Kitab Tanbihul Ghafilin Jilid 1 & 2 ♥
 
 


 
❝ 6 Langkah orang mukmin dalam menghadapi Akhirat ❞
1- Ilmu yang membawa ke Akhirat.
2- Kawan yang membantu melakukan taat kepada Allah SWT dan mencegah daripada melakukan maksiat.
3- Mengenal musuh dan berhati-hati daripadanya.
4- Memerhati ayat Allah SWT dan perubahan siang dengan malam.

5- Baik kepada semua orang supaya tidak ada musuhnya pada hari kiamat.
6- Siap menghadapi mati sebelum tibanya, supaya tidak kecewa pada hari kiamat.

❝ 4 Perkara mengeraskan hati orang mukmin ❞
1- Perut yang kenyang (penuh).
2- Kawan yang busuk.
3- Lupa terhadap dosa-dosa yang lalu.
4- Panjang angan-angan sedangkan seharusnya seorang muslim pendek angan-angan sebab ia tidak mengetahui dalam malas yang mana ia akan mati dan dalam langkah mana ia akan mati.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah ﷺ:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

[₅₅] وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
❝Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.❞ [Az-Dzariat : 55]

[₁₁] فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ الذِّكْرَ [₉] ىٰسَيَذَّكَّرُ مَن يَخْشَىٰ [₁₀] وَيَتَجَنَّبُهَا الْأَشْقَى
❝Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna); Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu; Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya.❞ [Al-A'la : 9-11]

Comments

Popular posts from this blog