SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 8

 

 

BISMILAHIRAHMANIRAHIM...


FASAL A - KEMATIAN:


BAB 37 : KABAR DARI MALAIKAT MAUT;


Telah diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak dari Haiwah, dari Abu Shakhar dari Muhammad bin Ka'ab al Qardhi bahawa ia berkata "Ketika nyawa seorang mukmin akan keluar, Malaikat Maut datang dan berkata 'Assalamualaika, wahai orang yang dikasihi Allah. Allah kirimkan salamNya untukmu '. Kemudian ia mencabut nyawa orang itu dengan membaca ayat 32 surah an Nahl yang mafhumnya,


"(iaitu) orang-orang yang diwafatkan oleh Malaikat, sedangkan mereka itu orang-orang baik. Berkata Malaikat: Salam keatas mu, masuklah kedalam syurga sebab (amalan yang) kamu kerjakan ".

Kemudian Ibnu Mas'ud pula berkat, "Ketika Malaikat Maut datang untuk mencabut nyawa seorang mukmin, ia terlebih dahulu berkata ' Tuhanmu berkirim salam kepada mu ". Allah swt telah berfirman didalam surah al Ahzab ayat 44 yang mafhumnya;

"Ucapan mereka pada hari mereka menemui Nya (Allah) : Selamat ! Dia menyediakan untuk mereka pahala yang mulia ".

Al Barra' bin Azib mengatakan, " Malaikat Maut menyampaikan salam kepada seorang hamba yang mukmin sebelum mencabut nyawanya, Ia sememangnya baru saja mencabut nyawanya selepas memberi salam ". Berkata Mujahid pula " Sesungguhnya seorang mukmin iti akan diberi kabar gembira terlebih dahulu bahawa sepeninggalannya nanti anak-anaknya akan menjadi orang yang soleh dan ia akan merasa bahagia ". Telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda "Para Malaikat Maut itu hadir disisi orang yang akan dicabut nyawanya, Jika ia orang yang soleh, mereka berkata ' Keluarlah, wahai roh baik yang tinggal didalam jasad yang baik, keluarlah didalam keadaan terpuji. Bergembiralah kamu dengan rahmat dan anugerah Tuhanmu. Tuhanmu redha dan tidak murka '. Ucapan itu terus diulang-ulang sampai ia keluar dari jasad. Kemudian mereka membawanya naik kelangit dan ketika pintunya akan dibuka untuknya, mereka bertanya ' Siapakah itu ?'. Mereka menjawab 'Sipulan bin sipulan'.
Lalu pintu itu dibuka dan mereka menyatakan 'Selamat datang wahai Roh baik yang tinggal didalam jasad yang baik. Masuklah dengan terpuji, bergembiralah kamu dengan rahmat dan anugerah, Tuhanmu redha dan tidak murka '. Ucapan itu terus mereka ucapkan berulang-ulang kali hingga sampai rombongan malaikat itu Kehadrat Allah yang Mahatinggi.

Tetapi, jika orang itu merupakan seorang yang jahat, para Malaikat Maut itu berkata 'Keluarlah wahai roh buruk yang tinggal didalam jasad yang buruk. Keluarkah kamu dengan tercela, bergembiralah dengan neraka jahim dan kegelapan. Ucapan itu terus diulang-ulang hingga ia keluar dari jasad. Kemudian mereka membawanya naik kelangit dan sampai dimuka pintunya, mereka bertanya 'Siapakah itu ?'. Mereka menjawab 'Sipulan bin sipulan'. Mereka berkata 'Tiada ucapan selamat datang kepada roh yang buruk yang tinggal didalam jasad yang buruk , pulanglah kamu dengan celaan '. Maka mereka melemparkan roh itu dari langit, kembali kedalam kubur ".

Sumber daripada Salamah bin Yassar dari Sawar, dari Ibnu Abbas, dari Abu Dzi'bu, dari Muhammad bin Amar bin Atha', dari Sa'id bin Yassar, dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda "Sesungguhnya orang yang akan meninggal dunia itu didatangi rombongan Malaikat Maut. Jika ia orang yang soleh, mereka berkata 'Keluarlah wahai roh yang baik ". Telah diriwayatkan pula oleh Muslim dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda "Ketika roh seseorang hamba yang beriman itu keluar, ia terus diterima oleh dua Malaikat yang kemudiannya terus membawanya naik ". Berkata pula Hammad "Ketika ia dibawa naik, mayatnya menebarkan aroma wangian minyak kasturi yang tersangat harum. Para penhuni langit mengatakan ' Ada roh bagus dari bumi yang lalu. Mudah-mudahan Allah merahmati mu dan merahmati jasad yang kamu berada padanya'. Roh itu terus dibawa naik mengadap Tuhannya. Apabila sampai sahaja, Allah berfirman 'Bawa ia kepada akhir ajal '. Sebaliknya, jika yang dibawa naik kelangit itu seorang kafir, ia akan menebarkan bau yang sangat busuk. Para penghuni langit berkata 'Ada roh busuk dari bumi yang sedang lalu'. Apabila sampai kehadrat Allah, akan diperintahkannya dibawa keakhir ajal ".

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Ubadah bin Shamit bahwa " Barang siapa yang suka bertemu dengan Allah, maka Allah juga suka untuk bertemu dengannya. Dan barang siapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, aka Allah juga tidak suka untuk bertemu dengannya". Sama ada Aisyah atau salah seorang dari isteri Nabi yang lain telah berkata "Sesungguhnya kami tidak suka akan kematian ". Maka Nabi bersabda "Janganlah begitu, Ketika Malaikat Maut menunggu seorang mukmin yang hendak meninggal dunia, ia membawa kabar gembira berupa keredhaan dan kedermawanan Allah. Maka tidak ada apa yang lebih disukainya daripada apa yang berada dihadapannya itu, ia lalu suka untuk segera bertemu Allah swt dan Allah juga suka untuk segera bertemu dengannya. Tetapi, ketika Malaikat Maut menunggu seorang kafir yang hendak meninggal dunia, ia memberi kabar gembira dengan azab dan seksaan Allah sehingga tidak ada sesuatu yang lebih dibencinya daripada apa yang berada dihadapannya. Maka ia tidak suka untuk bertemu Allah dan Allah juga tidak suka untuk bertemu dengannya ". Hadis ini telah diriwayatkan juga oleh Muslim dan Ibnu Majah dari Aisyah ra dan diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak dan Anas.



PENJELASAN PENULIS;


Berkata Syeikh al Qurthubi (penulis kitab ini). "Sekalipun hadis tadi telah ditafsirkan dengan begitu jelas dan terperinci, terdapat juga riwayat Muslim dari Aisyah ra yang masih menjelaskan lagi maksud hadis tersebut. Maka Ia berkata kepada Syuriah bin Hani' yang ingin berdebat denganya mengenai apa yang didengarnya dari Abu Hurairah ra akan permasaalahan itu "Ketika pandangan mata seseorang sudah kabur, dadanya sudah sesak, sekujur kulitnya mengigil dan jari-jarinya sudah sejuk, maka ketika itulah ada penentuan barang siapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya dan barang siapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya ".

.....................................................

Diriwayatkan juga diri Aisyah ra bahawa ia berkata "Apabila Allah berkehendak baik pada seorang hamba, setahun sebelum ia meninggal dunia, Allah akan mengutus Malaikat untuk mengajarnya dan menolongnya sehingga orang sama-sama mengatakan 'Sifulan itu mati dalam keadaan yang baik . Ketika sedang mengalami shakarat, lalu diperlihatkan balasan pahalanya, nyawanya begitu bersemangat petanda bahawa ia sangat suka bertemu dengan Allah dan Allah juga suka untuk bertemu dengannya. Tetapi, apabila Allah menghendaki buruk pada seorang hamba, setahun sebelum meninggal dunia, Allah telah membiarkan syaitan menyesatkan dan menfitnahnya sehingga orang menyatakan bahawa 'Sifulan mati didalam keadaan yang buruk'. Ketika sedang mengalami shakarat lalu ia menyasikan azab yang akan menimpa dirinya, nyawanya murung petanda ia tidak suka bertemu Allah dan Allah juga tidak suka bertemu dengannya ". Demikianlah hadis yang diriwayatkan oleh Abdulrazaq tetapi sanadnya dhaif.


Diriwayatkan oleh ath Tarmidzi dalam bab mengenai 'Takdir' dari Anas bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya jika Allah yang Mahaperkasa lagi Mahaagung menghendaki baik kepada seseorang hamba, Dia akan menolongnya melakukan amal soleh sebelum ia meninggal dunia". Menurut Abu Isa, hadis ini hadis yang sahih. Syeikh al Qurthubi (penulis kitab ini) telah mengemukakan riwayat yang lain dari Ahmad dan Thabrani yang senada telah menyatakan bahawa Rasulullah telah bersabda "Apabila Allah menghendaki baik kepada seseorang hambaNya, Dia akam memberikannya madu ". Bertanya para sahabat "Apa kah maksudnya Ya Rasulullah ?". Baginda bersabda "Allah akan membukakan peluang kepadanya melakukan amal soleh, saat akan meninggal dunia disaksikan orang-orang disekitarnya dengan redha ".

Allah telah berfirman didalam surah al Waaqiah ayat 89 yang mafhumnya ;

"Maka (untuknya) kesenangan, rezeki yang baik dan syurga kenikmatan".

Mengulasan akan maksud ayat ini, Imam Qatadah mengatakan "Yang dimaksudkan kesenangan ialah rahmat dan yang dimaksudkan rezeki ialah pelokkan Malaikat Maut saat hendak meninggal dunia ".

Firman Allah didalam surah al Mukminuun ayat 99 yang mafhumnya ;

"Sehingga apabila seseorang diantara mereka itu mati, ia berkata : Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (kedunia) ".

Diriwayatkan oleh Juraij bahawa Nabi saw bersabda kepada Aisyah ra "Iaitu ketika seseorang mukmin sudah melihat Malaikat Maut dengan mata kepalanya sendiri, mereka bertanya ' Apakah kami boleh dikembalikan kedunia lagi ?'. Ia menjawab 'Kenegeri yang penuh kebinggunan dan kesedihan lagi ?'. Tidak !. Kembalikan saja aku kepada Allah Azza wa Jalla ". Ada pun kepada orang kafir Malaikat itu bertanya 'Adakah kami boleh membantu mengambalikan kamu kedunia lagi ?'. Ia menjawab seperti firman Allah didalam surah al Mukminunun ayat 99 hingga 100 iaitu "Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (kedunia), agar aku berbuat amal yang soleh ".

Adapun yang dimaksudkan oleh sabda Nabi saw "Dilangit dimana Allah berada ". bermaksud, Sidratul Muntaha, tempat segala sesuatu yang ada dibumi naik kesana dan seterusnya tempat turunnya segala sesuatu kebumi ini. Demikianlah aa yang terdapat didalam Shahih Muslim, hadis yang menceritakan tentang Isra'mikraj. Menurut keterangan hadis al Barra' bin Azib, Malaikat membawanya sampai langit tingkat tujuh. Penjelasan berkenaan pekara ini akan diulas pula kemudian, Insyaallah.

Sebuah hadis diriwayatkan oleh al Bazzari didalam kitabnya bertajuk "Musnad al Bazzari", dari Abu Hurairah ra menyebut bahawa Nabi saw bersabda "Sesungguhnya ketika seseorang mukmin dalam keadaan nazak, Malaikat datang kepadanya dengan membawa sepotong kain sutera yang berisi minyak kasturi dan tangkai-tangkai bunga yang harum. Ia mencabut nyawanya seperti orang mencabut sehelai rambut dari adonan tepong. "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas dan diredhaiNya" (al Fajr ayat 27-28). Artinya, keRibaan Allah dengan memperolehi keredhaanNya. Setelah rohnya keluar, ia dibungkus dengan kain sutera bersama tangkai-tangkai bungaan tersebut, seterusnya dibawa ke Iliyyain. Sebaliknya, ketika seorang kafir yang sedang nazak, Malaikat datang membawa kain bulu yang mengandungi didalamnya api. Maka dicabut nyawanya dengat sangat keras (direntap). Kemudian dikatakan kepadanya "Wahai jiwa yang busuk, keluarlak kamu dalam keadaan kemurkaan untuk kamu merasakan kehinaan serta azab Allah". Apabila nyawanya telah keluar, terus diletakkan didalam api dan bersuara seperti sesuatu yang mendidih kemudian dilipat dengan kain bulu itu dan dibawa ke Sijjin ".


PENJELASAN PENULIS ;

Menurut Syeikh al Qurthubi (penulis kitab ini) "Hadis-hadis tersebut adalah senada dengan hadis-hadis Abu Hurairah ra diatas tadi, dan pada dasarnya hadis-hadis tersebut telah juga saling menafsir antara satu sama lain, maka ia tidak mendatangkan masaalah ".

......................................................



BAB 38 - DIBERITAKAN AMALAN KAMU KEPADA ARWAH YANG LAIN ;


Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak dari Abu Ayyub al Anshari bahawa ia berkata "Ketika nyawa seorang mukmin dicabut, terus diterima oleh hamba-hamba Allah yang mendapat rahmat, seperti mereka menyambut orang yang memberikan kabar gembira semasa didunia. Sebahagian mereka bertanya kepada yang lainya "Lihat itu saudara kamu, ia sudah tenang, padahal tadinya ia mengalami kesulitan yang dahsyat". Lalu mereka menghampirinya dan bertanya "Apa yang terjadi kepada sifulan ? Apa yang terjadi dengan sifulanah ? Adakah mereka telah bernikah ?. Setiap kali menanyakan tentang seseorang yang telah meninggal dunia sebelumnya, lalu ia dijawab bahawa 'Ia celaka ! mereka mengatakan "Inna lillahi wa innaa illaihi raji'un". Ia dibawa keneraka Hawiyah, sebusuk-busuknya tempat kembali. Lalu diperlihatkan kepada mereka amal- amalnya. Jika melihat amalan yang baik, mereka merasa senang dan gembira sambil berkata "Ya Allah, inilah nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepada hamba Mu, maka tolong sempurnakanlah nikmat Mu itu. Dan jika melihat amalan yang buruk,mereka menyatakan "Ya Allah, periksalah hamba Mu ini ".

Diriwayatkan juga oleh Ibnu Mubarak didalam kitabnya bertajuk "Zawaid Ibnu Mubarak" ms 165, dari Shafwan bin Amr, dari Abdulrahman bin Jubair bin Nafir bahawa Abu Darda' pernah menyatakan "Sesungguhnya amal-amal kamu akan diperlihatkan kepada orang-orang yang telah mati diantara kamu. Mereka boleh merasa senang dan boleh juga merasa sedih (akan amalan kamu itu) ". Maka Abu Darda' pernah berdoa "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari melakukan sesuatu amal yang membuat sedih kepada Abdullah bin Rawahah". Didalam riwayat yang lain disebut bahawa Abu Darda' berdoa "Ya Allah, aku mohon perlindungan kepada Mu jangan sampai aku melakukan sesuatu amal yang membuat aku terhina disisi Abdullah bin Rawahah "

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abdulrahman bin Ya'la ats Tsaqafi, dari Utsman bin Abdullah bin Aus bahawa ia bercerita "Suatu hari Sa'id bin Jubair meminta izin menemui anak saudaranya iaitu isteriku yang juga puteri kepada Amr bin Aus (almarhum). Atas izin ku, ia menemui isteri ku itu dan bertanya "Bagaimana perlakuan suamimu keatasmu ?". Isteriku menjawab "Ia selalu berusaha menjadi orang yang baik ". Kemudian Abdullah memandang kepada ku dan berkata " Wahai Utsman, perlakukan ia dengan baik, kerana jika kamu berbuat anaiya, kamu akan berhadapan sendiri dengan Amr bin Aus ". Lalu aku bertanya "Apakah berita orang yang hidup itu didengari oleh orang yang telah mati ?". Ia menjawab " Ya !, setiap orang yang mempunyai sahabat karib, ia pasti akan mendengar berita kaum kerabatnya. Jika berita itu baik, ia akan mengucapkan salam dengan senang dan gembira. Jika berita itu buruk, ia akan meraung dan sedih. Bahkan, mereka pula akan menanyakan orang yang telah mati. Jika dijawab dengan pertanyaan semula "Apakah berita itu belum sampai kepada kamu ? ". Mereka akan menjawab "Tidak !". Ia pasti sudah dibawa keneraka Hawiyah ". Demikianlah riwayat Ibnu Mubarak ms 147.

Hasan al Bashri menyatakan "Sewaktu nyawa seorang mukmin dicabut, lantas dibawa naik kelangit dan disambut oleh arwah orang-orang mukmin yang lain, mereka bertanya 'Bagaimana dengan sifulan ?. Ketika mendengar jawapan yang berisi pertanyaan 'Apakah beritanya belum sampai kepada mereka ?'. Mereka lantas menjawab 'Belum. Ia belum bergabung dengan kami. Kalau begitu, ia pastinya menuju ke Hawiyah, seburuk-buruk tempat kembali ". Kemudian diceritakan pula oleh Abu Nu'iam dari Wahab bin Munabih bahawa ia berkata "Dilangit tingkat ketujuh, Allah memiliki sebuah tempat khas yang diberi nama Al Baidha', iaitu sebuah tempat berkumpulnya arwah-arwah dari kalangan orang-orang mukmin. Apabila ada seorang mukmin dari penduduk bumi yang meninggal dunia, kehadirannya disambut oleh arwah-arwah itu dan menanyakan kepadanya tentang berita didunia, seperti keadaannya seseorang bertanya angota keluarganya yang baru menziarahi mereka ".


PENJELASAN PENULIS ;

Berkata Syeikh al Qurthubi (penulis kitab ini). " Sekali pun riwayat-riwayat diatas tadi dianggap sesetengah pihak sebagai Mauquf, tetapi ia tidak bererti pendapat-pendapat itu adalah merupakan pendapat peribadi mereka sahaja, maka ianya juga boleh diterima pakai sebagai sebuah hujah umum bagi menjelaskan lagi pekara tersebut ".

.....................................................


Diriwayatkan oleh an Nasai' yang senada juga dengan riwayat Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda "... lalu arwah orang-orang mukmin menyambut kedatangannya dengan sangat gembira sekali, lebih gembira daripada salah seorang kamu yang menyambut sekembalinya seorang yang baru pulang dari perantauan, lalu mereka bertanya kepadanya "Bagaimana dengan sifulan ? Bagaimana dengan sifulanah ?. Ia lalu menjawab "Biarkan sahaja dia kerana ia sedang sebuk dengan kegelapan dunia. Apa kamu tidak mendengar berita tentangnya ?. Mereka berkata "Kalau begitu, ia telah menuju ketempat kembalinya, iaitu neraka Hawiyah ". Hadis ini akan diperbahaskan lagi selengkapnya kemudian nanti.

Telah diriwayatkan oleh ath Tarmidzi al Hakim dalam kitabnya bertajuk "Nawadir al Ushul", dari ayahnya, dari Qubaishah, dari Sufian dari Aban bin Abu Iyasy dari Anas ra bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya amal-amal kamu itu akan diperlihatkan kepada keluarga dan kaum kerabat kamu yang telah meninggal dunia. Jika amalan kamu baik, mereka bergembira. Tetapi jika amalan kamu buruk, mereka berdoa 'Ya Allah, jangan Engkau matikan ia dahulu sebelum Engkau beri pertunjuk seperti yang telah Engkau berikan kepada kami ". Diriwayatkan lagi oleh ath Tarmidzi al Hakim dari Abdul Ghafur bin Abdul Aziz dari ayahnya dan dari datuknya bahawa Rasulullah bersabda " Pada hari Isnin dan hari khamis, amal-amalan kamu akan diperlihatkan kepada Allah. Pada hari Jumaat amal-amal kamu akan diperlihatkan kepada para Nabi dan kepada nenek moyang kamu yang telah meninggal dunia. Mereka merasa gembira dengan amalan kebajikan kamu sehingga menambah wajah mereka putih bercahaya. Oleh sebab itu, bertakwalah kamu kepada Allah, wahai hamba-hamba Allah, Janganlah kalian sakiti orang-orang yang telah mati diantara kamu dengan amalan buruk kamu ".

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda "Apabila salah seorang diantara kalian meninggal dunia, arwahnya diperlihatkan kepada keluarga-keluarga kamu yang yang telah meninggal dunia. Mereka saling mengatakan "Biarkan saja duhulu dia beristirehat kerana ia baru sahaja mengalami kesakitan". Kemudian mereka bertanya kepadanya "Bagaimana amalan sifulan ? dan bagaimana amalan sifulanah ?. Jika ia menjawab "Baik !" maka mereka merasa gembira sekali seraya memanjatkan pujian dan kesyukuran kepada Allah. Tetapi jika ia menjawab "Buruk !". Maka mereka berdoa "Ya Allah, ampunkanlah dia ". Mereka juga bertanya "Adakah sifulan sudah bernikah ? atau "Adakah sifulanah juga sudah bernikah ?". Mereka juga menanyakan tentang seseorang yang meningal dunia sebelumnya. Ketika dijawab "Belum !". Mereka berkata "Kan ia meninggal sebelum aku, Apakah ia belum bergabung dengan kamu semua ?". Mereka berkata "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un". Bererti ia menuju ke neraka Hawiyah, seburuk-buruknya tempat kembali". Bahkan mereka juga sempat bertanyakan tentang kucing dirumah ". Ini diperkatakan oleh ats Tsa'labi.

Juga disebutkan didalam riwayat oleh Bukhari dan Muslim bahawa Nabi saw bersabda "Sesungguhnya arwah itu adalah satu pasukan yang sangat besar, yang saling mengenali akan berkumpul dan yang tidak dikenali akan merayau-rayau ". Begitulah yang dimaksudkan dengan pertemuan dengan arwah-arwah yang telah lebih dahulu meninggal dunia. Ada yang mengatakan bahawa pertemuan itu diantara orang yang sedang tidur dengan orang yang telah mati dan ada pula yang menyatakan bahawa pertemuan itu diantara orang yang telah mati dengan orang yang telah mati terdahulu daripadanya, Wallahua'lam...

Diriwayatkan oleh Ibnu Lahi'ah dari Bukair Ibnu Asyaji, dari al Qasim bin Muhammad, dari Aisyah ra, bahawa Nabi saw bersabda "Mayat itu merasakan sakit dikuburnya kerana angota keluarganya disakiti". Ada pendapat yang menyatakan bahawa ucapan-ucapan orang yang masih hidup yang menyakitkan mayat itu. Berita itu disampaikan melalui Malaikat secara lembut atas perintah Allah. Urwah mengatakan "Seorang lelaki mencaci maki Saidina Ali bin Abi Talib kwh dihadapan Saidina Umar al Khathab ra. Maka Saidina Umar bertanya kepada lelaki itu 'Apa maksudmu ?, sesungguhnya kamu telah menyakiti Rasulullah dimakamnya". Menurut para Ulama, hadis ini merupakan suatu AMARAN KERAS supaya kita tidak mengata, menghina, memaki hamun, mendoa yang tidak baik atau berkata perkataan yang tidak baik kepada keluarga Rasulullah, Sahabat-sahabat baginda, Sahabat kepada sahabat baginda dan kepada seluruh keluarga-keluarga mereka kerana perbuatan itu seumpama kamu menyakiti Rasulullah itu sendiri walaupun Baginda telah lama wafat. Begitu juga halnya dengan keluarga kita sendiri, seluruh jenarasi keturunan kamu yang telah meninggal dunia akan menerima kesakitan apabila salah seorang keluarga kamu disakiti, dimaki, dihina, mengata apatah lagi jika mereka dianyaia.

Diriwayatkan didalam sebuah hadis bahawa Nabi saw pernah memberikan hadiah kepada sahabat-sahabat dan kenalan terdekat kepada Khadijah untuk memelihara hubungan baik, kekeluargaan dan kesetiaan mereka. Perbuatan Baginda ini merupakan sesuatu yang sangat mulia yang sangat perlu dicontohi bukanlah berbuat sesuatu pekara yang bertentangan pula, sudah tentu perbuatan yang bertentangan itu dianggap perbuatan yang menghina dan sangat keji. Telah disebut pula didalam sebuah riwayat dari Nabi saw bahawa Malaikat Maut menjauhkan dirinya dari seseorang yang berdusta dan berbohong bila berkata-kata yang selalu dilakukan oleh manusia. Demikian juga dengan perbuatan maksiat kepada Allah yang dilakukan oleh manusia itu yang sudah tentunya akan menyakiti para-para Malaikat yang sedang mengurus urusan yang diperintahkan Allah pada diri manusia itu. Mereka semua akan lari semasa perbuatan maksiat itu sedang dilakukan oleh manusia itu, dan kemudian setelah reda barulah mereka menyambung kerja mereka itu.

Manakala terdapat pula seorang hamba yang meninggal dunia didalam keadaan tetap keras hatinya kepada perbuatan-perbuatan maksiat, tidak sempat bertaubat dan tidak terampun lagi kesemua dosa-dosanya itu. Tetapi didalam kubur, setiap hari dosa-dosanya berkurangan akibat dari sumpah seranah, maki hamun, kata-kata hina dari semua manusia yang benci kepadanya didunia ini. Maka begitulah ketetapan yang telah ditentukan Allah akan nasib seseorang sama ada yang hidup mahu pun yang telah meninggal dunia.



CATITAN PENULIS :


Dari sumber-sumber hadis serta kenyataan yang telah diperkatakan diatas tadi, dapatlah kita rumuskan beberapa pekara yang sentiasa menjadi bualan dan kadang kala menimbulkan rasa marah kepada sesetengah golongan manusia diwaktu ini yang tidak habis-habis mencaci maki, menghina, mengadu domba, menfitnah, dikata dengan segala macam perkataan kesat yang ditujukan kepada para keluarga Baginda Rasulullah, Isteri-isteri Baginda, Sahabat-sahabat Baginda, Keluarga kepada sahabat-sahabat, Sahabat kepada sahabat serta keluarga mereka dan seluruh institusi Kekerabatan Baginda semuanya habis terpalit dengan kata-kata hina mereka. Malahan terus didoakan kehancuran dan kemusnahan institusi kekeluargaan mereka didalam setiap doa-doa mereka, malahan kata-kata sumpah seranah itu disumbat juga didalam doa Qunut sewaktu Solat Subuh. Hanya yang terselamat ialah Rasulullah itu sendiri dan Saidina Ali berserta seluruh keluarganya, malahan Saidina Ali pula disanjung dan dipuja-puja melangit tingginya dibanding Rasulullah itu sendiri. Sedangkan yang lainnya itu semua bersangkaut paut juga dengan Baginda Rasulullah. Bagaimanakah mereka boleh taksub membuta tuli tampa mempedulikan segala Hukum yang bersangkutan akan pekara seumpama ini, malahan hingga sanggup turut sama lebur didalam kekesasatan seumpama itu. Mereka tidak mahu dinasihati, tidak mahu lagi mempercayai hadis-hadis, malahan seolah-olah itu semua tidak ujud pada mereka yang telah rosak akal fikiran mereka, taksub melampau kepada Imam malahan telah dirasuk Syaitan dengan kebencian, perkauman, perasangka, fitnah dan dendam yang tiada penghujungnya. Adakah mereka ini boleh lagi dipanggil "ISLAM" ???. Adakah dibenarkan didalam Islam untuk menyakiti Rasulullah ???. Bolehkah Rasulullah menerima mereka sebagai "Umatnya" atas apa yang telah dan sedang mereka lakukan itu ???

Kemudian didalam isu Ibnu Taimiyyah yag telah diperdebatkan dengan sungguh dahsyat sekali diseluruh dunia termasuk di Malaysia ini yang telah tersalah anggap keatas dirinya hingga difitnah sampai kehari ini dimana-mana juga. Dia sendiri telah mengaku kesilapannya kemudian diakhir hidupnya ia kembali insaf dan bertaubat. Rupa-rupanya ia bukannya meredakan keadaan, malah menghangatkan lagi perbalahan antara golongan Wahabi yang memusuhi Sunni sejak dari mula lagi. Ibnu Taimiyyah yang wafat pada tahun 728 H tidak habis-habis dijadikan sasaran kedua-dua pihak, walhal ia telah tentu tempatnya setelah ia wafat. Sekarang, Bagaimana dengan mereka-mereka yang asyik bertelagah itu ??? Malah ada yang sanggup mengatakan ia sesat ??? Ia dilebal dengan segala macam penghinaan ??? dan lain-lain lagi pekara lagi yang sungguh menyayat hati. Jika kita renung akan hadis-hadis diatas tadi, MUNGKIN dosa-dosanya telah terhapus seluruhnya dek sumpah seranah kedua-dua puak yang taksub membuta tuli itu, malah diganti akan rahmat disisi Allah pula. Disebaliknya kepada manusia yang memaki hamunnya, menghinanya, menyumpah seranahnya, memfitnahnya serta berbagai kata-kata kesat yang keluar dari mulut-mulut manusia dungu itu, telah berbuat dosa kering yang tidak akan dapat memohon ampun dan maaf lagi dari beliau kerana beliau sudah wafat. Tunggu saja akan masa dan ketikanya dihadapan Allah Rabujalil kelak. Jika pun kamu mendapat kemurahan hatinya untuk memaafkan dosa kamu, Allah pasti akan membalas segala perbuatan, kata-kata dan fitnah yang diperbuat oleh mu pada dirinya malahan kepada Agama Islam itu sendiri yang menerima tempias akan perbuatan kamu itu.

Maka, adalah perlu untuk kita berlepas diri dari semua kemalut yang telah disebutkan tadi malahan pertikaian-pertikaian yang lainnya yang akan membawa kemusnahan kepada Agama dan terutamanya untuk diri kamu sendiri. Kebanyakan dari pengikut-pengikut yang taksub Imam ini dari kedua-dua pihak adalah hanya menjadi pak turut dan terikut-ikut membabi buta tampa mengatahui jalan cerita sebenarnya. Keluarlah dari masaalah itu. Jangan mengabdikan dirimu kepada sesuatu yang tidak benar. Jika dengan Nas dan Hadis-hadis diatas tadi juga tidak memberi keinsafan kepada kamu, maka tiada lagi arah untuk kami menolong kamu. Terserahlah kepada Allah swt yang Mahamengatahui lagi Mahaagung.


BAB 39 - KEMANA PERGINYA ROH YANG KELUAR;


Abu Hasan al Qabisi mengatakan "Menurut para Ulama Ahli Sunnah Wal Jemaah, Roh yang keluar dari jasad dibawa naik oleh para Malaikat dan berhenti dihadrat Allah untuk ditanya serta diperiksa. Jika ia termasuk orang-orang bahagia, Allah berfirman kepada Malaikat 'Bawalah dia dan perlihatkan tempatnya diSyurga'. Malaikat pun membawanya keSyurga ketika mayatnya sedang dimandikan. Apabila selesai dimandikan dan dikafankan, ia dikembalikan lalu dimasukkan ia didalam kafan dan jasadnya. Ketika diusung kekubur, ia mendengar semua yang diperkatakan orang-orang yang menghantarnya. Setibanya dikubur, ia dikeluarkan semula dari jasadnya, kemudian ia didatangi dua Malikat yang akan mengujinya". Berkata Amr bin Dinar "Setiap orang yang meninggal dunia, rohnya yang berada didalam genggaman tangan Malaikat menyaksikan bagaimana jasadnya dimandikan, dikafankan dan dimasukkan kedalam kubur ". Kemudian ditambah pula oleh Daud, seperti yang dipetik oleh al Hafizh Abu Nua'im "... dan ketika ia sudah berada didalam kubur, Malaikat berkata kepadanya 'Dengarkan itu, orang ramai sama-sama memuji mu".

Menurut Abu Hamid didalam kitabnya bertajuk "Kasyfu Ulum al Akhirat" iaitu "Ketika Malaikat Maut mencabut roh orang yang bahagia, ia terus disambut dan diterima oleh dua Malaikat yang berwajah tampan, berpakaian indah dan memakai minyak wangian yang sangat harum. Mereka membungkus roh itu dengan kain sutera dari Syurga sebagai pakaian orang yang mulia kerana sewaktu didunia ia termasuk diantara orang yang soleh. Malaikat membawanya naik keangkasa melalui umat-umat yang terdahulu. Tiba dihadapan pintu langit dunia Malaikat itu mengetuk pintu itu. Malaikat penjaga pintu itu bertanya "Siapa kamu ?". Malaikat pengiring itu menjawab "Aku, Shalshail dan bersama ku ialah sifulan. Ia orang soleh dan sangat kuat memegang teguh agamanya ". Maka pintu itu pun dibuka, masuklah mereka kedalamnya untuk menuju kepintu langit tingkat yang kedua. Sampai sahaja dihadapan pintu itu, Malaikat itu mengetuknya, maka ditanya oleh Malaikat penjaga pintu langit kedua itu "Siapa kamu ?". Malaikat pengiring menjawab "Aku Shalshail , aku bersama dengan sifulan ". Pintu itu pun dibuka sambil disambut oleh Malaikat disana dengan ucapan "Selamat datang sifulan, orang yang rajin menjaga solatnya".

Mereka pun masuk kedalamnya untuk meneruskan perjalanan ke pintu langit yang ketiga. Sampai sahaja dihadapan pintu langit ketiga itu, Malaikat pengiring itu pun mengetuk pintu itu, maka ditanya oleh Malaikat penjaga pintu itu "Siapakah kamu ?". Malaikat pengiring itu menjawab "Aku Shalshail, aku bersama sifulan ". Pintu itu pun dibuka sambil Malaikat itu mengucapkan "Selamat datang sifulan, wahai orang yang dermawan dan membelanjakan hartanya kejalan Allah". Mereka pun memasukinya untuk meneruskan perjalanan menuju kepintu langit yang keempat. Tiba sahaja dihadapan pintu itu, Malaikat pengiring pun mengetuknya, maka ditanya oleh Malaikat penjagan pintu itu "Siapakah itu ?". Malaikat pengiring pun menjawab "Aku Shalshail bersama dengan sifulan ". Pintu itu dibuka sambil Malaikat itu mengucapkan "Selamat datang sifulan, orang yang tekun berpuasa dan menjaga kemurniannya". Mereka pun masuk kedalamnya untuk meneruskan perjalanan menuju pintu langit kelima. Setibanya mereka dihadapan pintu itu malaikat pengiring itu mengetuk pintu itu. Maka Malaikat penjaga pintu itu bertanya "Siapakah kamu ?". Malaikat pengiring pun menjawab "Aku Shalshail bersama dengan sifulan ". Pintu itu pun dibuka sambil Melaikat itu mengucapkan " Selamat Datang sifulan, orang yang menunaikan ibadah haji dengan ikhlas ".

Mereka pun memasukinya untuk meneruskan perjalanan menuju pintu langit keenam. Tiba sahaja dihadapan pintu itu mereka pun berhenti dan Malaikat pengiring itu pun mengetuk pintu itu. Maka Malaikat penjaga pintu itu pun bertanya "Siapakah kamu ?". Malaikat pengiring itu pun menjawab "Aku Shalshail bersama sifulan". Pintu itu pun dibuka sembil Malaikat itu mengucapkan "Selamat datang sifulan, orang soleh yang budiman dan sangat berbakti kepada kedua orang tuanya". Mereka pun memasukinya untuk meneruskan perjalanan hingga sampai dihadapan pintu langit ketujuh, mereka pun berhenti dan Malaikat pengiring itu pun mengetuk pintu itu. Maka ditanya oleh Malaikat penjaga pintu itu "Siapa kamu ?". Lalu Malaikat pengiring itu menjawab " Aku Shalshail bersama sifulan ". Lalu pintu itu pun dibuka sambil Malaikat itu mengucapkan "Selamat datang sifulan, orang yang rajin berjaga malam dengan membaca Istighfar memohon keampunan, yang suka bersedekah secara diam-diam dan suka kepada anak-anak yatim". Mereka memasukinya dan meneruskan perjalanan hingga sampai dihadapan sebuah Kemah Tempat Keagungan, mereka pun berhenti dihadapan pintunya dan Malaikat pengiring itu pun mengetuknya. Maka disahut pertanyaan oleh Malaikat penjaga pintu itu "Siapakah itu ?". Dijawab oleh Malaikat pengiring itu "Aku Shalshil bersama sifulan ". Lalu pintunya dibuka seraya Malaikat penjaga itu mengucapkan "Selamat datang wahai sifulan, orang yang rajin memohon keampunan dengan beristighfar, yang melakukan amal makruf nahi mungkar dan yang suka membantu orang-orang miskin ".

Mereka pun memasuki pintu itu dan meneruskan perjalanan melalui kerumunan para-para Malaikat yang sangat ramai. Mereka menyambutnya dengan sangat gembira serta masing-masing ingin bersalaman dengan sifulan itu, hinggalah mereka sampai dihadapan pintu Sidratul Muntaha lalu mereka berhenti. Kemudian Malaikat pengiring itu pun mengetuk pintu itu lalu disahut oleh Malaikat penjaga pintunya dengan berkata "Siapakah kamu ?". Malaikat pengiring itu pun menjawab "Aku Shalshil bersama dengan sifulan ". Lalu pintu itu pun dibuka sambil malaikat itu berkata "Selamat datang wahai sifulan, orang yang beramal soleh untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata ". Mereka pun masuk kedalam pintu itu untuk meneruskan perjalanan dengan melalui beberapa buah lautan iaitu lautan api, lautan cahaya, lautan air dan lautan salju. Jarak perjalanan diantara sebuah lautan dengan lainnya ialah seribu tahun perjalanan. Setibanya mereka disana, sebuah tabir yang menutupi Arasy pun dibuka. Disekelilingnya terdapat lapan puluh buah bangunan Kemah- kemah yang sangat besar ukuran. Setiap dari kemah itu diduduki oleh lapan puluh ribu para Malaikat yang sedang khusyu' mengaggungkan dan mensucikan Allah dibawah sinar cahaya lapan puluh ribu bulan. Andaikata salah satu bulan itu dapat dilihat oleh penduduk bumi, pasti mereka akan menyembahnya kerana disangkanya Tuhan. Pada saat itulah kedengaran seruan Allah dengan firmannya "Jiwa siapakah yang kamu bawa itu" Malaikat pengiring itu menjawab "Jiwa sifulan bin sifulan, Ya Tuhanku". Allah berfirman "Bawa ia dekat disini, kamu adalah sebaik-baiknya hamba, wahai hamba Ku". Setelah hamba itu dihadapkan kehadrat Allah dan mendapat pengampunan Nya, mereka pun beredar atas titah perintah Allah yang Mahaaggung lagi Mahatinggi ". Begitulah terperinci sekali cerita yang dituliskan oleh Abu Hamid didalam kitabnya itu.

Ada seorang sahabat yang telah bermimpi melihat Yahya bin Aktsam iaitu seorang ulama ahli hadis yang sangat terkenal pada zamannya, yang sebenarnya telah pun meninggal dunia dikala itu. Kemudian sahabat itu bercerita "Aku bertanya kepada Yahya, 'Apa yang telah Allah lakukan padamu ?'. Yahya menjawab 'Setelah aku dibawa Malaikat untuk mengadap Allah, lalu Allah berfirman 'Wahai ulama yang buruk !, mengapakah kamu melakukan itu dan ini ?' Aku menjawab ' Wahai Tuhanku, bukan seperti ini yang aku dengar tentang Engkau '. Allah berfirman ' Lalu apa yang telah kamu dengar tentang Ku, wahai Yahya ?'. Aku menjawab ' Aku mendengar dari az Zuhri dari Mu'ammar dari Urwah dari Aisyah dari Nabi Muhammad saw dari Jibril as dan dari Engkau yang Mahasuci, sesungguhnya engkau berfirman " Sungguh Aku merasa malu menyiksa orang yang beruban didalam Islam ". Mendengar jawapan ku itu, maka Allah berfirman "Kamu benar, Zuhri benar, Mu'ammar benar, Urwah benar, Aisyah benar, Muhammad benar dan Jibril juga benar, Aku ampuni kamu ".

Terdapat cerita seorang Ulama yang mempunyai mimpi yang serupa seperti cerita sahabat diatas. Ulama itu bercerita "Aku mimpi bertemu dengan Manshur bin Ammar (seorang ulama dan merupakan ahli abadah yang sangat wara' semasa hidupnya). Aku bertanya kepadanya 'Apa yang telah Allah lakukan kepada tuan ? '. Ia menjawab ' Setelah dibawa mengadap Allah, aku ditanya 'Apa yang kamu bawa kepada Ku, Wahai Manshur ? '. Aku menjawab 'Aku telah pergi Haji sebanyak 36 kali, ya Tuhan Ku '. Allah berfirman 'Aku tidak menerima satu pun dari ibadah Haji mu itu. Apa lagi yang kamu bawa kepada Ku, ya Manshur ? '. Aku menjawab ' Aku telah hatam al Quran sebanyak 360 kali, ya Tuhan Ku '. Allah berfirman ' Aku tidak menerima satu pun darinya. Apa lagi yang kamu bawa kepada Ku, Wahai Manshur ? '. Aku menjawab ' Aku membawa Mu, ya Tuhan ku. Lalu Allah berfirman 'Sekarang kamu telah datang kepada Ku, pergilah kamu, Aku telah mengampuni mu ".


PENJELASAN PENULIS;

Ada manusia yang hanya menyampai ke Krusi tahta Allah, lalu terdengar seruan "Usir dia dari sini ". Hanya manusia yang benar-benar mengenali Allah sahaja yang akan dibawa kehadratNya untuk bertemu dengan Nya, selainnya hanya mengikut tingkat ibadah, keyakinan, keredhaan dan keizinan Nya saja. Maka mereka akan diusir mengikut tingkat kesempurnaan Iman dan Takwa mereka itu pula, iaitu dari tingkat langit dunia hingga ketujuh. Manakala mukmin yang tidak sempurna langsung ibadahnya tidak akan memasuki pintu langit dunia pun, mereka sebaliknya dihalau dan dihumban kembali kebumi begitu saja. Wallahua'lam...

Kepada Malaikat Maut, nyawa orang kafir akan direntap keluar dari jasadnya dengan kasar dan keras sekali, seraya ia berkata "Hai nyawa yang buruk, keluarlah kamu dari jasad yang buruk ". Ketika nyawanya keluar, terdengar jeritan suara yang sangat dahsyat sekali, yang jika dapat didengar oleh manusia yang hidup akan menyebabkan ia berpeluh, resah gelisah, ketakutan dan jiwa didalam jasad mereka juga turut gementar. Apabila nyawa itu keluar, ia disambar dan digenggam kuat oleh Malaikat Zabaniyah yang berwajah hodoh, berpakaian hitam dan berbau sangat busuk sambil memegang cemeti dari neraka untuk menyeksa mereka. Diakhirat nantinya orang-orang kafir itu akan diseksa dengan seksaan yang lebih pedih lagi berbanding dengan orang-0rang mukmin. Telah disebukan didalam sebuah riwayat yang sahih, dineraka nanti gigi geraham akan keluar daru mulut orang-orang kafir sebesar Gunong Uhud. Kemudian Malaikat Daqyail membawa mereka naik keatas, sampai dihadapan pintu langit dunia ia berhenti dan mengetuknya, penjaga pintu itu bertanya "Siapakah itu ?". Malaikat itu menjawab "Aku Daqyail". Malaikat penjaga pintu itu bertanya lagi "Siapakah yang bersamamu itu ? ". Jawab Daqyail "Sifulan bin sifulan". Lalu Malaikat penjaga pintu itu menolak mereka dari memasukinya. Firman Allah didalam surah al A'raaf ayat 40 yang mafhumnya ;

"Sekali-kali tidak akan dibuka bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk syurga ".

Mendengar jawapan itu, Malaikat Daqyail terus melepaskan jiwa orang kafir itu dari tangannya hinggakan ia terjatuh dan diterbangkan oleh angin dari tempat yang sangat jauh, sesuai dengan firman Allah didalan surah al Hajji ayat 31 yang mafhumnya ;

"...Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka seolah-olah ia telah jatuh (tersungkur) dari langit lalu disambar burung atau diterbangkan angin ketempat yang jauh ".

Ketika sedang jatuh kebumi, ia disambar pula oleh Malaikat Zabaniyah dan dibawa ke Sijjin iaini sebuah batu besar tempat berlindungnya arwah orang-orang yang jahat berserta orang-orang Yahudi dan Nasrani yang telah diusir Allah dari Tahtanya (Krusi) kekubur-kubur mereka untuk diazab. Demikian juga dengan nasib bagi orang-orang islam yang Munafiq, mereka juga turut diusir dan dihumban kekubur mereka bagi menerima hukuman pertama dari alam Barzah. Orang -orang mukmin yang lalai adalah berbeza-beza tingkat nasib mereka. Sebahagiannya yang lalai dari mengerjakan solat, yang juga akan diusir. Sebahagiannya pula yang "mencuri" didalam solat, juga akan menerima hukuman. Diantara azab yang bakal diterimanya ialah, wajah mereka akan dipukul dan dihentam dengan kuat, maka terangkatlah solat itu naik kelangit dan berkata "Sekarang kau rasakanlah, kau mensia-siakan aku maka sekarang Allah mensia-siakan kamu ". Ada pula yang lalai dari menunaikan zakat dari harta-hartanya maka ia juga ditolak keluar. Didunia dahulunya ia sentiasa mencari-cari helah untuk lari dari membayar zakat, atau ia hanya mengeluarkan zakat apabila terpaksa, ataupun ia mengeluarkan zakat untuk bermegah diri dihadapan halayak ramai. Maka mereka juga akan diusir keluar dan dihumban kebumi.

Ada diantaranya yang lalai didalam melakukan ibadah puasa dibulan Ramadhan. Ia sememangnya tidak makan dan minum disiang hari, tetapi ia tidak menjaga mulutnya dari mengucapkan kata-kata yang dilarang syariat seperti mengumpat, menghina, memaki, mengadu domba dan lain-lain lagi. Atau melakukan perbuatan-perbuatan yang melangar hukum syarak sewaktu menjalankan ibadah puasa itu ataupun mereka langsung tidak berpuasa, mereka mencuri makan sewaktu berpuasa, berpuasa kerana terpaksa, menipu berpuasa dan tidak menggantikan puasa yang ditinggalkannya, menyebabkan ia didalam kerugian setelah matinya dan menerima azab yang pedih. Kemudian ada diantara mukmin yang lalai dari menunaikan ibadah Haji walaupun ia mampu berbuat demikian. Mereka mengada-adakan alasan seperti tersangat sebuk dengan urusan kerjanya hingga tidak punya masa melakukan ibadah tersebut. Ada pula yang sengaja mencari alasan kerana perasaan rugi mengeluarkan wangnya untuk ibadah Haji itu atau merasakan belum mahu lagi bertaubat dari melakukan dosa-dosa dan berfoya-foya, atau sememangnya ia tidak suka untuk ke Mekah kerana disana itu tempat yang panas dan tidak selesa atau mereka melakukan ibadah Haji dengan hasil dari wang yang haram atau mereka ditanggung perbelanjaannya kerana rasuah. Semua mukmin ini adalah dihimpunkan didalam golongan yang lalai dan terusir dari rahmat Allah, terkeluar dan dihumban kekuburan mereka kelak. Semua itu telah dijelaskan didalam banyak Hadis-hadis, Astar-astar dan Nas-nas al Quran yang sahih. Sebagai contoh seperti hadis yang telah diriwayatkan oleh Mu'adz bin Jabal berkenaan tertolaknya berbagai jenis amalan dan ibadah, yang juga terdapat didalam hadis-hadis sahih yang lain. Ini juga termasuklah nas-nas dari firman Allah didalam berbagai surah al Quran ul Karim.

Ketika nyawa akan dikembalikan semula kedalam jasadnya, diwaktu itu ia dapat melihat mayatnya sedang dimandikan. Ia akan menunggu dihadapan kepalanya sehinggalah selesai ia dimandikan. Tetapi jika roh itu sampai sedang jasadnya telah pun dikafankan, ia hanya akan melekat pada dada mayatnya itu dan berkata kepada mereka yang mengusung jenazahnya itu "Ayuh.. cepat bawa aku kepada rahmat Allah" iaitu jika ia tergolong dari jiwa yang mendapat rahmat Allah. Tetapi jika ia termasuk didalam golongan yang bernasib malang dan celaka, nyawanya akan berkata kepada mereka "Tolonglah.. perlahan-lahanlah sedikit untuk kamu membawaku kepada azab Allah ". Apabila mayatnya telah dimasuklan kedalam liang lahad dan ditimbus kembali dengan tanah, bumi itu pula berseru "Dahulu kamu begitu senang tinggal diatas belakang ku, tetapi sekarang kamu sedih berada didalam perutku. Dahulu kamu memakan makanan yang sedap-sedap diatas belakangku, maka sekarang kamu pula akan dimakan oleh cacing-cacing didalam perutku. Kuburan itu terus berkata-kata dengan ucapan seperti itu yang sangat menyakitkan mayatnya hinggalah habis tanah itu diratakan. Seterusnya hadir pula Malaikat Rauman yang siap untuk mengazab mayat itu. Ia adalah Malaikat pertama yang akan ditemui apabila mayat masuk kealam kubur. Keterangan lanjut akan diperkatakan didalam bab-bab yang lain akan datang, insyaallah...



BAB 40 - CARA KEMATIAN YANG BERBEZA-BEZA ;


Telah Allah tetapkan cara kematian setiap dari hamba-hambanya itu adalah berbeza-beza mengikut ketentuanNya. Ini telah diperjelaskanNya didalam beberapa buah ayat didalam al Quran itu sendiri. Allah telah berfirman didalam surah an Nahl ayat 32 yang mafhumnya ;

"(Iaitu) orang-orang yang diwafatkan oleh Malaikat, sedangkan mereka itu orang-orang yang baik. Berkata Malaikat : Salam keatas kamu, masuklah kamu kedalam syurga sebab (amalan yang) kamu kerjakan ".

Firman Allah didalan surah as Sajdah ayat 11 yang mafhumnya ;

"Katakanlah : Kamu akan diwafatkan (dimatikan) oleh Malaikat Maut yang diwakilkan kepadaNya untuk (mewafatkan) kamu, kemudian kamu dikembalikan kepada Tuhanmua".

Firman Allah didalam surah al An'aam ayat 61 yang mafhumnya ;

"Dia yang Mahakuasa atas segala hambaNya dan mengutus kepadamu para penjaga (Malaikat) sehingga apabila datang maut kepada salah seorang kamu, lalu utusan-utusan Kami mewafatkannya (mengambil rohnya), sedang mereka itu tidak lengah (lewat) ".

Allah swt berfirman didalam surah an Nahl ayat 28 yang mafhumnya ;

"(Iaitu) orang-orang yang diwafatkan Malaikat, sedang mereka aniaya kepada diri mereka sendiri. Lalu mereka tunduk dan berkata: Bukanlah kami mengerjakan kejahatan. Ya..(sebenarnya), sesungguhnya Allah Mahamengatahui apa yang telah kamu kerjakan ".

Ayat-ayat yang telah disebutkan diatas itu tadi merupakan keterangan secara umum yang amat sukar untuk difahami. Itulah sebabnya Allah melantik Rasul bagi memperjelas apakah maksud tersirat atas keterangan-keterangan yang telah Allah turunkan. Sebagi contoh ayat-ayat diatas tadi hanya dapat diperjelaskan oleh Rasulullah saw melalui hadis-hadis peninggalannya yang diperbahaskan secara terperinci oleh jemaah Ulama tafsir bagi merungkai maksud tersirat disebaliknya.

Kemudian, firman Allah didalam surah al Anfaal ayat 50 yang mafhumnya ;

"Jika engkau lihat, ketika Malaikat mewafatkan orang-orang kafir, lalu Malaikat memukul muka dan punggung mereka, serta berkata : Rasailah olehmu siksaan neraka ".

Dan firman Allah didalam surah Muhammad ayat 27 yang mafhumnya ;

"Maka bagaimanakah (hal mereka), bila Malaikat mewafatkan mereka, serta memukul muka dan punggung mereka ? ".

Berdasarkan kesepakatan para Ulama, ayat-ayat diatas tadi adalah dikhususkan kepada orang-orang kafir yang terbunuh didalam Peperangan Badar. Menurut al Mahdi, hal itu masih lagi menjadi perselisihan pendapat dan masih diperbahaskan lagi. Tetapi yang jelasnya, sehingga sekarang pun orang-orang kafir itu dimatikan dengan cara dipukul dan dihinakan.

Diriwayatkan oleh Muslim dalam sebuah hadis yang cukup panjang dari Abu Zamil, dari Ibnu Abbas bahawa ia mengatakan "Waktu itu seorang tentera muslimin sedang menghendaki dan mengejar seorang tentera kaum musyrikin yang berada dihadapannya. Tiba-tiba ia mendengar bunyi cemeti dari atas bersama dengan seorang penunggang kuda, 'Ayuh.. maju Haizum ! '. Lalu tidak berapa lama kemudian tentera musyrikin tersebut jatuh telentang tidak bernyawa. Batang hidungnya patah dan wajahnya rosak parah kerana pukulan cemeti tersebut. Ketika pekara itu diceritakan oleh seorang sahabat Ansar kepada Rasulullah, lalu baginda bersabda "Kamu benar, Itu adalah pertolongan yang datang dari langit tingkat kedua ". Pada waktu peperangan itu, tujuh puluh orang tentera pasukan musyrikin terbunuh dan tujuh puluh orang lagi berjaya ditawan oleh pasukan muslimin ". Allah berfirman didalam surah al An'am ayat 93 yang mafhumnya ;

"... Jika kamu lihat, ketika orang-orang aniaya (kafir) dalam kesakitan maut (shakaratulmaut), sedang Malaikat memukul dengan tangannya, (lalu berkata) Keluarlah jiwamu !, nescaya... pada hari itu kamu dibalas dengan seksa kehinaan, kerana kamu mengatakan terhadap Allah sesuatu yang tidak benar dan kamu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat Allah ".



PENJELASAN PENULIS ;


Mungkin ada yang bertanya, bagaimana untuk memahami ayat-ayat tersebut, serta bagaimanakah cara Malaikat Maut mencabut nyawa manusia didalam masa yang sama boleh mencabut nyawa manusia yang berada dibumi sebelah timur dan barat, secara serentak ?. Jawapannya ialah, Malaikat Maut itu mempunyai ribuan pembantunya yang juga diberi kuasa yang sama untuk mencabut nyawa manusia, sekalipun pada hakikatnya Allah lah yang berkuasa mematikan makhluk seluruhnya. Firman Allah dalam surah az Zumar ayat 42 yang mafhumnya;

"Allah mewafatkan manusia (memegang rohnya), ketika matinya dan yang belum mati didalam tidurnya. Lalu Allah menahan roh orang yang telah ditetapkan kematiannya dan melepaskan orang-orang yang lain (bangkit dari tidurnya) sampai waktu yang ditentukan. Sungguh pada yang demikian itu menjadi ayat-ayat (tanda dan dalil) bagi kaum yang berfikir ".

Kemudian firman Allah didalam surah al Hajji ayat 66 yang mafhumnya ;

"Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian akan menghidupkan kamu (kembali). Sesungguhnya manusia itu kafir (orang kafir yang engkar akan ayat ini) ".

