Jalan-jalan Bukit Bendera 2011

ini train lama

 

Lama tak pi Bukit Bendera. Kali terakhir aku pi masa form 1 kot, itu pun bukan jalan-jalan tapi hiking Persatuan Pengakap. Dah besar panjang lebar kiri kanan atas bawah baru nak nak pi. Kebetulan pula Bukit Bendera baru buka untuk orang ramai. Sebelum ni kan tutup untuk penyelenggaraan dan sudah tentu yang paling penting, TUKAR TRAIN BARU.


Sesudah sampai, sebelum beli tiket, ada pelancong dari Arab tegur dan tanya ada apa atas Bukit Bendera ni. Aku pun tak tau nak cakap apa sebab lama tak mai sini. Tapi harus la aku tipu sunat. Cakap ja ada pemandangan cantik, menarik itu ini.. bla..bla..bla.. sambil ditokok tambah oleh Dikwan dengan Mat Kot. Keh keh keh. :)

So baca sampai habis naa. Biar aku propa kat hangpa pula. LOL.

1. HARGA TRAIN 

Nasib baik student card ada dalam wallet, dapat murah. RM 4 sahaja return ticket. So hangpa boleh tengok pic yang aku snap tu. Boleh buat belanjawan siap-siap.


2. TRAIN


Dah cantik train la ni. Ibarat kata Mell, dah macam train pi Midvalley. Boleh perumpamaan macam tu? Siap ada pendingin hawa cuma lagi tempat duduk ja still tak cukup. Huhu. Sempat cakap kat Mad Kot dengan Dik Wan, "weii macam mana kalau tren ni jatuh ke bawah..." Haiyoo soalan laha! 


3. VIEW



Subhanallah. Cantik sangat. Nampak keseleruhan Georgetown, laut yang biru, rasa tenang ja. Kalau sesiapa nak lari dari masalah, boleh la mai sini. Masa aku sampai kat atas puncak ni dalam pukul 4 lebih kot. Tapi sikit pun tak rasa panas malah rasa sejuk + dingin ja. *sujud syukur*


4. MAKANAN
Dah nama pun jalan-jalan kan, takkan jalan-jalan ja tanpa makan? Haish rugi-rugi. Kat atas ni ada food court. Boleh la makan di kedai pilihan masing-masing. Aku makan laksa ni. Ya ampun, meleleh. meleleh. meleleh. Superb. Lagi sedap dari Laksa Janggus Balik Pulau. Di sepanjang jalan juga, ada orang jual kerepek, jajan. Aku teringin nak beli kerepek ubi yang pedas tu tapi tak jadi beli sebab dalam hati dok cakap "nizar, ni nafsu.. ni nafsu". Huhuhu.


4. SOUVENIR

Kat food court tu juga ada jual macam-macam souvenir. Dari baju hingga lah keychain segala. Harga boleh tahan la. Aku pun terbeli baju i love cieutnizar penang. Tetiba nak beli. RM 8 kalau beli sehelai, RM 15 kalau beli dua helai. So, aku dengan mat kot beli, murah 50 sen. *aishah 50 sen, 50 sen*


5. MASJID 
masjid Bukit Bendera
http://cieut.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog