SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 7
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
FASAL A - KEMATIAN:
BAB 31 : HARAPAN DAN LUPA KEPADA KEMATIAN;
Telah diriwayatkan oleh Abu Hadiyah @ Ibrahim bin Hadiyah dari Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah saw telah bersabda "Sesungguhnya orang-orang yang menghantar jenazah kekuburan ditunggu oleh Malaikat ketika mereka didalam keadaan binggung dan bersedih. Ketika telah dimasukkan mayat kedalam kubur, lalu mereka pulang, Malaikat mengambil segenggam tanah lalu dilimparkan lalu berkata 'Pulanglah kamu kerumah-rumah kamu semua. Mudah-mudahan Allah akan membuat kamu semua melupakan orang-orang yang telah mati dari kalangan kamu'. Mereka benar-benar menjadi lupa kepadanya kerana sibuk dengan urusan jualbeli mereka, sehingga seolah-oleh mereka tidak punya hubungan sama sekali dengan simati ".
Diriwayatkan bahawa ketika Allah selesai menyapu punggung Nabi Adam as lalu keluarlah keturunannya (dalam bentuk roh), lalu berkata Malaikat "Ya Tuhanku, bumi akan sesak oleh mereka ". Allah berfirman " Jangan bimbang, aku akan mencipta kematian". Malikat bertanya lagi "Wahai Tuhanku, hidup nanti akan dirasakan tidak selesa". Allah berfirman "Jangan takut, Akan Ku cipta harapan".
Pada hakikatnya, harapan adalah termasuk sebagai salah satu rahmat Allah yang kerananya manusia akan berusaha merancang kehidupan, mengatur urusan dunia, memberi semangat kepada orang yang berkarya atau kepada mereka yang sedang tekun beribadah. Yang dimurkai ialah harapan yang membuat manusia lalai, leka, lupa hingga mereka sesat dan kafir. Ada diantaranya yang leka dan malas beribadah dan beramal soleh. Kata Al Hasan " Lupa dan harapan adalah merupakan nikamat yang sangat besar yang dianugrahkan kepada manusia. Tampa kedua-duanya itu, dianamik kehidupan muslim akan terhenti". Sementara Mutharrif bin Abdullah pula berkata " Seandainya aku tahu bila ajalku tiba, aku bimbang akan menjadi gila. Nasib baik Allah menjadikan kita lupa akan kematian. Jika tidak, mereka tidak akan sempat menikmati kehidupan ini dan mereka akan kehilangan semangat untuk hidup sama sekali ".
BAB 32 - RAHMAT ALLAH KETIKA DILIANG LAHAD.
Atha' al Khrusani mengatakan " Allah sangat kasih pada hambanya ketika ia dimasukkan kedalam kubur kemudian ditinggalkan ia berseorangan oleh orang ramai dan keluarganya ". Demikianlah menurut sebuah hadis marfu yang diriwayatakan oleh Ibnu Abbas. Abu Ghalib bercerita " Aku menemui Abu Umamah al Bahili di Syria. Pada suatu hari aku menjenguk seorang anak muda jiran Abu Umamah yang sedang menderita sakit. Aku lihat ia sedang dijaga dan dimarahi oleh pakciknya 'Hai musuh Allah, bukankah aku sudah menyuruh mu ? Bukan kah aku sudah melarang mu ? Anak muda itu menjawab ' Pakcik ku, seandainya Allah menyerahkan aku kepada Ibuku, apa yang akan ibuku akan lakukan kepada ku ?'. Pakcik itu menjawab ' Akan ia masukkan kamu kesyurga'. Anak muda itu berkata "Padahal Allah itu lebih sayang padaku daripada Ibuku sendiri ". Kemudian pemuda itu pun meninggal dunia. Aku turut menghantar jenazah kekuburan bersama-sama Pakcik dan orang-orang lainnya. Kemudian selang beberapa mimit perjalanan itu, Pakcik pemuda itu tiba-tiba menjerit kerana terperanjat. Aku bertanya ' Kenapa kamu menjerit ?'. Ia menjawab 'Aku lihat kuburnya sangat lapang dan bercahaya ". Kiranya pemuda itu sentiasa bersangka baik kepada Allah walaupun menderita sakit yang teruk.
Abu Sulaiman ad Darani pernah berdoa " Ya Allah, Tuhan Yang Mahakuasa, kasihanilah aku nanti yang merasa asing dan sendirian didalam kubur. Ya Allah, Engkau adalah pihak kedua bagi setiap sendirian, hiburlah kesendirianku nanti didalam kubur ". Sungguh indah kata-kata seorang penyair bernama Abu Bakar @ Abdulrahman bin Muhammad bin Mafawiz ;
" Hai orang yang berdiri dekat kuburanku yang sedang mengambil pelajaran.
Dengarkanlah kata-kata tulang belulang yang sedang hancur lebur.
'Mereka membiarkan saja aku berseorangan didalam perut lahad ini,
mereka takut dosa-dosaku dan putus asa dari Allah, Pemberi kurnia'.
Ingin aku katakan kepada mereka,
'Jangan mengeluh, kerana aku selalu berbaik sangka kepada
Yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah ".
CATITAN PENULIS ;
Sentiasalah kamu berbaik sangka kepada Allah swt kerana dengan mempunyai perasaan yang rendah itu akan mendapat tempat disisiNya. Allah swt sentiasa kasih dan sayang kepada hambaNya yang berbaik sangka terhadap segala apa yang telah anugrahkan dan ditetapkanNya kepada sekelian hamba-hambaNya didunia ini. Segala keputusan yang telah ditetapkan kepada setiap daripada hamba-hambaNya itu adalah didalam Rahmat dan Kasih sayangNya jua. Tiada satu pun daripada ketentuanNya itu yang berlaku serong dan gagal terlaksana. Segalanya berlaku mengikut garis yang telah Ia tetapkan. Maka sebagai hambaNya, seharusnyalah kita hanya patuh dan taat atas apa juga yang bentuk perjalanan kehidupan yang dikehandaki olehNya. Samada ia berbentuk kepayahan, kemiskinan, papa hina, kesakitan, musibah, penyakit keronik, kelaparan, kemusnahan, kesangsaraan, keseorangan, dihina, dimaki, dibuang, bernasib malang, dizalimi dan sebagainya lagi. Atau pun kehidupan berbentuk kemewahan, kekayaan, kebahagiaan, keseronokan, kejayaan, kecermerlangan, berdarjat, berpangkat tinggi, berketurunan besar dan sebagainya. Kesemua itu telah ditentukan olehNya. Dialah yang Mahamengatur kesemua itu dan ia didalam keilmuanNya yang sangat luas pula. Tiada didalamnya yang mampu dilakukan oleh hambaNya kecuali menurut dan patuh sahaja. Jika hambaNya itu bersikap sebaliknya, iaitu tidak redha dan tidak bersyukur atas ketentuanNya itu. Merekalah yang tergolong didalam kesesatan yang nyata, kafir dan zindik. Mereka itu pula bakal berhadapan dengan seksaan yang pedih kelak. Kepedihan yang berterusan bermula dari Sharakatul maut, dialam kubur atau alam barzah, dihari kiamat, dialam akhirat, di Yaumilmashyar dan dialam Neraka yang menyeksaakan itu. Inilah yang disediakan untuk mereka yang tidak bersyukur dan tidak beranggapan baik atas ketentuan dariNya. Maka beranggapan baiklah sentiasa kepada ketentuan Allah swt dan peliharalah diri anda dari terjerumus kegolongan yang tidak mensyukuri rahmatNya. Semoga anda akan berjaya didunia dan akhirat.
BAB 33 - KEHADIRAN DAN PERGINYA MALAIKAT PADA MANUSIA :
Allah telah berfirman didalam surah al Qaaf ayat 21 yang mafhumnya ;
"Tiap-tiap manusia itu datang bersama-sama (Malaikat Izrail) yang menghalaunya dan (Malaikat Raqib dan Atid) yang menjadi saksinya".
Dan firman Allah didalam surah al Insyiqaaq ayat 19 yang mafhumnya ;
"Sesungguhnya kamu akan menemui satu hal demi satu hal (berperingkat-peringkat)".
Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari Abu Jaafar @ Muhammad bin Ali dari Jabir bahawa ia berkata "Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda 'Sesungguhnya manusia itu berada didalam kelalaian yang diciptakan Allah yang Mahaperkasa dan Mahaagung. Sesungguhnya Allah Tuhan Mahaesa, ketika berkehendakkan pada makhlukNya, Ia berfirman kepada Malaikat ' Tuliskan rezekinya, nasibnya dan ajalnya. Tuliskanlah samaada ia bernasib malang atau bahagia,. Apabila Malaikat itu pergi, maka dipanggil pula Malaikat yang lain dan berfirman kepadanya akan pekara-pekara yang sama sehingga mereka faham. Kemudian Allah mengutus dua malaikat yang mencatit amalan baik dan amalan buruknya ". Ketika telah tiba ajalnya, kedua Malaikat itu pun berlalu dan muncullah pula Malaikat Maut untuk mencabut nyawanya. Saat mayat dimasukkan kedalam liang lahad, Malaikat Maut mengambalikan semula nyawanya kedalam jasadnya, kemudian muncul pula dua Malaikat kuburan. Setelah mereka mengujinya, mereka juga berlalu pergi. Ketika tiba hari kiamat, muncul semula dua Malaikat yang mencatit amalan- amalan manusia itu dihadapannya, lalu mereka melepaskan buku catitan yang digantung dileher manusia itu. Mereka juga turut hadir kehadrat Allah Rabuljalil, satunya sebagai pengiring dan yang satu lagi sebagai saksi. Kemudian Allah Mahaperkasa dan Mahaagung berfirman, seperti yang disebutkan didalam surah al Qaaf ayat 22 yang mafhumnya ;
"Sesungguhnya engkau didalam kelalaian (dimasa lalu) tentang hal ini, lalu Kami bukakan tutup daripada mu, maka pandangan mu amat tajam pada hari ini ".
Penafsiran dari beberapa baris dari firman Allah didalam Quran iaitu, "Sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat". Rasulullah telah bersabda yang dimaksudkan didalam ayat itu ialah "Iaitu keadaan demi keadaan dalam kehidupan didunia". Kemudian didalam sebuah hadis gharib yang berasal dari hadis riwayat Abu Jaafar dan hadis Jabir yang diriwayatkan secara tunggal oleh Jabir bin Yazid al Jufri dari Mafdhal. Menurut saya (Syeikh al Qruthubi) , Jabir bin Yazid al Jufri adalah seorang perawi yang hadisnya ditinggalkan, hingga ia tidak boleh dijadikan sebagai hujah yang bersangkutan dengan hukum. Dikota Cordoba (Spanyol), iaitu disebuah kuburan makam kepada seorang wazir (Perdana Menteri agung) bernama Abu Amir bin Syahid, terdapat tulisan yang menerangkan bahawa Jabir al Jufri yang disemadikan berdekatan dengan kawan karibnya juga seorang wazir bernama Abu Marwan az Zujaji. Jabir al Jufri seolah-olah berkata kepada kawan karibnya itu seperti berikut ;
"Wahai kawanku, bangkitlah, kita sudah lama disini.
Adakah kita akan terus tinggal disini ? ".
Kawannya menjawab "Kita tidak akan berganjak dari sini, selagi diatas kira ada langit.
Kita ingat hanya beberapa kali saja kita pernah menikmati malam-malam indah disini.
Ia seperti tidak akan pernah habis-habisnya. Tetapi, kita ini akan celaka jika kita tidak
mendapat rahmat dari seksa Allah yang sangat dahsyat itu ".
Ia kemudian berdoa "Ya Allah, ampunilah aku, Engkau adalah penolong hamba Mu
yang lalai ".
BAB 34 - SU'UL KHATIMAH DAN AMALAN DIPERINGKAT AKHIR.
Su'ul Khatimah bermaksud 'kesudahan yang buruk' ia adalah lawan kepada Ismul Khatimah iaitu 'kesudahan yang baik', berpandukan beberapa buah hadis Nabi saw dimana kedua-dua bahagian itu dinilai pada amalan-amalan yang dilakukan diperingkat akhir kehidupan manusia didunia ini. Iaitu sama ada ia diletakkan dibahagian mereka yang mendapat Su'ul Khatimah atau mereka-mereka yang mendapatkan Ismul Khatimah.
Dari hadis yang telah diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya ada seseorang cukup lama melakukan amalan penduduk syurga, tetapi ia mengakhiri amalnya dengan amalan penduduk neraka. Dan sesungguhnya ada seseorang yang cukup lama melakukan amalan penduduk neraka, tetapi ia mengakhiri amalnya dengan amalan penduduk syurga ". Disebut juga didalam Shahih Bukhari sebuah hadis bersumber dari Sahal bin Sa'ad bahawa Nabi saw bersabda " Sesungguhnya ada seorang hamba yang selalu melakukan amalan penduduk neraka, tetapi kemudian ia termasuk penduduk syurga. Dan ada seseorang hamba yang selalu melakukan amalan penduduk syurga, tetapi kemudian ia termasuk penduduk neraka, kerana amalan itu dihitung pada bahagian akhirnya".
Berkata Abu Muhammad @ Abdul Haq "Ketahuilah, sesungguhnya su'ul khatimah (kesudahan yang buruk) itu tidak akan menimpa orang yang bersikap istiqamah lahir dan batinnya. Hal itu sama sekali tidak pernah kedengaran. Tetapi, su'ul khatimah itu menimpa orang yang akalnya telah rosak atau orang-orang yang secara berterusan melakukan dosa-dosa besar hingga tiba-tiba meninggal dunia secara mengejut tampa sempat bertaubat nasuha. Semoga Allah lindungi diri kita darinya. Mungkin juga akan menimpa kepada orang yang mulanya bersikap Istiqamah, tetapi kemudiannya berubah memilih dari jalan yang lurus kepada jalan yang sesat. Oleh kerana itu menyebabkan ia bernasib buruk dibahagian akhir kehidupannya. Contohnya seperti Iblis. Menurut sebuah riwayat, dikatakan bahawa ia telah beramal solah selama lapan ribu tahun lamanya dengan sujud menyembah Allah swt. Atau contoh yang lain seperti Bal'am bin Ba'ura yang dikurniakan Allah pengatahuan terhadap ayat-ayat Allah yang kemudian meninggalkan semua itu dan memilih untuk memusakan hawa nafsunya. Atau contoh yang lain lagi seperti Barshisha, merupakan seorang yang ahli ibadah kemudian tersesat kerana pujuk rayu dan tipu muslihat syaitan, kemudian disentuh oleh Allah swt yang berfirman didalam surah al Hasyr ayat 16 yang mafhumnya;
"(Dan) seperti syaitan, ketika ia berkata kepada manusia 'Kafirlah (menyangkallah) engkau '. Maka ketika manusia itu kafir, ia (syaitan) berkata 'Aku berlepas diri daripada mu, sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam".
Dikisahkan sebuah cerita lama orang Mesir berkenaan seorang yang sangat tekun beribadah diMasjid. Maka selalulah juga ia mengumandangkan laungan azan apabila masuk waktu di Masjid itu. Pada suatu hari, seperti biasa ia akan menaiki menara Masjid itu untuk melaungkan azan. Kebetulan pula dibawah menara itu terletak sebuah rumah seorang Nasrani yang hidup didalam jaminan pemerintah Islam disitu. Dari atas menara itu, tiba-tiba ia terpandang anak gadis pemilik rumah itu. Ia merasa sungguh tertarik hati kepada gadis itu lalu ia pun melupakan hasrat untuk melaungkan azan dan turun dari menara itu untuk mendapatkan gadis itu. Ia pun masuk kedalam rumah itu lantas ia ditanya oleh anak gadis itu ;
"Wahai pemuda, apakah hasrat mu masuk kerumah ku ?".
Pemuda Islam itu menjawab "Aku merasa ingin terhadap mu ".
Gadis itu bertanya "Apa maksudmu ?".
Pemuda itu menjawab "Kerana aku sudah jatuh hati pada mu.
Kau telah merampas hati dan perasaan ku seluruhnya".
Gadis itu bertanya lagi "Tetapi, aku tidak mahu kamu mempermainkan kami,
aku dan keluarga ku akan malu".
Pemuda itu berkata "Jangan bimbang, aku akan mengahwini mu ".
Gadis itu berkata "Tetapi kau kan orang Islam, sedangkan kami orang Nasrani.
Tentu saja keluarga ku tidak akan menerima mu ? ".
Pemuda itu berkata " Aku akan memeluk agama Nasrani ".
Setelah dengan rasminya pemuda itu memeluk agama Nasrani, ia pun menikahi gadis itu dan juga turut tinggal bersama keluarga mereka disitu. Pada satu hari ketika menaiki bumbung rumah mertuanya itu, ia terjatuh lalu mati. Ia telah kafir dan tiba-tiba ia mati dalam keadaan itu. Hendaknya kita dijauhi akan pekara seumpama ini.
Didalam hakayat yang lain menceritakan bahawa terdapat dua orang sahabat karib iaitu kita beri nama Ali dan Bakar. Mereka ini ibarat saudara kandung kerana kelihatan terlalu rapat. Pada satu ketika mereka telah bertengkar kerana persoalan yang remeh. Lalu hubungan mereka menjadi renggang. Seorang rakan yang lain bernama Cary cuba merapatkan hubungan mereka semula dengan mengatur pertemuan. Maka Cary pun bertemu Ali menyatakan bahawa ia akan membawa Bakar kerumahnya. Ali bersetuju, lalu ia pergi bertemu Bakar memberitahu akan pekara itu. Ia juga setuju. Pada hari yang telah dijanjikan, cary pun kerumah Bakar untuk membawanya kerumah Ali. Setibanya disana, Ali sudah tiada dirumah kerana Ia merasa sangsi akan keikhlasan Bakar untuk berdamai. Maka mereka pun pulang dengan masing-masing mesih menyimpan perasaan dendam dihati. Tidak berapa lama kemudian, Ali telah jatuh sakit yang semakin lama semakin tenat. Mendengar berita itu, Cary pun cepat-cepat pergi menziarahinya. Secara perlahan- lahan ia memujuk Ali untuk berdamai dengan Bakar, katanya " Wahai teman, takutlah kepada Allah. Berdamailah kamu dengan Bakar yang masih sangat menyayangi mu". Tetapi Ali tetap berpendirian tidak mahu menerima perdamaian. Cary yang merasa hampa dan berputus asa akan sikap Ali, pun memohon untuk pulang. Sampai saja didepan pintu rumah itu, kedengaran olehnya teriakan maut Ali dari dalam bilik pembaringannya. Semoga Allah lindungi kita dari akhir kehidupan yang buruk seperti itu.
Telah diriwayatkan oleh Bukhari dari Salim dari Abdullah bahawa ia berkata " Nabi saw sering kali bersumpah dengan menggunakan kalimah 'Demi Allah yang membolek- balikkan hati ". Ia membawa pengertian bahawa Allah mempunyai kuasa yang sangat pantas untuk mengubah perasaan hati manusia, sepantas angin yang bertiup kencang, yang dinyatakan didalam al Quran firman Allah didalam surah al Anfaal ayat 24 yang mafhumnya ;
"Hai orang-orang yang beriman, laksanakanlah (seruan) Allah dan Rasul, bila Ia menyeru kamu (sewaktu) hendak menghidupkan kamu dan ketahuilah bahawa Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadaNya ".
Berkata seorang Mujahid, maksud kepada ayat ini ialah sesungguhnya Allah menjadi penghalang antara seseorang manusia dengan akal fikirannya sehingga ia tidak mengatahui apa yang harus dilakukan olehnya. Allah swt berfirman didalam surah al Qaaf ayat 37 yang mafhumnya ;
"Sesungguhnya pada demikian itu menjadi peringatan bagi orang yang mempunyai hati atau mendengar (pengajaran) , sedang dia (hatinya) hadir ".
