka janganlah dia menyentuh sedikitpun bahagian dari rambut dan kulitnya.” (HR. Muslim)
Larangan tersebut berlaku untuk cara apapun dan untuk bahagian kuku mahupun rambut manapun. Ertinya mencakup larangan mencukur botak atau mencukur sebahagian saja, atau sekadar mencabutinya. Baik rambut itu tumbuh di kepala, kumis, sekitar kemaluan mahupun di ketiak (lihat Shahih Fiqih Sunnah II/376).
Apakah larangan ini hanya berlaku untuk kepala keluarga ataukah berlaku juga untuk semua anggota keluarga shohibul korban?
Jawab: Larangan ini hanya berlaku untuk kepala keluarga (shohibul korban) dan tidak berlaku bagi anggota keluarganya. Ini kerana 2 alasan:
- Zahir hadis menunjukkan bahawa larangan ini hanya berlaku untuk yang mahu berkorban.
- Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sering berkorban untuk dirinya dan keluarganya. Namun belum ditemukan riwayat bahawasanya beliau melarang anggota keluarganya untuk memotong kuku mahupun rambutnya. (Syarhul Mumti’ 7/529)
Waktu penyembelihan
Waktu penyembelihan korban adalah pada hari Iedul Adha dan 3 hari sesudahnya (hari tasyriq). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Setiap hari taysriq adalah (hari) untuk menyembelih (korban).” (HR. Ahmad dan Baihaqi) Tidak ada perbezaan waktu siang ataupun malam. Baik siang mahupun malam sama-sama dibolehkan. Namun menurut Syaikh Al Uthaimin, melakukan penyembelihan di waktu siang itu lebih baik. (Tata Cara Korban Tuntutan Nabi, hal. 33).
Kemudian, para ulama sepakat bahawa menyembelih korban tidak boleh dilakukan sebelum terbitnya fajar di hari Iedul Adha. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang menyembelih sebelum solat Ied maka sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri (bukan korban). Dan barangsiapa yang menyembelih sesudah solat itu maka korbannya sempurna dan dia telah menepati sunnahnya kaum muslimin.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim) (lihat Shahih Fiqih Sunnah II/377)
Tempat penyembelihan
Tempat yang disunnahkan untuk menyembelih adalah tanah lapangan tempat solat ied diselenggarakan. Dianjurkan untuk menyembelih korbannya di lapangan dalam rangka memberitahu kepada kaum muslimin bahawa korban sudah boleh dilakukan dan sekaligus mengajari tata cara korban yang baik. Ibnu ‘Umar menyatakan, “Dahulu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa menyembelih kambing dan unta (korban) di lapangan tempat solat.” (HR. Al-Bukhari 5552)
Akan tetapi, dibolehkan untuk menyembelih korban di tempat manapun yang disukai, baik di rumah sendiri ataupun di tempat lain. (Lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/378)
Siapakah yang menyembelih korban?
Dianjurkan bagi shohibul korban untuk menyembelih haiwan korbannya sendiri jika mampu menyembelih dengan baik. Namun boleh diwakilkan kepada orang lain. Syaikh Ali bin Hasan menyatakan: “Saya tidak mengetahui adanya perbezaan pendapat di kalangan ulama’ dalam masalah ini.” Hal ini berdasarkan hadis Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu di dalam Shahih Muslim yang menceritakan bahawa pada saat korban Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menyembelih beberapa unta korbannya dengan tangan beliau sendiri kemudian sisanya diserahkan kepada Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu untuk disembelih. (lih. Ahkaamul Idain, 32)
Tata cara penyembelihan
- Sebaiknya pemilik korban menyembelih haiwan korbannya sendiri jika mampu menyembelih dengan baik.
- Apabila pemilik korban tidak boleh menyembelih sendiri maka sebaiknya dia ikut datang menyaksikan penyembelihannya.
- Hendaknya memakai alat yang tajam untuk menyembelih.
- Haiwan yang disembelih dibaringkan di atas sisi kirinya dan posisi kaki-kakinya ke arah kiblat.
- Leher haiwan diinjak dengan telapak kaki kanan penyembelih, sebagaimana yang dilakukan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian pisau ditekan kuat-kuat supaya cepat putus.
- Ketika akan menyembelih disyari’akan membaca bismillaahi wallaahu akbar ketika menyembelih. Untuk bacaan bismillah (tidak perlu ditambahi Ar Rahman dan Ar Rahiim) hukumnya wajib menurut Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad, sedangkan menurut Imam Syafi’i hukumnya sunnah. Adapun bacaan takbir – Allahu Akbar – para ulama sepakat kalau hukum membaca takbir ketika menyembelih ini adalah sunnah dan bukan wajib. Kemudian diikuti bacaan:
- haza minka wa laka. (HR. Abu Dawud 2795) Atau
- haza minka wa laka ‘anni atau ‘an fulan (disebutkan nama shahibul korban). atau
- Berdoa agar Allah menerima korbannya dengan doa, Allahumma taqabbal minni atau min fulan (disebutkan nama shahibul korban) (lih. Tata Cara Korban Tuntutan Nabi, hal. 92)
Catatan: Tidak terdapat do’a khusus yang panjang bagi shohibul korban ketika hendak menyembelih. Wallahu a’lam.
Bolehkah mengucapkan selawat ketika menyembelih?
Tidak boleh mengucapkan selawat ketika hendak menyembelih, kerana 2 alasan:
- Tidak terdapat dalil bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengucapkan selawat ketika menyembelih. Sementara beribadah tanpa dalil adalah perbuatan bid’ah.
- Boleh jadi orang akan menjadikan nama Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai wasilah ketika korban. Atau bahkan boleh jadi seseorang membayangkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika menyembelih, sehingga sembelihannya tidak murni untuk Allah. (lih. Syarhul Mumti’ 7/492)
Memanfaatkan hasil sembelihan
Bagi pemilik haiwan korban dibolehkan memanfaatkan daging korbannya, melalui:
- Dimakan sendiri dan keluarganya, bahkan sebahagian ulama menyatakan shohibul korban wajib makan bahagian haiwan korbannya. Termasuk dalam hal ini adalah berkorban kerana nazar menurut pendapat yang benar.
- Disedekahkan kepada orang yang memerlukan.
- Dihadiahkan kepada orang yang kaya.
- Disimpan untuk bahan makanan di lain hari. Namun penyimpanan ini hanya dibolehkan jika tidak terjadi musim kebuluran atau krisis makanan.
Dari Salamah bin Al Akwa’ dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa di antara kalian yang berkorban maka jangan sampai dia menjumpai subuh hari ketiga sesudah hari raya sedangkan dagingnya masih tersisa walaupun sedikit.” Ketika datang tahun berikutnya maka para sahabat menyatakan, “Wahai Rasulullah, apakah kami mesti melakukan sebagaimana tahun lalu?” Maka beliau menjawab, “(Adapun sekarang) Makanlah sebahagian, sebahagian lagi berikan kepada orang lain dan sebahagian lagi simpanlah. Pada tahun lalu masyarakat sedang mengalami kesulitan (makanan) sehingga aku berkeinginan supaya kalian membantu mereka dalam hal itu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Menurut majoriti ulama perintah yang terdapat dalam hadis ini menunjukkan hukum sunnah, bukan wajib (lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/378). Oleh sebab itu, boleh mensedekahkan semua hasil sembelihan korban. Sebagaimana diperbolehkan untuk disedekahkan seluruhnya kepada orang miskin dan sedikitpun tidak diberikan kepada orang kaya. (Minhaajul Muslim, 266).
Bolehkah memberikan daging korban kepada orang Kafir?
Ulama mazhab Malikiyah berpendapat makruhnya memberikan daging korban kepada orang kafir. Imam Malik menyatakan: “(diberikan) kepada selain mereka (orang kafir) lebih aku sukai.” Sedangkan Syafi’iyah berpendapat haramnya memberikan daging korban kepada orang kafir untuk korban yang wajib (misalnya korban nazar, pen.) dan makruh untuk korban yang sunnah. (lih. Fatwa Syabakah Islamiyah no. 29843). Al Baijuri As Syafi’i menyatakan: “Dalam Al Majmu’ (Syarhul Muhadzab) disebutkan, boleh memberikan sebahagian korban sunnah kepada kafir dzimmi yang miskin. Tapi ketentuan ini tidak berlaku untuk korban yang wajib.” (Hasyiyah Al Baijuri 2/310)
Lajnah Daimah (Majlis Ulama’ saudi Arabia) ditanya tentang hukum memberikan daging korban kepada orang kafir.
Jawapan Lajnah:
Jawapan Lajnah:
“Kita dibolehkan memberi daging korban kepada orang kafir Mu’ahid [1] baik kerana statusnya sebagai orang miskin, kerabat, tetangga, atau kerana dalam rangka menarik simpati mereka… namun tidak dibolehkan memberikan daging korban kepada orang kafir Harb, kerana kewajipan kita kepada kafir harbi adalah merendahkan mereka dan melemahkan kekuatan mereka. Hukum ini juga berlaku untuk pemberian sedekah. Hal ini berdasarkan firman Allah, yang ertinya:
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (Qs. Al Mumtahanah
Demikian pula Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah memerintahkan Asma’ binti Abu Bakr radhiallahu ‘anhu untuk menemui ibunya dengan membawa harta padahal ibunya masih musyrik.” (Fatwa Lajnah Daimah no. 1997)
Kesimpulannya, memberikan bahagian haiwan korban kepada orang kafir dibolehkan kerana status haiwan korban sama dengan sedekah atau hadiah. Dan kita diperbolehkan memberikan sedekah mahupun hadiah kepada orang kafir. Sedangkan pendapat yang melarang adalah pendapat yang tidak kuat kerana tidak berdalil.
Larangan memperjual-belikan hasil sembelihan
Tidak diperbolehkan memjual-belikan bahagian haiwan sembelihan, baik daging, kulit, kepala, bulu, tulang mahupun bahagian yang lainnya. Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu menyatakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan aku untuk menguruskan penyembelihan unta korbannya. Beliau juga memerintahkan saya untuk membahagikan semua kulit tubuh serta kulit punggungnya. Dan saya tidak diperbolehkan memberikan bahagian apapun darinya kepada tukang jagal.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim). Bahkan terdapat ancaman keras dalam masalah ini, sebagaimana hadis berikut:
من باع جلد أضحيته فلا أضحية له
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa yang menjual kulit haiwan korbannya maka ibadah korbannya tidak ada nilainya.” (HR. Al Hakim 2/390 & Al Baihaqi. Syaikh Al Albani menyatakan: Hasan)
Tetang haramnya pemilik haiwan menjual kulit korban merupakan pendapat majoriti ulama, meskipun Imam Abu Hanifah menyelisihi mereka. Namun mengingat dalil yang sangat tegas dan jelas maka pendapat siapapun mesti ditolak.
Catatan:
- Termasuk menjual-belikan bahagian haiwan korban adalah menukar kulit atau kepala dengan daging atau menjual kulit untuk kemudian dibelikan kambing. Ini kerana hakikat jual-beli adalah tukar-menukar meskipun dengan selain wang.
- Transaksi jual-beli kulit haiwan korban yang belum dibahagikan adalah transaksi yang tidak sah. Ertinya penjual tidak boleh menerima wang hasil penjualan kulit dan pembeli tidak berhak menerima kulit yang dia beli. Hal ini sebagaimana perkataan Al Baijuri: “Tidak sah jual beli (bahagian dari haiwan korban) disamping transaksi ini adalah haram.” Beliau juga menyatakan: “Jual beli kulit haiwan korban juga tidak sah kerana hadis yang diriwayatkan Hakim (baca: hadis di atas). (Fiqh Syafi’i 2/311).
- Bagi orang yang menerima kulit dibolehkan memanfaatkan kulit sesuai keinginannya, baik dijual mahupun untuk pemanfaatan lainnya, kerana ini sudah menjadi haknya. Sedangkan menjual kulit yang dilarang adalah menjual kulit sebelum dibahagikan (disedekahkan), baik yang dilakukan pihak yang menguruskan korban mahupun shohibul korban.
