Surah Al-Takathur





Surah ini diwahyukan di Makkah

Pokok perbincangan surah ini ialah melarang manusia bertanding membanyakkan harta-benda dengan tujuan bermegah-megah terhadap satu sama lain.

Intisari pengajaran yang pertama surah ini ialah :

 
Mengecam manusia yang berlumba-lumba membanyakkan harta kekayaan dengan tujuan bermegah-megah.
Sumber ambilan ialah :


Ayat 1 - Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perhatian berlumba-lumba untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya (harta-benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh).

 
Ayat 2 - Sehingga kamu masuk kubur.

 
Ayat 3 - Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

 
Ayat 4 - Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari Qiamat)!

 
Ayat 5 - Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu melakukan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk Akhirat)!

 
Ayat 6 - (Ingatlah!) demi sesungguhnya kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

 
Ayat 7 - Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang durhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

Intisari pengajaran yang kedua bagi surah ini ialah :

 
Menerangkan bahawa setiap nikmat yang dikurniakan kepada manusia itu akan ditanya pada hari Qiamat.
Sumber ambilan ialah :


Ayat 8 - Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah kamu nikmatinya)!

Khulasah Al-Quran


http://haizam.tripod.com

Comments

Popular posts from this blog