Menurut tafsir ath Thabari, apa yang dimaksudkan didalam ayat diatas tadi ialah merupakan sebuah pengkhabaran bahawa sanya Allah swt mampu menguasi setiap hati-hati manusia malahan jika Dia berkehendak untuk memisahkan (membuat dinding) antara hati-hati itu dengan manusia seluruhnya juga mampu dilakukanNya dengan sekelip mata sahaja. Hinggakan manusia -manusia itu tidak dapat memahami semua pekara walau sedikit pun tampa izin dari Allah sendiri, yang Mahaperkasa dan lagi Mahaagung. Didalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah, Aisyah ra telah berkata "Nabi selalu berdoa dengan menyatakan ' Wahai Tuhan yang membolak- balek hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada Mu'. Aku pernah bertanya ' Ya Rasulullah, kenapakah kanda selalu berdoa dengan menggunakan perkataan seperti itu ? Adakah kanda didalam ketakutan ? ". Baginda menjawab ' Tidak ada yang membuat aku rasa tenteram, wahai Aisyah. Hati seluruh hamba ini berada diantara dua jari Allah yang Mahamemaksa. Jika Ia mahu menbalekkan hati seseorang hamba Nya, Allah hanya membalekkannya begitu saja ".
Para Ulama berpendapat, telah dikatahui bahawa yang memberi hadayah atau petunjuk didalam hati manusia ialah Allah, sedangkan sifat Istiqamah itu juga tergantung atas kehendak Allah juga, maka sebab dan akibat keatas pekara itu juga atas pengatahuanNya juga kerana tiada manusia yang mampu memikirkannya dan kehendak Allah itulah yang mengatasi segala-galanya. Oleh itu jangan cepat merasa kagum dengan keimanan mu, banyaknya solat mu, banyaknya puasa mu serta amalan-amalan mu yang lain termasuk juga pengorbanan yang telah kamu lakukan. Walau pun ia adalah hasil susah payah yang telah kamu lakukan, sedangkan pada hakikatnya semua itu adalah ciptaan Allah semata-mata. Dengan kata lainya, kamu melakukan semua amal ibadah itu adalah hasil dari kurniaan dari Nya. Tampa kurnia dariNya, kamu tidak akan mampu untuk melakukan semua pekara itu walau sedikit pun.
Jika kamu merasa bangga akan semua bentuk amalan dan ibadah yang telah kamu kerjakan, ia bererti kamu telah merasa bangga atas barang milik orang lain kerana kamu bukannya pemilik sebenar akan semua pekara itu. Ketahuilah oleh mu bahawa semua itu boleh dirampas oleh pemilik mutlak atas semua pekara iaitu Allah Yang Magaagung dengan sekelip mata sahaja. Apabila pekara seumpama itu terjadi, maka hati dan perasaan kamu akan menjadi kosong seperti perut unta yang kelaparan. Selalu dapat dilihat ditaman-taman yang terdapat pokok-pokok bunga yang mekar mengharum diwaktu petang hari, tetapi pada keesokan paginya semuanya hancur berteburan akibat hujan dan angin kencang dimalam harinya. Begitulah pula hati seorang hamba yang pada petang harinya memancar-mancar seri cahaya ketaatan kepada Allah, tiba-tiba keesokan harinya ia jatuh sakit dan murung bermuram durja akibat dari sifat durhaka kepada Allah. Itu semua adalah dari kesan hukuman Allah kepadanya, Tuhan Yang Mahamengatur, Mahabijaksana, Mahamencipta dan Mahamengatahui.
Diriwayatkan oleh an Nasa'i dari Saidina Othman Ibnu Affan ra bahawa ia berkata "Jauhilah kamu Khamar (arak), kerana ia adalah ibu segala kejahatan. Pada suatu waktu dahulu, sebelum kamu, pernah suatu tragedi menimpa seorang pemuda yang sangat tekun beribadah. Ia telah diperangkap oleh seorang wanita pelacur. Pada suatu hari, wanita itu telah menyuruh seorang gadis bertemu pemuda itu berpura-pura bertujuan mengundangnya untuk mengislamkan orang. Menyedari akan niat orang yang sangat baik itu, maka tampa berfikir panjang pemuda itu mengikut gadis tersebut hingga sampailah kesebuah rumah dipekan itu. Gadis itu menyuruhnya menunggu didalam rumah semantara ia akan memanggil orang-orang tersebut. Apabila pemuda itu masuk sahaja didalam rumah itu, gadis tersebut telah menguncinya dari luar. Maka apa yang ada didalam rumah itu ialah seorang wanita pelacur cantik, seorang budak lelaki dan sebotol khamar (arak) yang memang tersedia menunggunya. Kemudian wanita pelacur itu pun berkata "Maaf, sebenarnya aku tidak mengajak kamu kemari untuk mengislamkan orang, tetapi akau mahu mengajak kamu untuk berzina atau kamu bunuh saja budak lelaki ini atau kamu minum saja segelas air khamar (arak) yang telah tersedia itu, jika kamu mahu bebas ? ". Maka puaslah pemuda itu berfikir dan berfikir. Setelah didesak dan didesak oleh wanita itu, maka pemuda yang terpaksa membuat keputusan akhirnya telah memilih untuk meminum khamar (arak) kerana merasakan dosa meminum khamar itu agak lebih ringan. Ia pun meminta diberi segelas air khamar itu lalu meminumnya. Merasakan ia boleh dikawal, ia meminta segelas dan kemudian segelas lagi, segelas lagi hinggalah ia jatuh mabuk yang berat. Apabila sudah mabuk, wanita pelacur mengajaknya berzina lalu dituruti. Menyedari perbuatannya diperhati oleh budak lelaki yang berada disitu, ia pun mencekek budak itu hingga mati. Maka bertambah-tambahlah dosa- dosa besar yang telah dilakukannya. Oleh sebab itu jauhilah kamu akan khamar (arak), sesungguhnya Allah tidak mungkin mempertemukan (menyatukan) diantara keimanan dengan ketagihan arak, salah satu diantaranya mestilah kamu lepaskan".
Didalam sebuah cerita yang lain, terdepat seorang pemuda yang hafiz al Quran tiba-tiba telah menjadi tawanan perang. Ia telah diberi tugas sebagai pelayan kepada dua orang pendita Nasrani. Oleh kerana telalu kerap mendengar pemuda itu membaca Quran setiap hari, kedua-dua pendita Nasrani itu telah menjadi pandai membaca Quran juga. Malahan mereka kemudiannya telah memeluk agama Islam. Disebaleknya, pemuda yang hafiz al Quran itu telah tiba-tiba berputus asa dengan rahmat Allah kemudiannya telah keluar agama Islam dan telah memeluk agama Nasrani pula. Apabila ia diajak untuk kembali semula kepada agama Islam, ia marah dan berkata " Aku tidak akan kembali kepada agama Islam semula ". Akhirnya ia dibunuh didalam peperangan itu, maka matilah ia didalam kafir. Jika kita singkap kisah-kisah seperti ini memang banyak berlaku. Kita bermohon kepada Allah agar kita tetap terpelihara didalam jalannya yang benar dan mendapat kesudahan hidup yang baik atau Ismul Khatimah. Minta Allah jauhkan kita dari terjatuh ketempat kesudahan hidup yang buruk atau Su'ul Khatimah.
Seorang pujanga bersyair;
"Telah berlaku kepastian takdir pada manusia,
dari Tuhan Yang Mahabijaksana lagi Maha mengatahui.
Ada yang beruntung dan ada yang bernasib malang.
Ada yang kaya dan ada yang miskin.
Ada yang sehat dan ada yang sakit.
Semua menempuh pada jalan Tuhan Yang Mahaperkasa lagi Maha mengatahui.
Itulah takdir Yang Mahakuasa dan Maha mengatahui ".
Kata ar Rabi', ketika ditanya tentang takdir, Imam sya Syafi'i membaca syair ini ;
"Apa yang Engkau kehendaki akan terjadi,
sekali pun hamba tidak menghendakinya,
dan apa yang tidak Engkau kehendaki tidak akan terjadi.
Ilmu Engkau berlaku kepada yang muda dan yang tua,
kepada yang Engkau beri kurnia dan yang Kau hina,
kepada yang Kau tolong dan tidak Kau tolong.
Diantara mereka ada yang bahgia dan ada yang celaka.
Ada yang buruk dan ada yang tampan.
Ada yang kaya dan ada yang miskin.
Semua beruntung dengan amalan masing-masing ".
BAB 35 - PEMBERI PERINGATAN DARI MALAIKAT MAUT.
Disebutkan didalam sebuah riwayat bahawa seorang Nabi Allah telah bertanya kepada Malaikat Maut "Adakah kamu punya peringatan yang kamu kirim kepada manusia supaya mereka sentiasa berwaspada terhadap mu ? ". Malaikat Maut menjawab "Benar... peringatan ku memanb banyak sekali iaitu musibah, penyakit, uban dirambut, perasaan bingung, perubahan pendengaran, perubahan penglihatan dan berbagai lagi. Itu semua adalah utusanku. Barangsiapa yang didatangi salah satu dari utusan-utusanku itu, tetapi masih belum mahu bertaubat, maka sebelum mencabut nyawanya aku sendiri akan turun kepadanya sebagai utusan pemberi peringatan yang terakhir. Kerana ia sudah tidak boleh dinasihatkan lagi dengan semua yang telah aku urusan kepadanya ". Sejak dari matahari terbit hinggalah matahari terbenam, Malaikat Maut berseru "Wahai manusia yang berusia empat puluh tahun ! sudah tiba masanya kamu mengumpul bekalan mu selagi batin kamu masih tajam dan anggota tubuh badanmu masih kuat. Wahai manusia yang telah berumur lima puluh tahun ! Sudah hampir sampai masanya untuk kamu menuai hasilnya. Wahai manusia yang berumur enam puluh tahun ! Kenapa kamu terlupa akan seksa dan tidak mahu menjawab ? Apakah kamu punyai penolong ? ".
Allah swt berfirman didalam surah Faathir ayat 37 yang mafhumnya ;
"...Tidaklah kami lanjutkan umur kamu, sehingga mendapat pengajaran orang yang mahu menerima pengajaran dan telah datang kepadamu pemberi peringatan (Rasul-rasul) ? Maka rasailah olehmu (seksa itu), maka tidak adalah penolong bagi orang-orang yang aniaya (zalim pada diri sendiri) ".
Demikianlah apa yang telah diperkatakan oleh Abu Fara' Ibnu Jauzi didalam kitabnya yang bertajuk "Raudhat al Musytaq waath Thariq Ila al Malik al Khallaq" disebut secara lahiriah ini termasuk khabar atau cerita dari Israeliyat (cerita rakyat orang-orang Israel).
Disebut pula didalam Shahih Bukhari sebuah hadis dari Abu Hurairah ra, bahawa Nabi saw telah bersabda "Allah punya alasan kepada seseorang yang Dia tangguhkan ajalnya sampai ia berumur enam puluh tahun. Alasan terbesar Allah terhadap hamba Nya umat manusia ialah diutusnya para Rasul kepada mereka untuk menyempurnakan hujah Nya keatas mereka. Allah berfirman didalam surah al Israa' ayat 15 yang mafhumnya ;
"... Kami tiada menyiksa (sesuatu kaum), sehingga kami utus seorang Rasul (kepada mereka) ".
Allah juga telah berfirman yang mafhumnya "dan telah datang kepada kamu yang pemberi peringatan ". Ada yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan "pemberi peringatan" itu ialah al Quran, dan ada pula yang berpendapat iaitu para Rasul. Tetapi menurut Ibnu Abbas, Ikrimah, Sufyan, Waki', Husain Ibnu Fadhal, al Farra' dan ath Thabari, yang dimaksudkan dengan "pemberi peringatan" itu ialah "Uban dirambut" yang biasa muncul apabila usia menyampai dewasa iaitu sebagai tanda lepasnya usia remaja.
Seorang penyair menyatakan;
"Aku melihat uban sebagai pemberi peringatan
akan semakin dekatnya kematian,
bagi mereka yang berkenaan,
cukuplah uban sebagai pemberi peringatan ".
Penyair lain pula menyatakan;
Jiwa ini berbisik 'bukan ini warnanya'. Atau
barangkali kamu senang diberi umur yang sedikit.
Aku katakan padanya,
Uban adalah pemberi peringatan umurku, dan aku
akan mengenal wajah yang memberi peringatan ".
Al Qadhi Mundzir bin Sa'id al Balwathi pula menyatakan:
"Masih berapa lama lagi kamu mambisu ?,
Padahal ubanmu semakin meninggi.
Masih berapa lama lagi kamu pura-pura bodoh ?,
Sedangkan kamu seorang yang berakal.
Bagaimana kamu masih boleh bersenang-senang begini,
Sedangkan yang memberi peringatan telah datang padamu.
Hai orang yang masih berdiam diri dirumah,
Masa untuk berangkat !
Kerana setelah ini masih ada perjalanan dihari yang sangat berat.
Sesungguhnya kematian itu didahului dengan Shakaratulmaut
oleh itu tunggulah dengan seksama.
Jika telah sampai waktunya, tabib yang datang kepada mu tidak
akan sanggup untuk mengubati mu.
Setelah kamu mati, maka menjadi hancur lebur,
akan kedengaran seruan yang harus dipenuhi.
Kamu sudah sangat faham pekara-pekara yang bersangkutan akhirat,
kerana itu berusahalah untuk mencari bekalnya.
Ingatlah suatu hari nanti kamu pasti akan dihisab,
yang ingat kematian adalah orang yang insaf,
bahawa ia pasti akan kembali kepada Tuhannya.
Setiap saat kematian selalu mengintai mu,
setiap hari ia membidik mu dengan anak panah,
dan suatu saat pasti akan tepat mengenai mu ".
Kemudian didalam sebuah syair yang lain, al Qadhi Mundzir bin Sa'id mengatakan ;
"Enam puluh tiga tahun telah engkau lewati,
lalu apa lagi yang masih engkau harapkan
dan engkau tunggu-tunggu ?.
Uban pemberi peringatan pun telah datang pada mu,
lalu apa yang akan engkau lakukan ?.
Engkau sudah tidak merasa selesa melawat malam-malam mu yang panjang,
tapi aku lihat kamu masih juga seperti itu.
Seharusnya engkau tahu bahawa setiap usia yang berlalu,
seharusnya meninggalkan kebajikan,
tetapi aku lihat engkau masih juga belum sibuk,
bersiap untuk sebuah perjalanan yang sangat panjang.
Bertapa pun kamu harus berjalan kesyurga,
yang dipenuhi dengan taman-taman asri,
atau keneraka saqar yang menyala-nyala ".
Al Faqih Abu Abdullah @ Muhammad bin Abu Dzimnin pula menyatakan ;
"Setiap saat kematian akan menyebarkan ketakutan,
semantara kita masih lalai. Janganlah asyik dengan dunia dan bunga-bunganya,
sementara kamu belum menghirup pahala amal baiknya.
Mana para tetangga ?
Mana orang-orang tercinta ?
Apa yang mereka lakukan ?
Setelah meneguk air gelas kematian yang bening,
mereka pun berjatuhan bergalang tanah ".
Diriwayatkan suatu ketika Malaikat Maut memasuki rumah Nabi Daud as, "Siapa kamu ? ". Nabi bertanya. "Aku adalah yang ditakuti oleh semua Raja dunia dan tidak menerima rasuah" jawab Malaikat Maut. "Kamu pastinya Malaikat Maut". Kata Nabi Daud as. " Benar ". Jawab Malaikat Maut. " Kamu datang kepada ku sedangkan aku belum bersedia ? ". Kata Nabi lagi. "Wahai Daud, Dimanakah perginya kawan karib mu itu ?, Dimanakah perginya jiran mu itu ? Tanya Malaikat Maut. "Mereka telah tiada, sudah meninggal dunia " Jawab Nabi Daud as. "Seharusnyalah mereka itu menjadi peringatan untukmu supaya bersiap sedia ". Kata Malaikat Maut.
Tetapi ada juga yang menyatakan "pemberi peringatan" itu adalah sakit demam. Nabi saw pernah bersabda "Demam itu adalah pemandu kematian ". Berkata Al Azhari " Sesungguhnya demam adalah petanda kematian. Orang yang merasakan penyakit demam itu akan merasakan kedatangan kematian". Ada juga yang berpendapat bahawa pemberi peringatan itu adalah dengan matinya saudara mara, sahabat handai dan orang-orang yang teredekat dengannya. Kemudian pendapat yang lain menyatakan bahawa maksud kepada pemberi peringatan ialah akal yang sempurna yang boleh digunakan untuk mengenal hakikat segala sesuatu kejadian yang dicipta oleh Allah swt dan juga membezakan diantara sesuatu kebaikan dan juga keburukan. Ia menggunakan akal fikirannya dengan berbuat amal kebajikan untuk persiapan akhirat serta berharap agar Allah memberi balasan yang baik kepadanya kelak.
Walau bagaimana pun, utusan atau pengkhabaran pemberi peringatan yang terbesar sekali ialah dengan kedatangan seorang Rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad saw dan Uban yang memenuhi kepala. Manakala apabila umur manusia mencecah kepada enam puluh tahun adalah kemuncak kepada peringatan kematian yang semakin hampir. Pada umur sebegini, manusia seharusnya sadar, insaf, tunduk, redha, khusyuk, taat kepada Allah dan menunggu kematian sebagai jembatan untuk bertemu dengan Nya. Peringatan-peringatan ini telah Allah sampaikannya melalui Rasul lagi Nabi , Muhammad saw dan juga Uban pada rambut setiap dari manusia itu. Allah swt telah berfirman didalam surah al Ahqaaf ayat 15 yang mafhumnya ;
"...Sehingga bila sampai dewasa dan sampai (umurnya) empat puluh tahun, ia berkata : Ya Tuhanku, taufiqkan aku (berikan petunjuk) untuk mensyukuri nikmat Engkau... ".
Allah berfirman bahawa seseorang yang menyampai usia empat puluh tahun adalah saat yang dia telah mengatahui nikmat-nikmat yang telah dikurnia dan dianugrahkan kepadanya dari sisi Allah swt dan juga kepada kedua orang tua mereka. Maka seharusnyalah ia sentiasa mensyukuri nikmat -nikmat itu dengan sebaik mungkin.
