Skip to main content





cara bersalam antara lelaki dan perempuan

 


cara bersalam, shake hands, bersalam antara lelaki dan perempuan, man and women shake hands, cara bersalam antara lelaki dan perempuan

Assalamualaikum,

Bersentuhan antara lelaki dan wanita ajnabi adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan ia juga dikategorikan sebagai perbuatan yang salah dan haram di sisi syariat. Apatah lagi kalau kita yang bersalaman antara lelaki dan perempuan apabila bertemu atau bersua muka buat kali pertama.

Maksud nabel, bila kita tak kenal seorang perempuan ni, sama ada kita akan bersalam atau pun tidak itu dua je. Kalau bersalam bila baru jumpa, confirm selepas ni kalau jumpa lagi akan salam lagi. Lain pula bila pertama kali jumpa lepas tu tak salam, confirm juga lepas ni kalau jumpa memang tak salam. Siapa pernah rasa macam tu?


Meskipun ada ulamak berpendapat bahawa seseorang wanita boleh bersalam dengan lelaki ajnabi dengan syarat pada ketika itu darurat yakni dengan tujuan untuk menjaga maruah dan air muka orang yang menghulurkan salam. Bagi nabel pula, orang yang menghulurkan salam janganlah pulak wanita. Ini sebab, tak sesuai la kalau perempuan yang menghulurkan tangan sedangkan si lelaki sedaya upaya untuk elak daripada melakukan perbuatan yang salah. Jadi pada setiap wanita, tolonglah, jangan menghulurkan salam kalau lelaki tidak menghulurkan.

Lain kalau si lelaki yang menghulurkan tangan, bagi nabel tak ada masalah kalau si perempuan bertindak untuk tak menyambut tangan yang di hulur tu pasal kalau dia tu betul-betul Islam mesti dia faham punya. hik hik

Agak korang semua, macam mana cara nak handle benda ni?
kalau salam bila perempuan yang hulurkan rasa macam nak tak nak je salam, nak tu bukan la gila nak salam tangan si perempuan pasal lawa gila punya pasal nak sentuh kulit lembut bagai dia. Itu memang tak ada perasaan buat perbuatan salah betul hang ni, ini kes nak pasal terpaksa sebab nak jaga air muka si perempuan tu depan orang lain atau kawan-kawan dia. Mesti punya katakan kalau dia hulur tangan pada kita, tapi kita si lelaki ni buat muka atau pandang tempat lain supaya dia faham yang kita tak salam dengan dia. Sampai la bila balik dia sumpah seranah kita kata tak nak kawan lah, kita ni poyo la kata kita ni !@#$%^&*( segala benda. haha

Tapi kalau fikirkan balik, kita nak salam sebab nak jaga air muka perempuan, kenapa kita tak cakap tak nak salam pulak sebab nak jaga hukum agama Allah? kenapa kita tak cakap tak nak sebab takut Allah marah kat kita pulak? bila perempuan marah kat kita punya bagai nak rak jaga hati air muka si perempuan, padahal tak kenal siapa pun budak tu. Betul tak? Astarghfirullah

Persoalannya la kalau kita betul nak jaga air muka si polan ni takut ni persendakan agama kita pulak, katakan lah, apa kita nak buat bila dia hulur tangan untuk salam? hurmm, bagi nabel lah. ini antara pandangan nabel, sesiapa yang rasa bantah atau tak setuju, komen-komen lah. ;)
  • Elok kita tunduk sedikit dengan senyum seikhlas mungkin dan tepuk atau pegang pada bahunya tanpa menyambut salam dia. Boleh tak? tepuk bahu bukannya kulit? ada lapisan kan? insyaAllah dosa kecil dapat dielakkan
  • Hanya senyum sambil mata tajam memandang terus ke anak mata si pemberi salam tu. boleh ke? dah biasa, takut terasa hati jugak, urmm
  • kata kat si perempuan tu kalau dia Islam "atas hukum hakam agama, lebih elok kita tidak bersentuhan tangan" mungkin? atau kalau si perempuan tu bukan Islam "My religion won't allow me to touch women skin?" macam tak okay je. -.- haha 
Okay antara tips yang tak berapa baik dari nabel. Entah kalau fikirkan dunia sekarang agak berbeza cara dia tapi kita manusia tetap sama dari zaman dulu betul? ini pula nabel kongsi cara bagaimana Rasulullah menyambut tangan wanita yang memberi salam

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatuna Aisyah mengenai bai’ah yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah berkata: ” Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai’atan itu. Baginda hanya membai’ah mereka dengan perkataannya: “Benar-benar telah aku bai’ah kamu atas hal itu.” (Riwayat Bukhari)

Hadith di atas amat jelas menunjukkan bahawa Rasulullah tidak bersalaman dengan wanita bukan muhrim walaupun mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Rasulullah, rasulullah tidak menyambut mereka dengan bersalaman tetapi Rasulullah bersalam pula dengan lelaki iaitu para sahabat lelaki yang membai’ah baginda dengan cara bersalaman.

Dari ini membuktikan sunnah Rasulullah sekiranya berlaku pada kita wanita yang bukan muhrim menghulur tangan untuk bersalaman dengan kita atau lelaki bukan muhrim menghulur tangan kepada wanita itu bersalaman maka sunnah dan terbaiknya adalah kita TIDAK menyambut dengan bersalaman tetapi dengan memberi isyarat lain atau mengucapkan salam atau selamat kepadanya sahaja tanpa bersalam.

Okay, tips nabel langsung tak bergunakan? maaf banyak banyak. Rasulullah sendiri tak pernah salam tangan perempuan nak buat apa kita ambil kisah pasal hati dorang? grr, lantak korang lepas ni. haha 

Tapi sesuai cara Rasulullah kita apabila perempuan menghulurkan tangan untuk bersalam baginda hanya memberi ucapan salam. MasyaAllah terbaik ! =)

Dari Ma’qil bin Yasaar katanya, “Rasulullah telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kamu dengan alat dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).

Ada baik buruknya juga kalau kita tak menyambut salam tangan si perempuan yang ajnabi atau perempuan yang boleh kita kahwini atau bukan mahram. Buruknya kita akan dapat dosa percuma tak perlu bersusah payah mencari dosa, baiknya kita terhindar daripada melakukan maksiat, dari buat perbuatan yang salah. Ingatlah, perbuatan maksiat dengan tangan bermula dengan sentuhan, walaupun pasti ada yang kata benda ini hanya kolot sahaja, tapi lama kelamaan akan membawa ke arah yang lebih maksiat. 

Comments

Popular posts from this blog