Nasihat & Solusi untuk masalah kulit
Satu penyakit kronis yang menimpa ibadah korban kaum muslimin bangsa kita, mereka tidak boleh lepas daripada ‘fiqh praktis’ menjual kulit atau mengupah tukang sembelih mahupun pelapah dengan kulit. Memang kita akui ini adalah jalan pintas yang paling cepat untuk melepaskan diri daripada tanggungan menguruskan kulit. Namun apakah jalan pintas cepat ini menjamin keselamatan???
Bertaqwalah kepada Allah wahai kaum muslimin… sesungguhnya ibadah korban telah diatur dengan indah dan rapi oleh Si Peletak Syari’ah. Jangan cuba-cuba untuk keluar dari peraturan ini kerana boleh jadi korban kita tidak sah. Berusahalah untuk sentiasa berjalan sesuai syari’at meskipun jalurnya ‘kelihatannya’ lebih panjang dan sedikit menyibukkan. Jangan pula terkecoh dengan pendapat sebahagian orang, baik ulama mahupun yang ngaku-ngaku ulama. Ini kerana manusia yang berhak untuk ditaati secara mutlak hanya satu iaitu Nabi kita Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka semua pendapat yang bertentangan dengan hadis beliau mesti dibuang jauh-jauh.
Tidak perlu bingung. Bukankah Ali bin Abi Thalib t pernah menguruskan korbannya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang jumlahnya 100 ekor unta?! Tapi tidak ada dalam catatan sejarah bahawa Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu bingung dalam menguruskan kulit dan kepala. Demikianlah kemudahan yang Allah berikan bagi orang yang secara penuh mengikuti aturan syari’at. Namun bagi mereka (baca: pihak pengurusan korban) yang masih merasa bingung menguruskan kulit, boleh dilakukan beberapa solusi berikut:
- Kumpulkan semua kulit, kepala, dan kaki haiwan korban. Pilih sejumlah orang miskin sebagai sasaran penerima kulit. Tidak perlu dihantar ke rumahnya, tapi cukup hubungi mereka dan sampaikan bahawa pihak pengurusan siap menjualkan kulit yang sudah menjadi hak mereka. Dengan demikian, status pihak pengurusan dalam hal ini adalah sebagai wakil bagi pemilik kulit untuk menjualkan kulit, bukan wakil dari shohibul korban dalam menjual kulit.
- Serahkan semua atau sebahagian kulit kepada yayasan islam sosial (misalnya pusat asuhan atau pondok pesantren). (Terdapat Fatwa Lajnah yang membolehkan menyerahkan bahagian haiwan korban kepada yayasan).
Larangan mengupah tukang sembelih dengan bahagian haiwan sembelihan
Dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu bahawa “Beliau pernah diperintahkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk menguruskan penyembelihan untanya dan agar membahagikan seluruh bahagian daripada sembelihan unta tersebut, baik yang berupa daging, kulit tubuh mahupun pelana. Dan dia tidak boleh memberikannya kepada penyembelih barang sedikitpun.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim) dan dalam lafaz lainnya beliau berkata, “Kami mengupahnya dengan wang kami pribadi.” (HR. Muslim). Dan ini merupakan pendapat majoriti ulama (lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/379).
Syaikh Abdullah Al Bassaam menyatakan, “Tukang sembelih tidak boleh diberi daging atau kulitnya sebagai bentuk upah atas pekerjaannya. Hal ini berdasarkan kesepakatan para ulama. Yang diperbolehkan adalah memberikannya sebagai bentuk hadiah jika dia termasuk orang kaya atau sebagai sedekah jika ternyata dia adalah miskin…” (Taudhihul Ahkaam, IV/464).
Pernyataan beliau semakna dengan pernyataan Ibn Qosim yang menyatakan: “Haram menjadikan bahagian haiwan korban sebagai upah bagi tukang sembeli.” Perkataan beliau ini dikomentari oleh Al Baijuri: “Kerana hal itu (mengupah) semakna dengan jual beli. Namun jika tukang sembelih diberi bahagian dari korban dengan status sedekah bukan upah maka tidak haram.” (Hasyiyah Al Baijuri As Syafi’i 2/311).