Imam Malik ra mengatakan "Aku melihat para ulama dinegeri kami juga rajin mencari dunia dan bergaul dengan masyarakat. Apabila saja umur mereka mencecah empat puluh tahun, mereka pun menjauhkan diri mereka dari itu semua ". Diceritakan tentang seorang ulama muda yang masih gemar pada kesenangan dunia. Suatu hari dia dan beberapa orang kawannya telah bersantai disebuah taman miliknya. Kerana merasakan ia tiodak mahu diganggu, maka ia pun menyuruh pengawal pintu tamannya itu supaya menghalang sesiap sahaja yang ingin untuk memasuki taman tersebut. Namun dimasa sedang asyek bersantai dan berbual-bual, tiba-tiba dia melihat kelibat manusia melintas untuk membersehkan pokok-pokok disitu. Dia merasa sangat marah dan cuba berfikir bagaimanakah manusia itu boleh memasuki taman pensendiriannya itu dan siapakah yang telah membenarkannya masuk kesitu ?. Kemudian dia pergi bertemu dengan tukang kebun itu dan berdiri dihadapannya. Tukang kebun itu tiba-tiba bertanya kepadanya "Bagaimana jika menurut pendapat kamu, seseorang yang dibebani dengan tanggungjawab tetapi berangapan yang ia merupakankan hak yang harus dipertahankan ? ". Ulama muda itu menjawab "Ia harus diserahkan kepada pihak hakim, biar dia sahaja yang menilai dan memutuskannya". Tukang kebun itu menyangkah "Hakim telah memberikan kepadanya penangguhan, tetapi pekara itu ternyata tidak memberi kesan ? ". Ulama muda itu berkata " Ia harus diadili juga ". Tukan kebun itu tetap menyangah "Hakim masih merasa kasihan padanya dan memberi penangguhan sampai umurnya lebih dari lima puluh tahun ". Sampai disini ulama muda itu terus terdiam dan tiba-tiba seluruh tubuh badannya mengelatar dan mula berpeluh. Ia mula kelang kabut menyapu peluh dimuka dan wajahnya, dan dilihatnya lelaki tukang kebun itu sudah menghilangkan diri dari hadapannya. Lalu dicarinya, namun ia sudah tetap tiada di taman itu, lalu ditanyakannya kepada penjaga pintu tamannya itu. Malahan penjaga pintu tamannya tidak pernah melihat sesiapa pun masuk melaluinya. Ia sudah merasa sesuatu yang pelik berlaku kepada dirinya, teman-temannya juga sudah binggung dengannya kerana bertanya soalan yang mereka sendiri tidak tahu dan tidak nampak sesiapa yang lain daripada mereka sahaja yang berada didekat dirinya. Ulama muda mula ketakutan kerana sudah terfikir akan "pemberi peringatan" sendiri telah hadir kepadanya. Ia sudah dapat jawapannya, ia pastinya sekarang bahawa "pemberi peringatan" itulah yang telah hadir sendiri dihadapannya tadi. Ia ketakutan dan mengajak teman -temannya semua pulang sahaja kerumah masing-masing. Dari mulai saat itu, mereka sudah berubah. Mereka sudah meninggalkan semua aktiviti keduniaan atau mengajar kekayaan dunia. Mereka telah menjadi kuat beribadah dan beramal soleh sedangkan majlis-majlis zikir dan taklim pula mengisi masa-masa lapang mereka. Begitulah kisah ulama muda yang mendapat hidayah dan berjaya menggunakan akal dan fikirannya dengan baik yang kemudiannya dapat menjadikan dirinya kembali kejalan Allah swt bagi mempersiapkan dirinya sebelum "pemberi peringatan" itu datang semula kelak ".
Selain dari hikayat itu tadi, juga terdapat hikayat-hikayat yang lain yang dirasakan perlu didedahkan disini terutama tantang hikayat Uban yang menjadi utusan "pemberi peringatan" kepada manusia akan dekatnya kematian kepada diri mereka, untuk dijadikan tauladan oleh semua pembaca yang budiman. Hikayat-hikayat itu adalah seperti berikut :
Diceritakan ada seorang kaya yang sangat sombong tiba-tiba dengan sekelip mata telah berubah menjadi dermawan dan beramal soleh. Ketika ia ditanya mengapa dia telah berubah dengan begitu pantas sekali, ia pun bercerita perkara yang telah menimpa dirinya. Maka ia berkata " Dahulu aku punya seorang budak pelayan perampuan (hamba) yang sangat aku sayangi. Pada satu hari semasa aku sedang menyikat-nyikat rambutnya, tiba-tiba aku dapati dua helai uban pada rambutnya. Apabila aku beritahu pekara itu kepadanya, ia menjadi terkejut dan ketakutan yang teramat sangat. Lalu aku cabut uban itu untuk ku perlihatkannya kepadanya. Apabila ia melihat sendiri uban itu, ia menjadi bertambah takut lalu ia berkata (membaca sepotong ayat Quran) ;
"Katakanlah; Telah datang kebenaran (Islam) dan telah lenyap yang batil (kafir), sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap ". (surah al Israak ayat 81).
Kemudian ia memandang kepada ku dan berkata " Ingin aku memberitahu mu suatu pekara dan meminta satu pekara yang lain diripada mu. Pertama, seandainya aku tidak punya tanggungjawab kepada mu, aku tidak akan sudi berlindung pada mu dan yang kedua, aku mahu minta agar kau memberikan ku sedikit masa siang atau malam untuk aku luangkan bagi mengumpul bekalan akhirat ? ". Aku keberatan dengan permintaannya itu kerana amat kasih kepadanya. Tetapi ia menjadi marah kemudian berkata "Jadi kau mahu menjadi penghalang pertemuan ku dengan Tuhan ku, pada hal Dia telah memizinkan aku bertemu dengan Nya ? ". Aku terdiam. Kemudian pelayan ku itu pula telah berdoa kepada Tuhan "Ya Allah, Kau gantikanlah cinta dan kasih sayang tuan ku ini menjadi kepada kebencian ". Pada keesokan harinya, entah kenapa aku menjadi sangat benci kepada pelayan ku itu. Kemudian timbul niatku untuk menjual sahaja budak pelayan ku itu. Setelah ku timbang-timbang, lalu aku mengambil keputusan untuk menjualkannya saja. Ketika aku menyatakan niat ku itu kepadanya, ia menangis mendengarkan niat ku itu. Dia kemudiannya merayu dan meminta kepada ku untuk memerdekakannya saja kerana ia sudah tidak mahu bertuankan sesiapa lagi didunia ini, kecuali menjadi hamba Allah sahaja. Aku merasa sangat simpati kepadanya lalu aku merdekakanlah ia. Setelah menjadi seorang yang merdeka, ia pun menadah tangannya dan berdoa kepada Allah swt : "Ya Allah, kau jadikanlah bekas tuan ku ini menjadi seorang yang pemurah dan taat akan perintah Mu. Kemudian kau selamatkanlah ia dengan kehidupan didunia dan akhirat ". Kemudian ia pun pergi meninggalkan ku. Itulah yang telah berlaku kepada diriku ini yang hingga kehari ini masih mengharap redha dan keampunan Allah atas dosa-dosa yang telah aku lakukan dahulu ".
Didalam sebuah hikayat yang lain, Abdullah bin Nuh pun bercerita "Aku melihat seorang pemuda berada di Masjid Rasulullah yang sedang asyik membersehkan debu yang melekat didindingnya. Lalu aku bertanya orang yang berada disitu, siapakah pemuda itu. Mereka menyatakan bahawa pemuda itu sebenarnya adalah anak kepada Saidina Othman Ibnu Affan ra. Dahulunya ia merupakan seorang pemuda yang sangat kaya kerana memiliki gedung-gedung perniagaan, hamba-hamba sahaya, anak-anak dan keluarga, rumah-rumah dan pasarana kenikmatan yang melimpah ruah. Pada suatu hari apabila dia sedang bersiap dihadapan sebuah cermin, tiba-tiba ia berlari dan menjerit menjadi seorang yang telah hilang ingatan. Begitulah keadaannya hingga sekarang ia selalu berada di Masjid ini. Setiap kali ahli keluarganya mahu mengambilnya untuk diubati, ia akan melarikan diri kesebuah makam di Perkuburan Baqi. Akhirnya keluarganya menjadi putus asa dan membiarkannya saja begitu. Suatu pagi aku menunggunya. Puas aku tunggu namun dia tidak juga kelihatan. Aku teruskan juga menunggunya hingga ke malam hari. Setelah hari hampir masuk kelarut malam, baharulah ia muncul dihadapan pintu Masjid untuk keluar. Aku lalu bingkas bangun dan mengikutinya dari belakang menuju kepermakaman Baqi. Sesampainya disana, dia telah melakukan solat sunat yang banyak dan duduk cukup lama sambil menangis hinggalah waktu hampir menjelang subuh. Ketika sedang berdoa, muncullah seekor binatang seperti seekor kambing atau keldai disebelahnya. Dia meminum susu dari binatang itu hingga kenyang, kemudian menepuk-nepuk ponggong binatang itu dan berkata " Pergilah, semoga Allah memberkatimu ". Pada saat itu aku merasakan bahawa dia bukanlah seorang pemuda gila, tetapi dia adalah seorang pemuda yang sangat mestri sekali yang perlu aku fahami.
Kemudiannya dia bingkas bangun dan berjalan menuju ke Masjid. Aku cuba untuk mendahuluinya, namun ternyata dia begitu pantas berjalan. Dengan perasaan ingin tahu dan ingin memahami akan tingkah laku pemuda ini, terpaksalah aku tangguhkan dahulu perjalananku untuk tinggal beberapa malam lagi di Madinah itu. Malah setiap malam berikutnya aku mengikutinya dan mengintai semua perbuatannya. Pada suatu malam, aku mendengar dia bermunajat kehadrat Allah dengan berdoa "Ya Allah, Telah engkau kirim kepada ku utusan, tetapi Engkau tidak mengizinkan ku. Jika memang Engkau telah redha, tolong berikan aku keizinan. Dan jika Engkau tidak redha, tolonglah aku mendapatkan keredhaan Mu ".
Keesokan harinya aku merasakan ingin melanjutkan perjalanan ku keluar dari Madinah, tetapi sebalum aku meninggalkan Madinah, aku rasakan amat perlu aku menemui pemuda itu untuk memohon maaf atas perbuatanku dan ada suatu pekara yang sangat penting untuk aku tanyakan kepadanya. Lalu aku pergilah menemuinya di Masjid Nabi lalu menceritakan akan tingkah laku ku selang beberapa malam yang lalu. Dia bertanya "Adakah orang lain yang mengintai perbuatan ku selain kamu ? ". "Tidak" Jawab ku. Dia berkata "Baiklah, sekarang kamu boleh berangkat". "Sebelum aku berangkat, aku ingin mengatahui apa yang kamu maksudkan dengan utusan yang telah dikirimkan kepada mu semasa kamu bermunajat tempoh hari ?". Tanya ku. Dia menjawab " Suatu hari sedang aku bersiap dihadapan sebuah cermin, aku amat terkejut melihat uban dikepala ku. Aku amat yakin itulah utusan yang telah Allah kirimkan kepada ku ". Maka terjawablah sudah persoalan didalam benakku. Lalu aku memohon agar dia mendoakan aku. Tetapi dengan pantas dia berkata "Jangan... Bukan aku orang yang tepat untuk berdoa tawasul buatmu. Ayuh mari sama-sama kita kemakam Rasulullah dan bermunajat bertawasul melaluinya kehadrat Allah swt ". Lalu kami pergilah kepermakaman Baqi tempat Makam Rasulullah, sesampainya disana dia bertanya kepada ku "Sekarang apa permintaan mu ?". "Mohon Allah swt mengampuni aku" jawab ku. Kemudian dia berdoa dengan bahasa yang sangat mudah sedangkan aku hanya mengaminkan sahaja. Setelah selesai, tiba-tiba ia rebah kedinding Makam dan terus meninggal dunia. Aku sungguh terkejut dan menjerit memenggil orang-orang yang berada disitu. Secepat kilat semua berkerumun disitu termasuklah dari ahli keluarga pemuda itu yang kebetulan memang berada disitu. Mereka mengangkat mayat pemuda itu pulang kerumahnya untuk diuruskan. Setelah dimandi dan dikafankan, jenazah dibawa semula ke Masjid itu. Aku malahan turut serta solat bersama-sama jemaah yang sangat ramai disitu ".
Lihatlah oleh mu betapa beruntungnya menjadi manusia yang disayangi Allah didunia dan akhirat. Ia mendapat segala kejayaan baik didunia dengan segala kesenangan dan kemewahan hidup, malahan mendapat pengakhiran kehidupan yang sempurna didunia ini. Sudah barang tentunya jika pengakhiran seumpama ini akan mendapat keredhaan Allah swt pula diAlam Barzah dan di Akhirat kelak. Mudah -mudah dengam membaca kisahnya ini, kita juga mendapat keberkatan dan mendapat tempat sepertinya juga kelak dan dengan berkat dari Nabi besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Didalam sebuah kisah yang lain, pada zaman dahulu seorang Raja Yunani mempunyai seorang pelayan wanita yang ditugaskan khusus untuk menjaga pakaiannya sahaja. Suatu hari ketika sedang membantu Raja itu berpakaian, pelayan itu menunjukkan sehelai uban yang berada diatas kepala raja itu dengan menggunakan sebuah cerimin. Lalu Raja itu mengambil gunting dan mengunting sendiri uban itu. Setelah itu pelayannya telah mengambil uban itu kemudian diciumnya dan diletakkannya diatas tapak tangannya. Kemudian didekatkan tapak tangannya dicuping telinganya seolah -oleh mendengar sesuatu. Melihatkan akan pekara itu, Raja itu pun bertanya kepada pelayannya "Apa yang kau dengar dari uban ku itu ?". Pelayan itu menjawab "Aku mendengar uban mengatakan sesuatu ucapan yang sungguh menakjubkan yang diambil dari salah seorang dari orang yang pernah kau zalimi sedikit masa lalu ". Raja itu bertanya "Apakah ucapannya itu ?". Pelayan itu berkata "Sayang sekali aku tidak berani mengatakannya, takut nanti baginda akan murka ?". Kamu katakan saja, aku beri jaminan bahawa kau tidak akan diapa-apakan atau dihadapkan kepengadilan disebabkan pekara ini ". Desak raja itu. Namun Pelayan itu engan kerana tahu akan sikap Raja itu yang mungkin memungkiri janjinya. Namun setelah benar-benar Raja itu bersumpah tidak akan mengambil tindakan dan terus mendesak untuk mengatahui sangat-sangat akan perkatan uban itu, maka pelayan itu pun bersetuju dan berkata "Wahai Raja yang berkuasa sementara, kezalimanmu terasa ringan bagi ku dan aku pun tidak akan membila diri. Biarlah Puteri-puteri mu sahaja yang akan membalas dendam ku pada mu. Mereka akan memutuskan sama ada ingin menyerang mu atau mengurangkan keinginan nafsumua, kekuatan mu, kesehatan mu sampai suatu akhirnya kamu akan mati juga ". Kemudian Raja itu memerintahkan pelayan itu menulis sahaja ucapan uban itu untuk dia membaca dan memehaminya maksud sebenar kata-kata itu. Selang beberapa bulan kemudian kerajaan Raja yang zalim itu tumbang dan hancur sedangkan Raja itu telah ditawan, diseksa, diazab sebelum ia dibunuh oleh balatentera Puterinya sendiri.
Didalam sebuah hikayat Isreilyat, menceritakan bahawa ketila Nabi Ibrahim as pulang dari menghantar isteri pertamanya Siti Hajar dan puteranya Ismail kelembah Arab kemudian telah menyerahkan nasib mereka dibawah lindungan Allah semata-mata. Ia pulang kenegerinya untuk bersama-sama dengan isteri keduanya Siti Sarah. Setelah beberapa hari disana, suatu ketika Siti Sarah mendapati sehelai uban telah berada pada janggut Nabi Ibrahim as, lalu dicabutnya kemudian diberikannya kepada Nabi. Mengikut ceritanya, Nabi Ibrahim as adalah merupakan manusia pertama yang ditumbuhi uban. Nabi Ibrahim as mengambil uban itu lalu dimasukkannya kedalam poket bajunya seolah-olah ia menyimpan suatu barang yang sangat berharga. Siti Sarah tidak menyukai akan perbuatan Nabi itu. Ia mahu uban itu dibuangkan saja seperti sebuah barang yang tiada nilainya, tetapi Nabi Ibrahim as tetap tidak mahu membuangkan uban itu dan terus menyimpannya.
Pada suatu ketika telah datang Malaikat Maut kepada Nabi Ibrahim as yang mengikut ceritanya nama asal Nabi Ibrahim ialah "Ibram". Namun Malaikat Maut pada kali ini telah hadir dengan memberi salam dengan memberi tambahan huruf "H" ditengah-tengah nama asal Nabi itu yang menurut tafsiran bahasa Suryani (bahasa kaum Nabi Ibrahim) bermaksud satu penghormatan. Lalu betapa gembiranya Nabi Ibrahim as mendengarnya lalu ia berkata " Aku bersyukur kepada Tuhanku dan Tuhan segala sesuatu ". Malaikat Maut berkata " Sesungguhnya Allah menjadikan mu seorang yang dihormati oleh seluruh penduduk dilangit dan dibumi. Nama mu ini akan disebut-sebut manusia didalam doa mereka setiap hari pagi dan petang. Kemudian Allah telah kurniakan satu kewibawaan dan cahaya pada rambut mu ". Setelah itu Nabi Ibrahim as pergi menemui Siti Sarah lalu menceritakan apa yang telah disampaikan oleh Malaikat berkenaan uban yang menjadi cahaya yang telah dikurniakan oleh Allah kepadanya. Namun Siti Sarah mesih tetap dengan penderiannya yang tidak menyukai uban, malah telah menyatakannya secara terbuka bahawa dia sememangnya tidak menyukai uban. Nabi Ibrahim as yang teramat suka kepada ubannya itu lalu berdoa " Ya Allah, tambahkanlah kepada ku kewibawaan dan cahaya ". Tidak berapa lama selepas itu janggut Nabi Ibrahim as menjadi putih semuanya.
Telah diriwayatkan didalam sebuah hadis dari Ahmad Tarmidzi dan Nasai' bahawa Rasulullah saw telah bersabda "Barang siapa yang memiliki uban, didalam Islam menjadi cahaya kepadanya semasa diakhirat kelak ". Kemudian disebut pula didalam sebuah hadis daaif riwayat Ibnu Abu Asham bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya Allah merasa malu mengazab orang yang mempunyai uban ".
Seperti yang telah saya (Imam al Qurthubi) katakan diatas tadi, sememangnya terlalu banyak hikayat, riwayat, gurindam, syair-syair dan cerita-cerita kaum terdahulu yang boleh diketengahkan disini. Tetapi dirasakan memedai dengan tulisan setakat ini yang dirasakan mencukupi untuk mwnjadi tauladan kepada kita semua.
BAB 36 - LUPA DAN TAUBAT :
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Musa al Asy'ari bahawa ia berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah saw " Bilakah seseorang itu melupakan (tidak mengenali) orang lain lagi ?". Baginda bersabda " Ketika didalam shakarat". Mungkin yang dimaksudkan hadis ini ialah ketika Malaikat Maut mula menjalankan kerja mencabut nyawa manusia itu. Waallahua'alam. Didalam riwayat oleh ath Tarmidzi dan Hakim, Nabi saw bersabda " Sesungguhnya Allah itu masih berkenan menerima taubat seseorang hamba sebalum nyawanya sampai kekerongkong ". Ketika nyawa telah sampai kekerongkonglah saat yang menentukan adakah ia akan mendapat rahmat Allah atau ditimpa kehinaan. Pada waktu itu tiada gunanya lagi taubat atau kenyataan beriman kepada Allah swt. Firman Allah didalam surah al Mukmin ayat 85 yang mafhumnya ;
"Maka tiada bermanafaat bagi mereka keimanan mereka, tetakala mereka melihat siksaan kami. Demikianlah sunnah (peraturan Allah yang telah lalu pada hamba-hambaNya. Disana rugilah orang-orang yang kafir ".
Dan firman Allah didalam surah an Nisaa' ayat 18 yang mafhumnya;
"Tiadalah (diterima) taubat mereka yang mengerjakan kejahatan, sehingga apabila seseorang diantara mereka hampir mati (shakarat), Ia berkata : saya bertaubat sekarang ; (begitu juga) tiada diterima taubat orang-orang yang mati, sedang mereka orang-orang kafir. Untuk mereka itu kami sediakan azab yang pedih ".
Taubat terbentang bagi seorang hamba sampai ia melihat dengan maya kepalanya sendiri, Malaikat Maut yang akan mencabut nyawanya, iaitu ketika dalam keadaan shakarat. Itulah saatnya nyawa sudah lepas dari dada menuju kekerongkong. Itulah saatnya orang dapat melihat Malaikat Maut dengan mata kepalanya sendiri dan saat itu jugalah maut menjelang. Oleh kerana itu hendaklah seseorang itu sentiasa melakukan taubat sebalum sampainya saat shakarat. Pekara ini telah disentuh didalam firman Allah swt surah an Nisaa' ayat 17 yang mafhumnya ;
"...Kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka Allah menerima taubat mereka itu, dan Allah Mahamengatahui dan Mahabijaksana ".
Menurut Ibnu Abbas dan Abdulrahman as Sudi, yang dimaksudkan dengan segera didalam ayat diatas tadi ialah sebelum sakit dan sebelum meninggal dunia. Sedangkan menurut Abu Mujliz, Adh Dhahhak, Ikrimah, Ibnu Zaid dan sesetengah yang lain berpendapat, ia bermaksud sebelum melihat Malaikat Maut dengan mata kepalanya sendiri dan sebelum seseorang itu benar-benar didalam nazak. Sungguh indah apa yang dikatakan oleh Muhamad al Waraq didalam sepotong syairnya iaitu ;
"Dorongkan diri mu untuk bertaubat seperti yang diharapkan
sebelum mati dan sebelum lidahmu terkunci.
Bergegaslah kamu bertaubat dengan mengunci nafsu
kerana hal itu merupakan simpanan yang baik, bagi orang yang sedar
bahawa mereka akan kembali kepada Allah ".
Menurut sebahagian Ulama yang lain pula, mereka berpendapat bahawa taubat pada saat-saat akhir seumpama itu masih boleh dianggap diterima Allah kerana harapan tentunya masih tetap ada jika diteliti dari nas-nas al Quran dan hadis. Sehingga mereka boleh sahaja rasa menyesal dan berazam untuk meninggalkan maksiat diwaktu itu juga. Manakala sebahagian Ulama pula berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan segera itu bererti, dengan seberapa segera yang boleh melakukan taubat apabila melakukan dosa. Bukan dilengah-lengahkan hingga terus menerus berbuat dosa. Segera bertaubat didalam keadaan sehat adalah lebih baik kerana sentiasa boleh mengharapkan kepada kesudahan yang baik pula. Diceritakan oleh adh Dhahhak dan Hasan al Basri, kata mereka "Ketika Iblis diusir oleh Allah keluar dari syurga dan dicampak kedunia, ia merungut dan berkata ' Demi kekuasaan Engkau, aku tidak akan melepaskan anak cucu Adam selama nyawanya ada dijasadnya', Lalu Allah berfirman "Demi keperkasaan Ku, Aku tidak akan menutup pintu taubat bagi anak cucu Adam sebelum shakarat".
Atas kesepakatan seluruh ulama dan seluruh kaum muslimin berpendapat bahawa taubat itu hukumnya fardu (atau wajib dalam syara'). Ini berdasarkan firman Allah swt didalam surah an Nuur ayat 31 yang mafhumnya ;
".... Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan ".
Dan firman Allah didalam surah at Tahrim ayat 8 yang mafhumnya ;
"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (murni). Mudah-mudahan Tuhanmu mengampunkan kesalahanmu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir air sungai dibawahnya....".
Syarat taubat itu ada empat pekara :
1) Menyesal dengan hati dan bersungguh-sungguh.
2) Meninggalkan maksiat disaat itu juga.
3) Bertekad untuk tidak akan mengulangnya lagi.
4) Merasa malu dan takut pada Allah atas perbuatannya itu.
Jika terdapat salah satu sahaja pekara dari yang empat ini yang tertinggal atau cacat, maka batallah taubatnya itu atau tidak sah mengikut syarak. Ada ulama yang berpendapat bahawa termasuk juga syarat taubat ialah mengaku telah berdosa dengan melazimkan mengucap istighfar iaitu memohon ampun. Pekara ini ditekankan untuk dilakukan didalam hati dan bukan dengan mengunakan lidah (lisan). Ini adalah untuk melunakkan hati jika hati itu keras. Maksudnya, jika ucapan itu hanya dimulut sedangkan didalam hatinya masih ingin melakukan maksiat, maka ucapan istighfar itu perlulah diistighfarkan lagi. Menurut Hasan al Basri yang pernah menyatakan bahawa "Istighfar kita perulah diistighfarkan lagi ".
Maka berkata Syeikh al Qurthubi "Itu adalah ucapan Hasan al Basri pada zaman dahulu, bagaimana dizaman sekarang ?. Dimana orang sangat mudah berbuat maksiat tampa mahu segera bertaubat dengan berpegang pada dalil bahawa dosanya, dengan sendirinya pasti akan diampuni Allah. Itu bermaksud ia menpersenda dan melekehkan dosa yang dilakukannya dan mereka ini termasuk golongan yang mempersendakan dan mempermainkan hukum-hukum Allah secara sengaja. Allah berfirman didalam surah al Baqarah ayat 231 yang mafhumnya ;
".. Janganlah kamu mengambil ayat-ayat Allah jadikan permainan, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu dan apa-apa yang diturunkan kepadamu, iaitu Kitab dan hikmah sedang Dia memberi pengajaran kepada mu. Takutlah kepada Allah dan ketahuilah bahawasanya Allah Mahamengetahui tiap-tiap sesuatu ".
Diriwayatkan dari Saidina Ali bin Abu Talib kwh, suatu hari dia melihat seseorang selesai solat lalu derdoa dengan terburu-buru " Ya Allah, aku pohon keampunan Mu dan aku bertaubat kepada mu". Saidina Ali menegurnya "Wahai mulut yang meminta ampun secara terburu-buru adalah taubat seorang pendusta dan taubat mu itu perlu ditaubatkan lagi ". Ia kemudian bertanya " Wahai Amirulmukminin, bagaimanakah taubat yang sebenar-benarnya taubat ? ". Saidina Ali menjawab "Taubat itu menandungi enam perkara, iaitu menyesali dosa-dosa yang lalu dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi, menyelesaikan kezaliman kepada orang yang bersangkutan, membiasakan jiwa untuk mentaati Allah seperti ia pernah kamu biasakan berbuat maksiat, menyadarkan jiwa bahawa taat itu bersamaan dengan kepahitan dan maksiat itu sama dengan kemanisan, hiasilah dirimu dan jiwamu dengan ketaatan kepada Allah seperti kamu pernah menghiasinya dengan durhaka kepada Nya dan menangis sebagai ganti gelak ketawa yang sudah sering kamu lakukan ".
Abu Bakar Ibnu Warraq mengatakan "Taubat itu harus dilakukan secara nasuha, iaini dengan bersungguh-sungguh dan semurni-murninya ". Ada pula yang menyatakan bahawa taubat nasuha itu ialah membuat penyelasaian kezaliman dan minta halal dengan orang yang bersangkutan. Secara keseluruhan, dosa yang perlu ditaubati itu ada dua : ada yang menyangkut kepada kekafiran dan ada yang tidak menyangkut kepada kekafiran. Taubat bagi seorang kafir itu ialah bahawa ia perlu beriman dahulu disertai dengan rasa penyesalan atas kekafirannya yang telah lalu. Jadi dengan lain perkataan, jika ia hanya beriman sahaja bukanlah bererti secara langsung bertaubat, malahan ia kenalah bersungguh-sungguh menyesal akan dosanya. Adapun taubat yang tidak bersangkutan dengan kekafiran pula terbahagi kepada dua pekara, iaitu yang bersangkutan dengan hak Allah dan yang bersangkutan dengan hak sesama manusia. Taubat dosa kepada Allah hanyalah perlu untuk melakukan taubat nasuha dah mengikut syarat-syarat sah taubat sahaja. Walaubagaimana pun terdapat juga dosa-dosa yang memerlukan seseorang itu untuk membuat khada' (ganti) kepada pekara yang telah ditinggalkannya yang juga merupakan pekara-pekara wajib didalam syarak seperti solat waktu, berpuasa dibulan Ramadhan dan lain-lain lagi. Ini termasuklah pekara-pekara yang berdosa sewaktu mengerjakan haji yang mewajibkan dibatar Fidiah atau Dam (denda), juga termasuklah nazar yang tidak ditunaikan. Kemudian zakat kepada diri dan harta yang juga perlu dikhada' atau diganti mengikut kiraannya.
Tetapi taubat nasuha yang bersangkutan dengan hak-hak manusia, bukan hanya memohon ampun kepada Allah tetapi adalah diwajibkan seseorang yang melakukan dosa itu untuk pergi memohon maaf kepada orang yang mereka anyaia atau zalimi dan membayar kerugian yang mereka tanggung. Selagi ia tidak redha dan memaafkan akan dosa-dosa yang telah dilakukan keatasnya, selagi itulah ia masih tetap berdosa. Kecuali jika mereka itu telah meninggal dunia atau tidak dapat dicari tempat tinggalnya lagi. Tetakala itu wajiblah ia mengeluarkan harta atau wang yang sama nilai dengan kerugian yang ditanggung oleh simati itu, kemudiannya didermakan kepada Madrasah atau rumah- rumah anak yatim supaya pahala atas amalan itu bermanafaat kepada simati itu. Kemudian berserahlah kamu kepada Allah, semoga kamu diampunkan dengan memperbanyakkan amalan dan amalan-amalan untuk dihadiahkan kepada simati itu, semoga Allah menerima ganti akan hak-haknya kelak. Begitulah hakikat kepada Taubat Nasuha.
Terdapat sebuah hadis yang menjelaskan akan ciri-ciri orang yang bertaubat yang diriwayatkan secara marfu dari Ibnu Mas'ud bahawa Nabi saw telah bersabda ditengah-tengah beberapa orang sahabatnya "Kamu tahu, siapakah orang yang bertaubat ?". Mereka menjawab "Tidak". Baginda bersabda "Jika seseorang hamba bertaubat namun orang-orang yang pernah dimusihi belum redha, ia bukanlah orang yang bertaubat. Orang yang bertaubat namun ia belum dapat mengubah pakaiannya, ia bukanlah orang yang bertaubat. Orang yang bertaubat namun belum dapat mengubah perkumpulannya, ia bukanlah orang yang bertaubat. Orang yang bertaubat namun belun dapat mengubah nafkah serta perhiasannya, ia bukanlah orang yang bertaubat. Orang yang bertaubat namun belum dapat mengubah alas tidurnya dan bantalnya, ia bukanlah orang yang bertaubat. Orang yang bertaubat namun akhlaknya belum mulia, ia bukanlah orang yang bertaubat. Dan orang yang bertaubat namun hatinua belum lapang, ia bukanlah orang yang bertaubat ". Kemudian baginda menyambung "Apabila seseorang bertaubat dengan memerhatikan hal-hal yang disebutkan tadi, maka dia itulah orang yang benar-benar bertaubat ".
Kata sesetengah Ulama, mencari dan mendapatkan keredhaan orang-orang yang pernah dizalimi adalah untuk mengambalikan harta mereka yang pernah diambil secara paksa, penipuan atau muslihat perniagaan dan juga memohon maaf atas tindakannya yang pernah menghianati mereka, memaksa, menipu, mencemar kehormatan mereka (merogol) atau mencaci, memfitnah, memaki hamun mereka dan lain-lain lagi. Seboleh-bolehnya haruslah dicari mereka itu bagi tujuan itu terutama yang bersangkutan dengan harta benda dan wang ringgit. Apabila mereka benar-benar sudah meninggal dunia atau hilang atau tidak dapat dikesan lagi, maka ianya diserahkan kepada warisnya. Jika mereka tiada waris atau tidak ditemukan waris mereka itu, maka harta atau wang ringgit itu disedekahkan atas namanya dan kamu serahkan kepada Allah yang Mahamengatahui. Perlu juga kamu beramal dengan memohon keampunan kepad Allah atas dosa-dosanya dan juga mendoakan mereka supaya aman bahagia kelak.
Yang dimaksudkan dengan "mengubah pakaian" didalam hadis diatas tadi ialah pakaian yang haram digantikan kepada yang halal. Seperti kebiasaan dengan memakai pakaian yang mahal seperti sutera atau tidak menutup aurat dan menjolok mata, bertujuan untuk menunjuk-nunjuk dan pujian, bertukar kepada pakaian yang sederhana, menutup aurat, bertudung bagi kaum wanita, yang dibeli dengan wang yang halal pula. Yang dimaksudkan dengan "mengubah perkumpulan" ialah jika dahulu ia suka kemajlis-majlis keraian yang haram seperti menghadiri parti-parti atau majlis-majlis tari menari, disko, hightea iaitu pergaulan lelaki dan wanita tampa batas . Atau pun majlis-majlis yang tidak membawa manafaat, bercakap-cakap kosong, menfitnah dan mengadu domba kepada orang-orang lain. Atau berbual-bual kosong dikedai-kedai kopi, warong-warong yang kadang kala bercerita hingga keperingkat bangga dengan dosa-dosanya yang sedikit pun tidak memberi menafaat dan sebagainya lagi. Bertukar kepada menghadiri kemajlis-majlis mempelajari dan memahami al Quran dan hadis, majlis-majlis zikir, taklim, ceramah atau menghadiri majlis-majlis pertemuan dengan anak-anak yatim, orang tua-tua dan orang-orang miskin yang lemah. Atau pun majlis-majlis pertemuan dengan mufi, khadi, imam-imam, orang- orang arifbillah, orang-orang alim, soleh lagi wara' untuk mendapat ilmu dan membuat rujukan. Atau kemajlis-majlis ilmu yang lain, yang membolehkan kita mempelajari ilmu dari orang-orang yang lebih berpengalaman.
Yang dimaksudkan dengan "mengubah alas tidurnya dan bantalnya" ialah melazimkan dirinya bangun tengah malam untuk beribadah dan berzikir, bukan hanya tidur sahaja seperti sebelumnya. Allah berfirman didalam surah as Sajadah ayat 16 yang mafhumnya ;
"Rusuk (dadanya) mereka jauh dari tempat baring (kurang tidur malam) sedang mereka memohon kepada Tuhannya dengan ketakutan dan harapan..."
Yang dimaksudkan dengan "mengubah akhlaknya" ialah mengubah dari akhlak yang tidak baik seperti kasar, keras, kepala angin, pemarah, panas baran, ego dan megah diri kepada seorang yang mempunyai akhlak yang baik, penyabar, bertolak ansur, lemah lembut dalam petuturan, merendah diri, bersopan santun dan lain-lain lagi. Yang dimaksudkan dengan "hati yang lapang" ialah berasa tenang dengan dugaan hidup, beranggapan baik kepada Allah walau diduga dengan kepayahan, bersifat dermawan dan memberi pertolongan dengan ikhlas, selalu mengalah kerana orang lain yang lebih memerlukan, bersyukur dan redha dengan rezeki yang ada dan sentiasa bersedia berubah kepada yang lebih baik kepada yang terbaik kerana Allah semata-mata. Semua bentuk perubahan didalam dirinya itu adalah akibat dari Taubat Nasuha yang ikhlas dan benar- benar menyesali akan dosa-dosa dan amalan hidupnya yang telah lalu serta tidak mahu membazirkan umurnya kepada pekara yang sia-sia lagi. Jika benar-benar ia bertaubat nasuha berserta dengan memetahui semua syarat-syarat yang ditentukan syarak, sudah tentu Allah akan menerima taubatnya dan mengampuni seluruh kesalahannya dan dosa-dosanya. Allah berfirman didalam surah Thaha ayat 82 yang mafhumnya ;
"Sesungguhnya Aku amat penganpun bagi orang-orang yang taubat dan beriman serta mengerjakan yang baik, kemudian ia mendapat petunjuk ".
Kesimpulan kepada permasalahan taubat ini ada dijelaskan didalam beberapa buah hadis. Hadis pertama adalah yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah ra yang mempaparkan masaalah seseorang yang telah membunuh seratus orang manusia lalu ia menemui seorang ulama dan bertanya samaada dia berhak untuk bertaubat atas dosa dan kesalahannya, maka ulama itu berkata "kenapa tidak ? Siapakah yang menghalangi kamu dari bertaubat ?, Sekarang, pergilah kamu kenegeri Bani Fulan kerana disana terdapat beberapa orang soleh yang menyembah Allah. Sembahlah kamu kepada Allah bersama-sama mereka dan jangan kamu kembali kengerimu yang telah hancur binasa ".
Diriwayatkan oleh Abu Daud ath Thayalisi dalam Musnadnya, dari Zuhair bin Mu'awiyah dari Abdul Karim al Jazri dari Ziyad dari Abdullah bin Mughaffal bahawa ia berkata "Aku sedang bersama ayahku dan disampingku adalah Abdullah bin Mas'ud ra. Ayahku bertanya ' Apa tuan pernah mendengar Rasulullah ber sabda ' Sesungguhnya apabila seseorang hamba mengakui dosanya kemudian bertaubat kepada Allah yang Mahaperkasa lagi Mahaagung, Allah akan menerima taubatnya ?'. Ia menjawab 'Ya', aku juga pernah mendengar Baginda bersabda 'menyesal itu adalah taubat' ". Kemudian disebut juga didalam Shahih Muslim dan Shahih Bukhari sebuah hadis bersumber dari Saidatina Aisyah ra bahawa ia berkata "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda 'Sesungguhnya apabila seorang hamba mengakui dosanya kemudian ia bertaubat kepada Allah, nescaya Allah menerimanya' ".
Diriwayatkan oleh Abu Hatim al Basti dalam kitabnya "Musnad ash Shahih" dari Abu Hurairah ra dan Abu Sa'id al Khudri bahawa sesungguhnya Rasulullah duduk dari atas mimbar masjid kemudian bersabda "Demi Allah, yang jiwaku berada didalam gengamannya" Baginda mengulangi ucapan ini sebanyak tiga kali. Beberapa saat baginda hanya diam sahaja, semua orang nampak gusar akan atas sumpah yang diucapkan baginda. Kemudian Baginda menyambung "Setiap hamba yang menunaikan solat fardu lima waktu, berpuasa dibulan Ramadhan dan menjauhi dosa-dosa besar, nescaya akan dibukakan untuknya lapan pintu syurga pada hari kiamat sampai ditutup kembali ". (dari riwayat Ibnu Hibban, isnadnya daaif). Kemudian Baginda membaca sepotong ayat dari surah an Nissa' ayat 31 " Jika kamu meninggalkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, nescaya Kami ampuni kesalahanmu yang kecil-kecil dan Kami masukkan kamu didalam tempat yang mulia "
KETERANGAN:
Berkata Imam Syeikh al Qurthubi " berdasarkan beberapa petunjuk dari nas al Quran, dosa itu ada yang besar dan ada yang kecil seperti didalam surah an Nissa' ayat 31 itu tadi, berbeza dengan sesetengah pendapat Ulama yang mengatakan bahawa semua dosa itu adalah dosa besar. Sebagai contoh, dosa kecil iaitu menyentuh dan memandang wanita lain yang bukan muhrimnya akan dihapuskan dengan menjauhi dosa-dosa besar . Contoh yang lain pula adalah seperti didalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslaim dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda "Solat lima waktu dari Jumaat ke Jumaat berikutnya dan dari satu Ramadhan ke Ramadhan seterusnya, adalah hal-hal yang boleh melebur dosa yang terjadi diantaranya, selagi dosa-dosa besar tidak dilanggar".
Itulah pendapat majoriti ulama-ulama tafsir dan ulama-ulama fiqih yang merupakan pendapat yang sahih lagi benar. Manakala untuk menghapus dosa-dosa besar haruslah dilakukan dengan bertaubat nasuha seperti yang telah diterangkan diatas tadi berserta dengan syarat-syarat sahnya mengikut syarak. Hingga kini para ulama masih lagi berselisih pendapat berkenaan dengan taubat nasuha itu yang kemudian akan saya bentangkan kemudian, insyaallah.
NANTIKAN SAMBUNGANNYA DIKELUARAN YANG AKAN DATANG DENGAN HURAIAN AKAN BERBAGAI PERMASALAHAN HANYA MENERUSI RANGKAIAN INI. JANGAN KETINGGALAN MENGIKUTI EPISOD PENGHUJAHAN DAN IJMA PARA ULAMA MENERUSI HUJAH-HUJAH BERLANDASKAN NAS AL QURAN DAN HADIS SECARA DETAIL SETERUSNYA.
Sekian untuk kali ini, bertemu kita didalam bab-bab seterusnya nanti, insyaallah.
Sekian,
atok zamany
http://kubranewszamany.blogspot.com
Comments
Post a Comment