ADA ORANG BERKENAN DENGAN ANAK PAK CIK


ok2.. Assalamualaikum..,
Adik: eh ada orang datang lah..
ibu: eh pgi tgk.. jawab salam die..
adik pun buka pintu jenguk kepala..sambil cakap " ye cari sapa"
encik: Assalamualaikum adik, ummi ngan abi ade ?
adik: oh kejap ye..
adik pun masuk dalam bagi tahu.. ade orang cari mak dan abah
tak jadi nak sarapan, kami pun cepat2 kemas meja makan dan masuk dalam bilik
*************************
"Maaf lah saya datang mengejut, sebenarnya saya datang nak merisik anak pakcik. Dah lame saya berkenan, jadi saya tak mahu lebih banyak dosa. Saya ingat, kalau boleh saya nak memperisterikan dia. saya tahu dia masih belajar. Saya pun masih belajar. Tapi untuk menghalalkan perasaan nih saya fikir inilah cara terbaik. saya hormat keluarga pakcik, oleh itu saya datang minta izin pakcik.."

abi-"Mana kamu kenal dia? Pernah kamu bercakap dengan dia? macam mana pakcik nak yakin pada kamu?"

" :)Saya tak kenal rapat dengan dia, khuatir saya berpenyakit hati, dan berlaku zina hati tanpa kita sedar. Saya tak pernah berbual kosong dengan dia takut, syaitan mempermainkan saya. Pakcik hanya boleh yakin dengan janji Allah dalm surah An Nuur: 32 -Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui- :) Pakcik tak perlu risau, sebab saya yakin keluarga pakcik keluarga yang beragama dan InsyaAllah anak pakcik juga seorang yang beragama seperti firman Allah dalam surah An Nuur: 26 -Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)-.

abi-" Dia masih muda dan pakcik cuma khuatir dia tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan kelak akan menyusahkan kamu.. kalau boleh biarlah dia habis belajar dulu, usia kamu sama dengan dia ke?"

" Ya, kami sebaya. Saya paham pakcik, mungkin berat untuk pakcik terima sesuatu yang mengejut dan pakcik tentu masih belum bersedia.. lagipun kehadiran saya kesini bukan untuk mendesak pakcik, cuma ingin jujur memberitahu agar pakcik tahu ada yang sudah "berkenan" dengan anak pakcik :), saya yakin pakcik, Allah akan permudahkan urusan yang baik seperti di sebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad,Tirmizi, Ibn Majah dan ramai lagi -Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya-. Saya sudi menikahi anak apakcik kerana Agama, dan ingin memelihara kehormatan diri. Dan saya hanya akan menikahinya dengan kehendaknya, dan keizinan"

abi-"Erm.. :) Alhamdulillah, semoga kamu sudi terima anak pakcik nanti seadanya dia. Kalau macam tuh boleh kami minta sedikit masa, untuk kami aturkan pertunangan kamu dengan anak pakcik.. Kamu telah buat pakcik yakin untuk serahkan anak pakcik pada kamu. Kalau boleh pakcik tahu macam mane kamu tahu alamat nih?"

"Terima Kasih pakcik sebab percaya saya. Saya berusaha untuk dapatkan dari orang, tapi tak ramai yang tahu Alhamdulillah, dari situ saya tahu anak pakcik bukanlah seorang yang senang didekati, suatu hari saya dapat tahu dia menyertai sebuah program. Dan saya sendiri dapatkan daripada data peserta yang wajib diketahui oleh pihak penganjur untuk mengelakkn sebarang kesulitan sepanjang program, dengan Izin Allah juga saya jumpa alamat dia tertera di borang penyertaan. :) sebelum tu saya ada guna orang tengah untuk bertanya sendiri pada dia, tapi gagal juga sbb dia sangat berpegang pada pesan pakcik supaya tidak mendedahkan alamat pada orang yang tidak dikenali. pernah juga saya cuba memberanikan diri untuk menegur dia di tempat awam, tapi dia hanya menjawab pertanyaan dengan pendek dan padat agar saya tidak lagi bertanya banyak, Dan dari situ saya tahu Pakcik telah mendidik puteri pakcik dengan asas agama yang baik dan tahu batas pergaulan.Tapi seeloknya pakcik bagi tahu dulu pada anak pakcik , takut dia sudah ada pilihan hati. Saya sanggup tunggu jawapan dia, dan kalau dia setuju saya minta percepatkan. Harap pakcik paham maksud saya" - sambil tunduk hormat pada abi.

abi-"baiklah kalau macam tuh, kamu tinggalkan no tel dan alamat. Kalau dia setuju, pakcik sendiri yang akan datang rumah kamu dan berkenalan dgn ahli keluarga kamu. macam mana kamu setuju?"

"Alhamdulillah, semoga Allah memberi yang terbaik buat kita. Sesuai dengan pesan Rasulullah s.a.w, agar kita berkahwin kerana 4 perkara iaitu agama, rupa, harta dan keturunan. Doakanlah saya supaya dapt memelihara keempat2 ini dengan baik agar mendapat kelebihan menjalankan sunnah Rasulullah s.a.w. Saya kira ini perkara mulia, dan tidak mahulah saya mendesak, sekiranya dia tidak setuju. Sebagai peringatan buat diri saya."
*********************************************
tersenyum bila mellihat si"dia" meluahkan isi hati pada abi..
mengalir air mata deras, tanpa sedar. Dengan hanya melihat dari celah langsir bilik, ternyata Allah telah mengutuskan seorang mujahid yang mampu melembutkan hati kedua ibu&abi. Semoga segalanya berjalan lancar..
“Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
-sekadar perkongsian dan bersama kita renungkan
 Safiah Thayhirah

Comments

Popular posts from this blog