Firman Allah didalam surah al Mulk ayat 2 yang mafhumnya ;

"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya dan Dia Mahaperkasa dan Mahapengampun ".

Oleh itu, fahamilah bahawa semua para-para Malaikat itu adalah dibawah perintah Allah swt. Mereka hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka sahaja. Tidak melebihi dan tidak pula berkurangan daripadanya. Mereka akan menjalankan tanggungjawab itu bersesuaian dengan perintahNya sahaja. Merekalah mahluk Allah yang paling taat, tunduk dan patuh kepada perintahNya pada setiap masa dan ketika, hinggalah hari kiamat nanti dan selepas daripada itu juga.

...............................................

Berkata al Kalbi, "Setelah Malaikat Maut mencabut nyawa dari jasad seseorang, jika ia seorang mukmin maka ia akan diserahkan kepada Malaikat rahmat. Manakala jika ia seorang kafir, ia akan diserahkan kepada Malaikat azab ". Inilah maksud yang tersirat didalam hadis riwayat al-Barra' bin Azib yang akan diperjelaskan kemudian. Manakala didalam riwayat yang lain pula menyebut bahawa Nabi saw telah bersabda "Sesungguhnya Malaikat Maut itu akan memanggil arwah (roh) seperti salah seorang dari kamu yang memanggil untanya, 'kemari...kemari.. ". Dan didalam riwayat yang lain lagi menyebut bahawa Nabi saw bersabda "Sesungguhnya Malaikat Maut terlebih dahulu memanggil arwah yang hendak dimatikan oleh Allah, lalu ia mencabutnya".

Tersebut juga didalam riwayat yang lain bahawa "Sesungguhnya Malaikat Maut duduk disebelah orang yang hendak meninggal dunia. Tangannya memegang buku catitan orang itu sejak pada malam Nishfu atau pertengahan bulan Sya'ban. Iaitu malam dimana Allah memutuskan segala pekara bersangkutan ketentuan rezeki dan ajal ". Demikian itu adalah menurut pendapat Ikrimah dan beberapa Ulama lain. Tetapi menurut pendapat Ulama lain yang dianggap lebih tepat dan sahih, malam yang mengandungi peristiwa sangat penting itu terjadi bukan pada malam pertengahan bulan Sya'ban, melainkan pada malam kemuliaan, malam yang agung dari 1000 bulan iaini Malam Lailatul Qadar yang hanya terdapat didalam bulan Ramadhan. Ini adalah menurut pendapat Qatadah, al Hasan, Mujahid dan beberapa yang lain lagi. Pekara ini adalah berdasarkan firman Allah didalam surah ad Dukhaan ayat 1 - 3 yang mafmunnya ;

"Hamiim. Demi kitab (alQuran) yang terang. Sesungguhnya Kami menurunkan dia pada malam yang berkat, sungguh Kami memberi peringatan (kepada manusia) ".

Apa yang dimaksudkan didalam ayat diatas berkenaan 'malam yang berkat' ialah Malam Lailatul Qadar. Kemudian Ibnu Abbas pula menyatakan "Sesungguhnya Allah memutuskan segala keputusan pada malam Nishfu Sya'ban atau pertengahan bulan Sya'ban. Kemudian Dia menyerahkan kepada yang bersangkutan pada malam kemuliaan iaitu Malam Lailatul Qadar . Pendapat Ibnu Abbas ini lebih menjurus kepada jalan tengah kepada pertikaian didalam permasaalahan ini. Ia menggabungkan kedua-dua pendapat yang sekali gus dapat diterima pakai oleh semua pihak. Yang jelasnya, apabila telah berakhir usia seseorang yang juga bererti telah sampai masa nyawanya dicabut, maka buku catatan berkenaan dirinya juga jatuh dari Sidratul Muntaha ". Disebutkan didalam sebuah riwayat "Sesungguhnya Malaikat Maut itu berada dibawah 'Arasy. Ia menjatuhkan buku catatan nama-nama orang yang akan meninggal dunia ". Apabila melihat seseorang yang telah nabis rezekinya dan telah berakhir ajalnya, maka Malaikat Maut pun turun kepadanya dan mendatangkan tekanan-tekanan Sakaratulmaut.

Tersebut didalam riwayat tentang peristiwa Is'ra dan Miq'raz oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi saw bersabda "Aku menyaksikan Malaikat lain yang sedang duduk di Kursi. Ternyata seluruh dunia dan isinya berada diantara sepasang lututnya. Tangannya memegang Lauh (buku catatan) yang ada tulisannya, dia selalu melihatnya. Ia tidak menoleh kekanan atau kekiri. Aku bertanya "Wahai Jibril, siapakah itu ?" Jibril menjawab "Itulah Malaikat Maut ". Aku kemudian menghampirinya dan bertanya "Hai Malaikat Maut, bagaimana caranya kamu mencabut nyawa makhluk yang berada dibumi, baik yang tinggal dilautan mahupun didaratan ?. Ia menjawab "Kan telah kamu saksikan bahawa seluruh dunia itu berada diantara kedua lututku. Itu bererti semua makhluk berada dihadapan mataku dan sepasang tangganku mampu menjangkau dunia dari bahagian timur ke barat. Apabila ajal seseorang itu telah sampai, aku renungi dia. Dengan pandangan seperti itu, para pembantuku sudah faham bahawa hamba itu mesti dicabut nyawanya. Mereka pun segera turun untuk mencabut nyawanya. Dan ketika nyawanya sudah berada dikerongkong lehirnya, aku pun bertindak. Aku ulurkan tanganku untuk mencabut nyawa itu dari jasadnya ". Ini adalah merupakan sebuah hadis dhaif yang telah diriwayatkan oleh Abu Syaikh didla kitab karangan beliau bertajuk "al Uzhmat" mukasurat 434.

Telah diperkatakan pula oleh Abu Hamid didalam sebuah riwayat bahawa "Empat Malaikat segera turun kepada seorang hamba yang ajalnya sudah sampai. Malaikat pertama menarik nyawa dari tapak kaki sebelah kanan, Malaikat kedua menarik nya dari tapak kaki sebelah kiri, Malaikat ketiga menarik nyawa dari tangan kanan dan Malaikat keempat menarik nyawa dari tangan kiri ". Kadang kala kedengaran, seseorang yang dapat melihat alam Malaikat dengan jelas sebelum nyawanya sampai kekerongkong lehirnya. Dengan mata kepalanya sendiri ia dapat melihat apa yang dilakukan oleh para Malaikat itu pada dirinya. Jika lidahnya tiada masaalah, ia boleh menceritakan (diwaktu nazak itu) keadaan dikala itu. Diulang-ulangkannya kata-kata itu sehingga orang-orang yang berada disebelahnya menyangkakan ia adalah perbuatan syaitan. Jika orang yang sedang nazak itu mempunyai masaalah pada lidahnya, ia hanya berdiam diri semasa keempat-empat Malaikat itu sedang mencabut nyawanya walaupaun ia dapat melihatnya dengan jelas dari hujung kaki hingga kehujung rambut. Lalu nyawanya pun lepas seperti air yang menitis dari sebuah kendi, yang begitu perlahan sekali.

Berbeza dengan halnya pada orang kafir semasa nyawa mereka dicabut. Ia seperti mencabut besi panas dari dalam kapas yang basah. Demikian itu diceritakan oleh Nabi saw. Orang-orang kafir itu menyangka bahawa didalam perut mereka dipenuhi duri sehingga nyawanya seolah-olah keluar dari lubang sebatang jarum, dan juga menyangka ia tersepit diantara himpitan langit dan bumi. Ketika nyawanya telah sampai dihatinya, lidahnya kelu hingga ia tidak dapat berkata-kata apa-apa lagi seolah-olah tercekik dan terkedu.

Terdapat dua rahsia mengapa secara keseluruhannya nyawa itu berada didada manusia ;

Pertama : Proses kematian itu adalah soal yang sangat besar didalam kehidupan manusia sehinggakan dadanya merasakan disitulah terkumpulnya seluruh nyawa yang berhenti sebentar sebelum naik kekerongkong. Sebagai contoh, cuba kita lihat ketika seseorang terkena pukulan kuat didadanya, hentakan itu membuatkan dia kaku, amat terkejut, hilang suara malahan kadang kala sesak nafas. Pukulan dan hentakan kuat pada dada manusia boleh menyebabkan ia mati mengejut tampa bersuara.

Kedua : Sebenarnya didalam dada manusia terdapat hawa yang sangat panas berasal dari denyutan nadi dan suara. Apabila nyawa melalui kawasan itu, ia mengalami perubahan disebabkan suhu yang berbeza-beza iaitu panas atau sejuk atau diantara keduanya. Sebab itulah kenapa setiap manusia yang menghadapi kematian itu berbeza-beza keadaannya. Didalam pendapat yang lain pula, suasana perbezaan itu disebabkan sama ada dengan keredhaannya atau kedegilannya untuk menerima kada dan ketentuan Allah pada kematian itu. Jika ia redha, maka nyawanya akan keluar amat perlahan. Tetapi jika ia engkar, nyawanya akan direntap kerana kedegilannya itu.


PENJELASAN PENULIS ;


Berkata Syeikh al Qurthubi (penulis kitab ini), "Satu-satunya riwayat yang menyebut bahawa Malaikat Maut itu memiliki tombak kematian, hanyalah riwayat yang diketengahkan oleh al Hafiz Abu Nu'aim. Beliau mengatakan didalam riwayatnya bahawa "Aku mendengar dari Ahmad bin Abdullah bin Mahmud, dari Muhammad bin Ahmad bin Yahya, dari Maslamah bin Syabib, dari al Walid bin Muslim, dari Tsaur bin Yazid, dari Khalid bin Ma'dan, dari Mu'adz bin Jabal bahawa ia berkata "Sesungguhnya Malaikat Maut itu memiliki sebatang tombak yang panjangnya mencapai jarak antara dunia sebelah timur hingga kesebalah barat. Jika ada seorang hamba yang sudah tiba ajalnya untuk dikeluarkan dari dunia, ia pukulkan tombak itu dikepala hamba itu lalu berkata 'Sekarang sudah tiba masanya kamu harus berkunjung dan bergabung dengan orang-orang yang telah mati ".

.....................................

Sulaiman bin Mu'ammar al Kalani berkata, "Ketika Malik bin Anas didalam keadaan nazak, seorang lelaki datang kepadanya dan bertanya 'Wahai Abu Abdullah, kutu itu pun dicabut nyawanya oleh Malaikat Maut ?'. Malik bin Anas hanya berdiam diri sangat lama. Kemudian dia bertanya kembali kepada orang itu 'Serangga itu juga punya jiwa kan ?', Lelaki itu menjawab 'Punya'. Malik bin Anas pun berkata 'Kalau begitu, Malaikat Maut juga turut mencabut nyawanya'. Firman Allah didalam surah az Zumar ayat 42 yang mafhumnya ;

"Allah mewafatkan manusia (memenang roh) ketika matinya dan yang belum mati dalam tidurnya. Lalu Allah menahan roh orang yang telah ditetapkan kematiannya dan melepaskan yang lain (tidur) sampai waktu yang ditentukan. Sungguh pada demikian itu menjadi ayat-ayat (pengajaran) bagi kaum yang berfikir ".

Demikianlah apa yang telah diperkatakan oleh al Khathib Abu Bakar.



BAB 41 - SIFAT MALAIKAT MAUT KETIKA MENCABUT NYAWA ;


Menurut para Ulama, menyaksikan sendiri malaikat maut dan rasa takut luar biasa yang menusuk kedalam kalbu, merupakan sesuatu yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata kerana pekara itu merupakan satu pandangan yang amat luarbiasa ngerinya. Tidak ada yang mengatahui hakikatnya kecuali orang yang pernah mengalami sendiri dan pekara itu menjadi bualan dan cerita hikayat yang diceritakan berulang-ulang sehingga kehari ini. Diceritakan oleh Ikrimah "Disalah satu lembar milik Nabi Allah Syits as disebut bahawa Nabi Adam as berkata "Ya Tuhanku, tolonglah perlihatkan padaku Malaikat Maut (Izrail), supaya aku boleh melihatnya ". Lalu Allah mewahyukan kepadanya "Malaikat Maut itu mempunyai sifat-sifat yang tidak mampu kamu lihat. Dia akan Ku perturunkan kepada mu dengan rupa yang biasa diperjelaskan oleh Nabi-nabi dan hamba-hamba pilihan lain sesudahmu ".

Lalu Allah menurunkan Malaikat Jibril dan Malaikat Mikail kepada Nabi Adam as. Mereka mengiringinya untuk melihat Malaikat Izrail didalam bentuk seekor kambing terbang yang memiliki 4000 sayap. Diantaranya, sayap yang besar melampaui langit dan bumi, ada sayap yang melampaui seluruh permukaan bumi, ada sayap melampaui hujung dunia sebelah timur dan sayap yang melampaui dunia sebelah barat. Tangannya menggenggam seluruh isi bumi seperti gunung ganang, lembah dan lurah, hutan belantara, semua makhluk termasuk Jin, manusia, binatang, segala lautan, segala angkasa dan seluruh makhluk bumi yang lain. Ia memiliki mata dan sayap yang khusus untuk orang-orang beriman dan untuk orang-orang kafir ". Begitulah apa yang telah diperkatakan oleh Ibnu Dhafar @ Abu Hasyim Muhammad bin Muhammad didalam kitabnya bertajuk "An Nasha'ih".