Adapun bagi orang yang memperoleh hadiah atau sedekah daging korban diperbolehkan memanfaatkannya sekehendaknya, boleh dimakan, dijual atau yang lainnya. Akan tetapi tidak diperkenankan menjualnya kembali kepada orang yang memberi hadiah atau sedekah kepadanya (Tata Cara Korban Tuntutan Nabi, 69)
Menyembelih satu kambing untuk makan-makan organisasi? Atau pihak pnegurusan dapat bahagian khusus?
Status pihak pengurusan mahupun tukang sembeli dalam pengurusan haiwan korban adalah sebagai wakil dari shohibul korban dan bukan amil[2]. Ini kerana statusnya hanya sebagai wakil maka pihak pengurusan korban tidak diperkenankan mengambil bahagian dari haiwan korban sebagai ganti daripada jasa dalam menguruskan haiwan korban. Untuk lebih memudahkan boleh diperhatikan ilustrasi kes berikut:
Adi ingin mengirim wang RM 1 juta kepada Budi. Oleh kerana merek tidak boleh bertemu langsung langsung maka Adi mengutus Rudi untuk menghantarkan wang tersebut kepada Budi. Oleh kerana mesti ada belanja tambang dan belanja lainnya maka Adi memberikan sejumlah wang kepada Rudi. Bolehkah wang ini diambil daripada wang RM 1 juta yang akan dikirimkan kepada Budi?? Semua orang akan menjawab: “TIDAK BOLEH KERANA BERERTI IA MENGURANGKAN WANG BUDI.” Status Rudi pada kes di atas hanyalah sebagai wakil Adi. Demikian pula korban. Status pihak pengurusan hanya sebagai wakil pemilik haiwan, sehingga dia tidak boleh mengambil bahagian korban sebagai ganti daripada jasanya.
Oleh kerana itu, jika menyembelih satu kambing untuk makan-makan tukang sembelih mahupun tukang lapah, atau pengurusan dapat bahagian khusus sebagai ganti jasa dari kerja yang dilakukan pihak pengurusan maka ini tidak diperbolehkan.
Namun hal ini bukan bererti bahawa pihak pengurusan tidak mendapat bahagian daripada haiwan korban. Yang tidak boleh adalah ketika pihak pengurusan mendapatkan bahagian lebih dalam pembahagian haiwan korban, baik itu bentuknya sudah matang mahupun daging mentah, sebagai ganti daripada jasa mereka yang telah menguruskan haiwan korban. pihak pengurusan tetap mendapatkan bahagian korban namun bahagian mereka sama dengan bahagian yang diberikan kepada warga lainnya.
Agar tidak meninggalkan kekeliruan, kita perhatikan dua contoh cara pembahagian korban yang dibolehkan dan pembahagian yang terlarang, sebagai berikut:
Contoh cara pembahagian yang dibolehkan: warga desa kampung A berkorban 5 ekor lembu & 13 ekor kambing. Setelah dihitung, masing-masing kepala keluarga mendapat bahagian 2 Kg daging lembu dan ½ kg daging kambing. Semua merata tanpa memperhatikan status, baik pihak pengurusan mahupun bukan pihak pengurusan.
Contoh cara pembahagian yang terlarang 1: warga desa kampung A berkorban 5 ekor lembu & 13 ekor kambing. Setelah dihitung, masing-masing kepala keluarga mendapat bahagian 2 Kg daging lembu dan ½ Kg daging kambing. Khusus untuk pihak pengurusan mendapat bahagian tambahan masing-masing ½ Kg daging lembu sebagai ganti jasa mereka yang telah menguruskan haiwan korban. Dalam keluarga Pak Ahmad ada 4 orang yang terlibat sebagai pihak pengurusan, iaitu Pak Ahmad, Bu Ahmad, dan 2 puteranya. Sehingga keluarga Pak Ahmad mendapat bahagian 4 Kg daging lembu dan ½ Kg daging kambing. Keluarga Pak Ahmad mendapat kelebihan bahagian 2 Kg lembu kerana anggota keluarganya yang terlibat 4 orang x ½ Kg = 2 Kg.
Contoh cara pembahagian yang terlarang 2: Sebagai bentuk membalasa jasa bagi pihak pengurusan korban maka takmir mengambil 1 ekor kambing untuk disembelih sebagai jamuan makan bersama bagi pihak pengurusan. Di samping itu, pihak pengurusan juga mendapat bahagian yang sama dengan warga lainnya. Dengan demikian, pihak pengurusan mendapat tambahan bahagian pembahagian korban yang mereka jadikan sebagai menu makan bersama.
Berkorban di kawasan luar
Mengirim sejumlah wang untuk dibelikan haiwan korban di tempat tujuan (di luar daerah pemilik haiwan) dan disembelih di tempat tersebut? Atau mengirimkan haiwan hidup ke tempat lain untuk di sembelih di sana?
Pada asalnya tempat menyembelih korban adalah daerah orang yang berkorban. Ini kerana orang-orang yang miskin di daerahnya itulah yang lebih berhak. Sebahagian syafi’iyah mengharamkan mengirim haiwan korban atau wang untuk membeli haiwan korban ke tempat lain – di luar tempat tinggal shohibul korban – selama tidak ada maslahat yang menuntut hal itu, seperti penduduk tempat shohibul korban yang sudah kaya sementara penduduk tempat lain sangat memerlukan. Sebahagian ulama membolehkan secara mutlak (meskipun tidak ada tuntutan maslahat). Sebagai jalan keluar dari perbezaan pendapat, sebahagian ulama menasihatkan agar tidak mengirim haiwan korban ke selain tempat tinggalnya. Ertinya tetap disembelih di daerah shohibul korban dan yang dikirim keluar adalah dagingnya. (lih. Fatwa Syabakah Islamiyah no. 2997, 29048, dan 29843 & Shahih Fiqih Sunnah, II/380)
Kesimpulannya, berkorban dengan model seperti ini (mengirim haiwan atau wang dan bukan daging) termasuk korban yang sah namun menyelisihi sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kerana tiga hal:
- Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat radhiallahu ‘anhu, tidak pernah mengajarkannya.
- Hilangnya sunnah anjuran untuk disembelih sendiri oleh shohibul korban.
- Hilangnya sunnah anjuran untuk makan bahagian dari haiwan korban.
Wallaahu waliyut taufiq.
Demikian yang boleh kami sajikan. Sebagai pelengkap kami sarankan untuk membaca buku: Tata Cara Korban Tuntutan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang diterjemahkan Ustadz Aris Munandar hafizhahullah dari ringkasan Kitab Ahkaam Udh-hiyah wadz Dzakaah karya Syaikh Al Uthaimin rahimahullah. Semoga risalah yang ringkas sebagai pelengkap untuk tulisan saudaraku Abu Muslih hafizhahullah ini bermanfaat dan menjadi amal yang diterima oleh Allah ta’ala, sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Mulia. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, serta seluruh pengikut beliau yang setia. Alhamdulillaahi Rabbil ‘aalamiin.
Yogyakarta, 1 Dzulhijjah 1428
***
Footnote:
[1] Kafir Mu’ahid: orang kafir yang mengikat perjanjian damai dengan kaum muslimin. Termasuk orang kafir mu’ahid adalah orang kafir yang masuk ke negeri islam dengan izin resmi dari pemerintah. Kafir Harby: orang kafir yang memerangi kaum muslimin. Kafir Dzimmi: orang kafir yang hidup di bawah kekuasaan kaum muslimin.
[2] Sebahagian orang menyamakan status pihak pengurusan korban sebagaimana status amil dalam zakat. Bahkan mereka meyebut pihak pengurusan korban dengan ‘amil korban’. Akibatnya mereka beranggapan pihak pengurusan memiliki bahagian khusus dari haiwan korban sebagaimana amil zakat memiliki bahagian khusus dari harta zakat.
Yang benar, amil zakat tidaklah sama dengan pihak pengurusan pengurus korban. Ini kerana untuk boleh disebut amil, mesti memenuhi beberapa persyaratan. Sementara pengurus korban hanya sebatas wakil dari shohibul korban, sebagaimana status sahabat Ali radhiallahu ‘anhu dalam menguruskan korban Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dan tidak ada riwayat Ali radhiallahu ‘anhu mendapat bahagian khusus dari korbannya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
***
Penulis: Ammi Nur Baits
Comments
Post a Comment