Umur Bersara 60 tahun- Who will gain more benefits? Kerajaan, Golongan Muda atau Tuan-Tuan JUSA?

 

 


Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam

Khamis, 6 Oktober 2011


Umur Bersara 60 tahun- Who will gain more benefits? Kerajaan, Golongan Muda atau Tuan-Tuan JUSA?

Semakin hampir dengan bajet, semakin banyak isu yang ditimbulkan, menurut sumber yang ptd-kokak perolehi, terdapat cadangan daripada pucuk pimpinan tertinggi kerajaan untuk mencadangkan kepada Perdana Menteri agar umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun, daripada 58 tahun seperti yang diumumkan 3/4 tahun yang lepas. Bagi mereka yang 'visionary' atau berpandangan jauh, hujah yang mereka katakan ialah- lihat negara maju, kebanyakkannya umur persaraan ialah 60 tahun. Okay hozer, I got my own reservation on this. IMHO (in my humble opinion), few persolaan harus dijawab oleh pembuat dasar kerajaan e.g;

1- For private sector, lantak ekaulah kalau nak lanjut umur bersara sampai 100 tahun sekalipun coz di provate, KPI and performance is strictly measured and monitored individually. So, as long as someone who is tua ganyut pun but able to bring profits to the organization, so why not retaining them? And i bet, if someone who is umur 35 tahun pun if tak perform, dead wood, menghabiskan boreh kompeni je pun will be sacked within 24 hours notice.

2- In MALAYSIA, hang tau dak berapa ramai penjawat awam di Malaysia ni compared to UK, US dll? So any effort to extend umur pencen would only result to ketenatan kewangan kerajaan. Refer to my older post on how many civil servant in Malaysia compared to UK, US, Australia. Kita ni, cikgu dan bomba pun consider as government weh.
- Life expectancy in M'sia : 73 years old compred to UK: 81, France,Spain:83 (M'sia majority Islam, bagi la chance untuk beribadah lebih sikit lepas pencen)

Jumlah penjawat awam di Malaysia: 1.3 juta compared to UK: 530,000. US: 1.8 juta (Look at their size!)

3- Berapa average umur di Malaysia ni compared to those developed nation?

4- Kita belum ada sistem nak sack dead wood and under performing government staff. So, nak bagi lagi mereka makan gaji buta sampai umur 60?

5- Saya pun tak mahu orang di Malaysia ni semua nak kerja gomen, coz this country cant move to high income nation if every graduates choose govt job as their priority.

6- So, solution, i dont think pukul rata lanjut umur ke 60 tahun is a good move by the government (especially bila nak dekat election ni), this will only result to:

i) Orang muda marah (peluang nak masuk govt terbantut for ANOTHER 2 years)
ii) Peluang naik pangkat pun jadi tertutup dan usaha untuk menggantikan boss-boss yang dah pikir retirement plan akan terbantut jugak.
iii) Govt expenses akan meningkat, unless ada plan to downsize the govt and privatise some govt services.

So, ada satu lagi blog yang nyatakan juga ketidak setujuan orang muda terhadap naikkan umur pencen ke 60 tahun. bacalah sendiri komen mereka.

ptd-kokak: harap-harap dah dekat nak election ni, janganlah ada advise2 yang tak bertempat sesetengah penjawat awam yang nak jaga kerusi empuk mereka yang tengah sedap makan gaji kontrak, dan masa yang sama- makan pencen..Duit takleh bawa ke lubang kubur pakcik :)

Anak Muda Tidak Setuju 'Persaraan 60 Tahun'!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t


Keris bersetuju dengan pendapat sahabat Keris iaitu KulaanNiring, memetik artikel beliau :

Umur persaraan yang baru diperkenalkan kerajaan kepada kakitangan awam baru-baru ini daripada umur 56 tahun kepada 58 tahun dilihat mula menampakkan kesan negatif dalam perkhidmatan terutama daripada segi produktiviti dan kos tambahan yang terpaksa ditanggung kerajaan. Antara kesan sampingan yang mula dikesan adalah kesukaran mengisi kekosongan bagi kenaikan pangkat, inikan pula jika had umur persaran dinaikkan ke umur 60 tahun. Yang untung hanyalah segelintir bos atasan atau ketua-ketua jabatan yang menjadi sebahagian daripada pembuat dasar kerana mereka masih dapat mengekalkan dan menenpatkan diri dikerusi empuk kerana lambat lagi untuk bersara.

Ayat berwarna merah itu telah disuarakan oleh rakan Keris kelmarin ketika kami terserempak di dalam tren, dia menyatakan bahawa polemik percanggahan pendapat mengenai isu had umur persaraan itu akan menyebabkan BN mungkin hilang undi bagi 'first voters' jika ia tidak diselesaikan cepat.

Pada pendapat Keris, ada perkara positif didalam penambahan had umur persaraan ini seperti dapat mengekalkan beberapa individu yang masih ditagih khidmatnya dan penetapan polisi profesionalisme namun ia hanya sesuai dilaksanakan oleh pihak swasta. Dari sudut negatif pula perlu dilihat sekiranya umur persaraan 60 tahun ini diteruskan ia mungkin akan menyebabkan ramai anak muda profesional tidak dapat naik pangkat dan kekosongan di sektor kerajaan akan berkurangan sekaligus menambah pengangguran graduasi lepasan diploma dan ijazah mahupun lepasan sijil.


pix_gal0

Kajian menyeluruh perlu dibuat secara teliti terutama tujuan perlaksanaan tentang suara pekerja akar umbi. Apakah impak yang bakal dihadapi? Perlukah dilanjutkan? Berapa ramai yang setuju dengan perlaksanaan Had Minima Persaraan 60 tahun ini? Apa yang dapat Keris dan beberapa rakan lihat, kebanyakan anak muda kurang bersetuju dengan perlaksanaan ini.


Apa pendapat anda?. Kena ingat bahawa ini tuntutan CUEPACS bukan tuntutan Kerajaan Malaysia jadi perkara ini masih boleh dibawa ke meja rundingan. Tidak ada masalah untuk anak muda risau.


Comments

Popular posts from this blog