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ra bahawa sesungguhnya kekasih Allah yang Mahapemurah, Nabi Ibrahim as telah meminta kepada Malaikat Maut untuk memperlihatkan kepadanya bagaimanakah rupa parasnya ketika ia mencabut nyawa seorang mukmin. Malaikat Maut berkata kepadanya "Palingkan mukamu dariku ". Setelah berpaling beberapa ketika, Nabi Ibrahim as melihat Malaikat Maut menjelma menjadi seorang pemuda yang berwajah sangat tampan, berpakaian indah dan mengenakan bauan yang tersangat harum. Lalu Nabi Ibrahim as berkata kepada Malaikat Maut "Seandainya seorang mukmin tidak diberi rasa kesenangan sama sekali, selain dari memandang wajahmu. Pekara ini pun sudah cukup indah baginya ". Kemudian Nabi Ibrahim as meminta Malaikat Maut memperlihatkan bagaimana rupa parasnya ketika ia mencabut nyawa orang-orang kafir. Malaikat Maut merasa keberatan untuk memperlihatkan wajahnya ketika itu kerana mengatahui bahawa Nabi Ibrahim as tidak akan sanggup untuk melihatnya. Tetapi bila didesak juga oleh Nabi Ibrahin as, maka Malaikat Maut pun bersedia untuk memperlihatkan wajahnya, ia pun berkata "Palingkan mukamu dariku". Setelah berpaling beberapa ketika, Nabi Ibrahim as dapat melihat Malaikat Maut telah menjelma menjadi manusia berkulit sangat hitam gelap. Kedua kakinya dibumi sedangkan kepalanya berada dilangit. Setiap helai rambutnya ditumbuhi nyalaan api. Nabi Ibrahim berkata "Seandainya orang kafir tidak diazab dengan sebarang jenis azab selain dipaksa untuk melihat wajah mu, nescaya hal itu pun sudah cukup menyeksaakan padanya ".

Didalam riwayat oleh Abu Syaikh dan Abu Nu'aim dari Ka'ab, Ibnu Abbas juga menceritakan pekara yang sama tentang Nabi Ibrahim as. Ia berkata "Nabi Ibrahim as adalah sangat terkenal dengan sifat cemburu. Ia memiliki sebuah rumah yang dikhususkan untuk beribadah kepada Allah. Apabila ia keluar dari rumah itu, maka ia akan mengunci rumah ibadahnya itu. Suatu hari ia terkejut besar kerana mendapati seorang lelaki telah menceroboh masuk kedalam rumah ibadahnya itu, lalu ia bertanya kepada orang itu "Siapa yang membantumu masuk kedalam rumahku ini ? ". Orang itu menjawab "pemiliknya". Nabi berkata "Akulah pemiliknya ". Orang itu menjawab "Yang memasukkan aku kesini adalah yang lebih berhak dari kamu " Nabi bertanya lagi "Siapakah kamu sebenarnya ?". Orang itu menjawab "Akulah Malaikat Maut". Nabi bertanya lagi "Ya Malaikat Maut, bolehkah kamu memperlihatkan wajahmu yang sebenar apabila kamu sedang mencabut nyawa seorang mukmin ? ". Malaika Maut berkata "Baiklah ! ".

Ketika Nabi Ibrahim as menoleh, Malaikat Maut dengan sekelip mata menjelma menjadi seorang pemuda yang sangat tampan, berpakaian indah dan mengenakan bauan yang sangat harum. Nabi Ibrahin as pun berkata "Wahai Malaikat Maut, seandainya seorang mukmin sedang menghadapi kematiannya dapat melihat wajahmu ini, maka itu sudah cukup memadai baginya ". Setelah itu Malaikat Maut pun menjalankan tugasnya mencabut nyawa Nabi Ibrahim as ".



PENJELASAN PENULIS ;


Menurut para Ulama, tidak menjadi sesuatu pekara yang menghairankan jika Malaikat Maut mampu menjelma menjadi dua susuk tubuh manusia didalam masa yang singkat. Hal ini sama seperti manusia yang boleh mengubah penampilannya ketika sedang sehat mahupun sedang sakit, semasa kecil dan ketika sudah tua. Cuma bezanya ialah Malaikat mampu menjelma dalam masa yang singkat dan pantas sedangkan manusia mengambil masa yang panjang untuk berubah. Ini adalah sebahagian dari kelebihan yang dikurniakan Allah pada mereka.



CATITAN PENULIS ;


Seperti yang telah dimaklumkan didalam ruangan komentar didalam atikal keluaran yang lalu, kawan ada menceritakan serba sedikit pengalaman kawan sendiri bertemu dengan Malaikat Maut yang berlaku 24 tahun yang lalu. Sewaktu itu kawan mengalami sakit yang ganjil hingga doktor pun sukar untuk menentukan apakah jenis penyakit itu. Berbulan-bulan lamanya terlantar dihospital, tampa dapat diperbuat apa-apa, akhirnya kami berusha untuk mencari rawatan alternatif. Malangnya tiada siap pun yang dapat mengubatinya. Kawan tetap begitu juga. Panyakit yang kawan alami serupa dengan angin ahmar tetapi bukan angin ahmar. Tubuh badan tidak dapat bergerak dan merasakan apa-apa dari hujung kaki hingga keleher. Hingga tidak boleh merasa untuk membuang air kecil dan besar. Hanya bantuan dari hospital yang membuat ianya keluar dari tubuh. Kemudian, tubuh tidak dapat merasa apa-apa, tetapi apabila dicucuk dengan jarum ia berdarah. Saban hari kawan dikunjungi oleh kumpulan doktor-doktor pakar, namun tiada juga penyelasaiannya. Setelah lama menderita begitu, satu subuh secara tiba-tiba kawan dikunjungi oleh sekumpulan 7 orang berjubah putih mengelilingi katil. Seorang dari padanya memberi salam dengan menyebut nama kawan dengan lengkap dan kemudian ia bertanya "Jika aku ambil nyawamu diwaktu ini, apa yang mampu kamu lakukan ? ". Kawan tergamam sebentar, kemudian sudah dapat memahami bahawa mereka inilah Malaikat Maut dan menyedari mungkin telah tiba ajalku, maka kawan jawab "Tiadalah daya dan upayaku untuk berbuat apa-apa, aku serahkan seluruhnya kepada Allah, jika telah memang sampai sudah ajal bagiku.. aku redha jika Allah juga redha pada ku ". Tetapi mereka tidak berbuat apa-apa, hanya menyampaikan pesanan dan amarannya kepada kawan. Kawan pula sempat juga memohon untuk disampaikan beberapa permohonan kehadrat Allah. Tetapi malangnya tiadalah dapat kawan kisahkan didalam ruangan ini apa-apa perbualan kawan dengannya kerana kawan beranggapan bahawa semua perbualan antara kawan dan dia itu merupakan rahsia peribadi yang tidak mungkin dapat kawan dedahkan kepada sesiapa juga pun. Biarlah ia menjadi rahsia yang kawan akan bawa hingga keliang lahad sahaja.

Apa yang kawan mahu sampaikan disini ialah suasana dikala itu. Kawan memandang dia didalam keadaan yang biasa, tetapi roh menjadi amat gemantar hingga keluar peluh sejuk didahi. Terasa amat kerdilnya diri dihadapannya, ngeri yang teramat hingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Walau hingga kehari ini pun tetap dapat dirasakan akan kesukaran pada waktu itu. Ia benar-benar menginsafkan kawan. Tiada terhingga rasa nikmat yang Allah kurnia, memberi waktu untuk mempersiapkan diri berhadapan dengannya suatu hari nanti. Kawan ibarat mati hidup semula.

Berbalik kepada jasad yang sedang sakit terlantar diatas katil. Pada keesokan harinya, sekitar jam 2.30 pagi, kawan dikunjungi oleh seorang doktor yang memakai kupiah tetapi lengkap dengan pakaian doktornya. Didadanya tertera tanda nama "Daud". Ia juga seperti doktor-doktor lain yang apabila datang akan memeriksa, fail pesakit yang tergantung dihujung katil. Kemudian membuat beberapa ujian, mencucuk jarum dibeberapa tempat. Setelah membelek-belek tubuh badan kawan, ia pun menulis didalam fail pesakit itu sambil berkata "Saya doktor Daud dari bahagian Urology, sekarang saya telah rekomen beberapa ubat untuk dimasukkan kedalam tubuh awak, minta nurse yang pertama datang nanti untuk melihat arahan yang saya tulis ini... jangan lupa tau !, awak akan pulih esok ". Kemudian ia pun pergi. Tidak berapa lama selepas itu, nurse yang bertugas untuk waktu itu pun masuk. Kawan terus memanggilnya dan memintanya membaca arahan yang telah ditulis oleh doktor Daud tadi. Apabila ia melihat saja arahan itu, ia langsung bergegas pergi mengambil ubat dan mula mengantungkan pada tiang disitu, ia masukan drip air garam galian didalam tubuh kawan. Waktu itu lebih kurang jam 3.40 pagi, kemudian kawan terlelep sebentar. Apabila hampir jam 5 pagi kawan pun terjaga, tiba-tiba kawan sudah boleh duduk dikatil tetapi antara pinggang ke kaki dirasakan masih berat. Kemudian nurse tadi datang semula menganti tabung drip air yang telah kosong. Kawan duduklah disitu, tampa berbuat apa-apa. Lebih kurang jam 6 pagi, sekumpulan doktor yang biasa kawan jumpa itu pun masuk. Mereka amat terkejut melihat kawan sedang duduk, lalu mereka semua mengerumun disitu. Mereka lihat fail pesakit, kemudian bertanya berbagai-bagai soalan berkenaan doktor Daud. Kawan katakan ia dari unit Urology. Tetapi semua doktor itu juga dari unit yang sama, namun tidak pula ada yang bernama "Daud". Mereka semua kehairanan malah mereka semua pergi mencarinya diunit tersebut tidak juga bertemu.

Akhirnya, setelah 8 ke 9 kali nurse menukar tabung drip air yang tergantung pada besi, kawan semakin sihat. Malahan kawan telah pun berjalan-jalan kesana kemari termasuk ketandas untuk membuang air. Bergerak sendiri tampa bantuan sesiapa. Doktor-doktor kelang kabut semuanya datang melihat kawan disitu kerana beranggapan ia adalah keadaan yang amat ganjil pada mereka... kedengaran kata-kata sebahagian dari mereka "It's a marvellous..god help " sambil mengeling-gelingkan kepala mereka. Kawan sendiri pun merasa hairan, hanya sekelip mata sahaja kawan dah sembuh. Doktor-doktor itu telah begitu lama mencuba berbagai-bagai ubat hingga ada yang bertanya keluar negara berkenaan penyakit kawan, tiba-tiba dikejutkan dengan doktor "Daud" punya statment yang berjaya merungkai masaalah. Tambah menghairankan lagi doktor "Daud" itu sendiri tiada dimana-mana bahagian Hospital berkenaan. Telah mereka mencarinya tidak bertemu. Maka pada petang itu mereka memutuskan bahawa kawan telah sembuh 100% dan dibenarkan pulang kerumah. Sehingga sekarang tidak diketahui siapkah doktor "Daud" berkenaan ????

Cuba saudara dan saudari amati cerita kawan ini. Terlampau banyak pengajaran yang boleh diambil daripada cerita ini. Tapi yang paling penting ialah Keinsafan, jika kamu berada ditempat kawan ini... apa yang kamu akan lakukan ??? dan cubalah teka... siapa doktor "Daud" itu ???



BAB 42 - MALAIKAT MAUT PEMEGANG ROH SELURUH MAKHLUK ;


Allah berfirman pernahdidalam surah as Sajadah ayat 11 yang mafhumnya ;

"Katakanlah : Kamu akan diwafatkan oleh Malaikat Maut, yang diwakilkan kepadanya untuk (mewafatkan) kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhanmu ".

Diriwayatkan dari Ibnu Umar "Ketika Malaikat Maut hendak mencabut nyawa seorang mukmin, ia berdiri di hadapan pintu rumahnya ketika kaum keluarganya sedang huru-hara kebingungan. Ada yang meraung- raung, ada yang menampar-nampar mukanya, ada yang menarek-narek rambutnya, ada yang menangis meratap dan sebagainya. Malaikat Maut pun berkata " Kenapa kamu harus berbuat seperti ini ? Aku tidak pernah mengurangkan umur seseorang dari kamu. Aku tidak pernah menghilangkan rezeki salah seorang dari kamu semua dan aku juga tidak pernah menzalimi siapa pun diantara kamu. Jika kamu marah kepada ku, aku hanya boleh menjawab bahawa aku telah diperintahkan oleh Allah menjalankan tugas ini. Itu bermakna aku terpaksa menjalankan tanggungjawabku dan jika kamu marah kepada Allah, itu bermakana kamu telah kufur kepadaNya. Aku tetap akan melakukan kedatangan demi kedatangan ditengah-tengah kamu semua ". Demikianlah apa yang telah diperkatakan oleh Abu Muthi' @ Makhul Ibnu Fadhel an Nasafi didalam kitab karangan beliau bertajuk "Al Lu"luwiyyat".

Didalam sebuah riwayat yang sama telah diriwayatkan secara marfu dalam sebuah hadis yang sangat terkenal dari Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah bersabda " Setiap rumah tentu ada Malaikat Maut yang berdiri dihadapan pintunya sebanyak lima kali setiap hari. Jika ia dapati seseorang itu telah sampai ajalnya, Malaikat Maut segera menzahirkan tekanan-tekanan kematian kepadanya. Diantara keluarganya, ada yang mengurai-gurai rambutnya, ada yang memukul- mukul mukanya sendiri, ada yang menangis meratap dan ada yang menjerit histeria berteriak kata-kata celaka. Malaikat Maut berkata 'Mengapa kamu mengeluh seperti ini ? , Aku menghilangkan rezeki salah seorang dari kamu ? Mendekatkan dan mendatangkan ajal salah seorang dari kamu, adalah kerana aku diperintah. Demikian pula kalau aku mencabut nyawanya. Aku akan terus melakukan kunjungan demi kunjungan ditengah-tengah kamu semua, sehingga tidak tersisa seorang pun dari kamu ".

Dalam sebuah hadis dhaif yang didalamnya terdapat nama Abu Hadiyah (perawi yang ditinggalkan), Nabi saw bersabda "Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggamanNya, seandainya mereka melihat tempatnya dan mendengar kata-katanya, mereka akan ketakutan terhadap mayat-mayat mereka dan mereka akan menangisi diri mereka sendiri. Lalu apabila mayat telah diusung, nyawanya masih bergerak-gerak ringan seraya memenggil- manggil "Wahai isteriku, wahai anakku. Kamu semua jangan mahu dipermainkan dunia seperti ia telah mempermain-mainkan ku. Aku telah mengumpulkan harta yang halal dan yang tidak halal, tetapi kemudian aku tinggalkan kepada orang lain. Yang untung dia dan yang rugi aku. Oleh itu, waspadalah terhadap apa yang telah terjadi kepada diriku sekarang ini ".

Didalam sebuag lagi hadis dhaif riwayat ath Thabrani dari Ja'far bin Muhammad dari ayahnya bahawa ia berkata "Suatu hari Rasulullah memandang Malaikat Maut yang sedang berada dekat kepala seorang sahabat Ansar yang hendak meninggal dunia. Baginda bersabda "Kasihanilah sahabatku ini kerana ia seorang yang beriman". Malaikat Maut menjawab "Wahai Muhammad, bergembiralah kerana aku akan mengasihani setiap orang yang beriman. Ketahuilah bahawa aku akan berada disetiap penghuni rumah dimana pun mereka berada untuk membuka lembaran mereka sebanyak lima kali sehari. Aku tidak memilih kasih terhadap yang besar ataupun yang kecil diantara mereka. Demi Allah, wahai Muhammad, seandainya aku ingin mencabut nyawa seekor nyamuk sekalipun, aku tidak mampu melakukannya sebelum mendapat perintah dari Allah untuk mencabutnya ".

Berkata Ja'far bin Muhammad "Aku mendengar kata-kata dari al Mawardi bahawa Malaikat Maut membuka catitan mereka pada waktu-waktu solat fardu ". Ibnu Athiyah mengatakan " Ada sebuah riwayat yang mengatakan bahawa Allah lah yang mematikan nyawa seluruh binatang, bukan Malaikat Maut. Jadi Allah lah yang telah melenyapkan hidup binatang-binatang. Demikian juga yang berlaku kepada manusia. Tetapi mengingati bahawa mereka merupakan makhluk yang paling mulia, Allah menyerahkan tugas itu kepada Malaikat Maut dan pembantu-pembantunya untuk mencabut nyawa mereka. Tetapi Malaikat Maut dan pembantu-pembantunya tersebut hanya bertindak atas perintah Allah ". Hadis ini merupakan hadis maudhu riwayat ad Dailami dan Ibnu Jauzi.


PENJELASAN PENULIS ;


Berkata Syeikh al Qurthubi (penulis kitab ini) "Riwayat-riwayat diatas tadi menunjukkan bahawa Malaikat Maut itu hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya untuk mencabut nyawa setiap yang bernyawa, sedangkan semuanya itu tertakluk kepada perintah Allah ".

...............................................

Allah swt berfirman didalan surah al Anfaal ayat 50 yang mafhumnya ;

"Jika engkau lihat, ketika Malaikat mewafatkan orang-orang kafir...".

Firman Allah didalam surah al An'aam ayat 61 yang mafhumnya ;

"Lalu utusan-utusan (Malaikat Maut) Kami mewafatkannya(ruhnya)... ".

Firman Allah didalam surah az Zumar ayat 42 yang mafhumnya ;

"Allah mewafatkan manusia (memegang rohnya) ketika matinya, dan yang belum mati dalam tidurnya... ".

Firman Allah didalam surah al Mulk ayat 2 yang mafhumnya ;

"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu...".

Firman Allah didalam surah al Baqarah ayat 258 yang mafhumnya ;

"...Ketika Ibrahim berkata: Tuhankulah yang menghidupkan dan mematikan...".



PENJELASAN PENULIS;


Jadi Malaikat Maut dan pembantu-pembantunya yang mencabut nyawa, kemudian Allah lah yang telah melenyapkannya. Pengertian seperti ini boleh menampung semua ayat dan hadis-hadis yang menerangkan pekara ini. Tetapi, oleh kerana Malaikat Maut telah diberi kuasa akan pekara ini sebagai pengantaraan atau pun secara terus, maka bolehlah diambil pengertian bahawa yang mematikan ialah Malaikat Maut sendiri. Pekara ini sama seperti dengan masaalah menciptakan makhluk.

Syeikh al Qurthubi (penulis kitab ini) menambah "Diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya, dari hadis Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah bersabda 'Sesungguhnya penciptaan setiap seorang dari kamu itu ditumpukan pada perut ibunya selama empat puluh hari. Setelah itu ia berubah menjadi segumpal darah, lalu menjadi segumpal daging. Kemudian Allah mengutus Malaikat untuk meniupkan nyawa padanya". Berkata Abdullah "Apabila sperma berada dirahim seorang wanita, dan Allah berkehendak menciptakan manusia daripadanya, ia beraleh kekulit seorang wanita dibawah kuku dan rambut. Dan setelah berdiam selama empat hari, ia baru turun kerahim ". Kemudian disebut pula didalam "Shahih Muslim" sebuah hadis dari Hudzaifah bin Usaid al Ghifari bahawa Rasulullah bersabda "Ketika air mani sudah telah berada selama empat puluh hari, Allah mengutus Malaikat untuk membentuknya, mencipta pendengarannya, penglihatannya, rambutnya, kulitnya, dagingnya dan tulangnya. Kemudian malaikat itu bertanya 'Wahai Tuhanku, apakah jenis kelamin yang Engkau tetapkan, lelaki atau perampuan ? ".

Pada hakikatnya, apa yang dilakukan Malaikat tersebut adalah atas keberkatan kekuasaan Allah semata-mata. Jadi Allah lah sebenarnya Pencipta Mutlak dan sejati. Sebagaimana firman Allah didalam surah al A'raaf ayat 11 yang mafhumnya ;

"Sesungguhnya telah Kami jadikan kamu (Adam), kemudian Kami bentuk rupamu..".

Banyak lagi ayat-ayat yang serupa ini yang boleh dijadikan sebagai bukti nyata yang menunjukkan tidak ada yang dapat mencipta makhluk kecuali Allah, Tuhan semesta alam. Kemudian didalam ayat yang mengatakan "Kemudian Dia mengutuskan Malaikat untuk meniupkan roh padanya ". Maksudnya, tiupan Malaikat itu hanya sekadar sebab sahaja sedangkan Allah lah yang mencipta roh dan kehidupan padanya. Begitu juga dengan sebab-sebab lain yang lazim berlaku. Ini teramat penting untuk difahami supaya menjadi padoman dan tidak terperangkap dengan dakyah aliran-aliran sesat yang mengupas ayat mengikut fahamannya sendiri. Maka mengikut pendapat Ulama yang sahih lagi benar, Allah adalah yang mencabut roh seluruh makhluknya dan Malaikat Maut hanyalah sebagai pengantara. Ia menolak sama sekali fahaman bahawa Allah bersekutu dengan Malaikat mentabir alam ini.


CATITAN PENULIS ;

Perbahasan terperinci telah pun berlaku sejak dahulu lagi, dizaman at Taba'in at Taba'in berkenaan penggunaan perkataan "Kami" didalam al Quran. Ada sesetengah aliran-aliran sesat menafsir mengikut fahaman mereka yang cetek sehingga beratiqad bahawa perkataan "kami" bermaksud Allah bersukutu dengan Malaikat bagi mentadbir seluruh alam ini. Ada diantaranya hingga beranggapan Malaikat juga tuhan atau tuhan kecil yang mempunyai kuasa yg menyerupai Tuhan Allah, sebab itulah ditulis didalam Quran dengan perkataan "Kami". Hujah sesat ini bukan sahaja merbahaya kepada dirinya tetapi kepada umat Islam seluruhnya. Cubalah lihat sendiri akan tafsiran dan kupasan Ulama-ulama tersohor didalam babnya diatas tadi bagaimana fahaman yang harus dipegang dan diikuti oleh umat Islam seluruhnya atas permasaalahan ini. Kupasan diatas tadi dengan sendirinya menolak fahaman sesat yang beranggapan bahawa Malaikat juga mencipta atau Tuhan bersekutu kuasa dengan Malaikat atau Malaikat juga tuhan. Maka berhati-hati jika menafsir ayat-ayat al Quran jika kita tidak arif dan fasih bahasa Arab, didalam nahunya dan maksud tersirat didalamnya kerana kesilapan mentafsir boleh membawa kesesatan dan menjadi murtad tampa disedari. Untuk lebih memahami perbahasan akan permasaalahan itu, sila ikuti sambungannya dibawah ini.

...............................................

Ketika Malik bin Anas ditanya seseorang berkenaan seekor kutu, adakah nyawanya turut dicabut oleh Malaikat Maut ?. Ia terdiam sahaja cukup lama kemudian menjawab " Tentulah Malaikat Maut yang mencabutnya". Pekara ini bersesuaian dengan firman Allah didalam surah az Zumar ayat 42 "Allah mewafatkan ( memegang roh) ketika matinya..."

Disebut pula oleh Abu Hamid al Ghazali yang ditulis didalam kitabnya "Ihya Ulumuddin" katanya "Sesungguhnya Malaikat yang mengurus kematian dan Malaikat yang mengurus kehidupan telah terbabit didalam satu pertelagahan. Malaikat yang mengurus kematian berkata "Aku akan mematikan orang-orang yang hidup ". Kemudian tampil pula Malaikat yang mengurus kehidupan dan berkata "Aku akan menhidupkan orang-orang yang mati ". Kemudian Allah mewahyukan kepada mereka semua "Laksanakan tugas kamu masing-masing. Tetapi, apa yang kamu semua laukkan bukanlah atas kehendak kamu, kerana Aku lah yang sebanar-benarnya mematikan dan menghidupkan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat mematikan dan menghidupkan selain Aku".

Diriwayatkan oleh al Hafiz Abu Nu'aim dari Tsabit al Bannani bahawa ia berkata "Sehari semalam itu ada dua puluh empat jam. Setiap jam yang dilawati oleh yang punya nyawa, pasti Malaikat Maut berdiri disebelahnya. Jika Allah memerintah untuk mencabut nyawanya pasti ia akan melaksanakannya dan jika tidak, ia pun pergi. Itu berlaku pada semua yang bernyawa ". Kemudian diriwayatkan oleh Ibnu Abbas tentang perjalanan Isra' Nabi, ".....Baginda bertanya kepada Malaikat Maut, bagaimana kamu boleh mencabut nyawa seluruh makhluk yang ada dimuka bumi, baik yang berada didaratan mahupun yang berada dilautan..." (hadis ini telah dijelaskan distas tadi ). Diriwayatkan pula oleh Abu Hadiyah @ Ibrahim bin Hadiyah, dari Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya Malaikat Maut itu memandang wajah seluruh hamba sebanyak tujuh puluh kali sehari. Ketika melihat seseorang hamba yang akan dicabut nyawanya atas perintah Allah, hamba itu tersenyum, Ia berkata ' Sungguh aneh sekali, aku datang kepadanya untuk mencabut nyawanya, tetapi ia tersenyum pula ' ".



BAB 43 - ASAL USUL IA DIPERINTAH MENCABUT NYAWA MAHLUK ;


Diriwayatkan oleh az Zuhri, Wahab bin Munabb dan yang lainnya "Sesungguhnya Allah mengutus Jibril as untuk membawakan tanah kepada Nya. Ketika diambil oleh Jibril, tanah bermohon perlindungan kepada Allah dari Jibril, sehinggakan Jibril tidak jadi membawanya kepada Allah. Pekara yang sama juga terjadi pada Malaikat yang kedua. Namun tidak pada Mikail. Allah berfirman kepada Mikail " Apakah tanah itu tidak memohon perlindungan kepada Ku dari kamu?". Malaikat Mikail menjawab "Ya, ada ". Allah berfirman "Kenapa kamu tidak merasa kasihan kepadanya, seperti kedua sahabatmu itu ? ". Mikail menjawab " Aku lebih mengutamakan mentaati perintah Mu daripada untuk mengasihaninya ". Allah berfirman "Pergilah... kamu adalah Malaikat Maut yang Aku beri kuasa untuk mencabut nyawa seluruh makhluk ". Mendengar perintah Allah itu, ia menangis. Allah berfirman "Mengapa kamu menangis ?". Mikail menjawab "Ya Tuhanku, dari tanah ini Engkau ciptakan para Nabi dan mahluk lain yang terpilih, dan Engkau tidak menciptakan mahluk yang paling mereka benci iaitu kematian. Jika mereka mengenaliku, pasti mereka akan membenci dan mencaci maki padaku". Allah berfirman "Sesungguhnya akan Ku cipta penyakit dan sebab-sebab lain yang menghantar mereka kepada kematian ". Lalu Allah ciptakan berbagai jenis penyakit yang membawa maut ".

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas "Tanah yang dibawa oleh Malaikat Maut sebagai bahan untuk mencipta manusia diambil dari enam bumi...bukannya tujuh, kerana tiada lapisan bumi yang ketujuh. Setelah menerima tanah itu, Allah berfirman kepada Malaikat Maut 'Apakah tanah ini tidak mengeluh dan memohon perlindungan kepada Ku darimu ?... seterusnya telah dinyatakan seperti diatas tadi. Dari riwayat yang serupa dikatakan oleh al Qutaibi, malahan ia menambah "Bumi berkata 'Wahai Tuhanku, Engkau menciptakan langit tampa Engkau kurangkan walau sedikit pun, tidak seperti aku ? ". Allah berfirman "Demi Kemulian dan Keagungan Ku, seluruh mahluk itu pastinya akan Aku kembalikan semula kepada mu, baik yang beriman mahupun yang kafir ". Bumi berkata "Demi Kemuliaan dan Keagungan Mu, akan ku azab pada mereka yang berani durhaka pada Mu ".

Seterusnya bumi meminta air dan segala jenisnya untuk diminum oleh tanah bahan mencipta Adam. Konon tanah itu dibiarkan begitu saja selama empat puluh tahun tampa ditiupkan nyawa padanya. Ketika rombongan Malaikat melalui tempat itu, mereka akan berhenti untuk memandangnya lalu mereka berkata "Sesungguhnya Tuhan kita tidak pernah mencipta mahluk secantik dan sebaik ini ". Manakala ketika Iblis Laknatullah melihatnya, ia memukul-mukul dengan tangannya lalu berkata dengan bongkaknya "Kalau ia ternyata lebih baik dariku, aku tidak mahu taat kepadanya. Sebaliknya jika aku yang lebih baik darinya, aku akan membinasakannya, kerana ia mahluk dicipta dari tanah sedankan aku diciptakan dari api ". Ada diantaranya yang berpendapat bahawa yang berjaya membawa tanah untuk diciptakan Adam ialah Iblis itu sendiri. Setelah kedua-dua Malaikat yang diperintahkan Allah untuk mengambil tanah itu gagal, maka Iblis tidak peduli dengan keluhan tanah tersebut yang memohon perlindungan kepada Allah melaluinya. Ia membawanya kehadrat Allah lalu Allah berfirman kepadanya "Apakah tanah ini tidak mengeluh ? ". Iblis menjawab "Ya, Tuhanku ". Allah berfirman "Demi KemuliaanKu dan KeagunganKu, Aku akan menciptakan dari tanah yang kamu bawa ini suatu mahluk yang akan menjadi musuhmu ".


CATITAN PENULIS ;

Maka lihatlah dalil-dalil diatas tadi, semenjak azali lagi kita dijadikan untuk menjadi musuh kepada Iblis dan kuncu-kuncunya. Mereka sememangnya "Musuh kita yang paling nyata" sejak mula manusia diciptakan hinggalah hari kiamat nanti, malahan dia sudah pun bersumpah untuk bermusuhan dan menewaskan kita. Oleh itu sadarlah wahai manusia semua terutama orang-orang Melayu yang suka sangat bersekedudukan, bersahabat, berkhadam, berdaulat dan berselindung dengan mahluk yang bernama Jin, Syaitan dan Iblis yang semuanya berasal dari makhluk yang sama. Ketahuilah, darah keturunan Melayu tidak akan terhapus dari tubuh badanmu, walau dicelup dengan tujuh lautan api sekali pun. Ia tetap akan utuh dan tidak akan berubah jika memang kamu bangga dengan keturunan kamu itu. Cuma, mengapa tidak dapat kamu asingkan dirimu dengan mahluk jahat ciptaan Allah ini, yang terang terang memusuhimu sejak azali lagi ??? Mengapa kamu mengambil mereka menjadi tempat pergantungan sedangkan ia telah bersumpah untuk menyesatkan kita sejak azali lagi ??? Mengapakah Melayu yang kamu agungkan itu menjadi tempat bersarangnya keturunan Iblis Laknatullah ??? Jika benar kamu mahluk agung, keluarlah... keluarlah dari dibelengu Iblis dan kuncu-kuncunya itu ??? Apa tidak cukup lagi dalil yang perlu kawan bawa dihadapan kamu ??? atau nantikan saja Malaikat Maut merentap nyawamu, baru kamu mahu berubah ??? WAHAI MELAYU !!! BERUBAHLAH !!! semantara waktu masih ada. Berubahlah menjadi Melayu sejati yang memegang teguh amanah Allah. Berubahlah menjadi Melayu yang dikasihi Allah kerana mentaati perintah dan suruhanNya. Jangan lah kamu persekutukan Allah dengan mahluk yang rendah akhlaknya itu ??? Berubahlah.. berubahlah, semoga kamu dirahmati Allah kelak.



BAB 44 - PANDANGAN MATA MENGIKUTI NYAWA YANG KELUAR:


Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Ummu Salamah bahawa ia berkata "Rasulullah menemui Abu Salamah. Setelah memejamkan matanya yang terbuka, Baginda bersabda "Sesungguhnya ketika nyawa itu dicabut ia diikuti oleh pandangan mata ". Hadis ini sepenuhnya diriwayatkan oleh Muslim dan telah pun dikemukanan tadi. Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda " Apa kamu tidak melihat jika seseorang meninggal dunia, pandangan matanya terangkat ? ". Mereka menjawab "Benar ". Baginda bersabda lagi "Itulah ketikanya pandangan mata mengikuti nyawanya ".

Disebutkan didalam sebuah hadis riwayat Muslim bahawa Nabi saw bersabda "Sesungguhnya yang pertama kali membuka pandangan mata orang yang akan meninggal dunia ialah kerana melihat Mikraj. Iaitu sebuah tangga diperbuat dari zamrud tersangat hijau yang tidak pernah dilihatnya sama sekali yang terdapat diantara langit dan bumi. Pandangan matanya sedang memerhatikan benda itulah ".


BAB 45 - MENGKAFANKAN MAYAT DENGAN KAIN YANG BAIK ;


Diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir bin Abdullah bahawa Nabi saw bersabda "Apabila salah seorang dari kamu mengkafankan mayat, sedapat mungkin hendaklah ia mengkafankannya dengan kain yang terbaik ". Abu Nashr @ Abdullah bin Sa'id bin Hatim al Wa'ili as Sijistani didalam kitabnya bertajuk "Fi Al Quran Wa Izalat Syibhi az Zaighin " Menjelaskan beberapa dalil.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdulrazaq dan Baihaqi dari Hibatullah @ Ibrahim bin Umar, dari Ali Ibnu Husain bin Bundar dari Abu Urwah dari Muhammad Ibnu Mushaffa, dari Mu'awiyah, dari Zuhair bin Mu'awiyah dari Abu Zubair dari Jabir bahawa Rasulullah bersabda "Kenakanlah kain kafan yang terbaik bagi orang-orang yang mati dikalangan kamu, kerana mereka boleh membangakan dan saling mengunjungi di kubur mereka ".

Berkata Ibnu Mubarak "Aku suka kalau kelak jenazahku dikafankan dengan kain yang boleh aku pakai untuk solat ".



BAB 46 - CEPAT MENGUSUNG JENAZAH KEKUBURAN ;


Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Sa'id al Khudri bahawa Nabi saw bersabda "Ketika jenazah diletakkan didalam keranda lalu diangkat oleh beberapa orang lelaki diatas bahu mereka, jika ia seorang yang baik ia mengatakan "Cepat hantarkan ku ketempat ku" dan jika ia seorang yang tidak baik, ia mengatakan "Aduh celaka ! kemana kamu akan membawa ku pergi ? ". Suaranya dapat didengar oleh segala sesuatu kecuali manusia, dan seandainya ia dapat mendengarkannya, pasti dia akan mati ". Didalam hadis Anas yang telah disebutkan diatas tadi disebutkan "....Ia memenggil-manggil, wahai isteriku... wahai anakku ". Kemudian dari hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda "Cepatkanlah jenazah, jika ia seorang yang soleh, maka sebaiknya kamu segera menghantarkannya, jika sebaliknya amat buruk sekali diletakkan diatas bahu-bahu kamu ". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Muslim.

Apa yang dimaksudkan dengan perkataan "Cepatlah jenazah" didalam hadis diatas tadi ialah supaya jenazah diusung dengan cepat dan segera kerana waktu itu mereka berjalan kaki, takut kemalaman dan sebagainya. Namun ada juga pendapat yang menyatakan bahawa yang dimaksudkan lekas atau cepat itu ialah supaya dipercepatkan mengurus mayat itu, takut berubah warna dan menjadi busuk kerana bau mayat amatlah busuk. Tetapi pendapat yang pertama tadi merupakan pendapat yang ungul dan diterimapakai oleh kesepakatan Ulama. Pekata ini adalah berdasarkan riwayat yang diketengahkan oleh an Nasa'i, dari Muhammad bin Abdul A'la, dari Uyainah bin Abdulrahman, dari Abdulrahman ia bercerita "Aku sedang menghantarkan jenazah Abdulrahman bin Samurah bersama Ziyad yang berjalan dihadapan keranda yang duusung oleh beberapa orang angota keluarganya dan sahabat-sahabat terdekat Abdulrahman. Mereka berjalan amat perlahan sekali, seperti merangkak. Ditengah jalan kami disusul oleh Abu Bakrah yang menunggang seekor kaldai. Ia sangat marah kepada mereka yang mengusung jenazah seperti itu. Lalu ia menyuruh mereka mempercepatkan langkah, hingga mereka bersemangat ". Riwayat ini dianggap sahih oleh Abu Muhammad @ Abdul Haq.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Majidah, dari Ibnu Mas'ud bahawa ia berkata "Aku pernah bertanya kepada Nabi kita Muhammad, berkenaan berjalan dengan cepat semasa membawa jenazah. Baginda menjawab "Memang seharusnyalah demikian. Jika ia orang baik, segeralah ia kamu hantarkan ketempatnya, dan jika sebaliknya, segeralah kamu lemparkan ia bersama-sama para penghuni neraka lainnya ". Riwayat ini juga diperkatakan oleh Abu Umar @ Ibnu Abdul Bar.

Menurut kesepakatan para Ulama-ulama semuanya, yang dimaksudkan berjalan cepat ialah yang lebih cepat dari berjalan kaki santai iaitu cara kebiasaan berjalan kaki. Ia juga membawa erti bahawa tidak terburu-buru sehingga menjadi kelang kabut dan menyusahkan pada orang-orang yang menghantarnya, juga janganlah terlalu pelahan dan santai. Tetapi adalah lebih baik berjalan dengan pantas daripada bersantai. Menurut Ibrahim an Nakh'i, berjalan kaki semasa mengusung jenazah harus lebih cepat dari berjalan biasa. Janganlah meniru kebiasaan pada orang-orang Yahudi dan Nasrani yang berjalan amat perlahan seperti merangkak kerana terlalu santainya.


BAB 47 - MEMBENTANG KAIN SEMASA JENAZAH DIKEBUMIKAN;


Diriwayatkan oleh Abu Hadiyah @ Ibrahim bin Hadiyah, dari Anas bin Malik ra, bahawa sesungguhnya Rasulullah ikut menghantar jenazah. Setelah mensolatkan mayat, Baginda meminta diambilkan sehelai kain lalu dibentangkan diatas kubur seraya bersabda "Janganlah kamu mempertontonkan jenazah kerana ia adalah amanah. Barangkali apabila tali simpulan dibuka akan kelihatan seekor ular berwarna hitam yang sedang melilit dilehernya. Sesungguhnya ia adalah amanat, dan barangkali apabila ditinggalkan saja ia akan memperdengarkan bunyi rantai ". Ini merupakan sebuah hadis maudhu yang diriwayatkan oleh Ibnu Jauzi. Kemudian dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdulrazaq dari Ibnu Juraij, dari asy Sya'bi, dari seseorang, dari Sa'ad bin Malik bahawa ia berkata "Pada acara permakaman jenazah Sa'ad bin Mu'adz, Nabi menyuruh untuk menutupkan sehelai kain pada kuburnya. Bahkan Baginda turut turun sendiri memekamkan jenazah Sa'ad, diwaktu itu aku termasuk salah seorang yang memegang kain tersebut ".

Para ulama berselisih pendapat didalam masaalah ini. Menurut Abdullah bin Yazid, Syuriah dan Ahmad bin Hambal (Imam Hambali), Makruh hukumnya membentangkan kain diatas kubur jenazah orang lelaki. Ishak dan Ahmad bin Hambal sangat setuju dan menganjurkan ia dilakukan terhadap jenazah kaum wanita, tetapi tidak membantah pekara itu dilakukan terhadap jenazah lelaki. Menurut Abu Tsuar pula, tiada apa-apa hukum keatasnya samaada pada jenazah lelaki atau wanita. Demikian juga dengan pendapat Imam Syafi'i. Menurut al Mundziri, pekara itu sangat ditekankan terhadap jenazah wanita. Semantara menurut Syeikh al Qruthubi (penulis kitab ini) berpendapat, pekara ini berlaku kepada jenazah lelaki dan wanita kerana berpandukan kepada hadis Anas tersebut dan secara langsung menurut apa yang pernah dilakukan oleh Nabi saw ketika memakamkan jenazah Sa'ad bin Mu'adz.

Seorang sahabat menceritakan pengalamannya kepada saya (Syeikh al Qurthubi) bagaimana ia pernah mendengar bunyi rantai atau pasong didalam kubur. Malahan, Abu Abdullah @ Muhammad bin Ahmad al Qashri seorang ulama ahli fiqah dan merupakan Guru Tarikat yang cukup terkenal, bercerita "Ada seorang penguasa dikota Kostantinopel yamg meninggal dunia. Maka diperbuatkan liang lahda padanya. Selsesi mengali, orang ramai segera hendak memasukkan mayat tetapi dengan tiba-tiba muncul seekor ular hitam didalam kubur itu. Kerana ketakutan, mereka menyiapkan liang lahad yang baru. Selesai menggali, mayat pun dihulur untuk dimasukkan, tiba-tiba ulah hitam itu telah berada didalam kubur. Kejadian ini berlaku berulang-ulang sehingga menyampai tiga puluh kali, tetap juga ular itu akan muncul didalam liang lahad itu. Ketika mereka sudah merasa putus asa, maka mengikut saranan seorang Ulama jenazah penguasa itu terpaksalah dikebumikan bersama ular hitam itu ".

Kita bermohon kepada Allah agar kita dikurniakan keselamatan dan ditutupkan aib kita semasa didunia mahupun diakhirat nanti. Mohon Allah merahmati kita semua dengan kematian yang baik.


MAKA SEKIAN DAHULU UNTUK KALI INI, BANYAK LAGI TAJUK YANG HARUS MENDAPAT PENDEDAHAN KEPADA UMUM BAGI DIJADIKAN PANDUAN DALAM MENAMPUH KEHIDUPAN YANG SINGKAT INI. JANGAN LUPA DIEPISOD AKAN DATANG !


Sekian,

Atok Zamany.

nota : Penjelasan penulis : adalah dari Syeikh al Qurthubi sendiri.
Catitan penulis : adalah daripada atok.

http://kubranewszamany.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog