Keistimewaan Bulan Zulhijjah!




Warm Reminder 









Pejam celik pejam celik, kita akan menjengah ke bulan terakhir bagi tahun 1432H, iaitu bulan Zulhijjah. Bulan yang sinonim dengan ibadah HAJI dan jugak ibadah QORBAN. Saya terdetik nak berkongsi pasal keistimewaan bulan Zulhijjah kerana ada beberapa faktor pendorong iaitu :

1) Pada minggu lepas, saya telah membaca satu artikel berkenaan keistimewaan 1-10 Zullhijjah 
*Baca sahaja tanpa brkongsi membuatkan saya lupa akan isinya
2) Semalam, ada sahabat yang mesej ke handset bertanya esok(hari ini) 29 Zulkaedah ke? Alhamdulillah, katanya dia nak berpuasa pada hari ini dan juga pada bulan Zulhijjah. Lagi satu pertanyaannya, 10 Zulhijjah itu berapa hari bulan kalendar Masihi? Lantas saya tengok takwim dan bagitau padanya 10 Zulhijjah bersamaan 6 November 2011.
* 10 Zulhijjah itu adalah Hari Raya Qorban 
3) Saya menerima satu lagi mesej dari kakak yang tinggal berdekatan dengan rumah Tok Guru di Pulau Melaka, yang lebih kurang gini isinya, "Tok Guru pesan supaya menghidupkan malam-malam awal bulan Zulhijjah(dengan tahajjud,zikir, doa), banyakkan memohon keampunan dan memohon doa supaya Negeri Klate dijauhkan dari bala' yang telah dan sedang menimpa tempat2 lain.
*Saya rasa, mesti Tok Guru menyampaikan kuliah maghrib pada malam itu, lantas kakak berkongsi info dengan saya.


Keutamaan Bulan Zulhijjah

Jadinya, di sini saya ada sertakan beberapa point berkenaan keistimewaan bulan Zulhijjah. Jom kita sama-sama baca, hayati dan amalkan sebaik mungkin. Bila peluang dan terhidang, jangan lepaskan peluang. Nanti anda terlepas special offer dari Allah SWT ini.

1) Bulan Yang Tidak Memilik Kekurangan

(شهران لا ينقصان، شهرا عيد: رمضان وذو الحجة)
.
Dari Abî Bakrah radhiyallâhu ‘anhu, dari Nabî Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam beliau bersabda : “Dua bulan yang tidak memiliki kekurangan, adalah bulan ‘îd :Ramadhân dan Dzul Hijjah.” (Muttafaq ‘alaihi).

2) Bulan Penyempurnaan Agama Islam

يا أمير المؤمنين، آية في كتابكم تقرؤونها، لو علينا معشر اليهود نزلت
لاتخذنا ذلك اليوم عيدا. قال: أي آية؟ قال: {اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا}. قال عمر: قد عرفنا ذلك اليوم، والمكان الذي نزلت فيه على النبي صلى الله عليه وسلم، وهو قائم بعرفة يوم جمعة


Dari ‘Umar bin al-Khaththâb radhiyallâhu ‘anhu, bahawa seorang Yahudi berkata kepada beliau, “Wahai Amîrul Mu’minîn, ada satu ayat di dalam kitab kalian yang kalian membacanya, sekiranya ayat tersebut turun pada Yahudi nescaya akan kami jadikan hari ‘îd (perayaan) kami.” ‘Umar bertanya, “Ayat yang manakah?” Yahudi itu berkata, “iaitu ayat yang berbunyi, “Pada hari ini telah kusempurnakan untuk kalian agama kalian dan aku cukupkan nikmat-Ku kepada kalian serta Aku Redhai Islam sebagai agama kalian.’ ‘Umar radhiyallâhu ‘anhu berkata, “kami telah mengetahui hari dan tempat diturunkannya ayat ini kepada Nabî Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam, dan beliau saat itu sedang berdiri (berkhutbah) di ‘Arafah pada hari Jumaat.” (Muttafaq ‘alaihi, ini adalah teks di dalam al-Bukhari) . 
*Hari ‘Arafah adalah hari ke 9 pada bulan zulhijjah.

3) 10 Hari Di Mana Amalan Lebih Mulia Daripada Jihad 

(( مَا مِنْ أيَّامٍ ، العَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هذِهِ الأَيَّام )) يعني أيام العشر . قالوا : يَا رسولَ اللهِ ، وَلاَ الجِهَادُ في سَبيلِ اللهِ ؟ قَالَ : (( وَلاَ الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيءٍ ))


Dari Ibnu ‘Abbâs radhiyallâhu ‘anhuma beliau berkata, Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam bersabda : “Tidak ada hari-hari untuk beramal shâlih di dalamnya yang lebih dicintai oleh Allah melebihi daripada hari-hari ini.” (iaitu sepuluh hari) Para sahabat bertanya, “Wahai Rasūlullâh, tidak pula jihâd fî sabîlillâh?”. Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Tidak pula jihâd fî sabîlillâh melainkan seorang lelaki yang keluar jiwa dan hartanya (untuk berperang), dan dia tidak kembali membawa sesuatu apapun.” (HR Bukhârî). Penerangan: Maksudnya sepuluh hari pada awal bulan ZulHijjah.

4) Bulan yang di dalamnya terdapat hari Arafah (9 Zulhijjah) yang apabila berpuasa pada hari tersebut, nescaya dosanya sebelumnya dan sesudahnya diampuni oleh Allah


Dari Abî Qatâdah radhiyallâhu ‘anhu, Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam bersabda :
صيام يوم عرفة، أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله. والسنة التي بعده


Dari Abî Qotâdah radhiyallâhu ‘anhu, Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam bersabda : “Puasa Arafah, saya mengharapkan kepada Allah agar mengampuni dosa setahun sebelumnya dan setahun setelahnya…” (HR Muslim)

5) Bulan yang tidak ada hari di dalamnya, Allاh menyelamatkan lebih ramai hamba-Nya daripada seksa neraka

من يوم أكثر من أن يعتق الله فيه عبدا من النار، من يوم عرفة


Dari ‘A`isyah radhiyallâhu ‘anhâ beliau berkata : Sesungguhnya Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam bersabda : “Tidak ada hari yang lebih ramai Allah membebaskan hamba dari neraka selain pada hari ‘Arafah.” (HR Muslim).

7) Hari Haji Yang Besar

وقف النبي صلى الله عليه وسلم يوم النحر بين الجمرات، في الحجة التي حج، بهذا، وقال: (هذا يوم الحج الأكبر)


Dari ‘Abdullâh bin ‘Umar radhiyallâhu ‘anhumâ, bahwa Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam berwukuf pada hari an-Nahar (hari penyembelihan/’îdul adhhâ) di antara tempat melempar jumrah (baru kerikil) pada saat beliau sedang berhaji, kemudian beliau berkata : “Hari apa sekarang?” Para sahabat menjawab, “hari an-Nahar”. Lantas Nabî bersabda : “Hari ini adalah hari haji besar.” (HR Bukhârî).

Himpunan Hadith

Sabda Nabi s.a.w, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut ?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (Hr Bukhari)

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. (HR Al-Baihaqi)

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim) 


~Hidup Adalah Memilih...Memilih Kerana Allah~
http://lidahsufi.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog